Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Isnin, 31 Oktober 2011

Jom Ubah, Untuk Kebajikan Kita Semua. Kekayaan Negara Untuk Rakyat, Bukan Untuk Pemimpin.

Tuan Hj. Razman Zakaria, seorang pemimpin berkarisma, disayangi kawan, digeruni lawan. Beristiqamah, tidak mengenal penat dan lelah dalam perjuangan membebaskan orang-orang melayu luar bandar khususnya, di Parlimen Lenggong, dari terus diperbodohkan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional. 


Beliau tidak pernah jemu mendekati rakyat untuk menyampaikan maklumat dan memberi penerangan, dengan harapan rakyat sedia berubah demi masa depan masyarakat yang lebih terjamin, untuk sama-sama menuju kearah membentuk sebuah negara berkebajikan, setelah melihat sekian lama rakyat di daerah Hulu Perak ini, dijerat dengan bebanan yang tidak sepatutnya dipikul atau dibiarkan terus berlaku keatas bahu rakyat.


Setelah memikul tanggungjawab besar, sebagai Timbalan Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia Negeri Perak, merangkap Timb. Pengerusi Lajnah Tanah dan Penbangunan Wilayah PAS Pusat serta Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan, (BAPA). Beliau telah melaksanakan amanah diberikan dengan gigih dan cemerlang apabila berusaha mengangkat martabat peserta Felcra dan peneroka Felda kedalam dewan Parlimen supaya dapat diambil perhatian oleh menteri yang bertanggungjawab keatasnya,.


Akhir-akhir ini, syukur kehadrat Allah S.W.T, hasil usaha Tn Hj Razman mengangkat masalah peserta Felcra dan peneroka Felda keperingkat menteri kabinet, pendapatan dividen yang diterima oleh peserta/peneroka  kini, telah meningkat berbanding sebelumnya. Inilah yang diharapkan rakyat selama ini. Sebelum ini, peningkatan pendapatan peserta/ peneroka tidak pernah berlaku, malah beban hutang kos pembangunan ladang tidak pernah habis. Apabila ditanya kepada wakil rakyat (YB) Umno-Bn, mereka dengan lagak sombong, lebih menyebelahi pihak Felcra/ Felda. Semua ini dipandang serius oleh Tn Hj Razman dengan teguran yang membina, namun sikap wakil rakyat ini menjadi semakin bengis. 


Harus diingat, setiap YB yang telah dipilih oleh rakyat, hendaklah mendengar keluhan rakyat dibawah.  Laksanakanlah amanah diberi dengan baik, jujur, telus dan adil, serta terimalah sewajarnya sebarang tuntutan yang dibuat oleh rakyat, bukan menolaknya atau membenarkan sebarang penindasan dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan keatas rakyat sepertimana, aduan berlakunya penyelewengan, perjanjian berat sebelah yang didapati merugikan rakyat, dan hanya menguntungkan sebelah pihak.



Rakyat mahukan perubahan, setelah lebih 50 tahun berlalu, tidak ada perubahan besar dilakukan oleh kerajaan Umno-Bn supaya membebaskan kelompok masyarakat Felcra dan Felda ini dibelenggu dengan bebanan hutang yang berpanjangan.




Masihkah ada lagi, ruang dan peluang untuk diberikan kepada wakil-wakil rakyat dari Umno-Bn yang hendak mewakili rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang khususnya di Parlimen Lenggong? Tentunya, tidak! Gelombangnya sudah dirasai, rakyat sudah tidak meyakini kerajaan Umno-Bn boleh membebaskan golongan masyarakat Felcra dan Felda, keluar dari beban hutang yang bertimbun dengan pendapatan yang jauh lebih rendah, berbanding ladang yang diusahakan sendiri. 



Apakah amanah dan tanggungjawab sebenar YB Umno-Bn terhadap rakyat? Adakah YB Umno-Bn benar-benar telah membantu peserta/ peneroka Felcra dan Felda keluar dari beban kemiskinan serta bebas dari sebarang hutang? Tujuan apakah sebenarnya setelah YB Umno-Bn dilantik menjadi wakil rakyat tetapi, tidak memperdulikan suara rakyat?


"Jom Ubah Sekarang,"
'Untuk Kebajikan Kita Semua.'

"Kekayaan Negara Untuk Rakyat,"
'Bukan Untuk Pemimpin.'


Selasa, 25 Oktober 2011

30 PENGKHIANATAN UMNO!

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi? 




10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT? 

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen? 



13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2? 




21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?





28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diper*****kan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah

11 PEMBOHONGAN NAJIB TUN RAZAK

                                                             
1. JANJI BANTUAN MASJID YANG GAGAL DI TUNAIKAN.
2008, ketika memegang jawatan TPM, Najib Razak melawat beberapa masjid dan surau sempena di ambang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Beliau berjanji akan beri bantuan RM100,000 untuk masjid dan RM20,000 untuk surau. Beliau menyerahkan surat bantuan dari Jab PM kepada AJK masjid dan surau. Selepas 6 bulan, bantuan tetap tidak tiba menyebabkan AJK masjid merujuk surat kepada Jab PM dan diberitahu peruntukan bantuan tersebut tidak wujud. Selepas disiarkan di muka depan Suara Keadilan dan BN  kalah dalam Pilihanraya Parlimen K. Terengganu, sebulan kemudaian BN meluluskan bantuan tersebut.

2. NAFI KERAJAAN BAYAR ROYALTI MINYAK KEPADA TERENGGANU
4 Nov 2009, Najib menggunakan istilah wang ehsan ketika menjelaskan status royalti minyak di perairan Kelantan sedangkan terbukti dalam surat Petronas kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu (1979) yang menyamai tuntutan Kelantan-menggunakan istilah bayaran royalti, bukan wang ehsan. Surat Petronas kepada MB Terengganu, DS Tuan Guru Abdul Hadi Awang (2000) juga menyebut wang royalti. 


3. JANJI RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI TETAPI SUBSIDI DIBATAL
Selepas menjadi PM pada 2009, Najib umum Malaysia akan jadi Negara berpendapatan tinggi dengan perkapita meningkat dari RM21,000 kepada RM45,000 kira-kira 10 tahun dari sekarang. Beberapa bulan kemudian, Najib menubuhkan makmal rasionalisasi subsidi (Idris Jala sebagai Pengerusi) yang bertujuan memotong subsidi yang diberi kepada rakyat secara berjadual dalam tempoh sedekad. Awal dekad akan datang, rakyat Malaysia hamper tidak mendapat subsidi lagi sedangkan keperluan harian semakin mahal



4. JANJI MODEL BARU EKONOMI TETAPI SENYAP SAHAJA 
Ketika mula menjadi Menteri Kewangan, Najib perkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang mana dasar utama ekonomi Negara berasaskan kuota kaum akan dirombak dan diganti dasar merit dalam memperoleh tender serta projek. Selepas dibantah Dr Mahathir, Najib memendamkan MBE hingga rakyat tertanya-tanya adakah MBE masih diteruskan.

5. NAFI BERI LESEN JUDI SUKAN, SYARIKAT JUDI TERUS BERNIAGA
7 Jun 2010, Najib sebagai Menteri Kewangan menafikan telah beri lessen judi sukanselepas syarikat Ascott Sport dan Berjaya Group umum akan memasarkan Judi Sukan di Malaysia. 11 Jun 2010, Berjaya Group telah mengeluarkan ‘Medium Note’ bagi meraih dana sejumlah RM800 juta bagi pembiayaan operasi Judi Sukan seluruh Malaysia di 220 cawangan Sports Toto. Ascott Sport menyatakan mereka telah mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan. 15 Jun 2010, Najib sekali lagi menafikan lessen judi sukan  telah dikeluarkan dan minta supaya perkara tersebut tidak ditanya lagi.Penasihat Berjaya Group dalam pengeluaran ‘Medium Note’ adalah Maybank dan pentadbir kepada operasi tersebut adalah Am Investment Bank dan Maybank Investment Bank. Mustahil 3 pihak bank ini terlibat sekiranya belum benar-benar mendapat kelulusan dari kerajaan.

6. NAFI ISTERINYA, ROSMAH MEMPUNYAI PEJABAT DAN KAKITANGAN
Nov 2010, Najib berbohong di Dewan Rakyat apabila menyatakan pejabat Rosmah tiada kakitangan khusus sedangkan laman sesawang FLOM (First Lady of Malaysia) di Pejabat PM yang menempatkan Rosmah dan beberapa kakitangan telah ditemui. Laman ini memaparkan 6 staf yang sama seperti Pejabat PM termasuk bahagian Media, Dasar Penyelidikan, ICT serta ekonomi yang lebih besar dan sama penting dengan PM.

7. JANJI KAJI AKTA TEKAN RAKYAT TETAPI DAKWA MAT SABU
15 Sept 2011, Najib umum Malaysia akan jadi ‘negara demokrasi terbaik di dunia’ dengan mansuhkan ISA dan kaji beberapa fakta yang menekan rakyat termasuk Akta Hasutan dan Akta MEsin Cetak 1984. 21 Sept 2011, kerajaan dakwa Timb Presiden PAS, Mat Sabu kononnya memfitnah polis British yang bertahan di Bukit Kepong dari serangan komunis. Mat Sabu tidak memfitnah tetapi menyuarakan pendapat.


8. JANJI KAJI PERATURAN PILIHANRAYA, TIDAK TERIKAT DENGAN SYOR PEMBAIKAN PERATURAN.
Ogos 2011, Najib tubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (dianggotai 5 wakil kerajaan BN, 1 Bebas, 3 Pakatan Rakyat) bertujuan mengkaji dan memperbaiki peraturan Pilihanraya. Sehari kemudian, Najib menyatakan kerajaan BN tidak terikat menunggu JK itu mengemukakan syor dan memperbaiki system pilihanraya sebaliknya BN bebas membuabarkan parlimen bila-bila masa.

9. TIDAK MENGAKU KERAJAAN LULUS CUKAI PRE-PAID
Mulai 15 Sept (kemudian ditangguh untuk dikaji), syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan ke atas pengguna. Najib menafikan Kementerian Kewangan setuju caj itu dikenakan. Faktanya, pengguna pra-bayar tidak dikena caj 6% sebelum ini kerana telah diserap syarikat telekomunikasi. Dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian pra-bayar. Jadi, adakah Najib wajar berkata kerajaan tiada kaitan mempersetujui perlaksanaan cukai pra-bayar itu?


10. TAIB MAHMUD MASIH BERKUASA WALAUPUN NAJIB JANJI MAHU GANTI BELIAU
Apr 2011 ketika kempen pilihanraya Sarawak, Najib memaklumkan dalam hampir setiap daerah yang beliau hadiri  bahawa KM Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan diganti kerana beliau telah lebih 30 tahun berkuasa. Najib gagal berbuat demikian malah selepas setengah jam mengumumkan kemenangan BN, Taib terus mengangkat sumpah sebagai KM tanpa menghiraukan kenyataan Najib. Najib mengarahkan SPRM menyiasat skandal kekayaan Taib yang bernilai berbilion ringgit.

11. JANJI PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 BOLEH DI STADIUM TAPI AKHIRNYA SERAH KEPADA POLIS
Julai 2011 setelah mendapat teguran dari Yang Dipertuan Agong, Najib mengeluarkan kenyataan untuk mengadakan rundingan penganjuran BERSIH 2.0 di stadium dan berbincang tentang 8 tuntutan penganjur. Akhirnya Najib menyerahkan kepada polis untuk halang himpunan BERSIH serta tangkap 1,600 rakyat. Najib mendapat kritikan pelbagai pihak serta dilabel pemimpin ‘Flip-flop’.







