Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 30 Mac 2011

VIDEO SEKS - SATU LAGI KESILAPAN BESAR UMNO

Isu video seks yang dikaitkan dengan DS Anwar Ibrahim menjadi satu isu yang besar dan hangat diperkatakan sekarang ini. Walaupun isu yang jijik, tidak bermoral dan penuh dendam kesumat tetapi isu ini telah menjadi sesuatu yang besar untuk diperkatakan. Sesuai dengan amanat PM bahawa BN akan melakukan apa sahaja untuk menggekalkan kuasa di negara ini maka timbullah perkara sedasyat ini dan dipercayai lebih dasyat lagi pun boleh terjadi. Matlamat menghalalkan cara ini sudah lama dipraktikan oleh UMNO. Dari zaman Mahathir sehingga zaman Najib cuma agak berkurangan di zaman Abdullah Badawi. Tetapi harus diingat, sebijaksana mana pun UMNO, kuasa Allah Taala tidak dapat ditandingi..
Bermula dari episod penayangan secara terbuka kepada media sehingga arahan KDN supaya jangan mempolitikkan isu video seks ini menunjukkan betapa bodoh dan terdesaknya pemimpin UMNO sekarang ini. Rakyat mula faham dan sudah kenal dengan pemimpin UMNO. Lihat sahajalah latar belakang individu di sebalik video seks ini. Rakyat sudah lama mengenali mereka ini.

Buat pimpinan UMNO ingat lah.. hebat mana pun, kaya mana pun suatu hari nanti dengan izin Allah akan tumbang juga mereka ini. UMNO boleh menipu semua rakyat tetapi harus diingat UMNO akan jatuh di tangan rakyat. Jika Allah memakhbulkan doa rakyat, UMNO akan tumbang juga.. Pakatan Rakyat bukan gila kuasa tetapi Pakatan Rakyat ingin mengambil kuasa dari orang gila.  'Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia'

DatoT & Anwar Conspiracy

-

PELANDUK SELALU LUPAKAN JERAT, TETAPI JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKAN PELANDUK............ Fitnah budaya 'GEROMBOLAN' membuka minda masyarakat yang semakin bijak menilai. Kematangan Rakyat terhadap politik yang telah diajarkan oleh 'GEROMBOLAN' dengan cara yang jijik, akan diajar kembali kemuka 'GEROMBOLAN' dengan lontaran maut pada PRU-13 nanti.

Aduhai 'GEROMBOLAN'........ KAMU TELAH MENGGALI KUBURMU SENDIRI............

Nantikanlah wahai 'GEROMBOLAN', RAKYAT AKAN MENGUBURKAN KAMU DENGAN PENUH KEHINAAN.

MATLAMAT PAKATAN RAKYAT IALAH BUKU JINGGA...............
BUKAN FITNAH DURJANA SEPERTI YANG DICIPTA OLEHMU WAHAI 'GEROMBOLAN'..........

JANGAN BERTERUSAN MEWARISKAN ANAK-ANAK MELAYU DENGAN FITNAH YANG AMAT JIJIK ITU.(Lihat disini). TIDAK CUKUPKAH DS ANWAR DIBELASAH MENTAL DAN FIZIKALNYA PADA ERA TUN MAHATHIR?

ENGKAU BOLEH MENIPU RAKYAT SELALU. TETAPI, RAKYAT TIDAK BOLEH SELAMA-LAMANYA DITIPU......................

ENGKAU PULAK DS NAJIB, MAHUKAN RAKYAT MENERIMA SEMUA FITNAH YANG ENGKAU LAKUKAN BERSAMA 'GEROMBOLAN' MU SEBAGAI SATU BUDAYA BERZAMAN DALAM PENCAPAIAN POLITIK UMNO-BN.

P/s:- Bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan kebajikan. Jangan bertolong-tolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Surah Al-Quran.

Ahad, 27 Mac 2011

Sabtu, 26 Mac 2011

TAKLIMAT & CERAMAH DI FELDA BERSIA, GERIK

Buat julung kalinya Tuan Hj Razman selaku Pengerusi Lajnah Tanah & Kemajuan wilayah Pas Perak di jemput Oleh Pas Kawasan Gerik untuk menyampaikan taklimat di Felda Bersia. Ini juga pertama kali rombongan Hj Razman tiba di Felda Bersia ini. Taklimat ini diadakan hasil anisiatif Pas cawangan Felda Bersia yang diadakan di PASTI Felda Bersia. Kehadiran amat menggalakkan sekitar 100 orang walaupun masih ada peneroka yang masih ketakutan untuk hadir mendengar taklimat ini.
 Selesai taklimat disampaikan, Peneroka mengajukan beberapa persoalan dan permasalahan yang selamaini tidak mendapat sebarang pembelaan sewajarnya dari pihak Felda mahupun kerajaan. Masalah ini telah ditanggung berpuluh tahun oleh peneroka seperti generasi kedua, wang khairat kematian, potongan wang tanan semula dan pelbagai lagi masalah besar seperti di Felda - Felda lain.
Dimaklumkan juga ladang Felda Plantation di Tawai beerkeluasan melebihi 6000 hektar. Ini menunjukkan Felda hanya mementingkan keuntungan syarikat mereka sahaja walhalnya beribu lagi anak - anak peneroka yang masih belum mempunyai tanah serta pekerjaan yang boleh dibela oleh Felda sesuai dengan matlamat penubuhannya dahulu. Ini lah yang menjadi salah satu kandungan di dalam Buku Jingga dimana Kerajaan PR akan membatalkan semua Felda Plantation ini dan ladang ini akan diserahkan kepada anak-anak peneroka dan anak muda yang menetap di kampung. Ini lah yang sepatutnya yng perlu di bela oleh wakil rakyat yang dilantik rakyat, membela rakyat, bukan membela Felda. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia..

Khamis, 24 Mac 2011

DENDAM UMNO:BERAPA LAMA LAGI DS ANWAR IBRAHIM DIFITNAH

Puak -puak UMNO 1 Malaysia takut hilang Putrajaya terus menggunakan senjata yang tidak masuk akal yang penuh dengan konspirasi dan memaksa rakyat akar umbi yang tidak tahu menahu turut angguk dan geleng kata-kata pemimpin yang gila kuasa.

Terbaru, fitnah video seks DS Anwar Ibrahim, siapakah dalang yang berada dibelakang tabir fitnah terbaru ini?. Yang pasti, dendam orang yang tersingkir semasa DSAI berada didalam UMNO beberapa tahun lalu telah dilepaskan dihujung usia UMNO pada abad ini. Lihat (sini)  dan (disini)  !!!!

Selasa, 22 Mac 2011

MESRA RAKYAT UMNO, YANG TIDAK MESRA PENIAGA DAN PENGGUNA JALANRAYA.

LENGGONG: 22 Mac, Umno Bahagian Lenggong dah tak tentu arah untuk menarik perhatian rakyat apabila mengadakan "majlis mesra rakyat" bersama Zambry Abd Kadir pada 23dan 24 Mac ini, dengan meletakkan khemah diatas jalanraya ditengah-tengah pekan Lenggong, sehingga menyebabkan jalanraya ditutup menjadi jalan sehala yang meyusahkan pengguna-pengguna jalan utama di pekan Lenggong.

Beberapa orang penduduk Pekan Lenggong yang tidak selesa dengan tindakan UMNO bahagian Lenggong menganjurkan program menjelaskan, "UMNO Lenggong seperti orang yang tidak berapa cerdik akal, bukankah lebih baik jika majlis diadakan ditempat yang lebih selesa seperti didalam dewan merdeka Lenggong atau diatas padang Majlis Daerah berdekatan, yang sudah pasti tidak akan menganggu kesibukan lalu-lintas untuk pengguna jalanraya." Inilah masalahnya apabila UMNO Lenggong hanya mesra Menteri Besar,  (BODEK) tetapi, tidak mesra rakyat (yang dihimpit) apabila menyesakkan jalan yang terpaksa ditutup semata-mata hanya untuk menyambut MB Perak. (Mengalahkan sambutan kedatangan perdana menteri.) Lebih teruk lagi persiapan khemah bermula selama tiga hari awal sebelum tarikh sebenar majlis diadakan bermula pada 23 Mac sehingga 24 Mac ini dipekan Lenggong.

Seperti yang diberitakan oleh beberapa orang, (Sebelum ini PRO UMNO) sambutan orang-ramai  terhadap setiap majlis yang dianjurkan oleh UMNO Lenggong semakin tidak mendapat perhatian masyarakat ramai termasuklah ceramah-ceramah oleh Kamal Saidin baru-baru ini. Dan inilah diantaranya menjadi sebab utama  sehingga  majlis ini terpaksa diadakan diatas jalanraya ditengah-tengah pekan Lenggong, bagi memaksa orang ramai yang setiap hari berada di pekan Lenggong singgah menjenguk majlis diadakan bagi menjaga muka Menteri Besar Perak di Lenggong, pada masa ini.

Sudah tentu majlis yang berlangsung selama dua hari ini akan menelan belanja yang amat besar, perbelanjaan sewa khemah yang dihias supaya kelihatan cantik adalah satu pembaziran yang jelas ketara. Apakah rasionalnya membayar lebih untuk hiasan berpuluh-puluh buah khemah kepada rakyat? adakah rakyat meminta supaya khemah dihias sebegitu rupa hanya untuk menyambut kehadiran seorang Menteri Besar?  Khemah dihias untuk rakyat kah atau untuk Zambry? Apakah keuntungannya untuk rakyat? UMNO Lenggong membazir untuk Menteri Besar, UMNO Lenggong masih bermegah-megah dengan pembaziran supaya kelihatan cantik dimata pemimpin mereka tetapi, tidak mengambil kira permasalahan dan kesusahan penduduk luar bandar serta kesukaran pengguna-pengguna jalanraya selama empat hari majlis ini akan langsungkan.

Seperti biasa UMNO Lenggong akan mengimport rakyat dari luar parlimen Lenggong termasuklah peserta-peserta PLKN bagi menyesakkan majlis tersebut dengan orang-ramai yang dianggap sebagai kosmetik, untuk menjaga muka Menteri Besar Perak dan menjaga moral Barisan Nasional yang semakin tidak mendapat sokongan di Parlimen Lenggong sejak-akhir-akhir ini.

Harapan rakyat di parlimen Lenggong supaya MB Perak dan YB Lenggong dapat menyelesaikan tuntutan-tuntutan masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda dan peserta Felcra sebelum tibanya PRU-13 akan datang. Tak payahlah nak tabur janji-janji yang tak seberapa dan hanya akan dapat ditunaikan bila dekat dengan PRU. Rakyat di Parlimen Lenggong dah cerdik, tidak macam dulu, sebagaimana mereka mudah dipujuk dengan pemberian yang tidak seberapa ketika tiba musim pilihanraya.

P/s: Berapa ekor pulak lembu di "korban" kan pada kali ini YB? Berapakah harga bagi seekor lembu menurut harga pasaran semasa, diluar musim korban?



   


    

Ahad, 20 Mac 2011

SEKALI LAGI TAHNIAH BUAT PEMUDA UMNO LENGGONG..

Sekali lagi PAS Kawasan Lenggong mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO Lenggong kerana berjaya menghangatkan Balai Polis lenggong yang agak lama sunyi sepi.. Kejayaan Ketua Pemuda dan Setiausaha Pemuda UMNO Lenggong ini membuktikan bahawa mereka amat peka dengan arahan bos besar mereka supaya membuat laporan polis dan demonsrtasi diseluruh  negara bagi menjatuhkan serta mengaibkan DS Anwar Ibrahim yang dikatakan menjadi ancaman kepada UMNO. (tengok sini) Demo ini mendesak supaya DS Anwar menyerahkan DNA beliau untuk siasatan kes liwat beliau. Maka berduyun lah Pemuda UMNO ini ke Balai Polis bagi mengiringi Bos mereka membuat laporan walaupun dipercayai ramai antara mereka tidak tahu apa itu DNA.
 Apa yang lebih menarik disini, tiada kelibat YB Lenggong atau Bos mereka, kenapa jadi begini? Mustahil YB Lenggong ini tidak tahu akan kerja atau tindakan anak buahnya atau anak-anak buahnya ini tidak menghiraukan atau sudah tidak ada respect pada YB Lenggong... Malang sungguh nasib YB Lenggong ini yer.. sudah lah bermacam macam cerita yang timbul, tidak disenarai sebagai calon la... UMNO Lenggong tak suka la.. Dato Nazri nak ambik seat Lenggong la... macam - macam lagi la... tak sampai sepenggal dah macam - macam bunyi. Kalau difikirkan logik, ada asasnya.. kalau baik takkan orang benci.. Musuh dalam UMNO Lenggong pun ramai...


Ini nasihat dari PAS Kawasan Lenggong kepada YB Lenggong ni.. kalau dah sedar orang tak suka lebih baik undur diri, bagi laluan pada orang-orang lebih muda dan educated... YB pun dah kaya raya, buat apa lagi nak susah-susah fikir pasal politik ni.. YB urus jer syarikat bas YB tu.. boleh buat duit tu.. Pasal UMNO Lenggong ni bagi jer pada Irwan atau siapa- siapa yang lebih layak sebab rekod YB Lenggong pun dah teruk. Lagi pun baru la ada saingan dengan YDP PAS Lenggong. Kalau YB nak bertanding lagi macam tak meriah la politik di Lenggong macam sekarang ni sebab orang UMNO pun ramai yang tak suka pada YB Lenggong ni..

Jumaat, 18 Mac 2011

CERAMAH ISU SEMASA: Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar.

(Ust. Hakim Alimin)
KAMPUNG MALAU GERIK- 17 Mac: Ceramah isu semasa yang disampaikan oleh Ust. Hakim Alimin Exco DPPN Perak, Hj Razman Zakaria, YDP PAS Kawasan Lenggong dan Dato' Mahfuz Omar yang dihadiri kira-kira lebih 1,500 (seribu lima ratus) orang memberi petunjuk baik kepada PAS, berikutan penerimaan masyarakat disitu yang mahu mendapatkan maklumat sebenar, setelah media arus perdana sering memutarbelitkan fakta-fakta isu semasa yang dimainkan oleh kerajaan melalui radio dan televisyen.

Bermula dengan tazkirah oleh Ust, Hakim Alimin, yang mengajak masyarakat pengundi lebih bijak menilai pemimpin-pemimpin yang bakal mereka pilih pada PRU-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa daripada sekarang.

Melihat keadaan daerah Hulu Perak yang masih jauh ketinggalan dibawah pimpinan UMNO-BN, kata Ust. Hakim, "seharusnya masyarakat pengundi harus menolak kerajaan yang ada sekarang kerana, rakyat dapat melihat sendiri kekayaan yang dikaut oleh wakil-wakil rakyat semakin tidak dapat dibendung lagi, sementara rakyat terus dibiarkan melarat mengharapkan bantuan-bantuan dari kerajaan yang tidak seberapa nilainya, berbanding dengan kekayaan yang dikaut oleh wakil-wakil rakyat UMNO-BN inilah masalahnya apabila  rakyat terus memberi undi kepada mereka (UMNO-BN)". Jelas beliau yang terkejut, apabila melihat penipuan wakil rakyat mengenai 'Lembu Korban yang diambil melalui FELCRA Berhad.'

Hj Razman Zakaria, menambah semasa ucapan beliau "kekayaan yang dikaut oleh pemimpin UMNO jelas dapat dilihat setelah mereka semua dilantik oleh pengundi-pengundi sebagai wakil rakyat. Masyarakat pengundi boleh melihat sendiri sebelum mereka semua menjadi wakil rakyat UMNO dan selepas mereka menjadi wakil rakyat. Sebelum jadi Yang Berhormat, mereka tidak ada kereta mewah ataupun syarikat-syarikat tetapi, setelah menjadi wakil rakyat, mereka semua telah menjadi tauke syarikat bas, yang menggabungkan nama suami isteri, ini rakyat boleh nampak dengan jelas diatas jalan-jalan raya di seluruh negeri di Malaysia, wakil rakyat UMNO ada memiliki syarikat-syarikat teksi dan banyak lagi yang akan didedahkan selepas ini." 

(Sudah Terang, Lagi Bersuluh)
Katanya lagi, "rakyat mesti atau wajib menukar kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang ini, demi untuk mencegah dari sebarang bentuk kezaliman, penyelewengan, penipuan dan kemungkaran yang sedang dilakukan oleh pemerintah pada masa ini, seperti contoh diantaranya ialah, isu ANCAK-TIANG SERI yang telah difatwakan sebagai KHURAFAT oleh mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang pada satu ketika memfatwakan menaikkan tiang seri adalah KHURAFAT dan HARAM, tetapi setelah dinafikan dengan penipuan oleh Dato' Seri Zambry Kadir, mufti Perak telah mengatakan perbuatan Zambry itu tidak Khurafat atau Tidak Haram." (klik disini:http://www.youtube.com/watch?v=iCqcRNZy4fo ) 

(Terima Sijil: Wakil Cawangan Kg. Air Panas)
"Jadi, dimana lagi tempat rakyat membuat sebarang rujukan mengenai permasalahan Agama, sekiranya pemimpin tertinggi Agama yang berada di Negeri ini sekarang lebih berpihak menjaga kepentingan politik kerajaan UMNO-BN, daripada menjaga kesucian Agama Islam yang dianuti oleh semua umat Islam itu sendiri?"
(Terima Sijil: Wakil PAS Cawangan RPA Gua Badak)
(Terima Sijil : Wakil PAS Cawangan Kg. Tg. Rambai)
Jelas Hj. Razman lagi, sekiranya masyarakat pengundi tetap tidak mahu membuat perubahan dan terus mahu  mengundi UMNO-BN pada PRU-13 ini nanti setelah diberikan maklumat tentang betapa teruknya pemerintahan UMNO-BN selama ini, maka sepatutnya masyarakat pengundi perlu menjadi lebih bijak untuk turut mengikuti jejak langkah pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang sememangnya mahukan keuntungan selama berada didalam parti UMNO-BN. Para penyokong dapat apa?. Oleh itu, sangat wajarlah sekiranya penyokong-penyokong UMNO-BN khususnya, menuntut sejumlah RM30 ribu, untuk satu undi kepada BN. 

Jika tidak, usahlah mengundi UMNO-BN kerana, gaji dan kekayaan yang ada pada wakil rakyat UMNO-BN sehingga hari ini adalah hasil daripada undi yang diberikan oleh penyokong-penyokong UMNO-BN itu sendiri. Adalah tidak wajar sekiranya para penyokong-penyokong UMNO-BN hanya dibiarkan untuk menagih bantuan yang tidak seberapa nilainya dari pada kerajaan UMNO-BN melalui surat sokongan wakil rakyat, penghulu dan ketua kampung yang belum tentu dapat atau tidak diberi kepada semua  penyokong-penyokong UMNO-BN. Sedangkan ketua Kampung telah menerima habuan sebanyak RM9,600 setahun untuk mempengaruhi penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi supaya terus menyokong UMNO-BN. Jadi, bertindaklah dengan cara yang bijak bagi menghukum pemimpin-pemimpin UMNO yang memang mudah lupa jasa penyokong-penyokong mereka sendiri.
 
Mengakhiri ceramah beliau, Hj. Razman menyeru kepada semua yang hadir supaya boleh menyampaikan segala maklumat yang telah disampaikan oleh semua penceramah pada malam ini kepada saudara mara ataupun sahabat handai yang tidak hadir supaya menjadi bahan bualan umum disemua tempat, supaya masyarakat pengundi dapat mengetahui isi kandungan maklumat yang disampai didalam setiap ceramah yang diadakan dikawasan Lenggong disetiap masa.

Penceramah utama Dato' Mahfuz Omar pula memberi maklumat mengenai saman ekor yang sebenarnya mengkayakan kroni-kroni UMNO-BN. Menurut beliau, kerajaan sekarang sedang dalam proses menswastakan saman ekor kepada sebuah syarikat yang akan mengendalikan kes-kes saman yang membebankan rakyat sekiranya ia dilaksanakan kelak dengan berbagai bebanan sebaik sahaja ia dilaksanakan. Menurutnya, kerajaan yang ada sekarang sedang rancak mencari keuntungan yang dapat memenuhi kantung UMNO-BN walaupun mereka terpaksa memijak kepala rakyat yang memberi sokongan kepada UMNO-BN.

Turut dimaklumkan kepada semua masyarakat, tidak mengira latarbelakang parti politik di Kawasan Parlimen Lenggong bahawa, Pakatan Rakyat akan menyediakan perkhidmatan percuma untuk membawa kes-kes saman ekor ke mahkamah melalui Firma Tetuan Awi & Co. Yang akan bertindak sebagai penyelaras kepada tindakan ini. Sebarang maklumat, sila hubungi: 05-527 1881 & 05-527 1242. 

Dato' Mahfuz juga telah berkesempatan menyerahkan 150 sijil dan kad keahlian, (Ahli Baru) kepada tiga wakil cawangan iaitu PAS Cawangan Tg. Rambai, Gerik, PAS Cawangan Kg. Air Panas Gerik dan PAS Cawangan RPA Gua Badak, Lenggong  


KEJOHANAN PING-PONG TERTUTUP: Piala YDP PAS Kawasan Lenggong.

(Bergambar Bersama Pemenang dan Jawatankuasa Penganjur)
(Peserta Akhir Sedang Berentap Merebut Kejuaraan)
KOTA TAMPAN AIR LENGGONG-  17 Mac: Pemuda PAS MTD DUN Kota Tampan (Banggol Belimbing) telah menganjurkan Kejohanan Ping-Pong tertutup Piala YDP PAS Lenggong, yang menyaksikan penyertaan sangat menggalakkan daripada pemuda-pemuda didaerah Lenggong. 

Pertandingan dihentikan, ketika masuknya waktu solat Fardhu Zohor dan disambung semula sejurus selepas semua yang hadir menyaksikan pertandingan itu selesai menunaikan solat Fardhu Zohor yang diimamkan oleh Ust. Husairi Ariffin, di Surau yang berdekatan.

Pertandingan sengit bagi menjuarai kejohanan itu, melibatkan seramai  50 orang peserta yang dipertandingkan secara kalah singkir, telah dijuarai oleh sdr Othman Malek, setelah menewaskan sdr Husaini diperingkat akhir kejohanan ditempat kedua.

Sementara ditempat ketiga kejuaraan, telah disandang oleh adik Ariff Fahmi, 14, yang turut mendapat hadiah pemain terbaik keseluruhan. Manakala hadiah pemain harapan disandang oleh adik Zulhafiz Hakim, 10, pada kejohanan tersebut.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lenggong, Ust. Abd Karim Mahmud yang ada bersama disepanjang kejohanan berlangsung,  turut menyampaikan tazkirah dan perasmian penutup, seterusnya menyampaikan hadiah kejuaraan kepada pemenang-pemenang, bagi mewakili Hj. Razman Zakaria, dalam majlis yang berakhir pada jam 3:00 petang itu.

(Pemain Harapan Sedang Beraksi)
YDP PAS Lenggong, Hj. Razman Zakaria, yang baru tiba di Lenggong setelah berada di Selangor menghantar anaknya menyambung pelajaran di Mesir, hanya sempat berada sebentar sahaja diawal pertandingan bermula, apabila beliau menerima berita kematian anak saudaranya dan terus bergegas pulang semula ke Selangor.

Turut hadir memberi sokongan pada kejohanan itu, TYDP PAS Kawasan Lenggong, Ust. Husairi Ariffin.




(Ust. Abd Karim Mahmud Tazkirah & Perasmian Penutup)

    











(Aksi Juara)














(Aksi Pemenang Tempat Kedua)















(Juara: Husaini Malek, Menerima Hadiah)














(Pemenang Kedua: Othman Malek, menerima Hadiah)














(Pemenang Tempat Ketiga Adik Ariff Fahmi, Menerima Hadiah)





























(Pemain Harapan: Adik Zulhafiz Halim)
(Hakim Pertandingan: Menerima Hadiah)









































Ahad, 13 Mac 2011

PENYERAHAN SURAT CABARAN BERDEBAT DENGAN DATO’ AHMAD MASLAN, OLEH PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA (ANAK).

(Cabaran Berdebat Demi Generasi Peneroka Felda)
WISMA FELDA PERDANA: Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) bersedia berdebat dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato’ Ahmad Maslan.

AJK Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Pusat Razman Zakaria, telah menyerahkan surat cabaran berdebat mengenai isu-isu FELDA itu kepada setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan, Hj. Mohammad Khairuddin, kira-kira jam 11:30 pagi jumaat lalu (11 Mac 2011).


Cabaran berdebat itu dibuat berikutan kenyataan Ahmad Maslan, yang sebelum ini menawarkan supaya debat dilakukan secara tertutup ketika kempen pilihanraya kecil DUN tenang Januari lalu.

Hj. Razman yang mewakili Presiden ‘ANAK’ sdr Mazlan Aliman, berkata; “Ahmad Maslan yang mewakili agensi Felda hendaklah menyahut cabaran debat seperti yang ditawarkan oleh Presiden ‘ANAK’ bagi menyelesaikan isu-isu dan kemelut yang melanda didalam FELDA supaya, dapat dijelaskan kepada peneroka-peneroka FELDA diseluruh Malaysia yang sehingga kini masih lagi dibelenggu oleh berbagai permasalahan, katanya.”

Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang Januari lalu, Ahmad Maslan berkata, beliau sedia berdebat sekiranya ‘ANAK’ mengadakan debat secara tertutup. Tetapi ditolak oleh Presiden ‘ANAK’ yang pada ketika itu mahu debat diadakan secara terbuka kerana bimbang rancangan debat secara tertutup sewaktu pilihanraya kecil akan dimanupulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, setelah mengambil kira tiada lagi pilihanraya kecil berlaku dan kepentingan peneroka FELDA yang mahu menuntut hak mereka yang sepatutnya diberikan, maka kini ‘ANAK’ sedia berdebat dimana-mana sahaja tempat yang akan ditetapkan, samada secara terbuka atau tertutup bagi mencari jalan penyelesaian kemelut permasalahan yang di alami oleh peneroka-peneroka FELDA di seluruh negara.

Hj. Razman menjelaskan, “sekiranya Kerajaan benar-benar mahu membela nasib peneroka FELDA dan rakyat didahulukan, maka tidak perlu lagi Ahmad Maslan berdolak dalih atau menafikan hak-hak peneroka secara berpanjangan,” ujar beliau. 

Dan katanya lagi, “Ahmad Maslan tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk menyahut cabaran berdebat bersama presiden ‘ANAK’, sekiranya beliau mahu memberikan keadilan kepada peneroka FELDA melalui debat itu nanti, dan mudah-mudahan ianya akan dapat mencapai keputusan yang adil bagi kedua-dua belah pihak, sehingga tidak akan berlaku lagi sebarang penindasan terhadap peneroka-peneroka FELDA seperti yang telah berlaku selama ini.”

Isnin, 7 Mac 2011

UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

PAS hanya mahu menjelaskan sahaja hakikat sebenar agar rakya Malaysia tidak terus tertipu.. Selebihnya terpulanglah kepada kita.... Fikir-fikirkan lah...