Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 29 Julai 2011

UMNO gentar; berbagai tohmahan telah dilemparkan.

Dakwaan tidak benar: Ishak 

KAMPUNG GAJAH - Penduduk Pasir Salak, di sini, bertindak membuat laporan polis bagi menyangkal kenyataan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris berhubung pengagihan borang tanah Felda Plantation di Lenggong pada 22 dan 23 Julai lalu. 

Penduduk yang terlibat dengan Karnival Pakatan Rakyat (PR) Pengagihan Borang Tanah Felda Plantation itu menafikan kenyataan ADUN berkenaan bahawa PR menjual borang tersebut dengan harga RM10 dan mencetak sebanyak 1.3 juta borang untuk dijual kepada rakyat. 

Pengerusi Lajnah Tanah Pas Kawasan Pasir Salak, Ishak Saari berkata, mereka menafikan perkara itu sekeras-kerasnya kerana pengagihan borang dilakukan secara percuma sahaja. 

Menurutnya, borang itu juga hanya dicetak sebanyak 500 keping dan bukannya 1.3 juta seperti yang dilaporkan. 

“Kenyataan itu adalah satu fitnah kerana borang berkenaan hanya diberikan percuma sahaja tanpa sebarang bayaran. 

“Pembahagian borang ini dilakukan rentetan daripada Agenda Buku Jingga PR yang mempunyai 10 perkara untuk dilaksanakan dan salah satunya mahu memansuhkan Felda Plantation bagi tujuan membuka ladang yang kini diuruskan oleh Felda kepada generasi kedua dan ketiga,” katanya ketika ditemui semasa membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Gajah, semalam. 

Ishak berkata, tanah seluas 320,000 hektar di bawah Felda Plantation itu akan diagihkan kepada golongan memerlukan termasuk bekas para jurit, orang miskin dan mereka yang tidak mempunyai tanah. 

“Jika PR dapat memerintah selepas ini, ia adalah salah satu agenda 100 hari pertama kemenangan PR yang akan kami laksanakan. 

“Borang itu diagihkan sekarang bagi membuat persiapan awal jika PR betul-betul menang nanti kita akan terus memproses borang ini,” katanya. 

Katanya, namun begitu apabila ada yang membuat kenyataan sedemikian mengatakan PR cuba mencari keuntungan, pihaknya merasakan tidak sepatutnya perkara itu terjadi kerana ia boleh merosakkan pemikiran rakyat yang tidak mengetahui hal sebenar. 

Sementara itu, Ketua Muslimat Pas Kawasan Pasir Salak, Jamaliah Sudin berkata, pihaknya melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Kenering berkenaan. 

“Ia satu fitnah semata-mata sedangkan perkara berkenaan tidak berlaku. 

“Kami tahu perkara sebenar dan akan tetap menyokong perjuangan yang dilakukan oleh PR,” katanya.

UMNO gentar berbagai tohmahan telah dilemparkan.

Rabu, 20 Julai 2011

Pas akan agih borang permohonan hak milik tanah

IPOH – Pas Negeri bakal menganjurkan Program 'PELANCARAN BUKU JINGGA PERINGKAT NEGERI PERAK' Janji 100 hari Pakatan Rakyat membatalkan Felda Plantation (agihan borang permohonan tanah) Dan Pelancaran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Peringkat Negeri Perak di Markaz Pas Kampung Gelok, Lenggong mulai 22 dan 23 Julai ini. 

Timbalan Pesuruhjaya Pas 3 Negeri, Razman Zakaria berkata, program bertujuan mengagihkan borang permohonan hak milik tanah kepada empat golongan rakyat yang berkelayakan. 

Golongan tersebut melibatkan generasi kedua dan ketiga Felda, pekerja bawahan Felda Plantation, penduduk kampung tradisional di sekitar kawasan Felda Plantation serta bekas anggota tentera. 

“Felda Plantation adalah anak syarikat Felda Felda Holdings. Fungsi utamanya membangunkan tanah-tanah yang diserahkan Kerajaan Negeri kepada rakyat di bawah Akta Penempatan Berkelompok. 

“Bagaimanapun, setelah Felda Holdings dikorporatkan sejak 1992, sehingga ke hari ini Felda tidak lagi mengambil peneroka atau rakyat menduduki tanah tersebut dan ia diuruskan syarikat Felda Plantation. 

“Berdasarkan maklumat yang kami terima, lebih 320,000 hektar tanah berkenaan di seluruh negara adalah di bawah pengurusan Felda Plantation ini. 

“Sekiranya kami (Pakatan Rakyat), berjaya mengambil alih pemerintahan, dalam masa 100 hari tanah berkenaan akan diserahkan semula kepada rakyat. 

"Proses itu kita akan mulakan dari sekarang,” katanya pada sidang media berhubung Agihan Borang Felda Plantation Peringkat Negeri Perak di sini, semalam. 

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. 

Katanya, ceramah umum daripada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman; Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria bakal memeriahkan program itu. 

Terdahulu, Razman berkata, sebanyak 5,000 borang berkenaan l disediakan kepada pemohon nanti. 

Pemohon dikehendaki hadir sendiri mendapatkan borang berkenaan. 

“Kami serius dalam isu ini dan pemohon dapat tampil ke hadapan bagi mendapatkan hak mereka,” katanya. 

Sementara itu, Razman berkata, pemberian tanah itu bertujuan mengiktiraf jasa serta pengorbanan anggota tentera yang selama ini seakan dinafikan kerajaan. 

“Kami difahamkan lebih 300,000 pesara tentera di negara ini mengakhiri zaman persaraan mereka di pondok pengawal keselamatan. 

"Selama mereka berkhidmat mereka tidak dapat bersama keluarga, dan kini setelah bersara pun, mereka tidak dapat bersama keluarga. 

“Kami mengambil pendekatan ini untuk membalas asa mereka selama ini. Itu rancangan kami. 

“Kami juga akan melancarkan satu NGO Baru iaitu Kelab Veteran Angkatan Tentera (Kerabat) supaya dapat memberi manfaat kepada bekas anggota tentera apabila Kerabat bakal bersaing dengan satu lagi persatuan bekas perajurit daripada pihak Kerajaan,” katanya

Selasa, 12 Julai 2011

Sepinggan RM25 untuk setiap tahanan

Nasi Kosong Dengan Kuah Sambal,  Duit Rakyat RM25 Satu Kepala
Charge Rakyat RM25 Satu Kepala, Nak Makan Pinggan Takdak. Makan dalam Gelas...
 
KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan untuk diberikan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin. 

Ini bermakna sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan. 

Ini sekali gus menafikan dakwaan, bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan. 

:Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak. 

“Bagaimana boleh timbul dakwaan itu? Semua kemudahan termasuk makanan bufet berharga RM25 setiap kepala disediakan. 

“Mereka perlu tahu, anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus. Ada juga yang tidak sempat menjamah makanan demi tugas,” katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam. 

Kelmarin, laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar peserta perhimpunan yang ditahan, sebelum menjalani proses dokumentasi. 

Selain ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta. 

Amar Singh berkata, selain Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras turut dijadikan pusat tahanan sementara.

Ulasan 

Rakyat bukan pandang sangat makan-minum tu, dah tau dah untung Kroni-kroni jugak. Rakyat hanya mahu sampaikan isyarat untuk BERSIHkan Pilihanraya Kotor Barisan Nasional.

Isnin, 11 Julai 2011

JUMPA DI MAHKAMAH: (BERSIH 2.0) RAKYAT LENGGONG YANG DITANGKAP BERTINDAK

BERSIH 2.0, setelah digelar sebagai satu pertubuhan haram, diasak oleh Kementerian Dalam Negeri dengan menggunakan polis dan akta-akta yang zalim seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehinggalah mendapat restu dan pengiktirafan diRaja dengan diberi peluang menghadap Agong, rakyat perlu kagum dan bangga dengan kegigihan aktivis-aktivis Bersih 2.0 untuk meneruskan agenda mereka tanpa gerun demi rakyat.

Dengan kegigihan jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga publisiti percuma daripada Umno Barisan Nasional dan medianya serta tindakan KDN yang mengarah polis untuk bertindak melampau dengan mengada-adakan konspirasi tak masuk akal terhadap Bersih 2.0, pergerakan itu kini dikenali di seluruh pelosok negara.
Rakyat kini tahu akan apa itu Bersih 2.0, apakah tuntutan mereka dan juga keganasan kerajaan Barisan Nasional.

HIMPUNAN BERSIH 2.O: RAKYAT DI LENGGONG PERAK AKAN MENGAMBIL TINDAKAN MAHKAMAH

Kepada sahabat-sahabat, pemimpin-pemimpin serta penyokong himpunan aman BERSIH2.0 yang telah ditangkap atau ditahan oleh polis dalam peristiwa 09 Julai 2011(BERSIH)  dan dibawa ke pusat-pusat tahanan, kemudian dibebaskan tanpa dimaklumkan sebab-sebab tangkapan dan tidak diambil keterangan di bawah seksyen 112 kanun acara jenayah, bertindaklah harap maklumkan kepada setiausaha Lajnah Guaman, Abang Ahmad Kardee, untuk membolehkan satu tindakan 'Wrongful Detention' diambil terhadap PDRM. 

Sila berikan butiran seperti berikut:
(Contoh) Nama; Mohd bin Abu.
No. K/p: 123456-01-2345.
Alamat penuh:___________________

(Ditahan pada jam lebih kurang;_____pg @ ptg dibawa ke Pulapol. Dan dibebaskan pada lebih kurang jam;____________ mlm. Tidak dijelaskan sebab-sebab tahanan.)

Setelah itu, sila SMS kepada Hj. Asmuni Awi, (Peguam PAS Pusat) di talian: 019571 0182.

INILAH WAJAH-WAJAH SEBENAR KERAJAAN MALAYSIA DAN TANAHAIR KU YANG TERCINTA...... DAN BAGAIMANAKAH PULA WAJAH-WAJAH RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DILUAR NEGARAKU YANG MENYAKSIKANNYA......

STESYEN LRT KL SENTRAL.

RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK BERSALAH DITAHAN DAN DITANGKAP TANPA SEBAB DAN DIBAWA  KE PULAPOL.

Inilah wajah-wajah rakyat Malaysia yang ditangkap & ditahan tanpa sebarang sebab di pintu keluar stesyen LRT KL Sentral, (Setahu kami,  hanya 1 negara sahaja didunia rakyat Malaysia tidak boleh keluar-masuk iaitu, di Israel .....). Kepada pihak polis dan kerajaan Malaysia, jangan sangka kamu semua tidak berlaku zalim apabila menyediakan makan, menyediakan kerusi dan khemah, surau kecil yang menyebabkan jemaah berasak-asak menunaikan solat Fardhu semasa ditahan di PULAPOL. Bukan itu yang kami minta. Tetapi, Kami rakyat Malaysia yang telah dinafikan hak-hak sebagai warganegara, menuntut SPR dan kerajaan BN berlaku adil menjalankan amanah dan tanggungjawab yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia didalam menentukan pemerintahan kerajaan sebuah negara kami yang tercinta ini daripada sebarang penipuan didalam pilihanraya seperti yang telah digariskan oleh BERSIH 2.0 untuk dipersembahkan kepada SPB Yang Dipertuan Agong. 

Kezaliman kamu semua akan dipertanggungjawabkan. Awaslah kamu semua yang telah melakukan kezaliman keatas kami bahawa, pasti ramai yang ada diantara kami akan menuntutnya di mahkamah dunia dan juga di Mahkamah Akhirat dan, takutlah kamu akan doa orang-orang yang teraniaya.