Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 30 November 2010

LEMBU OH LEMBU.....

Ini cerita lembu dan Felcra. Cerita lembu dan Felcra ini kalau di Changkat Lada & Lenggong semua dah tahu.. Dipendekkan cerita kes Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman mem'farait' lembu-lembu Felcra di musim Qurban tempoh hari kepada rakan-rakan karibnya termasuk lah di Lenggong. Felcra mengeluarkan modal yang besar untuk menubuhkan 1 anak syarikat yang di panggil Felcra Bio Valley iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan menjalankan kerja menternak lembu. Jadi Felcra memperuntukkan 1 jumlah yang cukup besar dalam usahanya menaikkan anak syarikat ini supaya dapat menghasilkan keuntungan sesuai dengan modal yang dikeluarkan. Persoalannya sekarang kuasa dari manakah yang di gunakan oleh Datuk Tajuddin ini yang membolehkan lembu-lembu ini diedarkan kepada ahli parlimen yang memohon lembu untuk sumbangan dari Felcra. Dia hanya dilantik sebagai Pengerusi sahaja dan Felcra bukan kepunyaan dia atau bapak dia. Tahun 2009 dengar cerita YB Lenggong dapat 5 ekor, tahun ini dengar cerita dapat lagi 9 ekor. Yang menghairankan lagi, tak malu ke YB-YB yang memohon lembu Felcra ini. Kalau nak beribadah, nak menyumbangkan sesuatu biarlah sumber yang halal terutamanya untuk ibadah qurban. Belajar lah tentang hukum ibadah qurban ni dulu. Jangan sampai nak buat pahala, dosa yang dapat. Fikirlah soal rakyat, soal Peserta Felcra yang hidup melarat tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnaya. Rata rata Peserta Felcra di Lenggong ini memberi undi pada YB Lenggong tempoh hari. Kenyataan ini berfakta dan tidak menuduh secara melulu. Ada bukti YB Lenggong menerima lembu tersebut dan ditandatangani oleh Pengerusi Felcra sendiri. Lihatlah keperitan peserta Felcra di Kampung Beng yang rata-rata menyokong kuat UMNO Lenggong. Serah tanah kepada Felcra kerana dijanjikan untuk mendapat kesenangan tetapi apa yang terjadi sekarang? Menoreh getah di atas tanah sendiri yang diserah kepada Felcra hanya di bayar 90sen sekilo sedangkan harga getah dipasaran mencecah RM8 sekilo. Dividen tahunan yang dibayar terlalu rendah, tidak sampai RM200 setahun untuk 3ekar tanah. Mengapa perkara sebegini boleh terjadi? Tercapaikah objektif mulia penubuhan Felcra ini? Yang bertambah peliknya, YB Lenggong ini bukan sahaja tidak mahu membantu peserta Felcra di Lenggong ini malahan mempertahankan pula pengurusan Felcra ini. Mungkin kah kerana Lembu? atau ada yang lain yang melebihi lembu? Mungkin agak kelakar kalau kalau kita memikirkannya tapi inilah hakikatnya.... Lembu oh lembu... kerana lembu lah juga bertumbuk penyokong UMNO di Lawin tempoh hari....Lembu oh lembu.....

30/11/2010 - YDP DI MAHA 2010





GAMBAR - GAMBAR KETIKA DI PARLIMEN






VIDEO DI PARLIMEN

Isnin, 29 November 2010

ANAK MAHU BAPAK SELESAI SEGERA ISU PENEROKA


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menyerahkan 20 kes pertama yang ada pada mereka kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak).
Penyerahan tersebut dibuat Pengerusi Anak, Mazlan Aliman kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan di parlimen hari ini.
Dalam sidang medianya, Mazlan mahu kesemua aduan peneroka yang diserahkan itu diselesaikan segera seperti dijanji timbalan menteri itu sebelum ini kerana kesemua kes tersebut sudah lama berlaku.
"20 aduan ini hanya sebahagian kecil dari aduan yang banyak kita terima yang berkait langsung dengan dasar Felda.
"Kita harap mampu dikendalikan oleh Bapak," katanya.
Turut serata pada penyerahan itu, beberapa wakil dari peneroka Felda Lawin Selatan, Perak.
Antara masalah yang dikemukakan termasuklah isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80 ribu dalam masa 7 tahun, dan permasalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.
Ahmad pada sidang media sama memberi jaminan akan meneliti masalah yang dikemukakan Anak itu dan akan memanjangkan perkara itu kepada Bapak.
Menurutnya, dengan tambahan 20 aduan dari Anak itu, Bapak kini sudah menerima 658 aduan sejak ditubuhkan.
Bapak adalah sebuah biro yang ditubuh dibawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan Tan Sri Rozali Ismail.
"Banyak benda yang mengelirukan, tidak jelas dan samar-samar yang memerlukan penjelasan Felda," katan Mazlan lagi.
Mazlan sebelum ini juga mendakwa penubuhan Bapak membuktikan usaha Anak bagi membuka mata kerajaan tentang permasalahan peneroka Felda, adalah berjaya.
Bagaimanapun menurutnya, Anak akan sentiasa meneliti dan menyalur aduan yang diterima mereka kepada Bapak.
Anak sebelum ini dikenali sebagai NGO yang membela nasib peneroka yang dinafikan hak oleh Felda.
Ianya termasuk isu wang tanam semula yang dimenangi peneroka di Pahang dan Kelantan.

OH UMNO LENGGONG.....

Sekarang ini menjadi trend di Lenggong orang Pas terima surat layang yang banyak menyerang dan menghentam peribadi YDP Pas Lenggong, Haji RazmanZakaria. Setakat hari ini dikatakan sudah ada 3 surat layang seperti ini. Yang peliknya, penulis kepada surat tersebut mengaku dia ahli Pas, sedangkan apa yang ditulisnya pula ayat-ayat yang menyanjung pemimpin Umno Lenggong. Pas tidak pernah mendidik ahlinya menyatakan sebarang kilanan dalam bentuk sedemikian rupa. Orang Lenggong sudah bijak dan mereka sedar dan tahu dari mana asal usul surat ini. Bila bercakap-cakap maka banyaklah andaian yang dibuat, tapi bagi yang bijak menilai satu sahaja komen untuk surat ini... Umno Lenggong mula terdesak. Ini Sahaja. Berpuluh tahun politik di Lenggong ini dan ini lah bermulanya era Umno Lenggong menghentam peribadi YDP Pas Lenggong. Maka ramailah terfikir.. Apa rasionalnya tindakan ini? perlu sangatkah cara ini digunakan? Mengapa perlunya cara ini? dan berkesankah cara begini?
Jika kita amati dan mengingati sebelum ini, pernahkah ada surat layang yang memburukkan peribadi pemimpin Umno Lenggong? Setahu kita pemimpin Pas Lenggong tidak pernah dan tidak akan berbuat demikian
walaupun terdesak. Tidak perlulah diperkatakan disini kandungan surat tersebut kerana bagi Pas tidak ada apa yang hebat dan perlu diperbesarkan.
Sebagai peringatan jangan dimulakan cara jijik seperti ini, Jangan mulakan cara ini kerana kesannya amat buruk sekali. Fikirlah wahai sahabatku Umno Lenggong... jangan memulakan trend sebegini kerana pimpinan Umno Lenggong juga tidak semuanya baik... banyak juga perkara menjadi bualan orang... jangan mulakan....

26/11/2010 - 2 PROGRAM SERENTAK DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN LENGGONG

Menjadi sejarah bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Lenggong kerana berjaya mengadakan 2 program serentak. Program pertama adalah 'Sepetang bersama Ustazah Noridah, Ketua DMP Pusat'. Dalam rangka kerja roadshow ke Kg Memali, Ustazah Noridah masih sempat meluangkan masa untuk singgah di Kawasan Lenggong untuk bertemu dengan muslimat di Lenggong. Sessi ini manfaatkan oleh Dewan Muslimat PAS Lenggong dengan mengadakan majlis terlebih awal sementara menunggu kedatangan Ustazah Noridah. Pelbagai pengisian dapat dijalankan seperti membaca Surah Yassin dan sembahyang berjemaah. Dalam pertemuan ini juga Ustazah Noridah memberi motivasi,nasihat serta panduan gerak kerja khas khusus untuk muslimat bagi membantu jemaah islam ini. Program ini diadakan di Markas PAS Cawangan Kampung Malau dan dihadiri kira-kira 40 orang muslimat dari seluruh Cawangan.