Jumaat, 21 Oktober 2011

KALAU MIKA NAK SOKONG UMNO JUGAK, MIKA SOKONGLAH. INILAH KONSEP NEGARA ISLAM YANG UMNO TELAH PERJUANGKAN......


Koleksi Terbaik Pimpinan UMNO "Membela" Islam. Renung-renungkan untuk mereka yang masih tebal dengan ke"UMNO"annya.

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud.

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
(Buang Bayi)
8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

(Hari-hari dilaporkan diakhbar)
11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

(Inilah punca gejala maksiat yang melalaikan)
15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

(Inilah Kemajuan orang Islam kata Umno
17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92.


ULASAN: Siapakah kita nak menolak huku yang telah Allah Perintahkan?
Jangan menyokong orang-orang yang tunjuk pandai lebih dari Tuhan. Kita menumpang bumi Tuhan, janganlah sampai nak jadi tuan. Ikutlah apa yang telah diperintahkan. Dulu-Kini-Selamanya Umno menentang Hukum Tuhan.

Kalaupun Umno taknak melaksanakan, janganlah pula jadi penghalang. Saudara Islam dari Parti PAS hendak laksanakan undang-undang Islam difitnah macam-macam, bukannya Umno nak tolong bekerjasama menegakkan kebenaran. Sebaliknya Hukum yang wajib keatas semua umat Islam yang PAS hendak tegakkan jadi bahan ejekkan Pemimpin Umno.

Jadi, terpulanglah kepada mikoa, orang-orang melayu yang mengaku dirinya sebagai orang Islam supaya membuat pilihan, hendak menyokong orang yang nak menegakkan Undang-undang Islam kah? Ataupun menyokong orang-orang yang tidak mahu menegakkan Islam.

Paling mudah: Nak sokong orang-orang yang nak bina Masjid ke, atau nak nak sokong orang-orang yang nak buka Kelab Malam dan Kelab Judi?

Mika Pikirla Sendiri..................................!!!!!


Rabu, 19 Oktober 2011

Ayat Al Quran Muncul Dikaki Bayi.



MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia Bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci Al-Qurandan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
  
Ayat-ayat itu muncul pada belakangtangankaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat Al-Quran baru pada setiap dua kali seminggu.
  
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,"
kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu,"
kata seorang ahli parlimen di wilayah itu,

Isnin, 17 Oktober 2011

KERABAT Bantu Balu Bekas Angkatan Tentera.

TAMAN MEWAH; Taiping, 12 Okt 2011 – Seramai 7 orang balu Angkatan Tentera disini, yang mengharapkan bantuan untuk menyara diri dan keluarga telah menerima sumbangan berupa 2 kampit beras, hamper, kain batik dan sepasang telekung beserta wang zakat sebanyak, RM100.00 daripada sebuah badan NGO (Badan Amal dan Kebajikan Al-Jauhar) disalurkan menerusi Penganjur, Kebajikan Rangkaian Bekas AngkatanTentera Negeri Perak, (KERABAT.) Bantuan ini telah disampaikan kepada penerima oleh, ADUN Semanggol, YB Hj Ramli Tusin, selaku penaung (KERABAT) Cawangan Taman Mewah.

Pengerusi KERABAT Negeri Perak, Zulkafli Daud 53, berkata; “kami menyelami penderitaan seorang balu angkatan tentera, Siti Aminah bt Ahmad 38, beliau seorang warganegara Indonesia yang tidak diberikan taraf kerakyatan oleh kerajaan, kesempitan hidup bersama anak-anak dilaluinya dengan penuh sabar, beliau hanya menerima pencen berjumlah, RM120.00 sebulan untuk menyara anak-anak sejak kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya, 3 tahun lalu.” 

“Jumlah pencen yang diterima sebanyak RM120.00 sebulan, adalah tidak mencukupi untuk balu yang bergantung hidup dengan jumlah yang sedemikian bagi menanggung keperluan sebuah keluarga pada zaman ini.” Ujarnya lagi.

Kata Siti Aminah; “tanggungjawab untuk menyarahidup bagi membesarkan 2 orang anak yang masih bersekolah rendah bertambah sukar, kerana tidak dapat bekerja disebabkan menjaga seorang anaknya yang cacat serta tidak dapat mencari pekerjaan yang boleh menjamin masa depan keluarganya kerana tidak memiliki taraf warganegara, walaupun beliau sudah menjadi balu seorang Angkatan Tentera Malaysia.” 

"Sekarang ini, saya hanya mengambil upah mengasuh 2 orang anak jiran yang bersimpati dengan nasib saya dan dapatlah saya menyara anak-anak dengan pendapatan RM300 sebulan.” Ujarnya. 

Oleh kerana kemiskinan hidup, dengan berat hati, ibu kepada 3 orang anak ini terpaksa berpisah dengan seorang anaknya yang diserah kepada jagaan ibubapa mertuanya yang kini menetap di Sarawak, demi memastikan masa depan anak-anaknya tidak terabai disebabkan tidak mampu lagi menampung beban kemiskinan yang menimpa dirinya.

Katanya lagi, “Dalam tempoh itu tidak ada sebarang bantuan diterima daripada agensi-agensi kerajaan bagi meringankan beban yang kami tanggung walaupun sudah beberapa kali mengisi borang memohon bantuan daripada pihak-pihak yang berwajib.” 

Kesemua penerima menzahirkan rasa syukur dan gembira menerima bantuan seperti ini, sekurang-kurangnya sumbangan yang diterima dapatlah mengurangkan derita yang ditanggung.

YB Hj Ramli Tusin, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Badan Amal Kebajikan Al-Jauhar, kerana memberikan sumbangan dan bantuan serta perihatin terhadap masalah kemiskinan yang dihadapi oleh balu angkatan tentera.

Jelas beliau, sebenarnya agensi kerajaanlah yang sepatutnya mengambil berat keatas golongan ini. Tetapi malangnya, pihak-pihak berwajib tidak mengambil apa-apa tindakan segera keatas aduan yang dibuat oleh balu angkatan tentera supaya pihak-pihak bertanggungjawab dapat menyampaikan terus bantuan yang sewajarnya kepada mereka. Beliau menuntut, pihak-pihak yang bertanggungjawab tampil segera turun padang, supaya melihat kesusahan rakyat yang berada dibawah pada ketika ini.

Menurut beliau lagi, peruntukan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah disekat oleh pihak kerajaan, yang mana akhirnya, wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sukar menyalurkan bantuan kepada rakyat yang sangat-sangat memerlukan seperti golongan ini.

Katanya, masih terdapat ramai lagi golongan miskin ini sedang dijejaki oleh KERABAT, semoga usaha murni Badan Amal dan Kebajikan (Al Jauhar) akan berterusan agar menyalurkan bantuan ini melalui KERABAT, supaya dapat disampaikan terus  kepada balu angkatan tentera yang selama ini telah terabai kebajikan mereka.

ULASAN: 

TAHNIAH KERABAT PERAK! Walaupun PBTM ada, tapi tak boleh diharap. Bunyi cakapnya PBTM ni berdegar-degar tapi............. malas nak ulas, biarkanlah mereka itu dengan projek-projek yang berkepentingan untuk diri mereka sendiri je.

Teruskan usaha untuk berbuat kebajikan dengan menyalurkan terus kepada mereka yang tidak bernasib baik, seperti golongan balu bekas angkatan tentera yang memerlukan.