Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 28 September 2011

HUDUD : PUTRAJAYA SEPATUTNYA BANTU, BUKAN SEKAT - PAKAR PERLEMBAGAAN



KUALA LUMPUR, 25 Sept – Kerajaan pusat wajar membantu Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan selain memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan kerangka perundangan semasa membenarkan keadaan itu, kata pakar perlembagaan.




Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata Putrajaya perlu membantu dengan:
  • Memansuhkan Akta Mahkamah Syariah yang “mengikat tangan Mahkamah Syariah.”
  • Meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan dengan memberi pengecualian untuk Kelantan
  • Membenarkan polis dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan yang berada di bawah tangan mereka untuk melaksanakan tugas di sisi undang-undang

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Penegasan sedemikian juga telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, ia boleh dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

“Kalau MCA dan Gerakan tak mahu sokong tak apa kerana apa yang Kelantan cadangkan itu tidak memberi kesan kepada bukan Islam,” katanya.

“Contohnya sekarang, kalau orang Islam berzina dengan bukan Islam, orang bukan Islam tidak didakwa. Orang Islam tak boleh cabar hudud kerana di bawah Perlembagaan hak sama rata tidak terpakai dalam konteks undang-undang peribadi.

“Wanita Islam tak boleh cabar undang-undang poligami atau kuasa cerai suami atas alasan mereka didiskriminasi. Orang Islam kena faham Malaysia ada dua sistem undang-undang, jadi tak timbul tuntutan layanan sama rata,” kata beliau lagi.

“Perlembagaan membenarkan cadangan itu. Kalau Karpal Singh tak setuju itu hak dia tapi dia kena sedar pendapat dia tidak mutlak. Satu lagi kesimpulan ialah faktor kritikal ialah kejujuran dan kemahuan politik,” katanya lagi.

Aziz berkata, apa pun yang Kelantan hendak ialah hak negeri melaksanakan hudud dan persekutuan perlu memberi kerjasama tetapi ini sukar berlaku kalau dilihat dari sudut isu royalti minyak.

“Hudud ini sebenarnya mempertingkat undang-undang jenayah syariah yang sedia ada. Kesalahannya, contohnya zina, sudah mengikut Islam. Apa yang perlu dipinda ialah hukuman,” katanya lagi.
ULASAN: 
Kenapa UMporNO takut sangat? tak sedar diri lagi ke? Sesungguhnya kamu dan kami ini adalah hamba kepada Tuhan, kamu wahai kerajaan UMporNO BN, sudah memperhambakan rakyat sudah terlalu lama. Jadi, pada waktu ini kamu dan kami patuhlah titah perintah Allah yang telah mewajibkan seluruh manusia mentaati titah perintah-NYA. Tiada Alasan Lagi................

Ahad, 25 September 2011

Perutusan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengerusi Sambutan Enam Puluh Tahun PAS




Memperingati kelahiran dan kehadiran 60 tahun PAS ditengah-tengah persada politik Malaysia bukan sekadar satu perayaan biasa tetapi ia adalah satu peristiwa semasa bagi mempelajari dari masa lalu untuk menuju ke hari muka.

Hari ini kita bukan sekadar mensyukuri rahmat ALLAH dan anugerah NYA sebuah wadah umat 

yang membawa berkat perjuangan mengangkat ma’aruf dan menggugat mungkar tetapi berusaha untuk menyempurnakan sebuah gagasan Islam yang lengkap.


Dikesempurnaan ini kita memperingati dan belajar dari Burhanuddin Helmi, Zulkifli Mohamad, Abbas Alias, Mohd Yusof Rawa, Fadzil Noor, dan sejumlah mujahid yang telah pergi. Hari ini kita bertekad untuk bergerak dengan lebih nekad merebut kemenangan dengan iltizam dan kebijaksanaan politik pakatan untuk mengganti barisan politik lama yang sudah ketinggalan zaman. Politik perkauman, politik adu domba, pecah perintah sudah tidak sesuai untuk bumi ini.


Politik baru yang berintipatikan Islam, keadilan dan demokrasi akan kita suburkan untuk generasi mendatang. Inilah tugas baru yang sedang berada di hadapan kita.Tugas besar sepertimana diperingatkan oleh Syaikh Mustapha Mashyur:


    “Tugas terbesar umat Islam ialah memimpin dunia, mengajar seluruh kemanusiaan kepada sistem Islam, membimbing kepada cara hidup Islam, kepada ajaran yang baik, kerana tanpa Islam manusia tidak mungkin mendapatkan bahagia.


    Tugas ini bukan tugas juz’iyah, bukan tugas sampingan dan sebahagian-sebahagian. Bukan tugas yang hanya untuk mencapai tujuan terbatas dalam aspek politik, social dan ekonomi sahaja. Bukan pula hanya untuk suatu tempat atau daerah tertentu. Bukan pula terbatas kepada suatu bangsa dan tanahair tertentu. Akan tetapi tugasan ini merupakan satu tugas agung, yang meliputi segenap sisi kehidupan, demi kebaikan seluruh manusia dan kemanusiaan sejagat yang paling sempurna dan manfaat.”


ALLAHUAKBAR,  ALLAHUAKBAR,  ALLAHUAKBAR


Haji Mohamad bin Sabu  



Sabtu, 24 September 2011

Jangan Terperangkap Dengan Isu Dimainkan Oleh Umno-Bn.

Muktakir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat. Isu ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang PRU akan datang.

Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.

Demikian juga isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, isu akta yang akan menggantikan ISA… semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk PRU ke 13 kerana ianya mempunyai impak kepada rakyat secara langsung.


Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan mengiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama tenggelam dengan isu-isu yang sengaja diwujudkan.

Teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka.

Selain mengalihkan perhatian, sebenarnya tujuan asal BN sengaja mewujudkan isu ialah supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan.

Teknik ini sentiasa digunakan tidak lain tidak bukan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana. Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini.

Walaupun ada-kalanya kita terpaksa jawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya.

Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN.

Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi sebegini. Ini kerana isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi supaya PR terus berbalah dengan mereka dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit.

Seluruh jentera Pakatan Rakyat diharap tidak terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi mengalih perhatian kepada isu sebenar yang sedang dihadapi rakyat.

Sementara itu, Pakatan Rakyat juga hendaklah memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarung PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting.

Bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum. Tindakan segera bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera.

Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana segera bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan.

Gerak kerja rayuan undi, semakan daftar, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan.

Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar.

Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang. 

Selasa, 20 September 2011

Tanah Untuk Perwira: Hasil Usaha Pakatan Rakyat Untuk Golongan Bekas Perajurit.


ZAMBRY bersama Muhammad (kanan) membantu membetulkan kerusi roda diterima Moh Sani pada Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, PBTM Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.
Perak negeri pertama tawar 7,000 lot kediaman percuma kenang jasa bekas anggota keselamatan

IPOH: Perak menawarkan lot kediaman percuma dengan bayaran premium tanah paling minimum kepada pesara tentera dan polis sebagai penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan negara.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri semalam mengumumkan 7,000 lot kediaman disediakan menerusi Projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) untuk bekas tentera dan polis, manakala premium tanahnya ditetapkan hanya RM500, sekali gus menjadi negeri pertama berbuat demikian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata projek itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan 3,700 lot kediaman, manakala selebihnya dilaksanakan menerusi fasa kedua.

“Kita sudah mengenal pasti kawasan seluas 248 hektar di seluruh Perak bagi pembinaan lot kediaman berkenaan. Jika semua perbincangan dan persefahaman membabitkan pelbagai aspek, termasuk teknikal dapat diselesaikan, projek berkenaan akan dimulakan sebelum akhir tahun ini.

“Usaha bagi menjayakan projek ini sudah dimulakan kira-kira 18 bulan lalu dan kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan berkenaan membabitkan 10 daerah di negeri ini,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.
Hadir sama Presiden PTBM, Datuk Muhammad Abd Ghani; Yang Dipertua PTBM Perak, Leftenan Komander (B) Jayah Said dan Panglima 2 Briged, Datuk Zulkifli Mansor.
Zambry berkata, pemilihan individu layak menerima peruntukan itu akan dibuat PBTM dan keutamaan diberi kepada mereka yang belum memiliki kediaman.

“Perak menjadi negeri pertama melakukan usaha memberi lot kediaman dan pengurangan kadar premium tanah. Kebiasaannya, kadar premium tanah yang dikenakan sebanyak RM3,000, tetapi kita tetapkan hanya RM500 sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa serta sumbangan kepada bekas tentera dan polis yang banyak berkorban demi mempertahankan keamanan negara.

“Justeru, kerajaan negeri kehilangan hasil sekurang-kurangnya lebih RM17 juta dalam bentuk nilai premium tanah,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan geran hak milik bangunan Wisma Pahlawan kepada PBTM Perak dan bantuan kerusi roda kepada dua bekas tentera Perak, iaitu Moh Sani Odin dan Rosli Adnan.

Pada majlis sama, dua bekas tentera, iaitu Mejar (B) Zainal Arif Abdul Aziz dan Pegawai Waran 1 (B), Nor Wati Pandak Piah turut menerima Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) yang disampaikan Zambry bagi menghargai sumbangan mereka dalam perkhidmatan masing-masing.

ULASAN:
Tahniah kepada MB Haremm...... kerana berhelah: “Usaha bagi menjayakan projek ini sudah dimulakan kira-kira 18 bulan lalu dan kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan berkenaan membabitkan 10 daerah di negeri ini.”

Inilah satu inisiatif kerajaan Umno-Barisan Nasional Malaysia yang terlewat selama 38 tahun dulu. 

Kapten (B) Rosli Diatas Pentas PAS.
Dalam masa yang sama juga rakyat lebih bijak menilai tawaran parti yang sedang bersaing untuk membawa perubahan untuk rakyat supaya kebajikan rakyat selama ini terbela.

Lebih jelas pada masa ini, Pakatan Rakyat telah berada lebih jauh dihadapan mendahului kerajan Umno-BN untuk membela rakyat menerusi halatuju sebuah Negara Berkebajikan.

Jika kita bicara tentang apakah buktinya Pakatan Rakyat mendahului   Umno-BN mengenai pemberian tanah kepada perwira, (bekas anggota tentera dan polis?) dan dapat membantu rakyat ? Maka jawapannya ialah begini;

Mengapa setelah 54 tahun berlalu, baru sekarang nak mengenang jasa? ataupun tanah telah muncul secara tiba-tiba? Atau baru KINI tersedar? wakil rakyat Umno Barisan Nasional di Lenggong sendiri pun telah menjelaskan didalam siri ceramah mereka, tidak ada lagi tanah di Negeri Perak yang dapat diberi kepada rakyat, mengapa tiba-tiba Zambry boleh beri pulak 7 ribu lot kediaman kepada golongan ini? 

1.) Pada tarikh 22 Julai 2011 sebuah NGO Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Angkatan (KERABAT) telah dilancarkan dan ditubuhkan di Lenggong, Perak, Khusus untuk kebajikan Veteran dan Pesara Tentera  dengan tawaran anugerah tanah sepertimana perjanjian yang tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Umno Barisan nasional kepada golongan ini sekiranya, Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya pada PRU-13 akan datang. 

2.) Inilah satu kesan besar yang telah membuatkan kerajaan Umno Barisan Nasional terkejut besar, dan bermacam-macam tuduhan dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat kononnya, bercakap kosong semata-mata. Tetapi, mengapa pada hari ini kerajaan beria-ria benar nak jaga kebajikan Bekas-bekas perajurit? 


3.) Sejak tahun 1972 telah tertulis didalam perjanjian Majlis Angkatan Tentera bahawa, perajurit yang telah bersara/pencen dari pekhidmatan berhak menerima anugerah 2 lot tapak rumah dan 25 ekar tanah untuk diusahakan. Malangnya nasib para perajurit apabila, semua yang dijanjikan hanya tinggal janji, kebanyakan daripada mereka pada ketika ini masih lagi bekerja dipondok-pondok jaga sebagai pengawal keselamatan.

4.) Lebih jelas lagi Persatuan Bekas-bekas Perajurit dibawah kawalan Umno Barisan nasional gagal sama-sekali membela nasib para "Perwira-perwira Negara" seperti yang dimaksudkan oleh MB HAREEMM.... Lihatlah Pengerusi (PBTM) Kapten (B) Rosli yang telah keluar daripada parti UMNO-BN dan disebaliknya kesan daripada penubuhan NGO (KERABAT) yang diusahakan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini telah membawa suatu perubahan yang sangat besar keatas rakyat, khususnya untuk golongan ini pada ketika ini.

Mari kita semua fikirkan sekiranya Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya, sudah tentulah perubahan yang lebih besar boleh dimanfaat kepada semua golongan rakyat yang masih mengharapkan kebajikan mereka terbela untuk meneruskan kehidupan dimasa hadapan. 

JOM UBAH UNTUK KEBAJIKAN KITA SEMUA...........
KEKAYAAN NEGARA UNTUK RAKYAT BUKAN UNTUK PEMIMPIN.



Rabu, 14 September 2011

Cukai GST: Rakyat Bakal Menderita Parah Jika UMNO BN Menang PRU13

.Najib: GST kemungkinan selepas PRU-13

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawakerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis makan malam Persidangan CEO Global Forbes Ke-11 di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri telah diminta untuk memastikan segala sistem sudah bersiap-sedia. Katanya, isu sekarang ialah masa yang sesuai bagi pelaksanaan berkenaan.
"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini.

"Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST," kata Najib.

Beliau berkata adalah penting untuk bersedia memandangkan akan terdapat gangguan dan penilaian semula apabila tiba masa pelaksanaannya. 

"Saya percaya apabila sesuatu sistem diperkenalkan, tidak kira betapa rapi persediaan dilakukan, tetap akan ada kesilapan dan kelemahan dalam pelaksanaan nanti," katanya.

Najib yang juga menteri kewangan juga mendakwa penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST semakin meningkat.

Daripada 12 juta rakyat, hanya 1.2 juta yang membayar cukai, katanya. 

"Rancangan kami ialah untuk mengurangkan defisit fiskal kami daripada 5.6 peratus kepada 5.4 peratus tahun ini dan turun kepada kira-kira tiga peratus dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi, apabila kami mngurangkan defisit fiskal kami, akan terdapat lebih keyakinan dalam ekonomi serta kami akan dapat menyaksikan asas yang lebih kukuh di Malaysia," kata Najib.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada dialog selama 45 minit itu yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarang dan Pengerusi Forbes Asia, Steve Forbes, Najib juga berkata tindakan afirmatif untuk membantu Bumiputera, yang diperkenal di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dikekalkan.

Bagaimanapun menurut perdana menteri, DEB akan berubah menjadi lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit. 

Najib, yang juga menteri kewangan, berkata strategi kerajaan sekarang yang mewujudkan lebih banyak peluang bagi Bumiputera, tanpa mengenakan kuota ke atas kaum lain, juga menarik bukan Bumiputera.

"Apa yang kita dapati ialah cara ini (tindakan afirmatif di bawah DEB), pertamanya, ia tidak popular dengan pasaran; dan keduanya, tidak benar-benar membantu bumiputera. 

"Apa yang cuba kita lakukan sekarang ialah mengubahnya; tindakan afirmatif kekal, tetapi ia harus lebih mesra pasaran dan harus lebih berdasarkan merit," katanya.