 Ucapan pembukaan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lenggong, Hajjah Hapipah Seman.
Ucapan khas oleh YDP PAS Kawasan Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria

Program kedua yang di jalankan serentak adalah Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma yang dijalan oleh Dr. Najihah, Ajk Muslimat PAS Perak. Program ini diadakan di tapak pasar malam Pekan Lawin. Program yang julung kali diadakan di Lenggong ini mendapat sambutan di luar dugaan. Kira-kira 80 orang kebanyakannya warga emas tidak melepaskan peluang membuat pemeriksaan kesihatan di kaunter yang dibuka.
 Penduduk tempatan sedang menunggu giliran untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma

 Rombongan Dr Najihah sempat bergambar bersama Hj Razman dan Ajk PAS Kawasan Lenggong
Bersama Ajk Dewan Muslimat PAS Kawasan Lenggong


27/11/2010 - YDP DI KAMPUNG BATU RING,BENG

Rombongan YDP ke Kampung Batu Ring ini adalah kerana menghadiri jemputan kahwin salah seorang pendudukdi Kg tesebut. Rombongan tiba kira-kira jam 10.00 pagi. Apa yang uniknya adalah Kampung ini adalah satu-satunya kampung yang dihubungkan melalui jalan air iaitu dengan menaiki bot. Ini adalah kampung tradisi yang masih lagi mempunyai lanskap permandangan yang indah. Pejalanan dari jeti Pipit ke kampung ini mengambil masa 30 minit. Pelbagai pengalaman manis dapat dan kenangan semasa kunjungan kali ini dan yang paling menarik sekali untuk kita fikirkan dan renungkan adalah inilah kubu kuat UMNO Bahagian Lenggong.
 Mengimbau kembali kenangan lama menaiki sampan untuk menyemberangi Sg.Perak.
 Lanskap yang dikelilingi oleh tasik memukau mata yang memandang bumi ciptaan Allah di Kg Beng ini.
Sampan yang menjadi pengangkutan utama penduduk Kg Beng.

26/11/2010- MESYUARAT AJK LAJNAH TANAH & PEMBANGUNAN WILAYAH PAS PERAK

Mesyuarat Ajk Lajnah Tanah & PembangunanWilayah PAS Perak yang ke-5 di adakan di Markas PAS Air Kuning pada jam 9.00 malam. Mesyuarat di pengerusikan oleh Hj Razman Zakaria selaku Pengerusi LTPW PAS Perak dan hadiri kira -kira 12 orang Ajk yang mewakili kawasan Lenggong, Pasir Salak, Tanjung Malim dan Bukit Gantang. Fokus pada mesyuarat kali ini adalah berkenaan majlis pelancaran NGO Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPAK) yang bakal di lancarkan pada 26/12/2010 nanti. Beberapa Pengerusi Ajk Kecil persiapan telah dilantik bagi meyelaraskan semua persiapan majlis ini nanti. Diharapkan setelah dilancarkan NGO ini nanti, dapatlah membantu seluruh warga peserat Felcra seluruh negara yang selama ini banyak yang ditindas oleh Pengurusan Felcra.

26/11/2010-TAKLIMAT GERAK KERJA PILIHANRAYA KE-2 MTD KENERING

Taklimat gerak kerja bagi menghadapi pilihanraya ke 13 ini sekali lagi dibuat khas untuk jentera piliharaya semua UPU di Dun Kenering. Taklimat disampaikan oleh Hj Razman (YDP) di Markas Kg Malau. Turut hadir dalam program ini Pengarah MTD Kenering, Hj Zainal. Diharapkan kepada seluruh jentera dapat bekerja dengan fokus serta lebih efisyen bagi menghadapi cabaran dalam piliharaya ke-13 yang di jangka tidak lama lagi.
 Hj Razman sedang menyampaikan taklimat kepada Ajk UPU Dun Kenering.

