![]() |
Muat turun dan sebarkan. |
LENGGONG- PAS Lenggong
berada selangkah dihadapan menjadikan kawasan ini sebagai Hab pengajian Islam, setelah
Insitut Latihan Kepimpinan dan
Pangkaderan Dakwah Islamiyyah (ILHAM) membuka cawangan baru di Daerah Hulu
Perak. Seterusnya, membuka peluang kepada Jemaah PAS di daerah ini untuk
mengikuti kursus peringkat Diploma yang di tawarkan yang akan beroperasi di
Maahad Tahfiz Quran Lid Da’awah Wal Imamah kg. Luat, disini pada bulan September
ini.
ILHAM menawarkan kursus pengajian 3 semeter selama 3 tahun.
Manakala untuk pengajian lanjutan, boleh di sambung di Kolej Universiti Islam
Zulkifli Muhammad (KUIZM). Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Kuliah akan diadakan sebulan sekali dan peperiksaan akan diadakan
setiap 5 bulan sekali.
Sebagai langkah awal, program pertama yang ditawarkan di
ILHAM Cawangan Lenggong ialah, Diploma Tasawwur Islam (DTI) seperti berikut:-
:: Pengantar Pengajian al-Quran
:: Aqidah Islamiyyah
:: Pengantar Politik Islam
:: Pengantar Fiqh islam
:: Ekonomi Islam
:: Akhlak Islamiyyah
:: Pendidikan Islam
:: Pengantar Pengajian Hadith.
Pengambilan pelajar terhad kepada 30 orang sahaja di
peringkat permulaan dan semua pelajar-pelajar yang berjaya akan bergraduasi
setelah tamat pengajian untuk menerima diploma masing-masing.
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus di tawarkan, sila hubungi no. telefon ini sekarang untuk mendapatkan borang kemasukan: (019-575 9843- Syakir) (013-537 8142-Juwadi) (012-344 6000-Rifaat.)
Terdahulu, ILHAM telah mengadakan Majlis Konvokesyen Kali
Ke-11 pada 18 MAC 2013 bertempat di Dewan Dato’ Fadhil Noor, Kolej Universiti
Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Taman Melewar, Kuala Lumpur. Seramai 120 orang
graduan telah menerima diploma masing-masing.
Sehingga kini, ILHAM juga telah berjaya membuka cawangan-cawangan
di beberapa buah negeri iaitu Johor, Terengganu, Pahang Negeri Sembilan dan
Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan