Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 17 Mac 2012

APA SUDAH JADI DENGAN LADANG TEH LENGGONG?

          Sekitar tahun 80an Teh Lenggong amat terkenal di negeri Perak. Aroma dan citarasa teh lenggong ternyata berbeza dengan teh - teh yang lain. Ini adalah satu produk yang dapat dibanggakan oleh penduduk Lenggong dan kerana teh Lenggong juga Lenggong dikenali di merata tempat. Tanah  milik PKNK dikatakan seluas 700 ekar dibangunkan serta memberi manfaat peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
          Tetapi semuanya tinggal kenangan... kini tiada lagi teh Lenggong. Produk yang dulu menjadi kebanggaan kini telah ditelan zaman. Tidak tahu dimana silapnya, projek kerajaan negeri ini terhenti begitu sahaja.. kilang memproses teh ditinggalkan, ladang teh yang dahulunya subur kini dikatakan menjadi semak samun. Tidak pernah dinyatakan sebab musabab kenapa projek ini dihentikan.
           Bagi memperolehi maklumat sebenar, baru - baru ini rombongan Pas Kawasan Lenggong mendaki bukit untuk meninjau dengan sendiri apa sebenarnya yang berlaku dan ingin melihat sendiri keadaan ladang teh ini. Setibanya diatas puncak bukit kami dapati lain keadaanya daripada apa yang didengar sebelum ini.
           Rombongan kami disambut oleh seorang warganegara asing. Setelah kami mendengar apa yang diterangkan dan meninjau kedaan diatas dengan bantuan wargaasing ini rupanya ada sesuatu telah berlaku di tanah ladang teh ini yang selama ini diluar pengatahuan semua.
           Tanah ladang teh ini sebenarnya telah diserahkan kepada satu syarikat peladangan yang kini giat menarah bukit ini untuk menanam sejenis pokok balak untuk dijadikan bahan membuat kertas. Difahamkan juga pokok yang ditanam ini telah diharamkan oleh negara Australia kerana mempunyai kesan terhadap alam sekitar.
          Persoalan yang timbul hasil dari tinjauan yang dibuat ini :


  1. Bagaimanakah tanah milik kerajaan negeri (PKNK) diserahkan kepada syarikat ini?
  2. Bagaimana pula kesan terhadap ekosistem atau pencemaran yang berlaku hasil daripada penebangan dan pembersihan hutan yang dilakukan?
  3. Tidak adakah pemantauan dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar kerana banyak pencemaran berlaku?
  4. Kemanakah hasil kayu balak yang ditebang semasa kerja membotakkan bukit ini?
  5. Bagaiman pula pokok yang diharamkan oleh Australia dibenarkan ditanam di Malaysia? Rujuk disini :  





    http://www.wrm.org.uy/bulletin/52/Brazil.html




         Sebagai anak Lenggong yang perihatin, kami mahukan penjelasan yang sewajarnya daripada pihak berwajib. Selamatkan tanah di Lenggong ini.




Kilang memproses serbuk teh  yang ditinggalkan

Warga asing sedang memberi taklimat kepada Hj Razman tentang spesis pokok yang ditanam di tapak ladang teh Lenggong yang dikatakan telah diharamkan di Australia.

 Rumah kongsi pekerja syarikat berkenaan

 Hasil balak setelah bukit ladang teh digondolkan

 Lihatlah apa lagi yang tinggal?

 Tidakkah mereka memikirkan kesan sebegini rupa yang mungkin membawa padah kepada penduduk Lenggong







Nantikan siri - siri pendedahan  yang berikutnya berkenaan ladang teh ini!

12 ulasan:

  1. macam mana bleh jadi mcm ni? takkan wakil rakyat Lenggong tak tahu perkara ni? ke wakil rakyat pun dah kene beli dengan syarikat tu???

    BalasPadam
  2. pada wakil rakyat tolong buka mata sikit jangan tahu menyalahkan orang lain sajan lihat lah tempat sendiri..sendiri mau ingat

    BalasPadam
  3. YB Lenggong ada share kot???

    BalasPadam
  4. ibu saya dulu merupakan pekerja ladang teh lenggong waktu mula2 dibuka. baru2 ni saya pulang ke lenggong dan ada juga terdengar mengenai bukit teh yg sudah diambilalih oleh syarikat luar negara. katanya ada anjing2 garang lagi yg mengawal malahan tiada pekerja tempatan di situ. tidak tahulah apa yg telah berlaku di atas bukit dan orang2 "di atas" itu.

    BalasPadam
  5. Habis Tanah Melayu Tergadai///

    BalasPadam
  6. Saya boleh katalah saya berasal dr Lenggong, walaupun saya bukan dilahirkan disana, hanya arwah org tua saya pure Lenggong. Teh Lenggong memang ada aroma nya yg tersendiri. Ada rakan saya yg tak minum teh kerana bila dia minum teh perut dia akan rasa kembong, tapi apabila dia minum teh lenggong dia rasa sesuai meminum teh. Hanya berapa tahun aja saya dpt beri dia teh lenggong, lepas itu saya di supermarket diKL tak ada balik Lenggong nak beli pun tak ada jual. Satu yg saya berkenan dgn teh lenggong ini selain dr aromanya, bungkusannya yg HITAM menarik, lepas itu ditukar ke warna lain tak slah saya. YB sial buat sesuatu sebelum kawasan ini tergadai pd warga asing. Ingat kaum keluarga YB ada dibawah bukit ini.Terima kaseh

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai la hng nk wt cito...

      Padam
  7. maaf bukan sial tapi sila. ribuan maaf YB

    BalasPadam
  8. razman......nak apa?nak jadi yb?????????????????bapa rasuah tu..........kalau tak.........kerja lagi......umur tak sampai 55 lagi berhenti kerana apa ye...............kaya tu..........ish ish ish ,kerana banyak duit hasil rasuah.........ydp lama tersingkir..........balaci2 dah kenyang........terpinggir ydp lama..........ingat boleh menang.........kirim salammmmmm sebab tu cong dah tak laku

    BalasPadam
  9. cuba siasat maklumat yg diberikan oleh warga asing tersebut...jika sekiranya berlaku apa-apa penyelewengan boleh kita jemput TV perdana buat liputan..pakai teropong dari tepi sungai Perak pun boleh nampak ladang tu.

    BalasPadam
  10. salam... cik hassan brcakap pkai la otak sikit... kamu boleh guna otak kan... kita orang melayu.. kita nak kan hak kita... pas takde tv..takde radio .. mcam mana nak jelas kan.... jadi la orang yang berfikir sikit... saya bkan orang senag.. mntak tanah semua tak dapat.. bila ada syarikat nak beli ada pulak... razman nak kita semua senang kat malaysia nie.. nak semua rakyat melayu berjaya... cik hassan fikir masak2... saya orang lenggong.. rakyat semua nak balik ladang teh tu...

    BalasPadam