Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 10 Oktober 2013

ANAK Lapor SPRM Setelah FGV Beli Kondomunium Mewah

PUTRAJAYA- 10 Okt: Presiden ANAK Mazlan Aliman bersama jawatankuasa Lajnah Tanah PAS Pusat membuat laporan ke pejabat SPRM disini ekoran pembelian Kondomunium Mewah di Kota London bernilai RM497 juta.

Mazlan ketika ditemui berkata, "ANAK ingin menarik perhatian bahawa, pembelian oleh FGV melalui Felda Investment Corporation UK Properties telah membeli seluruh kompleks Kondomunium mewah Grand Plaza Service Apartment, Bayswater, London, pada harga yang amat mahal iaitu British Pound BP98 million."

"Jumlah ini bersamaan dengan 11.3% daripada dana tunai (4.4 billion) yang dijana oleh FGV dari penyenaraian awam dalm bulan Jun 2012 lalu, sekaligus menjadi pembelian ini ebagai satu item terbesar dalam 'senarai beli-belah' oleh FGV." Tambah Mazlan.

Ujar Mazlan, "pembelian kompleks Kondomunium mewah ini tidak selaras langsung dengan teras perniagaan (core business) FGV, iaitu, niagatani (agribusiness) dan tersasar jauh dari matlamat penyenaraian, seterusnya melonjakkan FGV menjadi sebuah syarikat niagatani terbesar didunia. Amatlah menghairankan bilamana syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) seperti Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain diarahkan supaya menjual perniagaan yang bukan teras, tiba-tiba FGV membeli pula perniagaan yang bukan teras."

"Laporan yang dibuat kepada SPRM ini menggesa supaya siasatan komprehensif dijalankan keatas pembelian kompleks kondomunium mewah oleh FGV jika didapati wujud bukti-bukti pembelian melibatkan unsur-unsur rasuah, salahguna kuasa, jenayah pecah amanah (criminal breach of trust) dan penyelewengan dana syarikat serta mengambil tindakan sewajarnya, selaras dengan undang-undang negara ini keatas pihak-pihak yang terbabit," tegas Mazlan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan