Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Isnin, 20 Jun 2011

SEKRETERIAT PAKATAN RAKYAT LENGGONG MENGADAKAN PROGRAM CERAMAH UMUM:


PENCERAMAH:-


1.) DS Anwar Ibrahim.
2.) DS Nizar Jamaluddin.
3.) YB Su Keong Siong (ADUN P.Pinji.)
4.) Tn Hj. Razman Zakaria.




TARIKH: 24 Jun 2011 (Jumaat.)


MASA: 08:30 malam.


BERTEMPAT: MARKAS PAS PEKAN LENGGONG. (Rumah Kak Yam.) 


Mari kita dengarkan Amanat pemimpin Pakatan Rakyat, dan juga kenyataan isu-isu terkini daripada Pimpinan Pakatan Rakyat dengan lebih dekat lagi. "RAKYAT BOLEH DIBOHONGI PADA SUATU MASA, TETAPI RAKYAT TIDAK BOLEH DIBOHONGI PADA SETIAP MASA".


Inilah medium penyampaian terbaik untuk rakyat mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat daripada Pakatan Rakyat. Rakyat tidak boleh lagi mempercayai media arus perdana pro kerajaan yang tidak telus dalam penyampaian berita kepada masyarakat umum. 


Datanglah beramai-ramai.......!!!!!!!

Jumaat, 17 Jun 2011

CERAIKAN UMNO DENGAN TALAK 3.

Jika anda memilih suami atau ketua masyarakat maupun pemimpin menjadi syarat asas adalah untuk menjaga 5 perkara yang dituntut oleh agama.Itu juga antara matlamat sebuah kerajaan yang memerintah dan maqasid kepada syariah itu sendiri.“Agama itu asas, pemerintah adalah pengawalnya. Maka apa yang tidak ada asas akan runtuh dan apa yang tidak ada penjaga akan hilang".


Pemimpin itu hendaklah diganti dan tidak layak untum memimpin apabila gagal menjaga 5 amanah asas kepimpinan itu. Pertamanya adalah menjaga Agama serta rakyat supaya menghindari murtad. Sebab itu adanya kaedah hukum murtad didalam syariah Islam. Keduanya menjaga akal agar sempurna dan waras serta menjauhi orang yang dijaganya supaya tidak rosak.


Kerana itu dilarang meminum arak. Ketiganya tuntutan menjaga zuriat dan keturunan supaya tidak rosak dan bercelaru keturunan mereka dengan anak luar nikah. Lalu adanya larangan dan hukum zina. Keempatnya amanah demi menjaga nyawa supaya jang membunuh nyawa dengan cara yang tak sebenar maka diadakan hukum qisas dan terakhir kewajipan pemimpin menjaga harta rakyat agar negara menjadi aman serta tiadanya penipuan, rasuah dan kecurian.


Kerana itu diadakan hukum hudud demi menyelamatkan manusia daripada kecurian dan sebagainya.Sejak merdeka.. nampaknya kecurian dan penyelewengan menjadi-jadi bahkan pimpinan Negara yang diterajui oleh Umno-BN sendiri merupakan pengamal tegar rasuah dan perompak harta mahsul negara. 


Kejadian bunuh berlaku setiap hari tanpa mendapat pembelaan sewajarnya bahkan pemimpin dan pihak penguasa sendiri yang terlibat dengan kerja mengambil nyawa rakyat. Anak luar nikah melebihi 300k orang yang telah didaftarkan sebagai bukti kerosakan nilai dan zuriat anak-anak kita. Rakyat Malaysia menghabiskan lebih daripada 1 billion untuk arak dan minuman keras. Bahkan anak-anak muda dikhayalkan dengan hiburan siang dan malam serta kegagalan pemerintah untuk membenteras dadah sekian lama yang merupakan punca kerosakan akal dan akhlak rakyat.


Manakala isu murtad tiada penyelesaian sehingga ke hari ini.Bahkan amat menyedihkan apabila menteri yang menjaga hal ehwal agama dengan "sardin" memberi jawapan tanpa ada tindakan apa-apa. 


Malaysiakini melaporkan jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang bagi tempoh 2000 hingga 2010.Ianya berdasarkan kepada pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri, Er Teck Hwa di parlimen kelmarin yang berbunyi: "Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000 - 2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangani gejala murtad."



Jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berbunyi: "Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan." Jamil Khir juga memberikan statistik lengkap yang menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan mengikut negeri.

Jumlah yang meninggalkan Islam adalah 135 orang. Itu yang didaftarkan, bagaimana yang murtad secara diam-diam, tanpa permohonan dan peristiharan. Bagaimana pula dengan angka yang didakwa oleh mufti Perak yang mencecah 100 ribu orang yang telah murtad?.

Umno-BN sudah gagal untuk menunaikan tanggungjawab mereka dari segi syara’ sendiri. Sudah sewajarnya mereka berundur dan Pas adalah harapan ummah untuk melaksanakan tugas ini. Ceraikan Umno-BN dari kerusi memerintah yang sudah menjadi agen perosak ummah. Semakin lama kuasa ada ditangan mereka, semakin banyaklah kerosakan yang dibuat.

Buruk ikan bermula dari kepala, apatah lagi pengakuan Dr Mahathir sendiri bahawa rosak Umno sudah sampai ke usus. Apa lagi yang rakyat tunggu? Umno sudah tidak boleh dibaiki dan diselamatkan. Biarlah ia ditenggelamkan pada Pru-13 nanti. Kita bina Malaysia baru yang lebih menjaminkan kebajikan dan kesejahteraan buat rakyat. Islam adalah penyelamat! Islam Adil Untuk Semua.... 

Rabu, 15 Jun 2011

PROGRAM: BEBASKAN PESERTA & PENEROKA DARI CENGKAMAN FELCRA

Setelah lebih 20 tahun lalu, tanah pinggir yang diteroka dan diusahakan orang-orang kampung telah hilang apabila diserah untuk diusahakan oleh Felcra. Bagi kita orang-orang kampung yang bernasib baik kerana tidak kehilangan tanah pula, tanah kita usahakan asalnya berkeluasan 4 ekar seorang akhirnya, hanya  tinggal 3 ekar  sahaja. Sehingga kini, kita tidak tahu dimanakah kedudukan sebenar tanah milik kita berada.
  
Begitupun selama lebih 20 tahun, setelah tanah kita diusahakan oleh Felcra, bayaran dividen (hasil) yang kita terima adalah kurang dari RM2 ribu, setahun bagi setiap 3 ekar. Ini bermakna, bayaran yang kita terima dari Felcra diatas 3 ekar tanah adalah kurang dari RM2 ratus, sebulan. Bermakna, setiap 1 ekar tuan tanah hanya mendapat bayaran kurang dari RM55.00 sahaja sebulan.

Sebagai tuan tanah, kita berhak mempersoalkan keraguan yang timbul terhadap pengurusan Felcra. Mengapakah kita sebagai tuan tanah hanya menerima bayaran kurang dari RM55.00 untuk 1 ekar sebulan. Berbanding dengan ladang sawit diusahakan sendiri yang dapat memperolehi hasil sebanyak RM1,085 1 ekar sebulan???   
   
Sehingga kini, setelah lebih 20 tahun Felcra mengusahakan tanah kita, tetapi tuan tanah dikatakan masih lagi berhutang kos-kos pembangunan ladang dengan Felcra. Adalah tidak munasabah sama sekali ladang sawit yang telah mengeluarkan hasil diatas tanah kita selama lebih 20 tahun masih lagi menanggung beban hutang kos pembangunan ladang berjumlah beribu ringgit yang hanya berkeluasan 3 ekar.

Ini bermakna, tuan tanah telah menanggung kerugian yang besar, kerana sudah lebih 20 tahun ladang mengeluarkan hasil tetapi, tuan tanah masih berhutang ribuan ringgit dengan Felcra. Dan kita akan terus dipaksa menanggung hutang-hutang yang berpanjangan disebabkan selepas 25 tahun, ladang sawit akan ditebang untuk projek tanam semula yang sudah tentu tuan tanah akan kembali berhutang kos pembangunan ladang (tanam semula) dalam jumlah yang sangat banyak dengan Felcra.

Mari kita hitung semula, setelah lebih 20 tahun Felcra mengusahakan ladang, kini hampir masanya untuk ditebang bagi projek tanam semula, Felcra mendakwa  tuan tanah masih lagi  berhutang paling kurang sebanyak RM8 ribu, 1 ekar dengan Felcra.
Jumlah dividen yang diterima oleh peserta-peserta selama lebih 20 setelah diusahakan oleh Felcra, masih tidak dapat lagi membayar hutang kos pengurusan ladang yang tidak munasabah.  Sedangkan Felcra mendapat keuntungan yang besar diatas kerugian tuan tanah itu sendiri.

Oleh yang demikian, wajarlah peserta Felcra melalui NGO Badan Bertindak Peserta Kebangsaan (BAPA) bangkit bersama-sama untuk mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan diatas kegagalan Felcra memberi pulangan atau keuntungan yang setimpal kepada tuan tanah. Jika kerajaan tidak bertindak, maka wajarlah kita  bersama-sama rakyat bangkit bertindak untuk menukar kerajaan yang tidak dapat menjaga kebajikan dan hak-hak rakyat.

Masyarakat peserta Felcra tidak perlu takut dengan Felcra atau mana-mana pihak yang menggugut untuk mengenakan tindakan mahkamah kepada peserta yang mahu keluar dari projek yang diusahakan oleh Felcra. Kerana, BAPA juga akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang seperti yang telah termaktub bagi mempertahankan hak-hak peserta sebagai tuan tanah.
Perlu diingatkan bahawa Felcra adalah penyewa dan kita adalah tuan tanah. Siapakah yang lebih berhak? Tuan tanah atau penyewa?.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk bangkit bersama Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) untuk mengangkat atau membela hak dan nasib kita sendiri supaya mendapat keadilan yang sewajarnya.

Justeru itu, Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) mengadakan Sesi dialog dan ceramah bersama peserta-peserta Felcra Negeri Perak yang bertajuk, “MEMBEBASKAN PESERTA FELCRA DARI CENGKAMAN FELCRA” bagi mengumpul segala aduan peserta seterusnya, menulis memorandum untuk diserahkan kepada Menteri Besar Perak. Dengan ini juga, Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) menjemput semua peserta/peneroka Felcra yang berada di Negeri Perak supaya hadir beramai-ramai pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

MAJLIS DIALOG; “MEMBEBASKAN PESERTA/PENEROKA FELCRA DARI CENGKAMAN FELCRA”

AHLI PANEL 1: Sdr. Radzi Mustafa.
(Peserta Felcra Lubuk Sireh, Perlis yang telah menang kes saman keatas Felcra sebanyak RM11 juta.)

AHLI PANEL 2: Sdr. Aminuddin Zulkifli.
(Peguam & Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang & Hak Asasi Manusia BPPNPk.)

TARIKH:           18 Jun 20111.

HARI:               Sabtu.

MASA:               02:00 – 06:00 Petang.

TEMPAT:          Dewan Mesyuarat, Rumah Rehat Lenggong, Perak.

CERAMAH UMUM; “MEMBEBASKAN PESERTA/PENEROKA FELCRA DARI CENGKAMAN FELCRA”

PENCERAMAH 1: Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

PENCERAMAH 2: Sdr. Radzi Mustafa.
(Peserta Felcra Lubuk Sireh, Perlis. Yang telah menang kes saman keatas Felcra sebanyak RM11 juta.)

PENCERAMAH 3: Sdr. Aminuddin Zulkifli.
(Peguam & Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang & Hak Asasi Manusia BPPNPk.)

TARIKH:          18 Jun 20111.

HARI:               Sabtu.

MASA:              09:15 – 12:00 Malam.

TEMPAT:         Markas PAS Cawangan Kampung Chepor, Lenggong, Perak.



Rabu, 1 Jun 2011

Kenaikan Tarif Elektrik: Rakyat Akan Sumpah BN Sampai Tumbang




FMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan

Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.

Dalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru,katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima.

Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).

"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.

"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!”kata Mustafa.

Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.

"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.

Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia. -mk


Eletrik Naik : Daya Saing Negara Turun

Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus akan memberi kesan negatif kepada sektor perindustrian sekali gus menjejaskan daya saing negara.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok Suh Sim berkata kenaikan itu akan memberi kesan kepada industri pembuatan di negeri ini yang bergantung kepada penjanaan tenaga letrik yang tinggi untuk menghasilkan produk masing-masing.

Beliau berkata kenaikan mendadak tujuh peratus bil elektrik bermakna kos menghasilkan barangan seperti peralatan elektrik akan meningkat di Malaysia berbanding negara lain.

"Ia (Kenaikan tariff elektrik akan menjadikan industri pembuatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik ini menjadi kurang kompetitif atau hilang daya saing berbanding negara lain. Produk yang dikeluarkan industri tempatan akan mengalami kenaikkan harga barangan terbabit.

Teresa berkata kerajaan persekutuan harus memikirkan pendekatan yang sesuai untuk meringankan beban rakyat ekoran kenaikan tariff elektrik.

Usaha juga harus dibuat oleh memastikan orang ramai tidak membazir menggunakan bahan tenaga itu.

" Saya ingin menyeru kerajaan melancarkan satu kempen untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan memberi lebih banyak insentif untuk menggunakan peralatan elektrik,” kata beliau.

“Saya rasa kerajaan juga perlu menambah lagi insentif bagi orang ramai yang menggunakan alat elektrik supaya menggunakan alat yang menjimat tenaga seperti plug penjimat tenaga dan kuasa solar di mana boleh,” tambah beliau.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara.

Selain itu harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.

Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.

Sebelum ini Perdana Menteri Najib Razak menyatakan subsidi yang diumpamakan seperti 'candu' harus dikurangkan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.

Kerajaan sebelum ini menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.

Harga barangan meningkat turut disebabkan tata urus kewangan negara, khususnya keghairahan mengadakan projek-projek mega yang akhirnya menyebabkan defisit negara antara yang tertinggi di rantau ini
.