Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 30 Disember 2012

Lihat Realiti Masyarakat Melayu - Kg. Tradisional.

LENGGONG: Ziarah bertemu masyarakat pengundi di penempatan PPRT,  kg. Air Jada di Parlimen Lenggong untuk mendekati dan melihat sendiri masyarakat disini yang masih jauh ketinggalan daripada arus pembangunan dan kemajuan yang dilaungkan oleh kerajaan Umno/Bn bagi mengeluarkan masyarakat berbangsa melayu keluar dari belenggu kemiskinan.

YDP Pas kawasan Lenggong, tn hj Razman Zakaria, gigih turun padang menyusuri masyarakat setempat yang berhadapan dengan berbagai masalah mengharungi kehidupan yang semakin sukar.

Keluhan masyarakat melayu disini sememangnya wajar diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya menunaikan permintaan dan tuntutan mereka, memandangkan peningkatan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh ketua isi rumah, yang kebanyakannya hanya berkerja kampung, berendapatan kais pagi makan pagi, untuk menyara kos hidup seharian.

Penduduk PPRT Air Jada, melahirkan rasa kesal terhadap pimpinan Umno yang seakan-akan langsung tidak memperdulikan nasib mereka yang masih memerlukan perhatian yang sepatutnya.

Pada masa ini, tidak ada sebarang pengesahan hak milik lot tanah kepada peserta dan pemberian saham oleh FELCRA juga tidak diketahui jumlahnya yang sebenar.

Peserta juga keliru, kiraan saham hasil pengeluaran diatas tanah diberikan untuk mereka, tidak setimpal dengan keluasan tanah diberikan.

Lebih mengecewakan, peserta yang bekerja diatas tanah mereka sendiri sebagai penoreh getah, dibayar upah yang sangat murah, setaraf upah pekerja-pekerja asing yang dibawa masuk daripada Thailand.

Sementara itu, penduduk di Kg. tradisional Kg. Air Jada turut melahirkan kekesalan yang sama kerana tanah yang diduduki mereka sejak lebih 40 tahun masih tidak dianugerahkan oleh pihak kerajaan.

Tn hj Razman menyeru kepada semua masyarakat pengundi, supaya membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang.

Beliau melihat sendiri, kemiskinan dan kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat akar umbi dan sudah pasti akan dibantu dan dibela nasib masyarakat akar umbi ini.

Realiti sebenar, masyarakat di perkampungan tradisional orang melayu didaerah ini masih berada dalam golongan miskin tegar yang tidak terbela kebajikan mereka oleh pemimpin kerajaan Umno/Bn.

Semua ketua rumah dan pengundi-pengundi yang diziarahi oleh tn hj Razman, diseru supaya membuat perubahan dengan memberi undi dan sokongan kepada calon-calon daripada Pakatan Rakyat dalan PRU-13 ini dan insya-Allah, sekiranya beliau diberi amanah oleh masyarakat pengundi, tn hj Razman akan memastikan semua kebajikan masyarakat disini akan dibela dengan sewajarnya.

Khamis, 20 Disember 2012

Konvoi GAML Serah Memorandum: "Selamatkan Tanah Rakyat".

Sikap tidak Profesional kakitangan pusat khidmat A/Parlimen Lenggong, dengan layanan buruk menutup pintu pejabat.

LENGGONG: 18 Dis- Lebih seratus orang peserta melibatkan lebih 50 buah kereta dan motosikal menyertai konvoi Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) menyerahkan memorandum berkaitan tanah dan pembaziran kepentingan rakyat ke pejabat Umno bahagian, pejabat Pentadbir Tanah & Daerah, termasuk  Ketua Balai Polis Lenggong.

Deretan kereta peserta konvoi GAML memenuhi bahu jalan
pekan Lenggong.
Program bermula pada tengahari, setelah peserta berhimpun di Masjid Jame' disini, sejurus selesai menunaikan solat Zohor dan solat hajat.
Pada jam 2 petang, peserta konvoi menuju kepejabat Umno Bhg. bagi menyerahkan naskah memorandum yang terkandung beberapa desakan, berkaitan pencerobohan tanah hutan simpan PIAH, ladang teh dan pengambilan tanah bangan ragut oleh pihak kerajaan.
Namun begitu, kunjungan konvoi di pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Dato’ Shamsul Anuar Nasarah, mendapat layanan buruk kakitangan pejabat, apabila kakitangan pejabat itu mencampakkan memorandum diserahkan oleh Sdr Amirul Fairuzzen, yang mewakili Badan NGO itu.
Kakitangan pejabat ADUN Kota Tampan melambai tangan
kepada peserta GAML
Bagaimanapun, layanan baik diterima oleh peserta konvoi di pejabat pentadbir Tanah dan Daerah, apabila wakil pegawai Daerah menyambut ketibaan wakil GAML dan menerima serahan memorandum secara profesional.
Di balai polis Lenggong pula, peserta konvoi mendapat layanan baik daripada wakil ketua balai dengan cara yang profesional apabila menerima serahan memorandum daripada wakil GAML.
Memorandum diserahkan GAML  itu mendesak supaya semua agensi kerajaan yang terlibat  membuat siasatan dan seterusnya memberi penjelasan kepada masyarakat penduduk kampung terbabit dengan aktiviti dan pencerobohan yang dimaksudkan itu.
Sikap Profesional kakitangan pej. Pentadbiran Tanah & Daerah
yang patut dicontohi.
Menurut Pengerusi GAML, sdr Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, 41, wakil rakyat Parlimen Lenggong dan ADUN Kota Tampan, mesti bertanggungjawab menjawab semua pertikaian masyarakat mengenai status tanah serta semua projek dan aktiviti yang sedang berjalan dan terbengkalai menurut kandungan memorandum itu.
Peserta konvoi terdiri daripada anak muda yang berbagai latarbelakang itu, telah dibawa melihat sendiri semua tempat disebutkan dalam kandungan memorandum yang telah diserahkan iaitu, Tanah ladang teh, bukit kulim, kg. Beng, bagan ragut di Cherakoh, pusat ikan pekasam Negara, kg. Kuak, jambatan mengelak kejadian banjir (kononnya) di kg. Tampan Air dan pembaziran projek R&R tasek Raban yang ditinggalkan usang begitu sahaja.
Terima kasih kerana, suara Rakyat Didahulukan.
Ahmad Ramdzi berkata, berpuluh-puluh juta ringgit wang rakyat dibazirkan oleh kerajaan dengan projek yang sia-sia. Pembinaan kompleks Ikan pekasam Negara yang menelan belanja RM5.8 juta. Setakat ini hanya diniagakan oleh 3 orang pengusaha secara kecil-kecilan sahaja. “Adakah ianya berbaloi dengan peruntukan jutaan ringgit yang telah dibelanjakan oleh kerajaan”, Soal beliau.
Tegasnya lagi, pembaziran projek pusat hentian R&R Tasek Raban juga hendaklah diperjelaskan kepada masyarakat ekoran, pelaburan projek jutaan ringgit siap dibina itu telah dihentikan operasinya. Projek itu membabitkan dana rakyat yang tidak dapat dimanfaatkan untuk pendapatan ekonomi masyarakat disini.
Sikap profesional wakil ketua balai polis Lenggong, menerima memorandum
sangat dihargai oleh peserta GAML
Persoalan yang timbul, apakah pelan masa depan supaya dimajukan kembali bagunan ini dan siapakah yang pula yang akan diberi kepercayaan untuk memajukan semula pembangunan yang menelan puluhan juta wang rakyat ini?
Apakah pemimpin kerajaan disini langsung tiada inisiatif menilai perkembangan ekonomi yang mewajarkan pembangunan itu perlu dilaksanakan ataupun tidak di daerah kecil ini. Soal Ramdzi.
Antara persoalan penting yang perlu dijawab oleh wakil Rakyat ialah,  mengenai pengambilan tanah untuk penternakan di kg. Cherakoh. Pembangunan kolej kononnya untuk kemajuan Negara telah mengorbankan punca pendapatan ekonomi peserta terdiri  masyarakat setempat ekoran tanah bagan ragut disini tidak diganti dengan tanah yang baru dimana-mana lokasi.
Jelas Ramdzi, kerajaan hanya meluaskan kemajuan yang tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat dan menyempitkan tanah keperluan masyarakat untuk penternakan serta mengurangkan pendapatan ekonomi rakyat.
Peserta GAML dihadapan Pusat Ikan Pekasam Negara, kg. Kelantan, Kuak.
Menurut Pengerusi Badan NGO ini, pihak beliau akan sentiasa memantau perkembangan pelan tindakan yang akan diambil oleh pihak-pihak berwajib setelah memorandum ini diserahkan.
Ahmad Ramdzi mengulas bahawa, pihaknya tidak teragak-agak bertindak menghantar memorandum yang sama ke Parlimen, sekiranya pihak-pihak bertanggungjawab tidak melakukan sebarang tindakan keatas aduan dibuat oleh NGO ini.

Pusat hentian R&R Tasek Raban tingkat atas kini terbiar.
GAML minta wakil rakyat berikan penjelasan berapakah nilai  pembaziran yang telah ditanggung oleh kerajaan
keatas projek yang tidak memberi manfaat kepada pendapatan ekonomi rakyat ini.

Tanah bagan ragut di kg. Cherakoh ini diambil oleh kerajaan untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) 

TANAH BAGAN RAGUT RAKYAT: kerajaan meluaskan pembangunan yang secara langsung telah menyempitkan ekonomi rakyat. Tanah ganti tidak beri. Jika Ada ganti, adakah tanah ganti itu berada di lokasi berdekatan dengan perkampungan penduduk setempat...???
Pembinaan Jambatan telah dijalankan bertahun-tahun masih tidak siap-siap, menyebabkan ekonomi peniaga penduduk kg. Tampan merosot. Wakil rakyat mendakwa kononnya, jambatan rendah menjadi penyebab berlaku banjir disepanjang Sg.Nerok.
Jambatan menghubungkan Kg. Tampan Air  -  Lenggong terputus bertahun-tahun, menyebabkan banyak masalah kepada peniaga di kg. ini.

Inilah sebab Umno nak sangat pertahankan kuasa...



IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek kepada pegawai khas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Kadir.

Ini berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Persidangan DUN Perak semalam tentang satu perjanjian diantara pemilik tanah Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd yang dimiliki oleh pegawai khasnya, Asmadi Teh.

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-hiss berkata, Asmadi adalah pegawai khas Dr Zambry di DUN Pangkor yang juga merupakan AJK Umno Bahagian Lumut.

Menurutnya, Perjanjian tersebut berdasarkan BOT (Build-Operate-Transfer) dimana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus projek itu.

"Pemberian tersebut dilihat telah melanggari etika serta melibatkan unsur salah guna kuasa yang dianggap berat," katanya ketika membuat sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Perak, Ipoh.

Selasa, 18 Disember 2012

NGO Gerakan Anak Muda Lenggong (GAML) Buat Laporan Polis, Serah Memo 'Selamatkan Tanah Rakyat'


LENGGONG- 17 Dis: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu, Gerakan Anak Muda Lenggong (GAML) sedang giat memantau penebangan pokok bagi projek pembalakan dan pembangunan tanah disini, membuat laporan polis hari ini berkaitan status tanah dan hutan di kawasan hutan Simpan PIAH yang juga merupakan kawasan tadahan air.

Menurut pengerusi NGO berkenaan, saudara Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, 41, rungutan daripada penduduk di beberapa buah kampung berdekatan berhubung isu penebangan hutan, pembangunan dan pengambilan tanah oleh kerajaan dan mana-mana syarikat di daerah ini, mestilah dijelaskan kepada rakyat, agar tidak timbul sebarang keraguan.

Ahmad Ramdzi berkata, wujud desakan daripada penduduk berkaitan status pengambilan balak di Kampung Beng dan Kampung Luat, yang dipercayai berlaku pencerobohan terhadap hutan simpan PIAH di Bukit Kulim. Pembersihan hutan di kawasan ini seolah-olah tanah itu akan diteroka untuk tujuan pertanian. Dan diragui, tanah ini akan diserahkan kepada syarikat-syarikat atau pemaju tertentu untuk dimajukan.

Tegasnya lagi, penduduk kampung sekitar berhak mengetahui status semasa tanah tersebut. Lebih-lebih lagi, penduduk disini lebih layak mengusahakannya, kerana mereka memerlukan tanah dipinggir kampung mereka sendiri untuk diusahakan bagi meneruskan kehidupan.

Di Kampung Changkat Berangan, GAML mendesak pihak polis membuat siasatan berhubung pengambilan tanah padang ragut yang telah diperuntukkan untuk kegunaan ragut oleh ternakan penduduk Kampung Raban, Kampung Changkat Berangan dan Kuak. Hal ini berikutan pembinaan bangunan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong oleh kerajaan.

Penduduk ingin tahu, kepada siapa tanah itu diserahkan dan dimanakah kawasan gantian bagi tapak padang ragut itu, supaya aktiviti penternakan kepada penduduk setempat tidak terjejas.

Selain itu juga, isu berhubung status ladang teh Lenggong juga menjadi pertikaian masyarakat setempat. Selain pembaziran wang rakyat ke atas pelaburan membuka ladang teh pada tahun 80an itu juga, isu penerokaan tanah ladang teh seluas 800 ekar oleh sebuah syarikat bukan bumiputera yang menjalankan aktiviti tanaman dan pertanian pada masa ini, turut dilaporkan untuk tujuan penyiasatan pihak polis. Kesan penerokaan ini telah menyebabkan kawasan tadahan air musnah dan penduduk di pinggir sungai Nerok menerima kesan buruk banjir kilat, setiap kali hujan lebat.

Berikutan itu juga, di Kampung Banggol Belimbing, penduduk disini telah menerima kesan buruk akibat banjir kilat yang dipercayai berpunca daripada pencerobohan dan penerokaan terhadap tanah peninggalan ladang teh Lenggong.

