Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 27 Mei 2011

HJ RAZMAN ZAKARIA calon Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013

Berdasarkan senarai calon untuk jawatan Kerja PAS Pusat sesi 2011- 2013 yang dikeluarkan tadi , HJ RAZMAN ZAKARIA merangkap YDP KAWASAN LENGGONG telah tersenarai sebagai calon untuk Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2011-2013, calon juga merupakan pengerusi bagi BAPA (Badan Bertindak Peserta FELCRA) yang merupakan satu badan yang telah ditubuhkan dibawah lujnah PAS.
BAPA dibawah pimpinan HJ RAZMAN telah menunjukkan kecemerlangannya dalam membantu peserta FELCRA yang ditindas ..berikut sedikit mengenai latarbelakang Calon

NAMA : HJ RAZMAN ZAKARIA 
JAWATAN SEKARANG  : YDP PAS KAWASAN LENGGONG,
                                        PENGERUSI BADAN BERTINDAK 
                                        PESERTA FELCRA (BAPA ),
PENDIDIKAN :   IJAZAH SARJANA MUDA MATEMATIK (UKM) 
                         IJAZAH SARJANA PENTADBIRAN AWAM (UKM)
                         
PENGALAMAN : MANTAN PENOLONG KANAN PENGARAH KASTAM    
                          MALAYSIA  (1987 -2009 )
                          ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANGPEGAWAI 
                                                                                   KANAN 2003 DAN 2007 KDRM







Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:
PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
1. Mohamad Sabu, Hj
2. Nasharudin Mat Isa, YB
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’

NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato’
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz
3. Mahfuz Omar, YB Dato’
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri
6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA


1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz


2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz


3. Abdul Wahid Endut, YB Hj


4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,


5. Ahmad Sabki Yusof,


6. Aiman Athirah Al-Jundi


7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.


8. Apandi Mohamad, Hj


9. Asmuni Awi, Hj


10. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,


11. Azman Shapawi, Ustaz


12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr


13. Halimah Ali, YB Dr.


14. Hamzah Abdullah,


15. Hamzah Jaafar, Dr.


16. Hanipa Maidin, Hj


17. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.


18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)


19. Iskandar Abdul Samad, YB


20. Kamal Ashaari, Ustaz


21. Kamarudin Jaffar, YB Dato’


22. Khalid Abd Samad, YB Hj.


23. Khalil Idham Lim, YB


24. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.


25. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.


26. Mazlan Aliman,


27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz


28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.


29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB


30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz


31. Mohd Anuar Tahir, Hj


32. Mohd Firdaus Jaafar, YB


33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.


34. Mohd Nasir Mustafa,


35. Mohd  Salleh Man, Yb Ustaz


36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji


37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr


38. Muhammad Husin, YB


39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.


40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB


41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,


42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz


43. Norazli Musa, Ustaz Hj.


44. Normala Sudirman,


45. Nuridah Salleh, Ustazah


46. Razman Zakaria,


47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,


48. Rosidi Hussin


49. Sa’ari Sungib, YB Hj.


50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.


51. Suhaizan Kaiat,


52. Wan Hasrina Wan Hassan,


53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj

Isnin, 23 Mei 2011

KEUNTUNGAN KEPADA RAKYAT JIKA MENYOKONG PAKATAN

"Dalam pentadbiran negara Malaysia, ini merupakan kali pertama rakyat dihidangkan dengan peluang menikmati keuntungan sama rata hasil dari pendapatan negara. Rakyat yang waras tidak akan mudah menolak satu peluang yang cukup lumayan ini.
Selama ini pemerintah selalu membohongi kita dengan janji-janji palsu yang merugikan rakyat marhaen. Kerajaan sekarang telah menjanjikan pelbagai program seperti koridor-koridor yang menelan belanja hampir RM200 Bilion. Persoalannya, di manakah hasilnya? Apakah kesan pelaksanaannya kepada kita semua?
Pada 2008 rakyat dijanjikan pula dengan Model Ekonomi Baru, kemudian diubah pula kepada Model Baru Ekonomi tetapi telah hampir 3 tahun program tersebut dicanang malangnya rakyat semakin menjadi mangsa. Harga barangan keperluan naik berkali ganda, bil-bil dibenarkan membuat semakan tarif dan petrol pula diberi penyelarasan, inilah ayat-ayat yang digunakan untuk mengaburi mata rakyat.
Tekanan hidup rakyat marhean semakin hari semakin meningkat, kerajaan pula mengira keuntungan bersih yang diperolehi negara. Apakah hasil keuntungan negara digunakan untuk meringankan beban rakyat sebalik mereka sibuk dengan menara 100 tingkat?