Khamis, 25 November 2010

TERSENTUH HATI APABILA MASIH ADA MASYARAKAT YANG TERPINGGIR

LENGGONG: 25 Nov. YDP PAS Kawasan Lenggong. Hj. Razman Zakaria, kesal dan terkejut setelah melihat sendiri nasib rakyat yang masih hidup melarat dan tidak mendapat sebarang pembelaan daripada pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga hal ehwal  kebajikan rakyat dibawah.
Hj. Razman Zakaria berkata demikian semasa datang menziarahi seorang masyarakat berbangsa Tionghua menghidapi penyakit buah pinggang Leong Keat 53, yang tinggal bersendirian diatas tanah rizab jalan berhampiran jalanraya Kuala Kangsar-Gerik di Kg. Sira Lenggong.
Menurut Leong Keat 53, beliau tidak lagi berupaya untuk bekerja menyara hidupnya yang selama ini cuma  berusaha menanam sayur di belakang pondok tempat tinggalnya. Penyakit yang dihidapi memaksa beliau berulang-alik ke Hospital Taiping untuk menjalani rawatan Hemodialysis pada setiap minggu.
Jelasnya, beliau tidak dapat menjalani rawatan tersebut pada pada bulan lalu kerana kesempitan wang sehingga menyebabkan beliau terlantar kesakitan ketika kunjungan Hj. Razman sambil menunjukkan  kakinya yang semakin membengkak dan menyukarkan pergerakannya.
Sehingga kini, beliau hanya bergantung belas ehsan makan minum diberikan saudaranya sahaja yang juga berasal dari keluarga yang miskin.
Menurutnya lagi, amat menyedihkan apabila kesempitan hidupnya selama ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak-pihak berwajib seperti menerima bantuan bagi meringankan beban kemiskinan yang ditanggungnya.
Kunjungan ziarah YDP PAS Hj. Razman Zakaria dan AJK PAS Kaw. Lenggong bersama Setiausaha DAP Lenggong menghulurkan bantuan pada hari tersebut telah mendapati keadaan hidup Leong Keat 53, adalah amat menyedihkan. 
Keadaan pondok yang diduduki nya hanyalah berlantaikan tanah, dinding yang tidak sempurna dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan eletrik, air  dan tandas.
Ujar Hj. Razman Zakaria dengan rasa kesal, tidak sepatutnya pihak bertanggungjawab sering terlepas pandang atau membiarkan sahaja keadaan hidup masyarakat seperti ini dari terus berlaku.

Sesiapa yang ingin menderma, sila masukkan derma anda melalui akaun Maybank: 108131159089
Liang Ching@Leong Lai Kow.

TERSENTUH HATI MASIH ADA MASYARAKAT YANG DI PINGGIRKAN


LENGGONG: 25 Nov. YDP PAS Kawasan Lenggong. Hj. Razman Zakaria, kesal dan terkejut setelah melihat sendiri nasib rakyat yang masih hidup melarat dan tidak mendapat sebarang pembelaan daripada pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga hal ehwal  kebajikan rakyat dibawah.
Hj. Razman Zakaria berkata demikian semasa datang menziarahi seorang masyarakat berbangsa cina akit buah pinggang Leong Keat 53, yang tinggal bersendirian diatas tanah rizab berhampiran jalanraya Kuala Kangsar-Gerik di Kg. Sira Lenggong.
Menurut Leong Keat, beliau tidak lagi berupaya untuk bekerja menyara hidupnya yang selama ini cuma  berusaha menanam sayur di belakang pondok tempat tinggalnya oleh kerana penyakit yang dihidapi dan terpaksa berulang-alik ke Hospital Taiping untuk menjalani rawatan Hemodialysis pada setiap minggu.
Jelasnya, beliau tidak dapat menjalani rawatan tersebut pada pada bulan lalu kerana kesempitan wang sehingga menyebabkan beliau terlantar kesakitan ketika kunjungan Hj. Razman sambil menunjukkan  kakinya yang semakin membengkak dan menyukarkan pergerakannya.
Sehingga kini, beliau hanya bergantung belas ehsan makan minum diberikan abangnya sahaja yang juga berasal dari keluarga yang miskin.
Menurutnya lagi, amat menyedihkan apabila kesempitan hidupnya selama ini tidak pernah sekalipun diberikan perhatian oleh pihak-pihak berwajib yang sepatutnya menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kemiskinan yang ditanggung.
Kunjungan ziarah YDP PAS Hj. Razman Zakaria dan AJK PAS Kaw. Lenggong bersama Setiausaha DAP Lenggong menghulurkan bantuan pada hari tersebut telah mendapati keadaan hidup Leong Keat 53, adalah amat menyedihkan. 
Keadaan pondok yang diduduki nya hanyalah berlantaikan tanah, dinding yang tidak sempurna dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan eletrik, air  dan tandas.
Ujar Hj. Razman Zakaria dengan rasa kesal, tidak sepatutnya pihak kerajaan dan jabatan-jabatan yang terlibat sering terlepas pandang atau membiarkan sahaja keadaan hidup masyarakat seperti ini dari terus berlaku.
Wakil Rakyat UMNO-BN sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana jumlah peruntukan besar pembasmian kemiskinan luar Bandar telah disalurkan oleh kerajaan Negeri hendaklah di manfaatkan sebaik mungkin kepada masyarakat yang benar-benar memerlukannya.

Sesiapa yang ingin menderma, sila masukkan derma anda melalui akaun Maybank: 108131159089
Liang Ching@Leong Lai Kow.

24/11/2010 - TAKLIMAT BADAN BERTINDAK PESERTA FELCRA KEBANGSAAN (BAPAK) DI KG. BENG

Taklimat mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pengurusan Felcra di sampaikan Pengerusi BAPAK, Tuan Hj Razman Zakaria di surau Kg Durian Lubuk, Beng. Majlis dihadiri kira-kira 40 orang peserta Felcra rata-ratanya penduduk Kg Beng.Majlis di mulakan dengan solat Magrib berjemaah dan bertahlil  dan solat isyak. Taklimat dimulakan dengan penerangan mengenai fungsi sebenar Felcra oleh Hj Razman yang menggunakan projektor (slide show). Dalam sessi dialog kebanyakkan paserta Felcra Kg Beng ini memaklumkan mereka tidak berpuas hati dengan harga upah menoreh getah yang dibayar kepada mereka iaitu 0.40 sen sekilo sedangkan harga getah di pasaran sekarang mencecah RM8 sekilo. Kadar Dividen tahunan yang terlalu rendah juga di bangkitkan mereka iaitu sekitar RM12 seekar/sebulan. Pihak BAPAK juga berjanji akan mengambil perhatian yang serius mengenai masalah mereka ini dan berjanji akan membawa perkara ini ke pihak Pengurusan Felcra Lenggong dan bercadang akan mengambil tindakam undang-undang setelah meneliti semua aspek dan berharap semua Peserta Felcra Kg Beng dapat bersatu dan bersama menyelesaikan masalah ini.
 Hj Razman sedang menyampaikan taklimat
Antara penduduk dan peserta Felcra Kg Beng yang hadir mendengar taklimat


23/11/2010 - KULIAH MAGRIB USTAZ FAKHRURAZI ABD RAHMAN DI KG.LUAT

Kuliah magrib disampaikan oleh Ust Fakhrurazi Abd Rahman di surau  Kampung Paya Luat dan dihadiri kira-kira 50 orang penduduk Kg Luat. Kuliah yang disampaikan berkisar tentang kepentingan memilih pemimpin yang betul dan mengikut syariat Islam. Beliau juga menyatakan kesan jika kita tersalah memilih pemimpin. Ini adalah antara siri kuliah bulanan yang diatur oleh PAS Cawangan Kg. Luat.

 antara jemaah yang hadir mendengar kuliah
 Ustaz Fakhrurazi sedang menyampaikan kuliah beliau.


