Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 5 Disember 2013

KHATAN PERDANA P.055 LENGGONG

Program Khatan Perdana anjuran bersama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) akan diadakan pada 7 Nov ini di Surau Ibnu Zakaria, dataran kg.Luat, Lenggong, yang dijangka akan bermula pada jam 8:30 pagi dengan acara semburan air oleh anggota Jabatan Bomba.
Setiap peserta hanya dikenakan bayaran RM80 seorang sahaja. Manakala makan tengahari untuk kaum keluarga peserta turut disediakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan selaku penganjur utama program diadakan ini.
Menurut Mohd Hatta bin Abd Aziz, 52, selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan kawasan Lenggong, 25 borang sudah diterima dan penyertaan masih lagi dibuka kepada peserta yang berumur 5 hingga 12 tahun dan tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 6 Disember ini, ujar Hatta.
Kepada ibubapa yang berhasrat untuk mengkhatankan anak-anak pada tahun ini, kami mengalu-alukan penyertaan daripada anda semua kerana bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan.
Kerjasama diantara PASPISMA dan Lajnah Kebajikan mengadakan program berkhatan sempena cuti sekolah ini, adalah semata-mata untuk meringankan bebanan keluarga terutamanya bagi penduduk di kawasan Lenggong, tambah Hatta.
Masyarakat disekitar juga dijemput hadir untuk memeriahkan suasana program yang kan turut dihiburkan dengan persembahan Qasidah oleh pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Lid Da’wah Wal Imamah dari kg. Luat.
Sementara itu, Tn Hj Razman Zakaria, Selaku Pesuruhjaya PAS Perak yang baru dilantik ditemui berkata, program seperti ini kan diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang bagi membantu golongan masyarakat yang tinggal dikampung, insya-Allah, katanya yang juga merangkap YDP PAS Kawasan Lenggong.
 
Hj Razman juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program yang diadakan ini. Kerjasama baik daripada Jabatan Bomba Lenggong dalam program ini amat dihargai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan