Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 30 September 2012

HIMPUNAN AMAN BANTAH FILEM HINA ISLAM DI KAWASAN LENGGONG

Protes Filem Hina Nabi diperkarangan Masjid An-Nur, Pekan Lawin.
Kemarahan umat Islam di Kawasan Lenggong.
Lenggong 28 Sept - Hampir 300 Umat Islam dari berbagai latarbelakang mengadakan demontrasi secara aman di Masjid An-Nur, Pekan Lawin, Kerana membantah filem yang telah mengguris perasaan umat Islam berikutan penayangan filem kontroversi Innocence of Muslims, yang diarahkan oleh Sam Bacile, kerana filem tersebut masih lagi boleh disaksikan melalui laman youtube di internet.

Himpunan aman membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan seluruh umat Islam ini diterjemahkan oleh orang ramai melalui sepanduk dan kain rentang dengan mengecam dan mengutuk tindakan barat, yang memusuhi umat Islam menerusi filem yang diterbitkan itu.


Bantahan bermula sejurus umat islam selesai solat jumaat, solat hajat dan berkumpul diperkarangan Masjid diiringi dengan berselawat keatas Nabi.
Hadir memberi ucapan dan kecaman dalam bantahan itu, Ketua Urusan Dewan Ulamak PAS kawasan, ust Hanapiah Idris,timb. Pesuruhjaya PAS Perak,  tn hj,Razman Zakaria dan timb. Ketua PAS kawasan, ust Abd Karim Mahmud.

Kesemua ucapan pimpinan PAS kawasan menjurus kepada kecaman dan kutukan terhadap agenda rejim zionis serta sekutunya dan PAS berikrar akan menentang sesiapa sahaja yang cuba untuk menghina Nabi, agama Islam dan hukum Allah.

Sebelum bersurai pada jam 2.30 petang. Tuan hj Razman mengakhiri ucapannya dengan menyeru kepada semua umat Islam agar bangkitlah bersama, mendaulat dan melaksanakan hukum-hukum Allah, supaya seluruh umat Nabi Muhammad tidak lagi dihina dan diperlakukan sewenang-wenangnya diakhir zaman ini oleh musuh-musuh Islam.














MAYAT PELAJAR LEMAS DIJUMPAI TERDAMPAR DIBETING PASIR

Ibu Mangsa (bertudung kuning) tidak dapat menahan kesedihan melihat jenazah anaknya.
Ayah, ibu dan kakak mangsa diselubungi pilu disisi Arwah Mohd Aiman Izuddin.

KG TEMELONG, Lenggong, 29 Sept – Operasi mencari dan menyelamat pelajar lemas ketika mandi di sungai Perak bersama rakan-rakan di Kg.Temelong, oleh pihak polis bersama anggota bomba dan penyelamat serta penduduk disini bermula pada 4 petang jumaat, berakhir dengan penemuan mayat mangsa, Mohd Aiman Izuddin Abd Rahman 12, pada jam 7 pagi ini di kg.Pulau Cheri, Luat.

Fuad Basri 46, menemui mayat Mohd Aiman terdampar.
Mayat Allahyarham ditemui terdampar dibeting pasir sg.Perak yang cetek, setelah dihanyutkan air kira-kira 10 kilometer daripada tempat kejadian oleh seorang penduduk kg.Luat, Fuad Basri 46, ketika memukat ikan disungai itu pada awal pagi.

Menurut Fuad, beliau menemui mayat mangsa dalam keadaan tertiarap setelah menghampiri beting pasir yang timbul ditengah sg.Perak. Pada mulanya, beliau menyangka sebatang kayu, tetapi mengesyaki mayat manusia apabila terlihat tapak kaki mangsa.

