Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 30 Disember 2011

KEBANGKITAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) DI LENGGONG

       Sejarah membuktikan Hulu Perak adalah salah satu daerah yang menjadi kubu kuat UMNO/BN sejak sekian lama. Sejarah juga membuktikan UMNO/BN menang dengan begitu selesa di Hulu Perak dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) hanya diketahui wujud sekitar musim pilihanraya dan seperti yang dijangka jauh sekali untuk menang. Faktor pendalaman, penduduk yang ketinggalan dari arus kemodenan memudahkan lagi UMNO/BN mempertahankan kuasa mereka disini.

       Apa pun, itu keadaan begitu sudah menjadi sejarah di Lenggong. Kini tidak lagi sedemikian. PAS sudah mula mendapat tempat di kalangan penduduk di Lenggong, masyarakat disini sudah mula mengenali PAS, faham apa yang diperjuangkan. Ini dapat dibuktikan dengan perbandingan yang dibuat semasa silam.Jika dahulu PAS tidak dikenali, ditakuti oleh bangsa Cina, India malahan ada juga orang Melayu di Lenggong ini yang takut dengan PAS. Era kebangkitan PAS di Lenggong dapat dilihat sekitar 2 tahun ini semenjak pimpinan PAS diperingkat Kawasan Lenggong bertukar. Sejak diterajui oleh Yang Dipertua (YDP) baru iaitu Tuan Haji Razman Zakaria, perubahan demi perubahan dapat dilihat. Penulis tidak sekali kali mengatakan pimpinan lama gagal malahan bersyukur dan berterima kasih kepada mereka kerana merekalah golongan sanggup menerajui perjuangan di Lenggong sebelum ini.

         Perubahan besar dan isu - isu yang diperjuangkan oleh PAS di Lenggong seperti isu berkaitan Felcra, masalah berkaitan tanah, kebajikan masyarakat, salah guna kuasa pemimpin dilihat adalah faktor utama PAS mula diterima di Lenggong. Perubahan inilah yang membuatkan beberapa pimpinan UMNO/BN di Lenggong tidak senang duduk. Mereka juga dilihat terpaksa bekerja seperti yang dilakukan oleh PAS dan tidak bersenang lenang seperti sebelum ini. Banyak kampung - kampung yang dahulu menjadi kubu kuat mereka telah dipecahkan oleh PAS. Ini antara bukti masyarakat di Lenggong sudah dapat menerima PAS dan ini juga menjadi ukuran kekuatan UMNO/BN di Lenggong.

     Akhir kalam dari penulis, jauh disudut hati ini terasa begitu yakin kemenangan sudah dihampiri. Harapan supaya diperkukuhkan lagi gerak kerja, tidak berputus asa dan menerima dugaan dengan redha, insyaAllah Allah SWT akan memberi kemenangan pada PRU 13 ini. Kepada semua amilin - amilin " Ayuh kita bangkit bersama - sama, berganding bahu, berjuang untuk menegakkan agama Allah, kita kuburkan UMNO/BN di Lenggong ini"... TAKBIR!!!

Khamis, 29 Disember 2011

ANAK tarik Ku Li untuk kempen isu FGV

Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan menampilkan putera raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu program jelajah berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd ke Bursa Malaysia.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, dengan nama Gerakan Selamatkan Felda itu dirancang untuk membabitkan Tengku Razaleigh atas kapasiti bekas menteri kewangan itu sebagai salah seorang pengasas Felda.

"(Dalam) isu penyenaraian (ini), beliau berhajat bertemu dengan kami. Mungkin sudah sampai masanya beliau menyatakan pendiriannya tentang Felda kerana beliau antara yang terbabit dengan penubuhan Felda," kata Mazlan dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh hari ini berhubung perkara itu.

Selain Tengku Razaleigh, program jelajah anjuran ANAK dan sepuluh NGO lain itu juga dirancang untuk membabitkan beberapa tokoh lain yang telah berjasa kepada Felda, termasuk seorang bekas pengerusi, Tan Sri Raja Alias Raja Ali.

"Banyak lagi tokoh-tokoh lain (kita sedang berhubung)... Ini untuk melonjakkan kebersamaan dalam isu Felda (supaya) menjadi isu nasional untuk dipertimbangkan secara serius oleh perdana menteri," kata Mazlan.
Dalam mesyuarat hari ini, yang dihadiri 11 NGO, Mazlan berkata mereka turut memutuskan untuk membawa isu berkaitan Koperasi Permodalan Felda Berhad ke pengetahuan Angkatan Koperasi Malaysia (Angkasa).

"Sudah sampai masanya dimaklumkan kepada Angkasa. Kita juga akan memohon pandangan yang dipertuanya termasuk (bekas YDP Angkasa) Ungku Aziz (Abdul Hamid)," kata Mazlan.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, beliau akan menulis surat kepada International Coorperative Alliance untuk melihat masa depan Koperasi Permodalan Felda yang disifatkannya sebagai agensi koperasi terpenting di Malaysia.

NGO yang hadir dalam mesyuarat itu antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Badan Bertindak Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Sabtu, 24 Disember 2011

TUBUH SAYAP PAS

(Dr Mujahid Merasmikan Pelancaran.)
LENGGONG-23 Disember: Sejarah baru tercipta disini apabila satu lagi sayap parti PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS kawasan Lenggong, (DHPPk) dilancarkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Ust. Dr Mujahid Yusuf Rawa, selaku ketua lajnah perpaduan nasional PAS Pusat pada hari ini.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Perak, ust Abu Bakar Hussein serta Ah Bee, Richard Wong  dan S.Nalliraja mewakili jawatankuasa DHPP Perak, untuk menyaksikan penyerahan sebanyak 28 borang keahlian oleh pengerusi jawatankuasa DHPPk Lenggong, Tan Fong Hwa yang telah dilantik.
Ust. Dr Mujahid, dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan diatas penubuhan DHPPk, terutamanya Jawatankuasa DHPP Perak yang tidak pernah jemu meyakinkan kaum-kaum bukan Islam bahawa, PAS bukanlah seperti yang telah ditakut-takut oleh Umno-BN selama lebih 50 tahun lalu dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.
(Ucapan perasmian Dr Mujahid.)
Tambah Dr Mujahid, inilah realiti sebenar yang perlu Umno-BN sedari, kaum bukan  Islam pada hari ini sudah tidak menyakini Umno-Bn untuk menerajui kerajaan pada masa akan datang. Sekiranya Umno mendakwa hanya mereka sahaja yang dapat menjaga orang-orang melayu, agama Islam dan menyatukan pelbagai kaum di Negara ini, sebenarnya mereka tidak melakukan sepertimana yang mereka katakan itu.
Isu-isu besar  seperti pecah amanah dan pembaziran wang rakyat yang melanda Negara pada masa ini semuanya melibatkan pemimpin-pemimpin Umno-Bn. Pada masa ini, bukan sahaja  orang-orang melayu Umno sahaja tidak mempercayai Umno-Bn, bahkan kaum-kaum bukan Islam juga begitu, mereka semuanya lebih mempercayai PAS dan Pakatan Rakyat untuk menerajui Negara pada masa akan datang.
Ust. Abu Bakar turut gembira dan terharu dengan tertubuhnya sayap parti DHPPk Lenggong,  yang mana akan menjadi pelengkap kepada penyatuan kaum dari akar-umbi hinggalah keperingkat negeri-negeri diseluruh Negara yang akan bersama-sama melangkah gagah menuju ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke-13 akan datang.
(Tan Fong Hwa Pengerusi DHPP Menyerahkan Borang Keahlian)
Mengimbau perjuangan PAS yang membawa Islam sebagai agenda utama selama Lebih 60 tahun lalu, berbagai rintangan sukar telah dilalui oleh PAS. Penentangan keras daripada orang-orang melayu Umno yang mendakwa memperjuangkan bangsa dan Agama hanyalah menyaksikan suatu penindasan dan kezaliman keatas orang-orang melayu yang berada didalam PAS dari dulu hinggalah sekarang.
Lebih menyedihkan, Umno sanggup membunuh saudara seagama sepertimana tragedi berlaku di Memali, saudara-saudara Islam telah dibunuh tanpa sebarang sebab yang munasabah. Tetapi hasil dari kesabaran pemimpin-pemimpin PAS, rakyat pada hari ini dapat melihat kejayaan dakwah yang dibawa sehingga masyarakat bukan Islam sudah mula menerima PAS sebagai sebuah parti yang memberikan keadilan kepada semua kaum, agama dan bangsa.
(Ust Abu Bakar Hussien.)
Menurut Ust. Abu Bakar, isu diseluruh dunia pada hari ini, ialah isu pemimpin. Rakyat ketika ini sudah mula melihat apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Disepanjang pemerintahan kerajaan Umno-Bn banyak penyelewengan telah dilakukan oleh pemimpin Umno. 

