![]() |
Ruang tamu rumah rentung di jilat api. |
GERIK: Kg. Padang
Kunyit - Ketika rakyat Malaysia sedang gembira menantikan kiraan menyambut
hari kemerdekaan ke 56, seorang warga emas Hussin bin Hj Ahmad, 68, mendapat
berita sedih setelah hampir keseluruhan rumahnya hangus terbakar di jilat api pada
malam tadi.
Kebakaran berlaku pada kira-kira jam 11 malam, ketika itu
beliau berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur dan bergegas pulang setelah diberitahu
kejadian yang menimpa melalui panggilan telefon oleh jiran berdekatan.
Beliau hanya dapat menyaksikan hampir keseluruhan rumahnya musnah apabila tiba disini pada jam 7 pagi tadi.
Difahamkan 2 buah jentera Bomba daripada Balai Lenggong dan
Gerik telah berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran yang dipercayai berlaku
di bilik utama berhampiran ruang tamu daripada merebak dan memusnahkan terus
keseluruhan rumah itu.
![]() |
Kesan bukti yang di tinggalkan oleh pencuri. |
Menurut Hussin, kebakaran berlaku ini di percayai berpunca
daripada perbuatan jenayah pecah rumah, kerana terdapat kesan bukti penjenayah
menceroboh masuk dengan meletakkan sebuah kerusi diatas tong untuk
memanjat dan memecah masuk melalui atap
di bahagian belakang rumahnya.
Disyaki juga, penjenayah yang memecah masuk itu berbuat
khianat dengan membakar rumah setelah mendapati tiada barang-barang berharga
dapat diambil oleh penjenayah tersebut, ujar Hussin.
Tambah Hussin, laporan polis telah dibuat Balai Polis Gerik,
untuk siasatan lanjut. Manakala kerugian akibat kebakaran ini dianggarkan
melebihi RM160 ribu.
PAS Kawasan Lenggong turut bersimpati diatas musibah yang
berlaku keatas mangsa dan berharap agar siasatan polis dapat dilakukan dengan
segera, sekiranya telah dikenalpasti terdapat kesan bukti kejadian jenayah yang
berlaku seperti ini tidak menimpa kepada mangsa-mangsa seterusnya.
PAS Kawasan juga menyeru kepada sesiapa yang ingin membantu
mangsa, bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun bank CIMB: 08100000510050. (Hussin
bin Ahmad).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan