Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 17 Jun 2015

ISLAM BUKAN BONEKA

(إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا)

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (Surah al Israk : 7)

Pagi ini (khamis), saya meluangkan masa bersama di kedutaan Myanmar bersama Lajnah Dakwah PAS Pusat menyerah memo kepada Kedutaan Myanmar di Malaysia supaya mengambil tindakan kemanusiaan terhadap bangsa Rohingya.

Cerita sedih bangsa Rohingya yang beragama Islam, turut bersama berjuang menuntut kemerdekaan Myanmar, akhirnya mereka sendiri hilang kerakyatan di negara sendiri. Mereka dibunuh dan dibakar hidup-hidup, ditindas dengan tidak berperikemanusiaan. 

Bahkan hampir 10,000 orang bangsa Rohingya Islam yang "terkurung" di tengah laut bertarung nyawa meneruskan kehidupan, mencari sekangkang kera tanah untuk hidup. Islam menjadi pelarian di bumi orang.

Esok pula insyaallah akan bersama Dewan Pemuda PAS Perak selepas solat Jumaat dalam himpunan membantah hukuman mati ke atas Dr Morsi serta lebih 100 orang pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir, oleh kerajaan kudeta As Sisi Boneka Barat.

Pada masa ini negara Islam di timur tengah terus bertelagah sesama sendiri. Orang Islam di seluruh sedunia wajib bersatu. Barat dan kafir laknatullah terus mengatur strategi "pecah dan perintah" dengan membonekakan kumpulan tertentu. Tolak sebarang kepentingan duniawi dalam mertabatkan Islam.

Terus Beristiqamah

* Catatan semasa Himpunan Menyerah Memo di Kedutaan Myanmar

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Khamis 21 Mei 2015
3 Syaaban 1436H

IMPAK PEMILIHAN PAS TERHADAP BEBERAPA PIHAK

1. DAP

Mengungguli carta sebagai parti paling terkesan dengan keputusan pemilihan PAS. Merekalah yang paling banyak campur tangan dan mengeluarkan kenyataan sebelum, semasa dan setelah pemilihan berlaku.

Rancangan Dap akan terganggu dengan kepimpinan baru PAS. Kepimpinan ini nyata lebih tegas dan mendokong penuh aspirasi Presiden yang tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap perjuangan Islam.

Dap adalah sebuah parti yang tidak percayakan agama sebagai sebuah cara hidup, apatah lagi dalam soal politik. Mereka berfahaman sekular-sosialisme.

Antara penentangan keras Dap adalah soal perlaksanaan syariah Islam di Kelantan. Campurtangan sebelum pemilihan untuk menggantikan Presiden PAS yang baru hanya kerana TGHH komited untuk membawa usul private bill meminda Akta Mahkamah Syariah Persekutuan.

Justeru, Dap memerlukan suatu rancangan baru apabila melihat mereka tidak mampu lagi mengubah pendirian PAS. Campurtangan LGE dan LKS hanya menyebabkan ahli bertambah benci lalu menghukum mereka yang kelihatan mesra Dap.

Usul yang dibuat oleh Ulama menambah igau ngeri Dap. Walaupun mereka mungkin masih utuh di Pulau Pinang, mereka perlu memikirkan masa depan Dap di negeri-negeri lain yang banyak bergantung harap kepada rakan PR seperti Kedah, Selangor dan Perak.

Pengerusi Dap Kedah yang mendesak LGE meletak jawatan menandakan parti itu sedang menghadapi krisis halatuju yang agak parah akibat kediktatoran pimpinan atasan. Imej sebenar kepimpinan Dap mula terserlah sebagai Mr. Arrogant, diktator, hipokrit, emosional, dan anti-Islam. Seruan demokrasi dan kebebasan berpendapat ternafi dengan wajah sebenar Dap sekarang.

2.PKR

Parti ini juga tidak begitu selesa. Kekalahan beberapa 'teman rapat' mereka dalam pemilihan membantutkan rancangan memulihkan imej Pkr. Umum mengetahui perbezaan pendirian Presiden PAS dan Ketua Umum Pkr dalam banyak isu seperti GST, Israel-Palestin, hubungan kaum dan pembelaan Islam.

Dengan pembantu-pembantu baru yang berkongsi pemikiran sama dengan TGHH, Pkr perlu memikirkan cara baru untuk memulihkan imej mereka yang kian merosot dengan pelbagai isu sebelum ini terutama Langkah Kajang.

Faktor Anwar di penjara tambah menyukarkan keadaan. Tanpa beliau, kepala-kepala dalam PKR akan bercelaru. Presiden mereka WAWI hanyalah batu loncatan buat Anwar merealisasikan cita-citanya.

Team Rafizi dan Team Azmin akan terus bertembung, ditambah beberapa pendokong TSKI akan merancakkan lagi gegaran seandainya Dap turut menekan Pkr untuk tidak lagi bersama PAS. Ramai pimpinan Pkr yang masih percaya kepada TGHH berbanding DSAI. Yang pasti, rancangan Dap terhadap Selangor yang gagal itu telah menyebabkan hubungan dua parti itu tidak lagi semanis dulu.

Dalam isu perjuangan syariat Islam, reaksi Pkr agak bercanggah dengan Dap. Pkr membidas sikap Dap yang lantang mempertikai Islam kerana bimbang pengundi melayu memprotes. Pkr sebenarnya mengambil pendekatan untuk mendiamkan sahaja isu ini supaya sentimen keagamaan tidak dimainkan musuh.

Atas dasar itu, retak dalaman PR bukan sekadar Pas-Pkr, PAS-Dap, tetapi Pkr-Dap sudah lama bersengketa.

3. UMNO-BN

Umno juga tidak boleh duduk diam. Walaupun PR retak, sokongan terhadap Umno masih belum kembali pulih malah semakin parah. Isu Najib-Mahathir membuatkan mereka kelemasan lalu mencari-cari talian hayat dari pihak luar.

Umno pantas menghulur tangan untuk berbaik dengan PAS mengharap kepimpinan itu boleh menerima. Sebenarnya bukan kali ini, tetapi seawal pengunduran Tun Abdullah lagi Umno cuba berdamai. Walaupun DSAI menawarkan Konsensus Nasional dan LKS menawarkan Save Malaysia (kesinambungan perundingan sebelum ini), Umno masih mengharapkan PAS. Semua ini menjadi bukti PAS adalah gergasi politik di Malaysia.

Walaupun harapan rakyat terhadap koalisi PR mungkin sudah rapuh, namun untuk mereka beralih menyokong BN adalah mustahil sama sekali. Korupsi dan kegagalan urus tadbir yang berlaku dalam kerajaan sekarang sudah sampai ke tahap kritikal. Undi teras mereka di pedalaman juga mula beralih kepada PAS seperti yang berlaku di Rompin.

BN tidak mendapat apa-apa keuntungan dari perpecahan PR. Sebaliknya, Umno yang akan tercabar sekiranya perpecahan ini berakhir dengan kemenangan moral buat PAS.

4. KUASA BARAT

Apa yang berlaku di Malaysia adalah bertentangan dengan apa yang sedang dirancang zionis. Menurut laporan RAND, mereka telah mencipta suatu fahaman yang digelar sebagai post-Islamism, berbentuk kefahaman memperjuangkan politik atas nama Islam, tetapi tanpa menegakkan syariat.

Fahaman ini menular ke hampir setiap gerakan Islam dunia. Tujuannya supaya semangat keIslaman luntur dari hati pejuang Islam, yang akhirnya akan menjadikan parti-parti Islam tidak lagi menjadi ancaman buat Kapitalis barat.

Namun apa yang sedang berlaku di Malaysia sebaliknya. Cubaan menyingkirkan TGHH sebagai halangan utama post-Islamisme dari tampuk kepimpinan eksekutif PAS bukan sahaja gagal, bahkan pihak yang berkongsi fikrah sama dengan beliau pula yang dipilih. Ini bermakna akar umbi gerakan Islam ini tidak terpengaruh dengan fahaman post-Islamisme.

Malaysia sebenarnya antara negara sasaran yang dibimbangi kuasa dunia. Prestasi pemerintah yang semakin merudum dari PRU ke PRU menyebabkan barat mencari-cari agen baru yang boleh menyekat kemaraan Islam. Perkembangan Islam yang amat progresif di Asia Tenggara ini terutama Brunei dan Acheh tambah mendesak Barat untuk mencari pengawal pengaruh mereka yang lebih besar dari Singapura.

Aspirasi TGHH adalah memerintah berasaskan sistem Islam. Inilah punca sebenar PAS diasak oleh Amerika dan sekutunya. Ketegasan Dr Mursi untuk menegakkan syariah Islam menjadi sebab campur tangan serentak Amerika, Saudi dan Israel sehingga kerajaan hanya mampu bertahan setahun.

5.GERAKAN ISLAM DUNIA

PAS menjadi harapan baru buat rakan-rakan gerakan Islam dunia. Keunikan PAS yang berada di negara bermasyarakat majmuk menggambarkan keupayaan PAS untuk mengurus kepelbagaian budaya dan agama. Tidak mustahil PAS boleh melahirkan khilafah ketiga umat Islam.

Kehebatan alim ulama dalam PAS terbukti sejak dahulu lagi. Disaat gerakan Islam luar lain diharamkan di negara masing-masing, PAS masih mampu bertahan walau cubaan mengharamkannya dilakukan berbagai cara. Provokasi dan sentimen keagamaan dimainkan untuk menjerat tetapi kekuatan jatidiri ahli yang ditarbiyah dengan baik menyebabkan mereka begitu berhati-hati dalam setiap tindakan.

PAS juga menjadi pujaan apabila berjaya mengekang agenda pemecahan kuasa umat Islam. Sehingga hari ini, PAS menjadi satu-satunya wadah politik Islam berbeza di negara-negara muslim lain termasuk Turki, Pakistan, Indonesia. Usaha memecahkan kesatuan politik ini pernah beberapa kali berlaku, tetapi lenyap begitu sahaja dengan izin Allah dan kebijaksanaan pemimpin PAS.

Keunikan PAS adalah membariskan pimpinan saf hadapan dikalangan alim ulama. Ikhwanul Muslimin di Mesir sendiri ketandusan tokoh alim ulama yang mampu terkehadapan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Di luar sana, Ulama lebih berperanan sebagai badan advisori dan legislatif sahaja, bukan eksekutif.

Ijtihad-ijtihad politik PAS dijadikan contoh ikutan. Penubuhan DHPP, meletakkan calon wanita dan bukan muslim serta kajian Tahaluf Siasi antara harta intelek PAS yang sangat dikagumi. TGHH adalah sebilangan arkiteknya. Kemenangan bergaya beliau adalah suatu isyarat, banyak lagi ijtihad-ijtihad baru politik akan tercetus.

Hari demi hari, sentuhan pemikiran TGHH makin ditagih setiap belahan dunia. Beliau diusung ke sana ke mari memberi syarahan dan melontar pendapat untuk memajukan Islam. Universiti, parti politik dan badan NGO semuanya dahagakan pandangan matang dan jauh beliau. Perlu diketahui, selepas kematian Said Hawa, Mustafa Masyhur, Fathi Yakan, Gulbudin Hekmatiyar, Abdullah Azzam, Syeikh Ahmad Yasin ditambah keuzuran Dr Yusof Qardawi, TGHH lah tokoh gerakan Islam paling senior yang masih aktif.

Rabu, 20 Mei 2015

APA LANGKAH NAJIB MENGAWAL KEJATUHAN RINGGIT?

Formula mudah apabila nilai ringgit jatuh berbanding dengan nilai matawang asing maka harga barang import akan melambung, sedangkan 70% daripada  makanan rakyat Malaysia seperti beras, gula, tepung, barangan tenusu, daging dan kekacang adalah diimport.

Sekiranya langkah mengawal atau tindakan bijak tidak diambil, maka rakyat akan terus tertekan dan terbeban dengan kejatuhan Nilai Ringgit ini.

Contoh;

Pada 2 tahun lalu nilai ringgit berbanding dgn nilai Dollar Amerika.

1USD = RM3.20

Andaian harga beras = 1Tan = USD100 = RM320

Pada hari ini nilai ringgit berbanding dengan USD

1USD = RM3.85

Andaian harga beras = 1tan = USD100 = RM385

Rakyat terpaksa membayar RM65 lebih mahal untuk mendapat jumlah kuantiti bersama.

Dua persoalan,

1. Negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Philippine, Kemboja dan Vietnam yang geografinya sama dengan Malaysia dari sudut pengeluaran makanannya cukup dan mampu mengeksport. India dan cina yang rakyatnya juga mencecah 1Billion manusia juga mampu menampung keperluan dan mengeksport.

Kenapa Malaysia terus mengimport dan "trend" dilihat makin meningkat?

2. Nilai Ringgit makin menurun. Sedangkan negara kita mempunyai "fundamental" ekonomi yang kukuh. Berbagai hasil hutan, pertanian dan sumber asli. Sedangkan apa yang dilihat Ahli Parlimen dan wakil rakyat UMNO/BN tidak pernah berbicara soal ini. Sebaliknya, mereka sibuk mencari peluang untuk mengalih wang rakyat ke dalam kocek kroni mereka.

Contoh terbaru bagaimana wakil rakyat UMNO/BN mengalihkan duit rakyat dari Tabung Haji kepada syarikat 1MDB. "RM190Juta duit Tabung Haji telah dipindahkan ke 1MDB".

Tabung Haji telah membeli 2 bidang tanah TRX berjumlah RM772 juta secara tunai.

1. Yang pertama pada harga RM194juta atau RM2860/kaki persegi dengan anggaran keuntungan 1MDB sebanyak RM 2802.80 sekaki

2. Yang kedua RM578 juta atau RM3900/kaki persegi dengan anggaran keuntungan 1MDB RM3822 untuk satu kaki persegi.

Turunkan UMNO/BN gantikan dengan pemimpin yang lebih beramanah.

* Catatan dalam flight ke Alor Setar

Terus Beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Selasa 19 Mei 2015
1 Syaaban 1436

Selasa, 19 Mei 2015

HARAPAN KEPADA TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG UNTUK MENYELAMATKAN MALAYSIA

Marahkan Tun Mahadir tukar dengan Tun Abdullah (Pak Lah) marahkan Pak Lah Tukar dengan Najib, hasilnya Negara makin parah dan tidak menyelesaikan masalah yang diwarisi.

Hampir 20 tahun, baru rakyat sedar Tun Mahathir telah menghabiskan hampir RM100Billion wang negara untuk bail out atau bayar hutang syarikat untuk selamatkan kroni-kroninya.

Masihkah anda ingat, bail out syarikat perkapalan Nasional, RENONG BHD, PERWAJA STEEL, MAS dan lain lain?

Tun Mahathir turun ganti dengan Pak Lah, cucu seorang ulamak dan berwatak sebagai Mr Clean. Dalam diam dikatakan telah gadai telaga minyak Blok L & Blok M kepada Brunei yang mana nilai minyak yang ada, menurut blog Tun Mahadhir berjumlah lebih dari 100Billion USD, manakala dalam Ringgit mengikut nilai waktu itu RM320Billion.

Tun Abdullah diturunkan diganti dengan  Najib. Setelah simpanan negara habis diguna Tun Mahathir, telaga minyak dijual Pak Lah. UMNO/BN di bawah DS Najib tiada pilihan terus mengganas menipu dan merompak wang rakyat yang menjadi warisan UMNO/BN turun temurun.

Langkah Najib mengurus,

1. Berhutang sehingga Mac 2015 berjumlah RM600Billion. Jawapan Timbalan Menteri Kewangan di sidang parlimen baru ini. Soalannya ke manakah duit hutang ini digunakan?

Pemerhatian kita terhadap perkhidmatan awam masih dalam keadaan yang sama. Lebuhraya masih kena tol. Pengajian masih berbayar, perkhidmatan hospital masih dalam tahap yang lama. Kos Kemudahan asas letrik, air dan telekomunikasi makin mahal.

2. Ke mana perginya peruntukan subsidi yang dikurangkan atau ditarik balik penggunaannya. Subsidi adalah perkongsian harta negara untuk mengurangkan beban rakyat.

Contoh,

1. Harga minyak pasaran RM4.00 kerajaan subsidi (kerajaan bayar/tanggung) RM2.00. Maka rakyat bayar RM2.00.

2. Harga pasaran beras RM3.00/kg. Kerajaan subsidi RM1.00/kg maka rakyat bayar untuk 1kg beras RM2.00/kg.

Pengurangan subsidi terhadap barang keperluan asas seperti petrol, diesel, beras, tepung, gula dan minyak masak tidak berlaku pada zaman Perdana Menteri sebelum Najib.

Ke manakah wang tanggungan kerajaan subsidi yang dikurangkan atau ditarik balik ini habis digunakan oleh Najib dan kuncunya. Tidak cukup dengan berhutang, menarik subsidi keperluan asas rakyat, DS Najib terus merompak rakyat dengan mengenakan GST.

Tidak perlu dijelaskan lagi kerana rakyat sudah pun faham. Hampir semua barang dan perkhidmatan yg dibeli atau dibayar oleh rakyat ditambah GST 6%. 

Rakyat terus terbeban, apa yang dilihat  Najib yg diberi kuasa atas lambang UMNO/BN terus dengan tindakan menambah beban rakyat.

Malaysia tidak mampu  bertahan lagi,  pimpinan diubah hasilnya, berubah daripada yang korup kepada yang lebih korup. Daripada sekular kepada yang lebih sekular.

Saya berkeyakinan penuh, hanya Islam dan Ihsan serta bertaqwa dapat memberi kesejahteraan kepada ummat dan negara. Saya optimis pimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS, adalah insan selayaknya untuk membawa perubahan kepada Malaysia.

Terus beristiqamah

Catatan perjalanan ke MADI Perlis

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Selasa 19 Mei 2015
1 Syaaban 1436H

Isnin, 18 Mei 2015

KADANG-KADANG KENALAH AJAR SIKIT

KENYATAAN MEDIA

Saya bagi temp0h 3 hari kepada Bloger Al hussein.

Setelah membaca tulisan blog

http://alhusseyn51.blogspot.com/2015/05/pesuruhjaya-pas-perak-cuma-mahu-balas.html?spref=fb&m=1

Pemilik blog adalah.

Nama penuh blogger alhusseyn

MOHAMED ALI BIN HUSSAIN

NO K/P: 510418 08 5751
4019947

ALAMAT : 57, LINTASAN ROKAM,
PEKAN RAZAKI,
31350 IPOH.

saya dapati berlakunya serangan demi serangan yang dibuat oleh bloger Al Hussein kepada saya. Serangan beliau kepada saya bermula semenjak saya dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Perak pada tahun 2013.

Saya bersabar kerana menganggap ini merupakan asam garam orang politik. Akhir akhir ini saya dapati penulisan beliau terhadap saya yang boleh dijustifikasikan sebagai serangan agak keterlaluan dan melampau.

Dalam satu penulisan beliau baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa 'saya dinasihatkan berhenti dari jabatan kastam kerana masalah disiplin' pada pandangan saya amat keterlaluan dan melampaui batas yang mana ia merupakan suatu fitnah terhadap saya.

Saya beri tempoh selama 3 hari untuk beliau memohon maaf kepada saya berhubung perkara tersebut secara terbuka melalui media cetak terutama akhbar sinar Harian,Utusan Malaysia dan Berita Harian. Beliau juga diminta memohon maaf melalui muka buku (face book) dan blog beliau serta semua blog yang mempunyai pautan terhadap blog  beliau.

Jika beliau gagal berbuat demikian, saya akan merujuk perkara ini kepada peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undangn terhadap beliau.

Sekian

Hj.Razman Hj.Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak

Ahad 17 Mei 2013
28 Rejab 1436H

LAHIRNYA TOKOH YANG HEBAT HASIL AIR TANGAN GURU YANG IKHLAS HATINYA


Saya rasa tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua masyarakat yang pernah terlibat dalam institusi atau bidang ini.

Kita jangan lupa bahawa Nabi SAW memperingatkan tentang peranan guru dan murid,

من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة

Sesiapa yang menyelusuri jalan ilmu, Allah SWT akan mudahkan jalannya ke syurga (Hadis Shahih Muslim)

Ketahuilah, seorang ibu atau ayah adalah guru pertama bagi seorang anak kecil. Guru pertama ini akan mengajar subjek pertama bagi seorang anak kecil, iaitu erti kasih sayang, sehinggalah pandai bertutur. Ada dari kalangan anak anak yang petah berkata, dan hebat bermadah.

Ketahuilah, seorang guru juga dididik oleh guru guru mereka. Mana mungkin seorang guru boleh lahir tanpa guru yang mendidiknya terlebih dahulu. Mereka mengajar erti sebatang lilin yang berkorban membakar diri untuk memberi cahaya kepada orang lain.

Ketahuilah, berapa ramai guru yang dilupai jasa mereka, tidak dikenang usaha mereka, tetapi lahirnya manusia manusia berguna menjadi bukti kerja buat mereka selama ini. Mereka berkhidmat siang dan malam tanpa mengharap dikenang sebagai seorang hero mahupun seorang wira yang melahirkan bangsa.

PAS merupakan sebuah gerakan Islam yang berusaha melahirkan guru, walaupun profesionnya sebagai seorang pesawah, mekanik mahupun jurutera. Guru bukanlah satu profesion, akan tetapi ia adalah satu tanggungjawab membina masyarakat.

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Ahad 17 Mei 2015
28 Rejab 1436H

Ahad, 10 Mei 2015

UMNO BEGITU BERANI MENGKHIANATI MELAYU DAN ISLAM

Bangkitnya isu PKFZ, namun UMNO masih belum tumbang kerana rakyat tak terasa bahawa duit negara adalah hak mereka. Inilah cara UMNO mengambil  duit rakyat dengan cara yang bercanggah dengan syarak.

1. Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) yang mana beliau sendiri berkepentingan dalam syarikat tersebut.

Kemudian, beliau (Rahman) yang juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

Ini bermakna beliau (Rahman) mendapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) daripada proses pembelian tanah tersebut.

Kita perlu sedar berbillion billion duit khazanah negara telah lesap di bawah pemerintahan UMNO. Namun rakyat masih tidak nampak keburukan mereka yang selama ini sudah terzahir.

2. Dengan cara yang sama, UMNO mengulangi pengkhianatan terhadap rakyat dan negara. 1MDB membeli tanah dengan harga RM4juta. Manakala Tabung Haji membeli semula tanah yang sama dengan harga RM194juta.

RM190Juta duit Tabung Haji milik penyimpan mengalir ke dalam kocek pemimpin UMNO. Jumlah ini kalau digunakan sebagai subsidi untuk membantu penyimpan yang masih belum berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji, alangkah ramainya yang dapat menyempurnakan kewajipan itu.

Ini adalah pengkhianatan yang paling besar dalam seluruh pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO.

Saya menyeru kepada seluruh orang Islam yang menjadi penyimpan di Tabung Haji supaya turun beramai-ramai ke HINDAR Himpunan Derita Rakyat  pada 15hb Mei 2015 jam 2.00-4.00ptg di Perkarangan Ibu Pejabat Tabung Haji, Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk serahan memorandum.

HENTIKAN PENGKHIANATAN INI.

* Catatan di KUIZM sementara menunggu Konvokesyen ILHAM.

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Sabtu 9 Mei 2015
21 Rejab 1436 H

Jumaat, 8 Mei 2015

TABUNG HAJI JUGA MENJADI MANGSA UMNO

Kalaulah benar sepertimana yang didakwa Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB dengan harga yang tidak munasabah, dibimbangi Tabung Haji juga senasib MAS dan Felda.

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Pegawai Eksekutifnya Dato Johan Abdullah, antara fakta yang dikatakan ialah, Tabung Haji telah membeli 2 bidang tanah TRX berjumlah RM772 juta secara tunai.

1. Yang pertama pada harga RM194juta atau RM2860/kaki persegi dengan anggaran keuntungan 1MDB sebanyak RM 2802.80 sekaki

2. Yang kedua RM578 juta atau RM3900/kaki persegi dengan anggaran keuntungan 1MDB RM3822 untuk satu kaki persegi.

Apa matlamat Tabung haji berbuat demikian? Fikir-fikirkanlah wahai kaum ku. Kalau betul dakwaan ini, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim sama taraf dengan Ahmad Maslan.

* Catatan perjalanan balik dari Permatang Pauh

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Khamis 7 Mei 2015
19 Rejab 1436