Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 20 Mei 2015

APA LANGKAH NAJIB MENGAWAL KEJATUHAN RINGGIT?

Formula mudah apabila nilai ringgit jatuh berbanding dengan nilai matawang asing maka harga barang import akan melambung, sedangkan 70% daripada  makanan rakyat Malaysia seperti beras, gula, tepung, barangan tenusu, daging dan kekacang adalah diimport.

Sekiranya langkah mengawal atau tindakan bijak tidak diambil, maka rakyat akan terus tertekan dan terbeban dengan kejatuhan Nilai Ringgit ini.

Contoh;

Pada 2 tahun lalu nilai ringgit berbanding dgn nilai Dollar Amerika.

1USD = RM3.20

Andaian harga beras = 1Tan = USD100 = RM320

Pada hari ini nilai ringgit berbanding dengan USD

1USD = RM3.85

Andaian harga beras = 1tan = USD100 = RM385

Rakyat terpaksa membayar RM65 lebih mahal untuk mendapat jumlah kuantiti bersama.

Dua persoalan,

1. Negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Philippine, Kemboja dan Vietnam yang geografinya sama dengan Malaysia dari sudut pengeluaran makanannya cukup dan mampu mengeksport. India dan cina yang rakyatnya juga mencecah 1Billion manusia juga mampu menampung keperluan dan mengeksport.

Kenapa Malaysia terus mengimport dan "trend" dilihat makin meningkat?

2. Nilai Ringgit makin menurun. Sedangkan negara kita mempunyai "fundamental" ekonomi yang kukuh. Berbagai hasil hutan, pertanian dan sumber asli. Sedangkan apa yang dilihat Ahli Parlimen dan wakil rakyat UMNO/BN tidak pernah berbicara soal ini. Sebaliknya, mereka sibuk mencari peluang untuk mengalih wang rakyat ke dalam kocek kroni mereka.

Contoh terbaru bagaimana wakil rakyat UMNO/BN mengalihkan duit rakyat dari Tabung Haji kepada syarikat 1MDB. "RM190Juta duit Tabung Haji telah dipindahkan ke 1MDB".

Tabung Haji telah membeli 2 bidang tanah TRX berjumlah RM772 juta secara tunai.

1. Yang pertama pada harga RM194juta atau RM2860/kaki persegi dengan anggaran keuntungan 1MDB sebanyak RM 2802.80 sekaki

2. Yang kedua RM578 juta atau RM3900/kaki persegi dengan anggaran keuntungan 1MDB RM3822 untuk satu kaki persegi.

Turunkan UMNO/BN gantikan dengan pemimpin yang lebih beramanah.

* Catatan dalam flight ke Alor Setar

Terus Beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Selasa 19 Mei 2015
1 Syaaban 1436

Selasa, 19 Mei 2015

HARAPAN KEPADA TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG UNTUK MENYELAMATKAN MALAYSIA

Marahkan Tun Mahadir tukar dengan Tun Abdullah (Pak Lah) marahkan Pak Lah Tukar dengan Najib, hasilnya Negara makin parah dan tidak menyelesaikan masalah yang diwarisi.

Hampir 20 tahun, baru rakyat sedar Tun Mahathir telah menghabiskan hampir RM100Billion wang negara untuk bail out atau bayar hutang syarikat untuk selamatkan kroni-kroninya.

Masihkah anda ingat, bail out syarikat perkapalan Nasional, RENONG BHD, PERWAJA STEEL, MAS dan lain lain?

Tun Mahathir turun ganti dengan Pak Lah, cucu seorang ulamak dan berwatak sebagai Mr Clean. Dalam diam dikatakan telah gadai telaga minyak Blok L & Blok M kepada Brunei yang mana nilai minyak yang ada, menurut blog Tun Mahadhir berjumlah lebih dari 100Billion USD, manakala dalam Ringgit mengikut nilai waktu itu RM320Billion.

Tun Abdullah diturunkan diganti dengan  Najib. Setelah simpanan negara habis diguna Tun Mahathir, telaga minyak dijual Pak Lah. UMNO/BN di bawah DS Najib tiada pilihan terus mengganas menipu dan merompak wang rakyat yang menjadi warisan UMNO/BN turun temurun.

Langkah Najib mengurus,

1. Berhutang sehingga Mac 2015 berjumlah RM600Billion. Jawapan Timbalan Menteri Kewangan di sidang parlimen baru ini. Soalannya ke manakah duit hutang ini digunakan?

Pemerhatian kita terhadap perkhidmatan awam masih dalam keadaan yang sama. Lebuhraya masih kena tol. Pengajian masih berbayar, perkhidmatan hospital masih dalam tahap yang lama. Kos Kemudahan asas letrik, air dan telekomunikasi makin mahal.

2. Ke mana perginya peruntukan subsidi yang dikurangkan atau ditarik balik penggunaannya. Subsidi adalah perkongsian harta negara untuk mengurangkan beban rakyat.

Contoh,

1. Harga minyak pasaran RM4.00 kerajaan subsidi (kerajaan bayar/tanggung) RM2.00. Maka rakyat bayar RM2.00.

2. Harga pasaran beras RM3.00/kg. Kerajaan subsidi RM1.00/kg maka rakyat bayar untuk 1kg beras RM2.00/kg.

Pengurangan subsidi terhadap barang keperluan asas seperti petrol, diesel, beras, tepung, gula dan minyak masak tidak berlaku pada zaman Perdana Menteri sebelum Najib.

Ke manakah wang tanggungan kerajaan subsidi yang dikurangkan atau ditarik balik ini habis digunakan oleh Najib dan kuncunya. Tidak cukup dengan berhutang, menarik subsidi keperluan asas rakyat, DS Najib terus merompak rakyat dengan mengenakan GST.

Tidak perlu dijelaskan lagi kerana rakyat sudah pun faham. Hampir semua barang dan perkhidmatan yg dibeli atau dibayar oleh rakyat ditambah GST 6%. 

Rakyat terus terbeban, apa yang dilihat  Najib yg diberi kuasa atas lambang UMNO/BN terus dengan tindakan menambah beban rakyat.

Malaysia tidak mampu  bertahan lagi,  pimpinan diubah hasilnya, berubah daripada yang korup kepada yang lebih korup. Daripada sekular kepada yang lebih sekular.

Saya berkeyakinan penuh, hanya Islam dan Ihsan serta bertaqwa dapat memberi kesejahteraan kepada ummat dan negara. Saya optimis pimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS, adalah insan selayaknya untuk membawa perubahan kepada Malaysia.

Terus beristiqamah

Catatan perjalanan ke MADI Perlis

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Selasa 19 Mei 2015
1 Syaaban 1436H

Isnin, 18 Mei 2015

KADANG-KADANG KENALAH AJAR SIKIT

KENYATAAN MEDIA

Saya bagi temp0h 3 hari kepada Bloger Al hussein.

Setelah membaca tulisan blog

http://alhusseyn51.blogspot.com/2015/05/pesuruhjaya-pas-perak-cuma-mahu-balas.html?spref=fb&m=1

Pemilik blog adalah.

Nama penuh blogger alhusseyn

MOHAMED ALI BIN HUSSAIN

NO K/P: 510418 08 5751
4019947

ALAMAT : 57, LINTASAN ROKAM,
PEKAN RAZAKI,
31350 IPOH.

saya dapati berlakunya serangan demi serangan yang dibuat oleh bloger Al Hussein kepada saya. Serangan beliau kepada saya bermula semenjak saya dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Perak pada tahun 2013.

Saya bersabar kerana menganggap ini merupakan asam garam orang politik. Akhir akhir ini saya dapati penulisan beliau terhadap saya yang boleh dijustifikasikan sebagai serangan agak keterlaluan dan melampau.

Dalam satu penulisan beliau baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa 'saya dinasihatkan berhenti dari jabatan kastam kerana masalah disiplin' pada pandangan saya amat keterlaluan dan melampaui batas yang mana ia merupakan suatu fitnah terhadap saya.

Saya beri tempoh selama 3 hari untuk beliau memohon maaf kepada saya berhubung perkara tersebut secara terbuka melalui media cetak terutama akhbar sinar Harian,Utusan Malaysia dan Berita Harian. Beliau juga diminta memohon maaf melalui muka buku (face book) dan blog beliau serta semua blog yang mempunyai pautan terhadap blog  beliau.

Jika beliau gagal berbuat demikian, saya akan merujuk perkara ini kepada peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undangn terhadap beliau.

Sekian

Hj.Razman Hj.Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak

Ahad 17 Mei 2013
28 Rejab 1436H

LAHIRNYA TOKOH YANG HEBAT HASIL AIR TANGAN GURU YANG IKHLAS HATINYA


Saya rasa tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua masyarakat yang pernah terlibat dalam institusi atau bidang ini.

