Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 12 Disember 2013

KHATAN PERDANA BANTU MASYARAKAT KAMPUNG

LENGGONG: 7 Dis 2013 - Program Khatan Perdana yang dianjurkan PAS Kawasan dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) pada 7 November lalu di Surau Ibnu Zakaria, dataran kg.Luat, Lenggong, mendapat sambutan meriah daripada masyarakat sekitar kawasan ini. (Video Klik Disini)

Seramai 25 peserta program turut diraikan dengan pancutan air dari jentera Bomba, dengan kerjasama 5 anggota Balai Bomba Lenggong dan pesembahan qasidah daripada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Kg. Luat, serta tazkirah dhuha oleh Ust. Rifaat Razman Al-Hafiz, selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan yang turut memeriahkan acara sambutan yang berlangsung.

Seramai 5 orang doktor perubatan daripada PAPISMA selamat mengkhatankan 25 peserta berumur 5-12 tahun yang bermula pada jam 9:45 pagi sehingga majlis selesai pada jam 2:30 petang.

Sementara itu, YDP PAS Lenggong, Tn Hj Razman Zakaria, Selaku Pesuruhjaya PAS Perak yang baru dilantik ditemui berkata, program seperti ini akan diteruskan lagi oleh PAS Kawasan untuk tahun-tahun yang akan datang bagi membantu meringankan beban kewangan golongan masyarakat yang tinggal dikampung, katanya.

Bayaran RM80 untuk setiap peserta dirasakan amat berpatutan untuk kos doktor perubatan. Manakala jamuan makan tengahari untuk kaum keluarga peserta, turut disediakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan selaku penganjur utama program yang diadakan, tambah Razman.

Mohd Hatta bin Abd Aziz, 52, selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan kawasan Lenggong, ketika ditemui menyatakan kesyukuran kerana program telah berjalan dengan baik, walaupun perancangan untuk mengadakan program ini dilakukan dalam masa yang singkat, sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakannya.

Beliau mengharapkan program Khatan Perdana sempena cuti sekolah pada tahun akan datang  bertambah meriah dan disertai oleh anak-anak masyarakat kampung dengan lebih ramai lagi, ujarnya.

“Kepada ibubapa yang berhasrat untuk mengkhatankan anak-anak pada tahun hadapan, kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua masyarakat, kerana program kebajikan yang diadakan ini, adalah bertujuan untuk membantu ibubapa masyarakat kampung meringankan beban kewangan mereka dan bukan berasaskan keuntungan,” tambah beliau.

Terdahulu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Kawasan Lenggong memulakan program dengan tahlil dan doa kesyukuran.




































Tiada ulasan:

Catat Ulasan