Mengenai sama ada telah tiba masanya bagi Asean mengkaji untuk memperkenal mata wang baharu, Najib berkata negara-negara Asean akan tetap terbuka kepada idea dalam jangka panjang tetapi pendekatan mestilah terkawal bagi mengelak daripada gangguan dalam pasaran kewangan dan mata wang.

"Saya menerima hakikat bahawa dalam jangka pendek dan sederhana, dolar AS akan terus menjadi mata wang utama antarabangsa dan euro juga akan menjadi mata wang penting. Saya tidak melihat gambaran berubah dalam jangka pendek dan sederhana.

"Tetapi dalam jangka panjang, ia (idea mata wang baharu bagi Asean) masih terbuka. Tetapi biarlah pelaksanaan terkawal supaya kami tidak mengganggu pasaran kewangan dan mata wang," kata Najib.

Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama menggunakan mata wang tempatan untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan dengan China.

Sabtu, 10 September 2011

Bil Telefon Naik lagi......

Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini akan dikenakan cukai perkhidmatan

sebanyak 6% berkuat kuasa 15 September ini... hampir 95% adalah warga yg berpendapatan sederhana/rendah termasuk ahli-ahli, penyokong dan pendokong UMNO...

TOPUP RM10 - Cukai 60sen!, RM50 - RM3.00!

pemimpin-pemimpin UMNO sudah pasti tidak merasai beban tambahan ini kerana mereka bukan pelanggan prabayar tetapi pelanggan segala-galanya dibayar...
MASIH LAGI NAK SOKONG UMNO?.. TEPUK DADA TANYA IMAN.. CUIT MINDA TANYA AKAL YANG NYAMAN

Umno penipu, 50 ahli PAS lompat parti

   
Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu , kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat , sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.

1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat. Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk : “DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP”, sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato’ Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama “ahli PAS” yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka. Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.

2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK , PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut. Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.

4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa. Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00.
2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00.
3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00.
4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00.
5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00
6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00
7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00

Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.

(Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.)

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA

KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP

AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.

Jumaat, 9 September 2011

PM DS NAJIB PATUT TERIMA KASIH KEPADA MANAP JEPUN

Dari Catatan Sejarah Bangsa
Foto Manap Jepun.Ehsan dari Muzium Sejarah Kampung Chulaborn Patana 12 (Kampung Perdamaian Sukhirin).Terima kasih kepada Sdr.Mat Amin.



Sewajarnya kita belajar dari sejarah.Ada kalangan cerdikpandai menyebut bangsa yang buta sejarah adalah bangsa yang sesat.Sejarah bukan sekadar cerita tetapi mentakwilkan perihal pelakunya yang kita boleh mengambil sebagai contoh teladan untuk memahami dan membentuk masa hadapan.

Memang sejarah tidak pernah adil kepada pelakunya.Filsof Inggeris yang terkenal Bernard Shaw, pernah menyebut betapa sejarah ditulis oleh mereka yang menang.Dalam konteks pensejarahan tanah air,inilah yang berlaku.Catatan sejarah yang diajar kepada anak-anak kita hanya menyuapkan kegemilangan,jasa dan peranan UMNO (tanpa menjelaskan jasa itu dibudikan oleh UMNO yang ditubuhkan Mei 1946 bukannya yang diinkernasikan dalam tahun 1987) dalam memperjuangkan kemerdekaan dan kalau pun ada tentang peranan pihak lain,misalnya KMM,PKMM,API,AWAS,PKM dan lain-lain lagi,hanya ditempatkan sebagai nota kaki semata-mata.

Ertinya matapelajaran sejarah hanya berperanan untuk mendoktrinasikan anak-anak kita agar melihat UMNO yang ditubuhkan dalam tahun 1946 itu sebagai satu-satunya berjasa,mulia dan wajib ditaati.

Tulisan ini tidak berhasrat,buat masa ini,untuk berpolemiks tentang sejarah ketimbang "self-glorified" oleh UMNO;tulisan ini berdasarkan research saya sendiri berdasarkan narasumber orang-orang tua dan para pejuang Kiri di Temerloh.Bukankah Temerloh sememangnya pusat gerakan menentang penjajahan semenjak zaman Orang Kaya Semantan,Dato Bahaman lagi dan tradisi ini diteruskan selepas tamat Perang Dunia Kedua (PD-2) sehingga ada yang menggelarkan Temerloh lubuk gerakan Kiri.

Catatan saya adalah berkaitan datuk kepada Dato Seri Najib Razak yakni kisah tentang bapa kepada Tun Abdul Razak Hussien.Sebagaimana yang kita maklumi Najib Razak dilahirkan dari keluarga bangsawan feudal Melayu.Datuknya adalah Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang Hussien bin Mohd Taib.

Sewaktu penjajahan Jepun,Dato Hussien menjadi Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Temerloh yang telah dijawatnya semenjak tahun 1924.Sewaktu Jepun menduduki Temerloh,maka bermulalah kisah ini yang tidak pernah dicatat di dalam mana-mana buku sejarah.



Orang Kaya Indera Shah Bandar Ke-9

Dato Hussien Bin Mohd Taib


Dato Hussien telah ditangkap oleh Kempetai Jepun atas tuduhan menjadi tali barut Inggeris.Jepun yang terkenal dengan keganasan mereka diluar perikemanusiaan akan menyiksa siapa sahaja yang ditangkap tidak kira yang ditangkap itu bersalah atau sebaliknya malah bukti juga tidak perlu cukup sekadar syakwasangka sahaja.Itulah nasib yang menimpa Dato Hussien apabila beliau ditangkap dan dibawa ke Rumah Pasung Temerloh.

Ketua Polis Jepun ketika itu dikenali dengan nama Tuan Nagai yang cukup terkenal dengan kebengisannya.Diceritaka jika ada anak-anak kecil yang nakal,maka si ibu akan memberikan amaran jika tidak dengar kata akan dihantar jumpa Tuan Nagai;malah anak-anak kecil yang merengek atau menangis pun akan berhenti merengek jika nama Tuan Nagai ini disebut.Begitulah reputasi Tuan Nagai dikalangan masyarakat orang Melayu di Temerloh ketika itu.

Maka dapat dibayangkan layanan yang diterima oleh Datok Hussien tatkala beliau dibawa ke Rumah Pasong untuk diinterrogasi oleh Kempetai Jepun.Pelbagai siksaan dikenakan terhadap Orang Besar Pahang ini tanpa henti.

Menjadi "adat" Jepun,mereka yang ditangkap akan disiksa di khalayak ramai kononnya untuk dijadikan contoh.Malah sering dikatakan,mereka yang bernasib baik ialah yang kena libasan katana,pedang samurai Jepun untuk "potong kepala" kerana tidak perlu melalui penyiksaan Jepun.

Dato Hussien disiksa di khalayak ramai.Beliau diikat di sebatang tiang di hadapan Sekolah Cina (Sekolah Rendah Khee Chee ketika ini) dan menderita disiksa Jepun dengan pukulan serta kaedah "water treatment" yang terkenal itu,yakni diberi minum berbaldi air sabun.Tidak ada walau seorang pun yang berani membantu beliau.Hanya sekadar memerhatikan dari jauh sambil didalam hati bersyukur kerana "bukan aku yang kena".

Didalam keadaan Dato Hussien mengalami siksaan dan penderitaan sebegitu rupa,rupa-rupanya ada seorang perempuan yang berhati mulia punya keberanian untuk membantu beliau dan berhadapan dengan Jepun yang zalim itu.

Wanita itu yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Cina tempat Dato Hussien disiksa rupa-rupanya tidak dapat menahan diri melihat penyiksaan terhadap Dato Hussien.

Wanita tersebut dikalangan orang Temerloh di panggil Wan Esah.Suaminya Aki Sewang,bekas kelasi kapal.Wan Esah ini berasal dari Jepun berkahwin dengan Aki Sewang dan dibawa menetap di Temerloh.Wan Esah dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat Melayu Temerloh malah khabarnya cukup fasih bercakap loghat Temerloh dengan lidah Jepun.

Perkahwinan Wan Esah dengan Aki Sewang melahirkan sepasang anak;putera pasangan ini menjadi tokoh terkenal sewaktu zaman darurat iaitu Manap Jepun,manakala puteri mereka hanya dikenali dengan nama Bi.Manap Jepun memilih perjuangan bersenjata menentang Inggeris dengan menyertai Rejimen Ke-10*,PKM.Noel Barber,pengarang Inggeris yang terkenal itu,didalam bukunya War Of The Running Dog ada menyentuh tentang kisah Manap The Jap ini.

Suatu kisah yang ironi dan tragiks ialah berkenaan adik ipar Manap Jepun,suami kepada adik perempuannya,Bi,meninggaldunia di tembak gerila PKM di jalan Triang apabila bas yang ditumpanginya kena ambush.Menurut narasumber kejadian malang ini berlaku kerana mereka tidak ada maklumat tentang adik ipar Manap Jepun,jika mereka tahu,kejadian malang ini tidak akan berlaku.Narasumber saya tidak dapat mengingati nama adik ipar Manap Jepun ini.

Manakala kejadian lain yang berlaku kepada abang ipar Manap Jepun (abang kepada isterinya),juga orang Temerloh yang dikenali dengan nama Mat Zali.Mat Zali juga memilih perjuangan bersenjata menentang Inggeris.Di Pulau Tawar,berikutan tawaran menyerah diri oleh pihak Kerajaan dan kerana mempercayai janji Dato Yeop Mahidin,Mat Zali mengambil keputusan untuk keluar dan menyerah diri kepada orang kampung tersebut.Beliau keluar ke Kampung Pulau Tawar dengan membawa senjata sepucuk senapang carbine yang tidak berisi peluru dengan niat menyerah diri.

Apa yang berlaku,orang kampung kemudiannya membuat laporan kononya Mat Zali ditangkap,bukannya menyerah diri, semata-mata kerana hendak menuntut wang reward (reward money) dari Kerajaan.Mat Zali akhirnya dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Inggeris diatas fitnah tersebut padahal beliau sebenarnya menyerahdiri dan bukannya ditangkap homeguard.

Berbalik kepada kisah penyiksaan terhadap Dato Hussien,Wan Esah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Tuan Nagai.Maka pergilah wanita mulia ini ke Rumah Pasong Temerloh mengadap Tuan Nagai yang bengis itu.Wan Esah akhirnya berjaya memujuk Tuan Nagai untuk membebaskan Dato Hussien dari tahanan dan penyiksaan Jepun.

Dato Hussien setelah dibebaskan dari penyiksaan Jepun,kembali ke Bentong.Beliau dan seluruh keluarganya,saya kira,berhutang nyawa dengan Wan Esah,ibu kepada pejuang Manap Jepun.

Catatan Kaki:Saya mula mendengar kisah ini apabila diceritakan oleh Allahyarham Pak Sako (Dr.Ishak Haji Muhammad) ketika bersembang dan merokok-Pak Sako dengan rokok rothman-di cafetaria BaktiSiswa UM dalam suatu program.Ketika itu saya tidak berapa ambil pusing.Manakala beberapa tahun kebelakangan ini semacam timbul dorongan untuk saya merekod dan menggali sejarah perjuangan bangsa.

Maka saya mendekati orang-orang lama perjuangan di Temerloh untuk mencungkil pengalaman dan sejarah silam.Ada yang saya rakamkan dengan video dan lebih banyak yang saya buat catatan sendiri.Sungguhpun demikian saya menginsafi upaya saya tersebut bukanlah bertepatan dan mematuhi disiplin kajian ilmiah atau akademiks.Cuma saya seboleh-bolehnya akan cuba "counter check" dengan narasumber lain berkenaan pengkisahan tersebut.

Manakala kisah Wan Esah ibu kandung Manap Jepun ini,saya cuba sedayaupaya untuk mendapatkan versi cerita dari beberapa narasumber;selain yang pernah disentuh sedikit oleh Allahyarham Pak Sako,saya mendapatkan cerita ini dari dua narasumber berlainan di Temerloh.Kedua-duanya memberikan naratif bukan di waktu atau tempat yang sama.

sungguhpuh demikian,saya akui tidak ada 'corroborative evidence' yakni sekurang-kurangnya catatan ilmiah yang menyokong kisah ini.Kepada saya peribadi, kisah ini punya wewenangnya sebagai sebahagian dari catatan sejarah bangsa.Pada masa yang sama saya mengalu-alukan sebarang masukan (input),komentar dan pandangan yang dapat kita manfaatkan bersama.

*Rejimen Ke-10 Partai Komunis Malaya ditubuhkan pada 21.5.1948 (sebetulnya 21.5. 1949) di Kerdau,Temerloh Pahang Darul Makmur.Keanggotaan Rejimen ini terdiri daripada anak-anak Melayu yang diketuai oleh Abdullah CD.Salahseorang anak Semantan yang menjadi pimpinan Rejimen Ke-10 ialah Abu Samah Mohd Kassim yang telah kembali ke Rahmahtullah pada 7.4.2009 yang lalu.

SATU LAGI PENINDASAN FELCRA KEATAS PENEROKA TERBONGKAR.

Bota- 8 Sept: Ekoran dari kemenangan kes saman peserta Felcra  jalan Kancu, Tapah, peneroka Felcra Nasaruddin (Belia) sudah berani menuntut hak mereka.

Seorang peneroka, En. Yusuf bin Mat, 50, mewakili  37 orang peneroka Nasruddin (Belia) hari ini telah membuat laporan dibalai polis Seri Iskandar, keatas kes penyelewengan pemberian hak milik tanah dan penyelewengan kos pembangunan tanah oleh pihak Felcra.

En.Yusuf berkata, pada tahun 1973, Felcra Nasaruddin (Belia) telah diteroka dengan tanaman kelapa sawit dan getah. Peneroka yang ada disini pada hari ini telah diberi 10 ekar tanah oleh Felcra sepertimana yang tercatit didalam surat perjanjian. Tetapi, sehingga kini peneroka  tidak mendapat salinan surat perjanjian itu walaupun sudah memohon beberapa kali sehingga ke ibu pejabat Felcra di Kuala Lumpur. Sehingga pada bulan Mac, 2009, kami dipaksa menandatangani surat projek tanam semula dan pihak Felcra menjanjikan kepada kami tanah seluas 10 ekar. Kemudian pada bulan Julai, 2009, kami telah diberi hak milik keatas tanah itu, tetapi malangnya, kami hanya mendapat 7 ekar sahaja daripada tanah itu, katanya yang juga selaku Pengerusi  BAPA (Badan Bertindak Peserta Felcra Ng. Perak.)

Katanya lagi, kami amat tidak berpuashati terhadap pihak Felcra yang mungkir janji apabila tidak menyerahkan keluasan tanah yang sepatutnya kami terima iaitu, 10 ekar seperti  yang dijanjikan untuk setiap peneroka disini. Kami percaya kos pembangunan tanah yang sudah dipotong dari jumlah dividen yang kami terima selama ini, adalah berdasarkan 10 ekar tanah seperti yang dijanjikan. Ini amat merugikan pihak kami. Serta kami percaya perkara ini adalah satu penipuan dan penyelewengan kuasa apabila surat salinan perjanjian tidak pernah diberikan untuk kami mendapatkan maklumat sebenar berkenaan kedudukan tanah milik kami, ujar beliau.

Turut hadir bersama peneroka di balai polis, Tn Hj. Razman Zakaria, Pengerusi BAPA Kebangsaan dan Tn Hj. Ramli Kanji, peserta Felcra jalan kancu, Tapah, yang telah menang saman keatas Felcra baru-baru ini.

Menurut Hj Razman, kes ini juga akan dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa yang terdekat ini supaya disiasat dan dapat dibawa kemuka pengadilan.


Isnin, 5 September 2011

Parti Komunis China Tetamu Kehormat Persidangan Umno


IPOH 5 SEPT : Parti DAP Perak menganggap Umno sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.

Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.

Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.

Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas.

Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China.

Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menganggap Umno tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.

“Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina.

“Bah kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah,” katanya menerusi kenyataan medianya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan Umno sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata sekarang?,” soalnya

Jumaat, 2 September 2011

Wikileaks: 'Apa cara pun' Anwar akan didapati salah

Berdasarkan penilaian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada Umno sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang, ketua pembangkang itu akan didapati bersalah kerana meliwat - hukuman keduanya dalam tempoh 10 tahun.

azlanPerkara itu didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh portal Wikileaks yang juga melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin utama Umno memutuskan segala padah dan kos politik bagi mendakwa Anwar "boleh diterima". Mereka juga mahu perkara berkenaan diteruskan secara agresif di dalam dan juga di luar mahkamah.

Menurut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Mark D Clark, kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat utama mereka adalah bagi memenjarakan Anwar semula dan menyingkirkannya secara tetap dari politik.

azlan"Walaupun mengakui perkara itu adalah semata-mata tindakan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan berpendapat tekanan politik adalah diperlukan, dan sanggup menerima risiko reputasi dalam proses berkenaan supaya akhirnya mencapai keputusan bersalah selepas drama berprofil tinggi berbulan-bulan di mahkamah," kata kabel, yang telah dihantar kepada Jabatan Negara Amerika di Washington dua tahun lalu oleh Duta James R Keith.

"Mahkamah akan membicarakan dan menolak rayuan Anwar pada kadar yang segera sebelum menjelang pilihan raya umum negara pada tahun 2012 atau 2013," kata kabel itu.

Menurut Keith, senario itu berlaku semasa bulan-bulan awal kes itu dibicarakan terutamanya menjelang tarikh September 2008, di mana Anwar sepatutnya mengambil alih Putrajaya, tetapi kesannya berkurangan sejak itu.

Kabel yang bertajuk 'Perbicaraan liwat II Anwar Ibrahim' memberi tiga senario berhubung bagaimana kes itu akan berakhir.

Dalam senario berkenaan, Kedutaan Amerika mengandaikan bahawa Najib akan berperanan sebagai "suara pemutus" berhubung keputusan perbicaraan, walaupun beliau juga perlu mendapatkan pendapat dan pandangan golongan elit Umno yang lain.

Dalam senario pertama, kerajaan akan memastikan dalam “apa cara sekalipun” Anwar akan didapati bersalah.

azlanSenario kedua pula menurut Keith, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tetapi tidak memberi tekanan yang sewajarnya untuk mendapatkan keputusan bersalah.

Ini akan berlaku sekiranya kerajaan percaya bahawa bukti-bukti yang dikemukakan semasa prosiding mahkamah itu sendiri cukup telah merosakkan maruah atau reputasi Anwar sehingga tidak mampu menjejaskan kredibiliti Najib, kata Keith.


ULASAN:


Inilah perkara yang akan dilakukan oleh Kerajaan UMporNO seperti dijangka oleh semua rakyat Malaysia yang terus mengikuti perkembangan kes ini sejak dari mula DS Anwar Ibrahim dikhianati.


Ini juga adalah satu bukti bahawa UMporNO lah Pengkhianat bangsa yang sebenarnya demi kuasa. Jadi, biarlah mereka teruskan konspirasi jahat itu dan dalam masa yang sama, rakyat hendaklah bangkit sepertimana kebangkitan PRU-12 lalu dengan menumbangkan kerajaan UMNO di 5 buah negeri ketika mereka sangat ghairah untuk menawan Kelantan.


Maka, pada PRU-13 akan datang rakyat wajib berubah untuk menawan Putrajaya pula ketika UMNO sedang ghairah untuk menumbangkan bangsa melayu bernama Anwar Ibrahim dengan berbagai fitnah yang sangat durjana.


Hancurkan UMNO..................

Khamis, 1 September 2011

Kerajaan China Tidak Melarang Masyarakat Islam di Xinjiang Beribadat & Berpuasa

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia bagi semua masyarakat Islam di seluruh dunia. Di China pula, lebih 20 juta penduduk yang beragama Islam menunaikan ibadah puasa dan bersolat tarawih dalam bulan ini. Bagaimanapun, Ramadan yang suci juga dipolitikkan oleh sebahagian kumpulan antikerajaan China di luar negara yang menganggap mereka mewakili masyarakat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Pada 8 Ogos lalu, Utusan Malaysia menerbitkan rencana dari Kongres Sedunia Uygur yang mengkritik kerajaan China melarang mesyarakat Islam di Urumuqi menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Restoran halal milik etnik Uygur pula dituntut buka pada siang hari.
Sebuah restoran halal di Urumqi, Xinjiang tidak membuka perniagaan pada bulan Ramadan. Pada pintunya dilekatkan notis yang bermaksud "Minta maaf, kami tidak berniaga pada bulan Ramadan".