Isnin, 22 November 2010

EPISOD UMNO DI MEMALI

BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.
Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.
"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.
"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.
"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.
Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.
Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.
Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.
"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.
"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.
"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.
Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.
Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.
Sekat kebangkitan PAS
Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.
Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.
Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.
Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.
Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.
Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

IRWAN SHAH VS DATO' SHAMSUL

Inilah banner yang sekarang ini banyak terdapat di pagar - pagar sekolah sekitar Parlimen Lenggong. Banner ucapan selamat menduduki peperiksaan SPM  daripada Pemuda UMNO bahagian Lenggong. Kelihatan juga gambar Ketua Pemuda UMNO Lenggong, Irwan Shah. Tahniah buat pemuda UMNO Lenggong. Cuma satu perkara yang menghairankan, kenapa pula tiada banner Ahli Parlimen Lenggong?? Inikan kawasan Dato Shamsul.... Nampaknya Pemuda UMNO Lenggong sekarang semakin berani melawan tauke Lenggong... sekali lagi tahniah buat Irwan.... Nampak gayanya juga populariti Irwan mula di sebut-sebut dikawasan Lenggong, mungkinkah Irwan akan menjadi bakal calon UMNO di Lenggong pada PRU 13 nanti? Dalam hal ini juga menampakkan perang dingin antara Dato Shamsul dan Irwan selama ini sudah mula ditunjukkan secara terang-terangan... dan dengan apa yang kita lihat di Lenggong sekarang ini soal calon ini tidak lekang dari mulut pengikut-pengikut mereka berdua ini. Yang ternyata berbeza sekarang, Ketua Pemuda UMNO Lenggong ini sudah mula menunjukan taring beliau secara terang terangan dan Dato Shamsul pula terus dalam angan-anganya mempertahankan tempatnya....Yang pasti Pimpinan UMNO Lenggong lebih mengetahui apa yang tersirat antara 2 tokoh muda UMNO Lenggong ini.

18/11/2010 - Ceramah anjuran PAS Kawasan Lenggong

Ceramah anjuran PAS kawasan Lenggong ini di adakan di Markas Cawangan Kg Malau. Antara penceramah yang dijemput khas ialah Ustaz Salleh Man, ADUN Permatang Pasir, Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Pemuda PAS Perak dan YDP Lenggong,Hj Razman Zakaria. Ceramah dipengerusikan oleh Ustaz Hanafiah Idris dan dihadiri sekitar 300 orang.

 Hj Razman sedang menyampaikan ceramah beliau.

Antara tetamu jemputan yang hadir, dari kanan Ust. Zawawi, Ust Salleh Man, Hj Yusof dan Ustaz Hanafiah


18/11/2010 - TAKLIMAT GERAK KERJA PRU 13 MTD KENERING

Program taklimat gerak kerja pilhanraya ke 13 ini diadakan di Markas Kg Malau selepas solat asar. Majlis dimulakan dengan taklimat yang di sampaikan olh YDP khusus mengenai tanggungjawab dan bentuk gerak kerja yang perlu di lakukan oleh petugas setiap UPU kerana piliharaya semakin hampir. Pengarah Piliharya PAS Kawasan Lenggong juga memberi penerangan mengenai program gerak gempor daftar pemilih yang sedang dijalankan. Program ini dihadiri kira-kira 60 orang peserta dan tamat sekitar 6.30 petang.
 Hj Razman (YDP) sedang menyampaikan taklimat gerak kerja PRU ke 13

Antara peserta dari DUN Kenering yang hadir.

18/11/2010 - PROGRAM KORBAN & CERAMAH KELOMPOK DI CAWANGAN AIR GANDA

Pada jam 12.00 tengah hari, YDP serta rombongan bergerak ke Kg Air Ganda yang terletak kira-kira 14 kilometer dari jalan utama ke Grik. Rombongan tiba kira -kira jam 1.05 petang dan terus ke masjid untuk solat zohor bersama penduduk tempatan. Selesai solat, rombongan bergerak ke Markas Cawangan dimana jamuan telah siap dihidang. YDP mengetuai tahlil dan doa selamat. Selesai menjamu selera, YDP menyampaikan beberapa amanat penting kepada jemaah di cawangan ini khususnya gerak kerja pilihanraya dan menyentuh beberapa isu semasa. Majlis ini dihadiri kira-kira 50 orang masyarakat tempatan.