Ketika ini, rakyat sudah tidak boleh lagi ditipu sepertimana yang dilakukan oleh Umno-Bn sebelum ini. Rakyat mudah mendapat maklumat melalui media baru yang sudah pasti akan menjatuhkan Umno-Bn dengan sendirinya. Masanya sudah tiba untuk rakyat membuat perubahan sepertimana dilakukan DHPPk, kerana sesungguhnya kezaliman tidak akan boleh lagi bertahan lama, sambil menyeru masyarakat di Lenggong supaya keluar beramai-ramai meninggalkan Umno-Bn supaya ia menjadi suatu pengajaran buat Umno-Bn.

(Timb. Ketua DHPP Perak, Richard Wong.)
Mengulas ucapan Ah Bee, Richard Wong dan S. Nali dalam nada yang sama, masyarakat atau kaum cina dan india tidak perlulah takut untuk menyokong PAS atau Pakatan Rakyat. Kerana menurut mereka, semua kenyataan yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin Umno-Bn yang cuba menakutkan bukan Islam menyokong Parti Islam hanyalah satu pembohongan semata-mata.

Richard menjelaskan, PAS ialah sebuah parti Islam yang bersikap lebih adil kepada semua kaum berbilang agama di Negara ini, berbanding parti Umno yang juga Islam, tetapi lebih pentingkan bangsa melayu dan tidak ikut suruhan Islam yang sebenar. Sambil menyifatkan PAS ialah sebuah parti yang mengikut ajaran Islam yang sebenar dan akan menjamin hak agama lain. PAS juga tidak memaksa penganut agama lain menganut agama Islam, sebaliknya hanya berdakwah untuk menceritakan undang-undang Islam lebih baik untuk menjamin keselamatan manusia disetiap masa dan ketika.
(Pesuruhjaya PAS dan Timbalannya menyantuni Ahli DHPPk)
Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Tn. Hj Razman Zakaria Mengucapkan terima kasih kepada seluruh masyarakat kaum cina dan india, yang berada di Lenggong,  kerana telah berusaha menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Lenggong, (DHPPk) sokongan kuat daripada kaum bukan Islam kepada PAS untuk menerajui Pakatan Rakyat di Lenggong,  akan dimanfaatkan untuk sama-sama menumbangkan Umno-Bn pada Pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

Jumaat, 23 Disember 2011

TAWAN PARLIMEN LENGGONG

Jentera Pilihanraya.
LENGGONG: Gerak-gempur tawan parlimen Lenggong berlangsung disini dengan bantuan  jentera pilihanraya yang didatangkan khas seramai 44 orang dari Kubang Kerian.

Program latihan dan praktikal naik rumah-kerumah bagi mendekati masyarakat pengundi selama 2 hari di dua DUN, Kenering dan Kota Tampan pada 17-18 Disember, dilakukan bersama-sama dengan jentera pilihanraya PAS kawasan Lenggong, telah berjaya mendaftarkan hampir 300 orang pengundi baru didalam parlimen Lenggong.

Mohd Noor bin Yazid (Ketua Daftar Pemilih Ng. Kelantan)
Dalam taklimat yang disampaikan oleh ketua daftar pemilih Ng. Kelantan, Mohd Nor bin Yazid, jentera pilihanraya PAS kawasan Lenggong hendaklah meneruskan kerja-kerja yang masih belum selesai, kerana masih terdapat ramai lagi masyarakat pengundi yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di kedua-dua DUN di parlimen Lenggong, hasil daripada program yang dijalankan selama dua hari itu.

Mohd Nor menyifatkan, petugas jentera pilihanraya dari Kubang Kerian pada program ini hanya ‘menyediakan pancing, bukan sekadar memberikan ikan.’ Selebihnya jentera pilihanraya PAS kawasan mestilah berusaha dengan lebih gigih untuk mengenalpasti masyarakat  yang belum mendaftar sebagai  pengundi didaftarkan, termasuk pengundi-pengundi yang tinggal diluar kawasan supaya menyokong PAS dan pulang mengundi pada PRU-13 yang akan datang.

Petugas Jentera Pilihanraya PAS Kawasan.
Sementara itu, Yang Dipertua PAS kawasan Lenggong, Tn Hj Razman Zakaria berkata, “Program latihan dan praktikal selama dua hari ini telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada seluruh jentera pilihanraya PAS Kawasan Lenggong.” Sambil mengulas ucapan Mohd Nor, ‘pancing yang diberikan ialah untuk terus dikail sepanjang masa, jika diberikan ikan sahaja, maka ia akan habis disitu sahaja.

Hj. Razman menambah, “jentera pilihanraya PAS kawasan sangat bertuah kerana dapat menimba ilmu yang telah diberikan oleh petugas-petugas yang didatangkan khas dari Kubang Kerian dan sudah pasti akan diteruskan oleh jentera kawasan untuk memastikan segala usaha yang dilakukan, dapat menjurus kearah kemenangan dalam PRU-13 yang semakin hampir.” Tn. Hj Razman juga menggesa semua jentera pilihanraya disemua peringkat mestilah terus bergerak berterusan sepanjang masa sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Jentera Pilihanraya Muslimat Kubang Kerian
Mengakhiri ucapannya, tn. Hj Razman mengharapkan seluruh jentera pilihanraya disemua peringkat memastikan supaya semua ahli keluarga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat didaftarkan sebagai pengundi melalui gerak-kerja naik rumah-kerumah di cawangan masing-masing bagi persediaan terakhir menjelang pilihanraya umum ke-13 ini.

 

Jumaat, 16 Disember 2011

FELDA SEDANG DALAM PROSES KEHANCURAN: Tunggu Sahaja Jika Peneroka Tidak Mahu Menukar Kerajaan.

Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu kepada semua pilihanraya dalam sejarah negara kita. Apa tidaknya, pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO atau pun memilih rakyat. Sekarang ini adalah pilihan di antara mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka disokong ramai.


Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpin-pemimpin di atas mahukan rakyat berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang berpecah pada tahun 1988 dahulu.

Berlainan dengan UMNO yang di tubuhkan pada 11 hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yang dibiarnya mati itu.

UMNO sebenarnya tidak boleh langsung menyalahkan mana-mana pihak termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami sekarang. UMNO itu mempunyai infrastruktur yang sangat besar untuk mempertahankan benteng mereka kerana telah menjadi pemerintah begitu lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana budaya yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan segala benteng pertahanan parti itu.

Skandal Tajuddin Ramli dengan MAS.
Dimana sahaja UMNO masuk campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang-pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat bagaimana MAS telah kerugian berbillion-billion ringgit setelah ia mula di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat dalam mana konsep pengswastaan serta ‘pengkopratan’ ciptaan Dr Mahathir dahulu.

Banyak syarikat-syarikat kerajaan yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan sahaja PAS dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di Felda sekarang ini.

Sebenarnya apa yang berlaku di dalam Felda ini memang sudah dijangkakan apabila perbadanan ini telah di pindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan dan dimajukan di bawah Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemimpin yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda dengan air liur yang meleleh seperti anjing nampak tulang.

Mereka-mereka ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin ‘orang atasan’ memonopoli dalam badan yang sangat kaya itu.

Apabila pengerusi kepada Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk mengambil alih KPF baru-baru ini, ramai yang berfikir telah menjangkakan yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan berlaku.

PAS ingin menulis dengan terperincil apa yang berlaku di dalam Felda ini. Hanya PAS hendak menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. PAS bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah untuk bercuti selama lapan bulan ini.

Apabila sudah berlaku perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi. Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi yang sudah tiada di zaman ini.

Di tambah pula dengan kemasukan Tan Sri Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak-perandakan dan apa yang peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja.

Insya-Allah PAS akan menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi oleh FELDA keseluruhannya.

Buat setekat ini, peneroka hanya hafalkan satu perbilangan, iaitu ‘ibarat menanam pohon yang condong, pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang lain.

ATAU pun ingat kepada satu lagi, ‘peneroka di jadikan seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi’.