(Agg. Jab.Amal Perak, membawa jenazah
kesurau berhampiran Sejurus ditemui.)
Tambah Fuad, dengan penemuan itu, beliau membawa mayat mangsa mudik kehilir sungai untuk dibawa ke Surau Ibnu Zakaria, dataran Jambatan kg. Luat dengan dibantu anggota Jabatan Amal Perak, yang turut terlibat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa pada pagi itu. Dan menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan mangsa mati lemas telah ditemui. Seterusnya, jenazah dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

 Sementara itu, pada hari jumaat. Dilokasi kejadian, ibubapa mangsa, Abd Raman Adam, 62, dan Noraini Abd Kadir, 48, tidak dapat ditemubual kerana bersedih diatas kehilangan anaknya. Tetapi wartawan sempat bertemu dengan abang mangsa, Mohammad Ezhar Abd Raman 30, beliau menjelaskan, 2 hari sebelum kejadian, arwah adiknya sering meminta beliau membelikan kasut dan pakaian, sebagai persiapan untuk mengikuti lawatan sekolah pada bulan hadapan. Tetapi beliau minta adiknya bersabar kerana tarikhnya lambat lagi.
Abang mangsa, Mohammad Ezhar Abd Raman, 30.
Menurut Mohammad Ezhar lagi, adiknya anak ke 7 daripada 8 beradik, seorang pelajar yang pintar, “saya rasa sangat terharu setelah mendapati tulisan adiknya pada gambar-gambar ibunya tertulis ‘saya sayang mak,’ seperti ingin menyatakan sesuatu sebelum arwah adiknya pergi buat selama-lamanya." jelasnya terharu.

Anggota Jab Amal membersihkan jenazah Mohd Aiman 
Bagaimanapun keluarganya redha dengan takdir Allah dan bersyukur, serta berterima kasih kepada semua yang telah terlibat mengurus, mencari dan menyelamat arwah adik saya, sehingga mayat adiknya dijumpai dan selamat dikebumikan tanah diperkuburan Islam, masjid warisan kg.Temelong.

(Kakak mangsa memeluk adik bongsunya yang menjadi rakan sepermainan
Allahyarham Mohd Aiman.)
















(Suasana terharu menyelubungi keluarga Allahyarham Mohd Aiman Izuddin Abd Raman, sementara menantikan trak polis untuk dibawa ke hospital Gerik.)
(Orang ramai melihat jenazah dibawa ke hospital Gerik selepas membaca tahlil  ketika menunggu trak polis tiba.)


Khamis, 20 September 2012

Jamuan Terbuka Eidulfitri PAS Lenggong



LENGGONG: 15 Sept- Jamuan terbuka PAS Kawasan dihadiri lebih 6 ribu masyarakat berbilang kaum dalam majlis yang diadakan bermula jam 2 petang hingga jam 9 malam, diperkarangan Surau Ibnu Zakaria, Dataran Jambatan Kg.Luat disini.

Kehadiran  tetamu seawal jam 2 petang dihidangkan dengan berbagai menu istimewa seperti lemang dan rendang, satay, bihun sup dan mee rebus sehingga majlis berakhir pada jam 9 malam.

Pimpinan PAS Negeri Perak, ADUN Lubuk Merbau, YB Hj Zainuddin Yusuf, hadir bersama sdr Khalilul Rahman selaku setiausaha kerja PAS Negeri  dan pimpinan sayap Pengerusi DHPP, en.Ah Beh, en Richard Wong serta S.Naliraja turut bersama-sama hadir.
Pimpinan pusat, Ustaz Idris Ahmad turut hadir mengisi acara ini pada jam 9 malam dalam program ceramah isu-isu semasa sebagai penutup majlis berakhir pada jam 12 malam ditempat yang sama.

YDP Kawasan Lenggong, Tuan hj Razman Zakaria, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir meraikan majlis jamuan terbuka Hariraya Eidulfitri pada tahun ini.

Menurut beliau, kehadiran tetamu pada tahun ini bertambah ramai, berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Dan ini menunjukkan bahawa, penerimaan masyarakat melayu serta masyarakat bukan melayu semakin meningkat terhadap program-program yang telah dianjurkan oleh PAS.
































































































Ahad, 9 September 2012

TAZKIRAH & JAMUAN HARIRAYA

KG.GELOK, LENGGONG- Suasana sambutan Eidulfitri masih rancak diraikan oleh jawatankuasa Cawangan-cawangan PAS Kawasan Lenggong.

Hari ini, YDP PAS Kawasan, tn Hj Razman Zakaria dijemput meraikan majlis jamuan terbuka dengan hidangan makan tengahari berserta menu ikan bakar dan ulam-ulaman disediakan oleh jawatankuasa cawangan yang menyelerakan.

Jamuan tengahari dimulakan dengan bacaan tahlil dan tazkirah disampaikan oleh, tn hj Razman Zakaria.

Memetik tazkirah ringkas, Tn hj Razman berkongsi pengalaman beliau, ketika menghadiri kuliah subuh ditanah suci Makkah semasa melaksanakan ibadah umrah pada bulan Ramadhan baru-baru ini, seorang guru agama berbangsa arab telah menyatakan bahawa, ayat Al Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril A.S pembawa wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu ialah, (Iqra') bermaksud, 'bacalah'.

Mukjizat Al-Quran yang tidak ada syak atau keraguan bagi setiap umat islam mukmin, tidak dapat dipertikaikan oleh manusia mengenai keterangan yang jelas dan kebenarannya, terkandung didalamnya batas-batas hukum diperintahkan oleh Allah supaya manusia melaksanakannya dengan penuh rasa taqwa.

Setelah kita beriman dengan kitab Al-Quran. Maka, wajiblah kita melaksanakan setiap apa yang telah terkandung didalamya sehinggalah tiba hari kiamat.

Seruan Jibril A.S keatas Nabi Muhammad S.A.W dengan perkataan Iqra' (bacalah) kepada Nabi S.A.W yang ummi telah dibahaskan oleh guru agama berbangsa arab ini.

Menurut guru agama yang berpandangan luas ini, seruan Allah S.W.T Iqra', yang dibawa oleh Jibril A.S ini hendaklah diterjemahkan dalam ertikata yang lebih jauh lagi. Yakni, 'membaca' setiap keadaan atau situasi yang berterusan berkaitan apa yang ada disekeliling kita pada hari ini. Kerana benarlah firman Allah dan sabda Rasulullah S.A.W  bahawasanya, Al Quran dan hadith sesuai disepanjang zaman.

Jelasnya lagi, wahyu Iqra' diturunkan oleh Allah kepada Nabi S.A.W yang ummi (tidak tahu membaca & menulis) ini sangat bermakna untuk seluruh umat islam memikirkannya bersama-sama.

Menurutnya lagi, apa yang dibaca dan difahami melalui Al-Quran ini hendaklah dihayati dan diamalkan oleh setiap umat islam bukan hanya sekadar membayangkan apa yang telah berlaku kepada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan umat yang terdahulu sahaja. Bahkan ianya hendaklah dibaca keadaan dan situasi yang sedang berlaku disekeliling kita disetiap negara, negeri dan bumi tanahair umat islam pada ketika ini.

Tn hj Razman menyeru kepada semua, supaya kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh menyeru manusia melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah secara keseluruhannya.

Kita semua telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mematuhi semua suruhan-NYA. Oleh kerana itu, menjadi kewajipan kita semua menentang golongan yang tidak mahu menegakkan kebenaran menurut apa yang telah diputuskan oleh Al-Quran.

Tidak ada medan lain lagi, untuk mengalahkan pihak-pihak penentang hukum Allah ini. Satu-satunya jalan untuk mengalahkan golongan ini ialah melalui pilihanraya umum yang semakin hampir.

Oleh yang demikian, persiapkanlah kekuatan, lihatlah persekitaran, 'bacalah' situasi dan keadaan setempat supaya tidak berlaku sebarang penipuan oleh pihak lawan yang sedang berusaha mempertahankan kemenangan walau dengan apa cara sekalipun pada pilihanraya umum kali ini.