Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 2 Mac 2012

KES PENYELEWENGAN FELCRA BERHAD - Dato' Tajuddin Rahman mesti jawab!

            Projek ternakan lembu berskala besar yang diwar-warkan Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Rahman sebelum ini dapat menjana ekonomi, menambah pendapatan dan peserta Felcra bakal menerima RM500 hingga RM1000 sebulan sebelum ini hanyalah temberang sahaja. Lihatlah bagaimana Pengerusi Felcra inidengan bangganya mengumumkan tentang projek ini yang dianggarkan bernilai lebih dari RM18 juta. Tinjauan yang telah dibuat baru - baru ini mendapati projek ini nampak lesu. Dari maklumat - maklumat yang diperolehi hasil daripada tinjauan dan pertanyaan yang dibuat 
keatas pakerja ladang ini, ternyata ianya hanyalah tanggungan kepada Felcra sahaja.

             Apa yang dimaklumkan purata pengeluaran lembu oleh syarikat ini hanya sekitar 3 ekor seminggu dan lebih kurang 12 hingga 15 ekor sebulan. Dari jumlah ini kita dapat mengetahui pendapatan syarikat ini daripada hasil jualan lembu. Boleh dikatakan cukup untuk membayar gaji pekerja sekitar 15 orang. Baka lembu yang diimport dari Thailand ini tidak menjanjikan sebarang keuntungan kepada Felcra. Harga anak lembu yang dibawa masuk sahaja menjangkaui RM1000 seekor.
   
                  Walaupun telah beroperasi lebih 5 tahun, projek ini masih suram, seolah - olah biar nampak ada lembu daripada ditutup terus. Tinjauan dan pertanyaan kepada masyarakat tempatan juga memberi gambaran bahawa projek ini hanya satu pembaziran. Mereka yang rata - rata peserta Felcra di Changkat Lada sudah jemu dengan janji manis wakil rakyat ini.                       

                 











    Yang amat menyedihkan lagi.. lembu - lembu yang diternak ini dijadikan seperti harta mereka sendiri. Digunakan untuk kepentingan UMNO/BN yang hanya memikirkan kuasa yang mereka ada tanpa melihat kesusahan rakyat. Lembu - lembu ini difarait dikalangan wakil rakyat BN untuk edaran hari raya Qurban. Ini buktinya  :





1 ulasan:

  1. catatan ini poyo lagi laaa dusta. surat kedua diatas ada maklum segala perbelanjaan akan dicarjing ke belanja keraian siap ada kod carjing lagi. bukan la lembu nie diserahkan secara percuma kepada yg berhormat kawasan... tapi ditaja lagi oleh felcra kepada ahli yang berhormat untuk rakyat jelata. kemuskilan kedua bagaimana surat sulit ini boleh jatuh ketangan orang yg tidak sepatutnya, selepas itu memburukkan lagi org felcra yg meluluskan lembu itu untuk ditaja... pakai duit felcra sedara bukan duit kerajaan, duit jkk atau peserta. lagi satu lembu2 itu digunakan untuk ibadah korban bukan kenduri kawin anak2 ahli yang berhormat berkenaan, bukakah untuk rakyat jadi apa salahnya bukan???sekali lagi ditaja felcra bukan free yerrr.... diakhir kata saya mohon maaf atas kata-kata kurang sopan, tiada niat buruk dari saya cuma ingin membetulkan fakta, saya sangat menghormati orang-orang baik-baik lagi2 ulamak dan pejuang islam, terutamanya orang pas. cuma yang terkilan kadang2 fakta yang cuba hendak disampaikan tidak betul dan berbau fitnah.. selidik secara mendalam saya yakin kebenaran akan kekal benar yang slah pasti terbongkar.......

    BalasPadam