Baiertiyar, seorang pegawai Jawatankuasa Agama di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang menafikan khabar angin itu dengan mengatakan bahawa, sebagai seorang yang beragama Islam, kakitangan mereka setiap hari telah berkunjung ke puluhan masjid tempatan untuk bersolat dan berbuka puasa bersama-sama masyarakat Islam tempatan. Setiap malam ribuan yang berbuka puasa bersama. Jika benar seperti apa yang didakwa oleh Kongres Sedunia Uygur, sesiapa pun yang mahu masuk ke masjid perlu menunjukkan kad pengenalan dan mendaftar dulu, ini akan menggunakan waktu begitu panjang dan tidak mungkin berlaku. Penduduk etnik Uygur tempatan pula menyatakan, mereka tidak pernah mendengar maklumat tersebut di Urumqi.

Jadi, sumber maklumat Kongres Sedunia Uygur dari mana? Pertubuhan ini yang beribu pejabat di Jerman, merupakan organisasi yang disusun semula dengan beberapa kumpulan pemisah Xinjiang di luar negara, termasuk beberapa kumpulan yang telah disifatkan sebagai kumpulan keganasan oleh masyarakat antarabangsa. Setelah berlakunya peristiwa 11 september, kumpulan-kumpulan tersebut takut menjadi sasaran dalam perang antikeganasan dan menyusun semula pertubuhan dan dikenali dengan nama Kongres sedunia Uygur. Pertubuhan ini mendalangi peristiwa 5 Julai yang berlaku di Xinjiang pada tahun 2009 dan mengakibatkan 197 orang terbunuh. Menjejaskan keamanan dan keharmonian di Xinjiang merupakan kaedah mereka untuk mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, khususnya negara barat dan juga mendapat sokongan dana dari sesepihak.

Untuk mengetahui keadaan benar di Xinjiang, China mengalu-alukan rakan dari masyarakat Islam melawat ke Xinjiang dan menengok dengan mata sendiri. Kebetulan CRI sedang menganjurkan aktiviti "Xinjiang dalam Lensa Kamera", mengundang wartawan dari masyarakat Islam di Afrika dan Asia, termasuk wartawan dari "Bernama" Malaysia untuk membuat liputan ke Xinjiang. Kami berharap gambar-gambar yang diambil oleh mereka di Xinjiang dapat membantu anda memahami Xinjiang yang sebenar.

ULASAN:

Maka dengan pendedahan ini, rakyat Negeri Perak yang mendengar Khutbah Hari Raya Eidul Fitri tidak perlu keliru dengan bahan teks Khutbah yang disampaikan oleh Khatib pada Hari Raya diseluruh Masjid dan Surau baru-baru ini setelah merujuk kepada berita ini.

Mesej awal teks Khutbah menceritakan Masyarakat Islam di Xinjiang China, telah disekat oleh kerajaan negara itu dari melakukan ibadat dan sangat sukar untuk melaksanakan gerakan dakwah yang seterusnya mengaitkan dengan keadaan yang ada didalam negara pada masa ini adalah lebih baik dari negara bukan Islam.
 
Harap-harap kerajaan siasatlah dulu keadaan sebenar yang berlaku menurut sumber yang sahih, bukan sumber yang diperolehi daripada pihak-pihak yang anti Islam. Bagaimana sekiranya Negara China mahu menyaman kerajaan Malaysia jika khabar yang disampaikan kepada rakyat adalah tidak benar, siapa yang susah? 

Jika dihayati bahan Khutbah Hariraya baru-baru ini, mesej yang ingin disampaikan hanyalah semata-mata mahu menghentam kerajaan Selangor berkaitan isu 'MURTAD' supaya dapat menaikkan kemarahan umat Islam terhadap kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Isu sebenarnya yang perlu kerajaan perjelaskan ialah kenyataan mufti Negeri Perak Dato' Seri Harussani Zakaria pada tahun 2007, mengenai masyarakat melayu yang telahpun 'MURTAD' berjumlah seramai 250 ribu orang di seluruh Malaysia pada ketika itu. Jadi, mengapa pula baru sekarang isu ini dimainkan dengan hebat melalui Khutbah, Media massa pihak kerajaan UMNO?

Apakah pada ketika itu UMNO masih kuat dan tidak perlu menjadikan isu umat Islam 'MURTAD' sehebat ini? ataupun UMNO terpaksa memainkan Isu 'MURTAD' pada ketika ini untuk menjadi talian hayat untuk terus menjadi kuat?

Rakyat sudah celik jadi, sepatutnya sumber rujukan untuk dijadikan bahan Khutbah bagi pengetahuan umat Islam sewajibkan diteliti sebaik-baiknya sebelum dijadikan teks penyampaian. Janganlah sampai Masyarakat Islam tertipu dengan Khutbah dari sumber yang tidak sah. Dan janganlah sampai negara Komunis mengatakan negara Islam di Malaysia sebagai penipu dan pembohong.

 Wllahu A'lam.