Kita jangan lupa bahawa Nabi SAW memperingatkan tentang peranan guru dan murid,

من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة

Sesiapa yang menyelusuri jalan ilmu, Allah SWT akan mudahkan jalannya ke syurga (Hadis Shahih Muslim)

Ketahuilah, seorang ibu atau ayah adalah guru pertama bagi seorang anak kecil. Guru pertama ini akan mengajar subjek pertama bagi seorang anak kecil, iaitu erti kasih sayang, sehinggalah pandai bertutur. Ada dari kalangan anak anak yang petah berkata, dan hebat bermadah.

Ketahuilah, seorang guru juga dididik oleh guru guru mereka. Mana mungkin seorang guru boleh lahir tanpa guru yang mendidiknya terlebih dahulu. Mereka mengajar erti sebatang lilin yang berkorban membakar diri untuk memberi cahaya kepada orang lain.

Ketahuilah, berapa ramai guru yang dilupai jasa mereka, tidak dikenang usaha mereka, tetapi lahirnya manusia manusia berguna menjadi bukti kerja buat mereka selama ini. Mereka berkhidmat siang dan malam tanpa mengharap dikenang sebagai seorang hero mahupun seorang wira yang melahirkan bangsa.

PAS merupakan sebuah gerakan Islam yang berusaha melahirkan guru, walaupun profesionnya sebagai seorang pesawah, mekanik mahupun jurutera. Guru bukanlah satu profesion, akan tetapi ia adalah satu tanggungjawab membina masyarakat.

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Ahad 17 Mei 2015
28 Rejab 1436H

Ahad, 10 Mei 2015

UMNO BEGITU BERANI MENGKHIANATI MELAYU DAN ISLAM

Bangkitnya isu PKFZ, namun UMNO masih belum tumbang kerana rakyat tak terasa bahawa duit negara adalah hak mereka. Inilah cara UMNO mengambil  duit rakyat dengan cara yang bercanggah dengan syarak.

1. Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) yang mana beliau sendiri berkepentingan dalam syarikat tersebut.

Kemudian, beliau (Rahman) yang juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

Ini bermakna beliau (Rahman) mendapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) daripada proses pembelian tanah tersebut.

Kita perlu sedar berbillion billion duit khazanah negara telah lesap di bawah pemerintahan UMNO. Namun rakyat masih tidak nampak keburukan mereka yang selama ini sudah terzahir.

2. Dengan cara yang sama, UMNO mengulangi pengkhianatan terhadap rakyat dan negara. 1MDB membeli tanah dengan harga RM4juta. Manakala Tabung Haji membeli semula tanah yang sama dengan harga RM194juta.

RM190Juta duit Tabung Haji milik penyimpan mengalir ke dalam kocek pemimpin UMNO. Jumlah ini kalau digunakan sebagai subsidi untuk membantu penyimpan yang masih belum berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji, alangkah ramainya yang dapat menyempurnakan kewajipan itu.

Ini adalah pengkhianatan yang paling besar dalam seluruh pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO.

Saya menyeru kepada seluruh orang Islam yang menjadi penyimpan di Tabung Haji supaya turun beramai-ramai ke HINDAR Himpunan Derita Rakyat  pada 15hb Mei 2015 jam 2.00-4.00ptg di Perkarangan Ibu Pejabat Tabung Haji, Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk serahan memorandum.

HENTIKAN PENGKHIANATAN INI.

* Catatan di KUIZM sementara menunggu Konvokesyen ILHAM.

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Sabtu 9 Mei 2015
21 Rejab 1436 H

Jumaat, 8 Mei 2015

TABUNG HAJI JUGA MENJADI MANGSA UMNO

Kalaulah benar sepertimana yang didakwa Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB dengan harga yang tidak munasabah, dibimbangi Tabung Haji juga senasib MAS dan Felda.

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Pegawai Eksekutifnya Dato Johan Abdullah, antara fakta yang dikatakan ialah, Tabung Haji telah membeli 2 bidang tanah TRX berjumlah RM772 juta secara tunai.

1. Yang pertama pada harga RM194juta atau RM2860/kaki persegi dengan anggaran keuntungan 1MDB sebanyak RM 2802.80 sekaki

2. Yang kedua RM578 juta atau RM3900/kaki persegi dengan anggaran keuntungan 1MDB RM3822 untuk satu kaki persegi.

Apa matlamat Tabung haji berbuat demikian? Fikir-fikirkanlah wahai kaum ku. Kalau betul dakwaan ini, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim sama taraf dengan Ahmad Maslan.

* Catatan perjalanan balik dari Permatang Pauh

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Khamis 7 Mei 2015
19 Rejab 1436