Ahmad Ramdzi berkata, selaku Pengerusi GAML, beliau bersama ahli NGO (GAML) telah membuat laporan polis untuk tujuan siasatan dan mengharapkan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh pihak-pihak yang berwajib. Pihak NGO juga akan bertindak menyerahkan memorandum ‘Selamatkan Tanah Rakyat’ ke pejabat  Ahli Parlimen Lenggong, ADUN Kota Tampan, Pentadbir Tanah dan Daerah dan Ketua Balai Polis Lenggong pada jam 2 hingga 3 petang esok.

Rabu, 5 Disember 2012

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, mangsa tetap dibantu.



LENGGONG: 3 Dis,2012- Banjir besar kembali melanda beberapa buah kampung di daerah ini dan Gerik pada malam tadi telah menyebabkan penduduk mengalami kerugian.
Hujan lebat selama 2 jam, telah menyebabkan air sungai naik dengan mengejut dalam masa yang singkat, sehingga mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang keperluan daripada kemusnahan.

Menyusuri rumah-rumah mangsa banjir.
Sementara itu, di kg.Padang, Gerik. seorang kanak-kanak berumur 12, nyaris maut setelah dihanyutkan air sungai deras yang datang secara tiba-tiba ketika mangsa sedang menunggang motosikal di dalam hujan lebat.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik setelah dia dapat berpaut pada dawai pagar, kebun tanaman ditepi sungai, sebelum seorang pemuda yang mendengar suara mangsa menjerit meminta pertolongan berenang datang menyelamatkannya daripada dibawa oleh arus sungai yang deras.
Timb.Pesuruhjaya PAS Perak merangkap YDP PAS kawasan Lenggong, tn hj Razman Zakaria, turun menziarahi rumah-rumah ditimpa musibah sambil membantu  mangsa banjir di kg. Padang, kg.Tanjung Kala, kg.Ulu Kenderong dan kg.Bendang kerajaan, Gerik, dengan menyampaikan sumbangan bekalan makanan untuk 57 buah rumah mangsa yang terjejas teruk.
Ketua DMPk Gerik Pn. Norhayati (2 dari kanan) dan Timb.Ketua DMPk Lgg. 

Turut bersama hj Razman, ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Gerik, pn Norhayati.

Hj Razman, lebih dikenali oleh berbagai lapisan masyarakat dengan sikap ramah dan mesra, bertemu dengan penduduk. Beiau melahirkan rasa simpati dengan musibah yang sedang dialami oleh masyarakat disini dan terus cuba membantu serta mengharapkan semua mangsa banjir agar bersabar menghadapi setiap ujian daripada Allah dengan redha.
Bermotosikal menyantuni mangsa banjir.

Hj Razman juga mengucapkan tahniah kepada anggota jabatan Amal Malaysia, ajk PAS cawangan,PAS kawasan serta  semua yang telah terlibat menderma, mengurus pemberian bantuan dan bertungkus-lumus membantu kerja-kerja pembersihan rumah-rumah penduduk yang dilanda banjir.





Melihat keadaan banjir di kg. Ulu Kenderong.

Seorang penyumbang bantuan makanan yang telah diberikan kepada mangsa banjir. 

Mangsa kerugian beribu ringgit apabila peralatan elektrik di tenggelami air.

Banyak kerosakan barangan rumah ditanggung oleh mangsa banjir.

Bertanya khabar dan menyantuni mangsa banjir.

Bilik tidur yang dimasuki air.

Berada dalam rumah mangsa banjir yang telah siap di bersihkan.

Rumah JKK turut dinaiki air.

Ketua DMPk Gerik, Pn.Norhayati menyantuni mangsa banjir yang sedang membuat persiapan kenduri kahwin anaknya.

Beri bantuan dari rumah kerumah.

Mangsa gembira menerima bekalan makanan kerana barang keperluan makanan dirumahnya ditenggelami air.

Bekalan makanan mentah untuk 3-4 hari kepada mangsa banjir.

Mangsa gembira kerana makan tengahari turut diberi.

Makan tengahari turut diberi selain bekalan mentah.

Agih makanan tengahari.

Beri makanan tengahari mangsa tidak dapat memasak kerana sibuk membersihkan rumah.

Semoga dapat meringankan beban mangsa.

Rumah warga emas turut di landa banjir.

Rezeki dari Allah, kami hanya menyampaikan.

Mangsa gembira kerana ada insan yang sudi membantu.

Semoga dapat membantu kesusahan mangsa banjir.

Sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir.

Mangsa Banjir terima bekalan makanan

Rumah Penyokong Umno

Beri makanan tengahari kepada mangsa.

Makan dulu.





Membantu sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Ulu Kenderong.



Tetap sujud kepada Allah walaupun dalam keadaan apa sekalipun.