Sewa Homestay Lenggong

Iklan
Saham Akhirat

Wakaf / Derma
Selasa, 17 Disember 2013
PAS PERAK MELENGKAP KABINET JAWATANKUASA KERJA SESSI 2013/2015
Khamis, 12 Disember 2013
KHATAN PERDANA BANTU MASYARAKAT KAMPUNG
Khamis, 5 Disember 2013
KHATAN PERDANA P.055 LENGGONG
Khamis, 10 Oktober 2013
ANAK Lapor SPRM Setelah FGV Beli Kondomunium Mewah
PUTRAJAYA- 10 Okt: Presiden ANAK Mazlan Aliman bersama jawatankuasa Lajnah Tanah PAS Pusat membuat laporan ke pejabat SPRM disini ekoran pembelian Kondomunium Mewah di Kota London bernilai RM497 juta.
Mazlan ketika ditemui berkata, "ANAK ingin menarik perhatian bahawa, pembelian oleh FGV melalui Felda Investment Corporation UK Properties telah membeli seluruh kompleks Kondomunium mewah Grand Plaza Service Apartment, Bayswater, London, pada harga yang amat mahal iaitu British Pound BP98 million."
"Jumlah ini bersamaan dengan 11.3% daripada dana tunai (4.4 billion) yang dijana oleh FGV dari penyenaraian awam dalm bulan Jun 2012 lalu, sekaligus menjadi pembelian ini ebagai satu item terbesar dalam 'senarai beli-belah' oleh FGV." Tambah Mazlan.
Ujar Mazlan, "pembelian kompleks Kondomunium mewah ini tidak selaras langsung dengan teras perniagaan (core business) FGV, iaitu, niagatani (agribusiness) dan tersasar jauh dari matlamat penyenaraian, seterusnya melonjakkan FGV menjadi sebuah syarikat niagatani terbesar didunia. Amatlah menghairankan bilamana syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) seperti Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain diarahkan supaya menjual perniagaan yang bukan teras, tiba-tiba FGV membeli pula perniagaan yang bukan teras."
"Laporan yang dibuat kepada SPRM ini menggesa supaya siasatan komprehensif dijalankan keatas pembelian kompleks kondomunium mewah oleh FGV jika didapati wujud bukti-bukti pembelian melibatkan unsur-unsur rasuah, salahguna kuasa, jenayah pecah amanah (criminal breach of trust) dan penyelewengan dana syarikat serta mengambil tindakan sewajarnya, selaras dengan undang-undang negara ini keatas pihak-pihak yang terbabit," tegas Mazlan.
MEMANTAPKAN TARBIYYAH MEMPERKASAKAN JEMAAH: Mesyuarat Agung Tahunan Kali 10
Sabtu, 31 Ogos 2013
PENCURI PECAH MASUK DAN BAKAR RUMAH.
![]() |
Ruang tamu rumah rentung di jilat api. |
![]() |
Kesan bukti yang di tinggalkan oleh pencuri. |
Rabu, 28 Ogos 2013
PAS Selangkah di hadapan jadikan Lenggong Hab Pengajian Islam.
![]() |
Muat turun dan sebarkan. |
:: Pengantar Pengajian al-Quran
Rabu, 21 Ogos 2013
SOLAT HAJAT SELAMATKAN UMAT MESIR - SYRIA - PALESTIN & JAMUAN RUMAH TERBUKA HARIRAYA EIDULFITRI PAS KAWASAN
Sabtu, 3 Ogos 2013
MAHKAMAH TOLAK TUNTUTAN FELCRA: Sinar baru untuk peserta bebas dari cengkaman FELCRA.
LENGGONG- 1 Ogos: Mahkamah Majistret Lenggong hari ini menolak dengan kos tuntutan berkenaan saman kos pembangunan oleh Felcra Bhd terhadap Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa), Razman Zakaria.
Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak telah disaman oleh Felcra Bhd selaku wakil diri kepada arwah bapanya, Zakaria bin Awang Kechik dan ibunya, Naimah binti Ahmad.
Selain itu, mahkamah juga turut membenarkan tuntutan balas Razman dan ibunya terhadap Felcra berkenaan wang tabung tanam semula yang tidak dikembalikan oleh Felcra.
Turut dibenarkan adalah tuntutan balas untuk ganti rugi berkenaan tindakan Felcra yg telah mengambil hasil di tanah milik bapa dan ibu Razman dari tarikh 1 Januari 2011 hingga 30 April 2011 tanpa kebenaran pada kadar satu tan per-ekar mengikut harga Malaysian Palm Oil Board (MPOB) pada masa berkenaan.
Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Majistret, Akhiruddin @ Boy bin Acho tidak memberikan butiran alasan penghakiman namun beliau menyatakan ianya akan dikeluarkan kelak.
Peguam mewakili Razman, Mohamad Zamri Ibrahim ketika dihubungi berkata, di antara hujah defendan iaitu Razman dan ibunya ialah perjanjian oleh Felcra adalah tidak sah kerana tiada kepastian berhubung tempoh masa perjanjian, cara pembayaran serta amaun hutang yang perlu dijelaskan oleh defendan."Ianya adalah bertentangan dengan seksyen 30 Akta Kontrak 1950.
"Defendan juga membawa pembelaan had masa iaitu tindakan Felcra menuntut terhadap Defendan adalah diluar dari tempoh masa yang dibenarkan oleh undang-undang."Ia mengambil kira tempoh perjanjian adalah 15 tahun dan berdasarkan terma perjanjian, ianya bermula 1 Januari 1988 dan tamat mulai 01 Januari 2004," jelasnya.
Berkenaan tuntutan balas defendan, beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Perak menjelaskan, hujah yang dibuat oleh defendan ialah wang tabung tanam semula adalah milik defendan. Katanya, oleh yang demikian, ianya perlu dikembalikan kepada defendan dan Felcra tidak boleh memotong wang tersebut untuk tujuan selain penanaman semula kelapa sawit.
Ketika ditanya berkenaan ganti rugi terhadap tindakan Felcra mengambil hasil tanah defendan, pihak defendan telah menghujahkan bahawa hasil di sepanjang tempoh tersebut adalah milik defendan dan perlu dikembalikan oleh Felcra.
Dalam pada itu, Razman ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang telah dibuat oleh majistret itu.Katanya, perjuangan beliau bersama ibu dan arwah bapanya itu akhirnya menghasilkan kejayaan kepada mereka.
"Inilah harapan baru kepada peserta Felcra untuk membebaskan daripada cengkaman Felcra."Saya menyeru kepada peserta Felcra agar mendesak pihak felcra mengembalikan hak mereka khususnya kepada perjanjian yg telah melebihi 15 tahun.
"Mereka juga wajar menyemak kos pengurusan berlebihan yang tidak sepatutnya dikenakan kepada peserta," jelasnya lagi.
Rabu, 26 Jun 2013
TAKZIAH KEPADA KELUARGA ABANG KETUA URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN LENGGONG.
![]() |
(Tn Hj Razman Hj Zakaria Mengimamkan Solat Jenazah Allahyarham Rashidi Idris di Masjid Kg. Sawa.) |
Selasa, 25 Jun 2013
WAKIL RAKYAT LEPAS TANGAN: 'Rakyat Sudah Hilang Kepercayaan.'
![]() |
Sebelum PRU 13 Berbagai Janji Ditabur. |
![]() |
Menteri@YB: Belanja Minum Kopi dan Roti Canai, Sesiapa Pun Boleh.... |
Pagar Elektrik Rosak dan Runtuh Tiada Sebarang Penyelenggaran. |
![]() |
Musuh Tanaman Masuk Kekawasan Projek Merosakkan Pagar Letrik. |
Projek Pembinaan Jambatan Banjir Tampan Air Berhenti Begitu Sahaja. |
Penutupan Jalan Ini Menyebabkan Peniaga Juga Menutup Perniagaan. |
![]() |
Penduduk Dikampung Pengkalan Ikan Kuak Menyatakan Masalah Mereka. |
Sabtu, 22 Jun 2013
LEMBU DAN KERBAU ANCAM NYAWA PENGGUNA JALANRAYA
(Nahas Di Kg. Beng: Seekor Lembu Mati/ Penunggang Motosikal Parah.) |