Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 14 Mei 2014

TUDUHAN BIADAP; DEWAN MUSLIMAT PAS LENGGONG BUAT LAPORAN POLIS

LENGGONG: 14 Mei 2014 - Ahli Dewan Muslimat PAS Kawasan Lenggong, (DMPk) membuat laporan polis terhadap Mohd Radzi Othman yang menyamakan muslimat yang hadir menyertai ‘himpunan bantah gst’ pada 1 mei 2014 lalu sebagai 'pelacur' dalam beberapa tulisan dilaman facebooknya pada 2 mei 2014 lalu, iaitu sehari selepas puluhan ribu berhimpun di dataran merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut ketua DMPk, Fauziah Musa, kenyataan biadap dan berbahaya oleh Mohd Radzi Othman selaku setiausaha Ulama Muda Umno (ILMU) yang menyamakan muslimah bertudung yang menyertai ‘himpunan bantah gst’ sama dengan pelacur golongan atasan, ditulis dalam laman facebooknya atas nama 'abu amru radzi othman' mesti diambil tindakan menurut lunas undang-undang.

Kenyataan pada laman facebooknya turut menyatakan lelaki yang menyokong muslimah bertudung tersebut keluar berdemonstrasi ibarat para pelanggan yang ghairah merasai pelacur yang dilanggannya boleh menyebabkan timbul api kemarahan dan kebencian agama serta sengketa kaum dinegara ini.

Tegas Fauziah, Mohd Radzi Othman, telah berniat jahat menggunakan sentimen agama serta kedudukannya sebagai setiausaha ulama muda umno untuk menghasut kaum agama lain supaya menuduh, merendahkan martabat ummat islam yang menyertai himpunan aman bantah gst dan menunjukkan kecenderungan sangat bahaya kepada rakyat malaysia yang memakai tudung dinegara ini.


Tambah Fauziah, Dewan Muslimat PAS Kawasan Lenggong membuat laporan polis supaya siasatan pihak polis dapat dilakukan dan dapat diambil tindakan berasaskan peruntukan undang-undang yang termaktub dinegara ini.