Maka terpacul satu idea yang telah digemburkan oleh segolongan pemimpin yang ingin melihat rakyat Malaysia mendapat kesaksamaan dalam menikmati hasil pendapatan negara tanpa mengikut selera pemimpin-pemimpin korup BN. Janji yang menguntungkan semua rakyat dalam masa yang sangat singkat dan mengurangkan kesan kerugian kepada negara. Idea yang berpaksikan kepada keperluan semasa rakyat yang telah lama tertindas. Idea yang dicanang berlandaskan fakta dan dapat direalisasi dengan mudah.
1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Semoga dengan akal dan pemikiran yang waras, rakyat Malaysia dapat mengira keuntungan yang bakal diterima dari idea-idea pelaksanaan program 100 hari ini.
1. Rakyat seluruh Malaysia akan bebas dari membayar tol di lebuhraya.

2. Rakyat seluruh Malaysia akan membayar petrol dan segala bil-bil dengan harga yang rendah dari penyusunan semula subsidi sedia ada.

3. Rakyat Malaysia akan mendapat mutu pendidikan yang lebih baik dengan pengiktrafan yang tinggi diberikan kepada pendidik.

4. Rakyat Malaysia akan menikmati sumber air yang cukup murah dan terkawal dengan tanpa kawalan oleh pihak swasta yang mementingkan keuntungan.

5. Rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan suasana yang lebih selesa tanpa sekatan akta-akta yang primitif.

6. Rakyat Malaysia akan menerima satu keuntung tanpa membayar untuk melayari internet.

7. Rakyat Malaysia akan mendapat harga minyak masak dengan harga yang murah dari pengeluaran hasil kelapa sawit tanpa sekatan oleh syarikat yang mengaut keuntungan dari peladang.

8. Rakyat Sabah dan Serawak dapat membangun seiring dengan Semenanjung Malaysia.

9. Rakyat Malaysia akan menerima satu undang-undang yang cukup berkesan dan adil tanpa campurtangan pihak ketiga.

10. Rakyat Malaysia tidak lagi merasa risau kehilangan hak mereka kepada rakyat asing.
Jadi rakyat Malaysia yang celik dan berfikiran positif dalam mengharungi hidup ini dengan lebih selesa dan ceria. Jangan terlalu jumut dengan kehendak pemimpin-pemimpin yang risau rakyatnya selesa. Pastikan janji 100 hari ini menjadi realiti untuk kepentingan rakyat keseluruhannya."
Oleh: Farzu
Sumber: Tranung Kite

TAHAALUF SIASI DAN SYARATNYA


Dalam merencanakan amal Islami dalam konteks politik, kita perlu meneliti petunjuk daripada sunnah Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam yang telah meninggalkan kerangka siasah (politik) yang terunggul. Antara beberapa khazanah berharga tersebut adalah konsep Tahaaluf Siasi ataupun kerjasama politik yang dilakukan Baginda sepanjang kerja kepimpinan dan dakwah. Tahaaluf ialah perjanjian mengenai persefahaman berteraskan etika ta'awun (bantu-membantu) untuk membina pemerintahan berasaskan Islam demi tujuan dakwah dalam jangka masa yang panjang.
Contoh-contoh Tahaaluf Di Zaman RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam
1). Persefahaman yang berlaku di kalangan sesama umat Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji Islam dan tertegaknya negara Islam.
2). Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian Hudaibiyah”.
3). Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam mengiktiraf hilf al-fudhul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan. Akan tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.
Berhubung dengan peristiwa ini, terdapat sebuah hadis daripada Talhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf, bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku akan menyahutnya.” ( Riwayat Ibnu Ishaq )
4). Sistem Himayah (jaminan keselamatan) adalah suatu konsep tolong-menolong atas dasar perkauman dan kekeluargaan yang diamalkan di zaman jahiliyah yang turut digunakan oleh RasuluLlah sebelum penghijrahannya ke Madinah. Ia juga suatu konsep perlindungan oleh golongan kuat dan berada kepada golongan yang lemah. Adalah menjadi kebangaan bagi mereka sekiranya dapat melindungi yang lemah walaupun berlainan agama. Himayah adalah salah satu konsep Tahaaluf untuk kemaslahatan umat Islam jika memerlukan.
Oleh itu, Tahaaluf  telah menjadi suatu perkara yang pernah berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Perlaksanaannya pada satu-satu zaman memerlukan satu kajian yang mendalam dan perlu dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengan prinsip Islam yang mesti ditegaskan dalam semua keadaan.

Tahaaluf Dan Konsep Tadrij Marhaliy ( berperingkat )

Sekiranya ada Harakah Islamiyah (gerakan Islam) berkerja sama dengan badan atau parti politik lain dalam hal perjuangan siasah adalah merupakan suatu matlamat dakwah jangka masa panjang. Menganggap gerakan Islam ingin mengambil kesempatan dan meninggalkan ‘rakan’ seperjuangan selepas mendapat kerusi, adalah tanggapan yang salah.

Gerakan Islam mestilah memiliki pendekatan berdakwah kepada sesiapa sahaja, samada kawan mahupun  lawan. Inilah konsep dalam menyebarkan dakwah secara berperingkat ( graduality ) yang ditinggalkan oleh Imam as Syahid Hassan al Banna;

Tahap Pertama : Takrif (pengenalan) tentang matlamat dan wasilah jamaah serta idea perubahan Islam yang diseru oleh Ikhwanul Muslimin.

Tahap Kedua : Takwin (pembentukan) dengan memilih unsur-unsur  yang dapat membentuk kepuasan dengan berkerja serta mendidik unsur-unsur tersebut dengan didikan rohani, akal dan fizikal bagi mengembalikan kehidupan Islam dan negara Islam.

Tahap Ketiga : Tanfiz (perlaksanaan) iaitu langkah berkerja atau praktikal bagi dakwah Ikhwan Muslimin.

Setiap tahap memerlukan masa, kesabaran dan ketabahan. Amukan nafsu dan sikap terburu-buru harus dielakkan kerana ia hanya membinasakan diri dan orang sekeliling. Bagi golongan yang tergesa-gesa ini, Imam Hassan al Banna berkata;

“Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu… Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya. Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan selainnya. Kelakian hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain.Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan. Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan ladam pertimbangan akal, sinarilah akal kamu dengan nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi aturan alam kerana ia pasti akan menang (mengalahkan kamu) sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya (emosi dan akal), nantilah saat-saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu.Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan. Janganlah kamu leka dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan kamu.”

Hukum Tahaaluf
Tahaaluf diizinkan oleh syariat berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, hendaklah dikaji perbezaan di antara Tahaaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam dan tahaaluf yang ditolaknya.

Syarat-Syarat Tahaaluf 

1. Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip.
Dalil-dalilnya ialah:

i) Hubungan Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Tetapi pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah  bertolak-ansur dalam perkara prinsip, lalu dengan tegasnya Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya atau aku mati kerananya".

Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Baginda sallaLlahu alaihi wasallam.

Dalam persepakatan gerakan Islam yang melibatkan dengan politik bersama parti-parti lain, kita dibenarkan untuk menolong jentera mereka yang bersikap setiakawan dengan gerakan Islam, dan jika tiada calon gerakan Islam di kawasan tersebut. Namun begitu kita dilarang daripada meninggalkan jamaah ini (gerakan Islam) dengan menyertai parti lain yang berlainan ideologi dengan gerakan Islam.

Hal ini perlu dijelaskan kepada  pendokong gerakan Islam, agar Tahaaluf tidak menjadi punca perpecahan di antara mereka.

2. Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral 

Apabila isu dan gejala buruk tersebut merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibat buruknya kepada semua golongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya, berkerjasama dengan NGO dan  mana-mana parti lain di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan ISA dan sebagainya, kerana Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam turut mengiktiraf hilf al-fudhul yang bertujuan membela mereka yang dizalimi.

Baginda juga mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah dan para sahabat walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam.

Dalam hal ini, gerakan Islam boleh bekerjasama dengan pelbagai pihak atau mana-mana gerakan yang berusaha menetang kemungkaran era baru seperti IFC, Islam Liberal serta pelbagai kebejatan aqidah dan sosial. Pendokong gerakan Islam perlu memasukkan dakwah secara lembut dan berterusan kepada golongan ini agar mereka menerima dakwah Islam.

3. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan 

Seringkali berlaku apabila diadakan kerjasama politik, ada pihak yang menentang kepimpinan adil cara Islam serta mengambil kesempatan pula untuk merosakkan ideologi dan aqidah tulen para petugas gerakan Islam. Hal ini perlu dielakkan kerana setiap individu Islam yang menjadi pendokong Islam adalah manusia terpimpin dan tidak pragmatisme dalam memutuskan tindakan.
Dalil-dalilnya :-
i) Rasulullah telah menangguhkan tahaaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan dengan kerajaan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja.

ii) Rasulullah membatalkan cadangan untuk berTahaaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

4. Tidak berwala’ kepada rakan Tahaaluf dan tidak redha dengan pegangan mereka 

Perihal wala’ adalah perkara tunjang yang menjustifikasikan dan mengesahkan amal Islami kita dalam gerakan Islam. Lantaran itu piawaian wala’ telah ditetapkan oleh Allah beserta Rasul-Nya melalui firman-Nya,“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan ( larangan ) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripad sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat - ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali” - Surah Ali ‘Imran: 28

Memilih calon bukan Islam atau calon yang tidak berada di landasan gerakan Islam, tetapi berjuang menentang kezaliman dan kemungkaran lebih besar adalah suatu yang WAJIB demi menyekat kezaliman  walaupun calon tersebut bukan Islam atau Muslim yang tidak berpegang dengan Islam secara menyeluruh.

Berwala’ maknanya menjadikan seseorang sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kerjasama adalah untuk kemaslahatan dan kebaikan Islam umumnya, bukan meredhai mereka sebagai pemimpin. Hal ini kerana kepimpinan Islam hanya sah sekiranya menuruti seluruh sistem Islam dalam pentadbiran mahupun kepimpinan.

Garis Panduan Tahaaluf

1. Tahaaluf mestilah dijalankan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam.
2.  Tahaaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.
3.  Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan Tahaaluf.
4.  Tahaaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5.  Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaaluf secara mutlak.
6.  Mandat membuat penilaian Tahaaluf mestilah dibuat oleh Majlis Syura ‘Ulamak.

Muwada’ah

Di sana terdapat satu persefahaman yang diadakan secara sementara waktu (bertempoh) dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan ada juga ulama’ meletakkannya dalam perkara hadanah (gencatan senjata).

Disebut di dalam “Syarah Muhazzab” (karangan al Imam al Nawawi), di antara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong untuk memerangi golongan lain. Akan tetapi para ulama’ bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja, dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah (di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan.

Hari ini parti yang berkonsepkan gerakan Islam boleh bekerjasama dengan pihak lain selama mana  mereka bersedia secara jujur ingin bersama seperti dalam isu Palestin, isu rasuah dan sebagainya. Akan tetapi muwada’ah ini hanya sah dalam isu kerjasama itu sahaja dan bukannya selama-lamanya selagimana mereka masih memegang ideologi sekular atau menetang Islam.

Kategori Tahaaluf 

Tahaaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:

1.    Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat : 
A) Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
B) Mengiktiraf negara Islam
C) Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

2.    Tahaaluf tanpa membentuk negara : 
A) Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar
B) Masalah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan sebagainya.
C) Berlindung sementara ketika lemah.
D) Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyah.

Beberapa pemerhatian
Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut :

1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh Harakah Islamiyah. Oleh itu, jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikat.

2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah dan tidak berperanan. Kemudian itu, dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.

3. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengn idealogi-ideologi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yang kuat  dan dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain serta perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan idelogi-ideologi moden. Kalau tidak, Tahaaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif.

4. Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.

5. Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita, tetapi perlu juga menurut selera mereka.

6. Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bergantung kepada Allah Taala dan kebijaksanaan kurniaan-Nya.

PENUTUP
Konsep Tahaaluf perlu disebar luaskan di kalangan pemimpin dan pendokong gerakan Islam di peringkat akar umbi demi mengelakkan salah faham terhadap konsep dan wala’. Jelasnya parti yang berkonsepkan jamaah harakah yang berjuang atas nama Islam, dan bukannya atas nama kemanusiaan semata-mata. Ketaatan kepada pimpinan dan jemaah Islamiyyah adalah atas dasar berada pada dasar yang sama iaitu memartabatkan syariah dan aqidah Islam.

Tahaaluf adalah medium ke arah kemenangan Islam dan bukannya punca perpecahan dan kehilangan petugas-petugas yang bakal membangkit kesedaran Islam dalam setiap peringkat.

SELEPAS MEMBACA ARTIKEL INI, SAUDARA TELAH MEMAHAMI:
1) Tahaaluf siasi adalah satu konsep dan polisi dalam siasah syar’ieyah yang bermatlamat menjayakan usaha dakwah Islam kepada seluruh umat manusia.
2) Tahaaluf siasi  telah mula dilaksanakan oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam di peringkat awal dakwah Islam. Justeru rujukan melaksanakannya hendaklah bertepatan dan terikat dengan sunnahnya.
3) Tahaaluf siasi adalah strategi dakwah yang bersifat tadarruj dan marhaliy ( beransur – ansur dan berperingkat ) yang menuntut kesabaran dan tidak gopoh.
4) Pendokong gerakan Islam hendaklah memahami konsep tahaaluf siasi serta syarat-syaratnya dengan baik demi mengelak perselisihan yang tidak perlu sesama sendiri disebabkan kefahaman yang cetek.
5 ) Sentiasa berwaspada dengan tipu daya musuh Islam yang sentiasa memburu kelalaian pihak kita

Selasa, 17 Mei 2011

EMPAT GOLONGAN PENENTANG KEBENARAN



Bila ada usaha untuk kembali kepada ajaran Islam yg sebenar, pasti ada penentangnya. Anehnya penentangan itu lazimnya datang dari umat islam sendiri. 
MENGAPA TERJADI DEMIKIAN ?
Jika diteliti ada empat sebab mengapa seseorang itu melakukan kemungkaran , dengan sebab-sebab itu pelaku kemungkaran juga terdiri dari 4 golongan. Golongan itu ialah:


1. Orang yang jahil

Golongan yg melanggar hukum, tidak mentaati undang2 dan hukum Allah kerana mereka jahil. Golongan ini sebenarnya mudah ditangani, mereka cuma perlu diberitahu bagaimana untuk mendapatkan ilmu dan diberi kesedarn melalui dakwah dan tarbiahsecara berterusan.

Ingatlah bahawa Islam ini bukan saja mudah disalah tafsir oleh golongan bukan islam tetapi oleh orang Islam sendiri. Ini menyebabkan mereka memusuhi Islam, sebagaimana pepatah Arab 'Seseorang itu memusuhi apa yg mereka tidak tahu'.

2. Tidak mampu melawan nafsu

Mereka ini melakukan kejahatan bukan kerana mereka tidak tahu, tetapi kerana tidak mampu meninggalkannya akibat dipengaruhi hawa nafsu.

Golongan ini perlu diberitahu melalui proses berdakwah, mendidik, membimbing, mengasuh serta memberi alternatif kepada runtunan nafsu yg mendorong ke arah kemungkaran. Contohnya nafsu yg cenderung untuk berzina, dididik dan diberi laluan untuk bernikah.

3. Mempunyai kepentingan


Golongan yg mempunyai kepentingan dengan kemungkaran atau kejahatan yg dilakukan. Mereka mempromosi kemungkaran kerana mendapat keuntungan peribadi melaluinya. kalau kejahatan sudah menjadi pendapatan mereka atau meraih kemasyhuran, mereka perlu disedarkan dengan mendidik hawa nafsu. Perkara yg lebih penting ialah membuka jalan keluar supaya mereka mendapat sumber pendapatan halal dan meninggalkan yg haram tadi.

4. Ada Isme Perjuangan

Golongan yang melakukan kejahatan kerana mereka merasakan itu satu kebenaran, sebaliknya meninggalkan kebenaran kerana menyangkanya ia amalan kejahatan.

Golongan ini paling sukar dihadapi, kerana golongan ini mendapat sokongan dari golongan pertama, ke dua dan ketiga tadi. Oleh itu kita perlu hadapi dan atasi masalah 3 golongan ini dahulu. Dengan sendirinya akan memencilkan golongan keempat kerana penyokong mereka telah berpaling tadah.

petikan dari Majalah Solusi 22

Sabtu, 14 Mei 2011

Politik lucah: Ulama muda diseru tinggal Umno



 
KUALA LUMPUR, 12 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ulama muda Umno menilai semula penglibatan mereka dalam Umno ekoran amalan politik lucah dan kotor pemimpin parti itu.
Katanya, ulama muda di dalam Umno tersebut perlu sedar amalan politik yang bercanggah dengan Islam itu telah menjadi budaya dalam Umno sejak sekian lama. (Sebagai contoh rakyat boleh nilaikan disini; inilah risalah yang telah diedarkan oleh UMNO-BN sewaktu berlakunya PRK DUN Merlimau Melaka baru-baru ini.) Lihat gambar lucah yang diedarkan ketika berkempen, inilah cara UMNO sebenarnya. Bahan lucah menjadi permainan UMNO untuk mengaibkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. 
(Ulamak UMNO kena tengok betul-betul gambar diatas)
Bagaimanapun katanya, beliau menyambut baik usaha untuk menegur sikap Umno itu malah mencadangkan agar mereka meninggalkan parti itu jika gagal merubahnya.
"Hakikatnya itulah budaya Umno. Harapan saya agar ulama muda Umno terus menegur budaya politik Umno yang keji dan songsang ini.
"Jika tidak mampu ubah, fikirkan semula adakah tepat berada di dalam Umno?" soalnya melalui responsnya di Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengakui rakaman video seks mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dilakukan.
Ini kerana perkara tersebut menurutnya bertentangan dengan prinsip Islam yang mengharamkan umatnya mengaibkan orang lain.
Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.
Beliau berkata demikian pada satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu semalam.
Umno dan akhbarnya, Utusan Malaysia sebelum ini dikecam banyak pihak termasuk oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran mengaibkan Anwar dalam isu video seks yang didedahkan trio Umno iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.
Akhbar itu tanpa memikirkan hukum hakam agama, telah melapor dan menyiarkan gambar dan berita berunsur lucah berhubung video seks tersebut.
Fitnah tersebut juga, digunakan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.
Harussani dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, adalah fitnah dan dosa besar membuka rahsia orang tanpa ada bukti yang jelas menurut Islam seperti yang dilakukan terhadap Anwar.
"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.
“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.
Selain mengecam tindakan mengaibkan Anwar itu, beliau juga kesal dengan tindakan Utusan yang dakwanya tidak menyiarkan pandangan penuhnya itu malah hanya mengambil sekerat sahaja.
“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya

Selasa, 10 Mei 2011

PERASMIAN PEJABAT URUSAN LAJNAH TANAH & PEMBANGUNAN WILAYAH PAS PUSAT

 Tuan guru Presiden sedang menantangani bunting tanda merasmikan Pejabat Urusan Lajnah Tanah PAS Pusat di Tingkat 3, Pejabat Agung, Jalan Raja Laut

 Turut bersama Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan ramai lagi tetamu

 Tuan Guru sedang mengisi buku kunjungan sebagai orang pertama yang mengunjungi pejabat ini

 Semua tetamu sedang menyaksikan tayangan montaj perasmian

Wajah ceria Tuan Guru menerima cenderahati daripada Saudara Mazlan Aliman.

LAPORAN POLIS TERHADAP HISHAMUDDIN (MENTERI KDN)

Laporan polis ini dibuat oleh rombongan yang diketuai oleh Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat di IPD Dang Wangi kira-kira jam 11.00 pagi tadi. Laporan ini dibuat terhadap Dato Seri Hishamuddin kerana kegagalan beliau mengawal akhbar-akhbar dan  laman-laman blog dan penglibatan penjawat awam dibawah kuasa beliau yang terlibat dalam menyiarkan berita-berita, gambar dan video klip yang berunsur lucah, fitnah dan membangkitkan sensiviti agama dan isu perkauman yang melampau.
      Pertamanya akhbar utusan malaysia secara berterusan sepanjang Mac, April dan Mei menyiarkan berita-berita berunsur fitnah, lucah terhadap DS Anwar Ibrahim berkaitan isu pendedahan Video Seks yang dikaitkan dengan beliau. Begitu juga dengan Blog-blog seperti Papagomo.com yang turut memuat turun klip video lucah tanpa ada sekatan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri.
      Kedua akhbar Utusan Malaysia dan blog-blog ini juga memaparkan isu sensitif yang boleh membangkitkan keresahan kaum dan agama iaitu isu 'Kristian Jadi Agama Rasmi' dengan hanya memetik sumber blogger yang berlaku secara berterusan daripada 7 Mei hingga 10 Mei seolah olah tiada sekatan daripada Kementerian.
     Ketiga, pendedahan YB Azmin Ali berkaitan penglibatan pegawai kanan di Bukit Aman SAC Abdul Rahman Ismail yang memberikan ceramah kepada guru di kelantan yang mendakwa DS Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat beliau dan terlibat dalam kes Video Seks sedangkan kesemua kes yang disabitkan dengan DS Anwar masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa. Kenapa pihak KDN mengeluarkan arahan kepada pembangkang supaya tidak menyentuh kes yang sedang disiasat sedang pihak - pihak pencacai BN boleh berbuat apa sahaja.

DIALOG BADAN BERTINDAK PESERTA FELCRA KEBANGSAAN (BAPA) BERSAMA PENDUDUK RUNGKUP, BAGAN DATOH

Buat kali kedua Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) yang dipengerusikan oleh Hj Razman turun memenuhi undangan penduduk di Rungkup, Bagan Datoh untuk besama mereka dalam program dialog hasil anasiatif pemuda di daerah ini. Majlis di mulakan kira-kira pukul 3 petang di sebuah surau. Kehadiran agak luar biasa penduduk di daerah ini menunjukkan betapa serius masalah mereka ini dan memerlukan pembelaan dari BAPA. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ketua Jawatankuasa Penaja Bapa Cawangan Rungkup, Saudara Zainal Ramlee yang
memaklumkan serba sedikit latar belakang berkenaan tanah yang mereka terokai selama 22 tahun dan diambil alih oleh kerajaan negeri yang kemudianya diserahkan kepada Felcra untuk diserahkankan semula kepada penduduk. Tetapi malangnya sehingga ke hari ini permohonan mereka tidak mendapat sebarang jawapan dari pej tanah. Felcra pula telah menanam kelapa sawit dan telah mengumpul banyak keuntungan hasil dari tanah yang diterokai oleh penduduk disini. Ada penduduk memaklumkan setiap kali menjelang pilihanraya, borang permohonan tanah akan dikeluarkan dan sehingga kini ianya hanya janji kosong sahaja. Hasil dialog ini juga mendedahkan bahawa ada orang luar telah mendapat hak milik tanah ini yang menjadi tanda tanya siapa mereka dan bagaimana mereka boleh mendapat hakmilik tersebut. Permohonan penduduk tempatan selama bertahun tidak mendapat layanan.
Pihak BAPA yang ingin membantu mereka ini supaya Jawatankuasa yang mengetuai penduduk disini supaya menyediakan sebuah memorandom tuntutan dan BAPA akan mengaturka pertemuan antara penduduk dengan Menteri Besar Perak dalam tempoh terdekat ini. Sebanyak 200 borang keahlian BAPA diterima pada majlis ini. Ini menjadikan salah satu Cawangan BAPA yang mempunyai keahlian tertinggi setakat ini.

Jumaat, 6 Mei 2011

JAWAPAN DARI FELCRA BERHUBUNG DENGAN MEMORANDOM YANG DISERAHKAN OLEH BAPA DI PARLIMEN

       Baru baru ini Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) yang dipengerusikan oleh YDP PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria telah membawa rombongan peserta Felcra dari Nasaruddin (Belia), Seberang Perak dan Changkat Lada ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum tuntutan kepada menteri yang berkenaan dan memorandom ini berjaya diserahkan kepada Dato' Hassan Malik, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan beliau juga berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya.
       Pihak pengurusan BAPA juga telah menerima surat dari Pengurusan Felcra seperti gambar di sebelah yang menyatakan akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung dengan 3 memorandum tersebut.
       Setelah membuat beberapa pertemuan dengan peserta Felcra ini, didapati beberapa tuntutan yang dibuat oleh peserta telah di penuhi oleh Felcra seperti memberi salinan perjanjian dan sebagainya di Felcra Nasaruddin (Belia). Namun di Seberang Perak lain pulak ceritanya. Tuntutan peserta tidak di layan, pekerja yang dikatakan terlibat dengan rombongan ke parlimen ini dipecat tanpa sebarang notis. Ini menunjukaan kebongkakan pengerusan Felcra di Pasir Salak yang dipercayai membuat keputusan ini atas pengaruh Pengerusi Felcra yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Rahman.
       Apa pun yang terjadi dan tindakan yang telah diambil, tahniah diucapkan kepada peserta Felcra Nasaruddin (Belia), Seberang Perak dan Changkat Lada kerana keberanian mereka menuntut keadilan dan hak mereka. Pihak BAPA tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan hanya membantu khususnya orang - orang melayu yang ditindas oleh Felcra.
       Tahniah juga diucapkan kepada Felcra kerana berjaya mengambil tindakan sewajarnya dan memberi kerjasama yang baik dengan pihak BAPA. Kerjasama ini memang diharapkan demi memperbaiki serta membela nasib orang melayu sepertimana objektif penubuhan Felcra itu sendiri.
        Kepada peserta Felcra, bangunlah bersama-sama menuntut hak sebagai peserta, tidak ada apa yang perlu ditakuti, kerana hak sebagai peserta ialah sebagai tuan tanah dan Felcra sebagai penyewa. Dan sebagai penyewa, Felcra tiada hak membuat keputusan sewenagnya. Hak peserta mesti dibela.
        Apa kepentingan wakil rakyat yang selama ini hanya membela Felcra, menyatakan apa sahaja yang dibuat oleh Felcra semuanya betul sedangkan tugas mereka membela nasib rakyat bukan membela syarikat koperat seperti Felcra ini. BAPA sedia membantu dan membela nasib peserta Felcra ini.

Selasa, 3 Mei 2011

CHUA SOI LEK BODOH DAN MELAMPAU

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)  menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  yang mahu BN menutup pintunya kepada PAS kecuali PAS sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islam terlebih dahulu sebagai keterlaluan, melampau dan cuba mencipta permusuhan dengan umat Islam di negara ini.
Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata, presiden MCA itu tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan sentimen keagamaan dan perkauman dalam negara ini.
Katanya, umat Islam adalah sebagai golongan majoriti di negara ini, bahkan agama Islam juga dijadikan sebagai agama Persekutuan.
“Apakah masalahnya sekiranya PAS meletakkan prinsip Islamnya yang sememangnya bertepatan dengan agama persekutuan ini?
“Persoalannya sekarang adakah MCA mahu bermusuh dengan PAS atau bermusuh dengan umat Islam di negara ini?” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kenyataan Presiden MCA juga menjelaskan siapa Umno sebenarnya di sisi rakyat dan BN.
Tambahnya, ternyata kenyataan Soi Lek membenarkan bahawa Umno sememang parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam.
Menurutnya, perkataan Islam hanya bermain di bibir mereka sahaja di hadapan orang Melayu.
“Mana mungkin MCA boleh menerima kehadiran Umno sebagai peneraju BN dalam keadaan Umno mahu melaksanakan Islam,” ujarnya.
Ini, tambahnya menjelaskan lagi bahawa Umno bukanlah parti untuk umat Islam dan rakyat khususnya yang beragama Islam dan mahukan Islam tidak boleh bernaung di bawah Umno.
Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, mana mungkin Umno berani melaksanakan Islam sekiranya parti komponen mereka sendiri menentang.
Ini, jelasnya berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) bilamana DAP lebih menghormati prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika berucap di Konvensyen PR tahun lalu juga menyebut dengan jelas akan komitmen parti itu mempertahankan Islam sebagai agama rasmi bersama-sama PR.
“DPPP menegaskan bahawa PAS tetap dengan prinsip Islamnya, walau dengan siapa PAS berkawan.
“Prinsip Islam dalam PAS telah termaktub sejak hari pertama penubuhannya dan ia konsisten sehingga ke hari ini,” katanya.
DPPP juga, katanya menegaskan bahawa PAS tetap bersama dengan Pakatan Rakyat yang menjadi harapan rakyat ketika ini untuk menggantikan BN yang semakin lemah.
PAS, tegasnya tidak akan terhegeh-hegeh untuk menerima pelawaan Umno kerana PAS sentiasa menjaga setiakawan bersama PR.
“Namun sebaliknya Umno atau MCA perlu keluar dari BN dan bersama-sama PR bagi meneruskan survival parti mereka yang sudah semakin hilang sokongan rakyat,” katanya.
 

Ahad, 1 Mei 2011

YDP BERSAMA PAS KAWASAN PARIT

 Hj Razman yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) sedang berdialog bersama peserta Felcra Nasaruddin Belia.
 Berita gembira buat peserta Felcra Nasaruddin, Parit, setelah menghantar memorandom kepada menteri di Parlimen, beberapa tuntutan mereka telah di penuhi oleh pihak Felcra.
 Hj Razman sedang menyampaikan ceramah di Kg Lambor Kiri, Parit.

DS Nizar selaku penceramah utama sedang menyampaikan ceramah yang dihadiri kira-kira 800 orang penduduk tempatan.