Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 4 Mei 2013

GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT LENGGONG MAHUKAN PERUBAHAN: Konvoi, Solat Hajat, Munajat & Ceramah.

SINGGAH DI KG. LUAT
LENGGONG: Penyertaan luarbiasa konvoi kereta dan motosikal "Rakyat Lenggong Mahukan Perubahan."  sempena Munajat perdana rapat umum oleh Tn Guru Nik Razi Nik Mat (adik TG Nik Aziz nik Mat) di dataran Kak Yam, Lenggong, menyaksikan kebangkitan rakyat benar-benar mahu menzahirkan kehendak mereka agar rakyat di Parlimen ini merubah tampuk pemeritahan yang dikuasai oleh Umno-Bn sejak 12 kali pilihanraya umum lalu.

SOLAT MAGHRIB DAN SUNAT HAJAT 
Dianggarkan seramai lebih 2000 peserta pelbagai  lapisan umur, bermotosikal dan kereta berarak bersama konvoi  sepanjang deretan 6 kilometer, yang bermula di bilik gerakan PAS Kg. Padang, Gerik selepas solat asar dan berakhir di dataran Kak Yam, pekan Lenggong sebelum azan mahgrib berkumandang.

Sepanjang tempoh kempen PRU 13 ini, penganjuran Konvoi terbesar kali ke2 yang di mobilisasikan oleh Sebuah Badan NGO Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) untuk membantu Calon PAS P.055  Parlimen Lenggong, Tn Hj Razman Zakaria, sepanjang tempoh berkempen telah berjaya menarik perhatian rakyat disini terutamanya, golongan pengundi muda.

Tn Hj Razman merupakan penaung kepada badan NGO GAML yang memberikan harapan baru kepada anak muda, beliau telahpun menyediakan beberapa pelan perancangan yang telah dirangka untuk menjana peningkatan dan taraf hidup anak muda yang mahu bermastautin di kampung halaman mereka merangkumi aspek ekonomi dan hala tuju khas untuk anak muda sekiranya beliau diberi mandat untuk mewakili rakyat di Parlimen pada PRU 13 kali ini.

Alhamdulillah, sokongan padu daripada rakyat Lenggong kepada Tn Hj Razman, sudah menampakkan ada sinar kemenangan kepada beliau, yang mungkin akan mencatatkan satu sejarah baru kemenangan PAS disini, sekaligus akan memadamkan rekod kemenangan Umno-Bn selama 12 kali pilihanraya umum berlaku di Parlimen Lenggong tidak lama lagi.

Sementara itu. Tn Guru Nik Razi Nik Mat, mengimamkan solat Maghrib dan sunat hajat berjemaah di dataran Kak Yam, serta mengimamkan solat Isyak di iringi tazkirah sejurus selesai bermunajat.

Sesi ceramah pada malam itu juga, PAS turut memperkenalkan diatas pentas ceramah  2 orang calon mewakili Pakatan Rakyat (PKR) yang bertanding di kerusi N.03 DUN Kenering, Ust Mohamad Tarmizi bin Abd Hamid dan calon N.04 DUN Kota Tampan; Zahrul Nizam bin Abd Majid.

Pecutan terakhir rapat umum pada malam ini, PAS kawasan Lenggong mengadakan ceramah di 5 tempat berasingan di DUN Kenering menampilkan Penulis Blog Sakmongkol, Beliau merupakan bekas Setiausaha Umno Bhg.Pekan yang dipengerusikan oleh DS Najib Razak bersama Seorang bekas AJK Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Sdr Nazri, yang akan berceramah di Felda Lawin Utara (rumah sdr Raof,) di bilik gerakan PAS Kg. Padang Jeri dan di bilik gerakan Kg. Sawa.

Manakala di DUN Kota Tampan, ceramah akan diadakan di bilik gerakan PAS pekan Kuak, Bilik gerakan PAS Kg. Luat. Penceramah terdiri dari Ust. Ibrahim Zakaria, mantan calon Parlimen Lenggong dan beberapa penceramah tempatan.

Ayuh,.. kepada pengundi tinggal di luar kawasan yang pulang untuk mengundi. Anda semua dijemput hadir menyaksikan kebangkitan rakyat Lenggong yang mahukan perubahan dan kita bersama meraikan semua program yang telah dianjurkan oleh PAS didalam keadaan yang aman dan selamat.

Insya Allah, sama-sama kita terjemahkan kemenangan rakyat melalui peti-peti undi bagi memenangkan Pakatan Rakyat di Parlimen Lenggong pada PRU 13 kali ini. Dan selepas ini, kita akan dapat menyaksikan satu sejarah baru akan tercipta disini bersama-sama dengan suara rakyat yang mahu menyaksikan Pakatan Rakyat menawarkan kebajikan yang lebih bermanfaat untuk masa depan yang lebih baik kepada seluruh rakyat di kawasan PArlimen Lenggong ini, insya Allah.

Jom Pakat Undi PAS dan Pakatan Rakyat... "PAS dan Pakatan Rakyat Harapan Baru Rakyat Lenggong."



ANAK MUDA MENUNGGU DI PEKAN LAWIN SAMBUNG 









































CALON PAS P.055 PARLIMEN LENGGONG: Sentuh Hati Masyarakat Pengundi Ke Akar Umbi

LENGGONG: Pusingan terakhir menyentuh hati pengundi menjelang Pilihanraya Umum pada Ahad 5 Mei ini, oleh calon PAS P.055 Lenggong, Tn Hj Razman Zakaria, keseluruh kawasan Parlimen bagi menyelami denyut nadi yang terbuku dihati rakyat.

Anjakan sokongan diberikan oleh masyarakat pengundi terhadap Tn Hj Razman, pada masa ini berada ditahap yang paling baik. Kelebihan ini diakui oleh masyarakat pengundi sejak 5 tahun lalu, kerana bukan bersifat ziarah hanya ketika pilihanraya, menurut pandangan yang diberikan oleh rakyat menjelang pilihanraya.  

'Mood' pengundi muda dilihat semakin menambahkan lagi peningkatan sokongan terhadap Tn Hj Razman dengan begitu ketara sekali. Manifesto untuk pengundi baru ; "Hj Razman Zakaria Harapan Baru Anak Muda Lenggong" telah berjaya menarik minat dan keyakinan pengundi baru yang akan memberikan undi kepada beliau dengan tawaran yang mampu dilaksanakan oleh calon PAS dan Pakatan Rakyat, sekiranya diberikan mandat pada PRU13 sebagai Ahli Parlimen, berbanding tiada sebarang tawaran dibuat untuk anak muda oleh wakil rakyat sebelum ini.

Peningkatan sokongan luar biasa daripada pengundi baru (Anak Muda) meningkat dengan mendadak hasil analisa daripada beberapa siri program konvoi yang telah dianjurkan oleh NGO Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) yang turut membantu berkempen bagi memastikan Calon PAS Tn Hj Razman, selaku penaung Badan NGO ini menang kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Tahniah kepada kepada semua rakyat Lenggong yang mahukan perubahan. Kebangkitan ini menunjukkan bahawa, ada perubahan yang akan berlaku dalam sejarah pilihanraya umum di Parlimen Lenggong pada kali ke 13 ini.


Kesedaran rakyat yang mahukan perubahan kepimpinan diperingkat Negara, negeri dan daerah Lenggong pada masa ini lebih berpihak kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat. Tidak mustahil, rekod tidak pernah kalah BN sebelum mungkin akan terpadam pada PRU kali ke 13 ini.

Insya Allah, sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk menerajui pentadbiran kerajaan di Putrajaya, Negeri Perak, Parlimen dan di kedua-dua DUN didalam P.055 Lenggong, perkara pertama yang akan menjadi agenda ialah, memastikan rakyat di kampung halaman mereka yang menduduki tanah tanpa status, akan diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Disamping perancangan masa depan untuk golongan anak muda sebagai penyambung generasi akan datang dapat terlaksana, bagi menentukan masa depan golongan ini lebih cerah untuk tinggal bermastautin sebagai warisan anak desa, memiliki aset untuk kehidupan dan pertanian serta berpendapatan ekonomi yang kukuh tanpa perlu berhijrah ke bandar atau ke kota mencari pekerjaan.

Pada 5 Mei 2013, buatlah pilihan yang bijak. Kuasa untuk merubah keadaan yang lebih baik untuk mentadbir urusan yang melibatkan perancangan dan perlaksanaan pembangunan serta kemajuan ekonomi rakyat, samada urusan dunia atau akhirat hanya datang setiap 5 tahun sekali.

Undilah PAS dan Pakatan Rakyat, marilah bersama-sama dengan dengan rakyat di seluruh Negara ini yang sedang bangkit mahukan perubahan yang lebih baik bersama Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat selepas PRU ke 13 ini.

Khususnya di Parlimen Lenggong, Bantulah PAS Kawasan Lenggong dan PKR untuk memenangkan calon-calon bertanding mewakili Pakatan Rakyat melalui kertas undi pada hari Ahad, 5 Mei 2013, bermula 8 pagi hingga 5 petang nanti:

"PAKATAN RAKYAT HARAPAN BARU RAKYAT LENGGONG."
P.055 Parlimen Lenggong : Tn Hj Razman Zakaria (PAS.)
N.04 DUN Kota Tampan : Zahrul Nizam bin Hj Abd Majid (PKR.)
N.03 DUN Kenering : Ust Mohamad Tarmizi bin Abd Hamid (PKR.) 

Inilah harapan kami, supaya kami dapat berusaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah, serta harapan baru umat islam dan seluruh rakyat berbilang kaum dan agama dengan lebih berkebajikan di Parlimen Lenggong ini.