Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Isnin, 28 Februari 2011

Hikayat Sembah Derhaka

KENALI ANAK - ANAK PEMIMPIN ISLAM ALA 1 MALAYSIA

ANAK NAZRI AZIZ (ORANG LENGGONG)









ANAK NAJIB RAZAK (PM 1 MALAYSIA)





HEBAT KAN???

HUKUM AURAT ALA PEMIMPIN UMNO

 
AURAT WANITA MUSLIMAH MENURUT SYARAK  
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Wallahu ‘alam bi sawab.




















KES FELCRA INI SAMA DI LENGGONG


Nampaknya isu Felcra masih belum dapat diselesaikan dengan baik, adil dan saksama. Pihak yang berwajib sedar berlakunya keserongan namun masih membiarkannya berlaku kerana mendapat keuntungan dari keadaan ini. Kerajaan kononnya ingin membasmi kemiskinin namun perlaksanaan pihak kerajaan tambah meluaskan jurang kemiskinan - yang senang menjadi kaya yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin dan tertindas.

Dalam isu Felcra memanglah tidak wajar jika penjawat awam @ kakitangan kerajaan mendapatnya dengan meminggirkan dari mengutamakan orang kampong terlebih dahulu. Ini namanya mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kuasa. Penghulu-penghulu juga memang memainkan peranan dalam penyalahgunaan kuasa ini. Ketua Kampong juga berperanan dalam penyalahgunaan kuasa. Pihak atasan memang sedar dan nampak, termasuk juga YB Adun juga menyedarinya tetapi kenapa ini masih dibiarkan berlaku?

Tetulah jawapannya kerana kepentingan kroni. Untunglah kita masih ada 2, 3 orang rakyat marhaen didalam DUN Tahan ini yang masih mampu bersuara untuk menyuarakan ketidakadilan yang berlaku. Terima kasih Cenerung Ular, Buntat, Cu-cu Atok, Ri-Kuala Pengor, Pang5 Banir, MUT dan lain-lain lagi, yang berani menyuarakan bagi pihak mereka yang tidak mampu bersuara atau sudah kehilangan suaranya.

Ketahuilah bahawa saya, serta yang lain-lain ini dahulu adalah penyokong kuat kerajaan. Semua penduduk-penduduk kampong dulunya penyokong kuat kerajaan, tetapi apabila kami melihat pemimpin-pemimpin kerajaan yang memimpin sekarang ini sudah semakin jauh dari perjuangan asal, kami sudah hilang percaya kepada perjuangan parti. Kerana itulah kita lihat generasi muda sudah menjauhi UMNO, kerana mereka sudah bijak menilai dan mereka melihat bahawa pemimpin-pemimpin dalam UMNO kini tidak lagi memegang perjuangan dahulu. Pemimpin tidak berjuang untuk rakyat tetapi mengharap rakyat berjuang untuk mereka.

Slogan Juara Rakyat adalah satu slogan yang menipu rakyat, kerana pemimpin tidak melaksakan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka ingin menjadi juara kepada rakyat tetapi mereka tidak berjuang untuk rakyat. Mereka berjuang untuk diri mereka sendiri serta kroni.

Mungkin UMNO sudah terlalu lama memerintah. Mungkin pemimpin UMNO sudah jemu memimpin. Mungkin rakyat kena mencari alternatif lain selepas ini.Mungkin juga Penghulu-penghulu sudah terlalu lama berkhidmat. Ketua Kampong juga sudah tidak pandai membeza yang mana adil yang mana tidak. Mungkin juga mereka sudah lupa yang mana halal dan yang mana haram!

Saya akan menulis isu Felcra ini beberapa hari lagi biar sampai orang jemu membaca, biar pihak berkenaan mengambil tindakan, biar kebenaran dapat ditegakkan.

Saya CnP posting semalam;


3. Isu yang hendak kita bawa adalah berkaitan dengan Felcra, ketidakadilan pemberian saham serta nasib malang golongan miskin yang tidak dihiraukan oleh kerajaan.

- Dalam pemberian sahan Felcra yang dirujuk, rakyat tidak berpuas hati kerana mereka yang ada dari kalangan mereka yang tidak mendapat pertimbangan yang saksama. Walaupun mereka didalam golongan miskin dan tidak mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan namun oleh kerana sikap pilih kasih dan berkroni maka mereka tidak langsung dipertimbangkan sebaliknya saudara-mara Tok Penghulu dan Ketua Kampong diberikan hak kerana amalan sikap pilih kasih ini.

- Selain itu golongan yang bukan benar-benar miskin dan kakitangan kerajaan juga menerimanya sedangkan sepatutnya keutamaan patut diberikan kepada rakyat miskin dan lahir serta tinggal dikawasan berkenaan dimana projek Felcra itu dibangunkan.

- Ada dikalangan Tok Penghulu yang dilaporkan menjual saham-saham Felcra yang diberikan percuma ini dengan harga RM100.00 setiap satu.

- ADUN, Tok Penghulu serta Ketua Kampong sebenarnya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengagihaan yang tidak adil ini dan mereka mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ini di dunia dan di akhirat.

- Terdapat juga maklumat bahawa ada pihak yang suami dan isteri, kedua-duanya menerima saham dimana keadaan ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula penerima itu adalah serang kontrektor dari kalangan Wan dan memang sah kroni ADUN.

- Kepada siapa lagi orang-orang kampong yang miskin ini dapat bergantung harap apabila jentera kerajaan sudah menyeleweng dan mementingkan diri mereka sendiri serta kroni? Gejala rasuah dikalangan kakitangan kerajaan sudah tidak dapat diselindungi lagi. Apa yang kerajan dapat lakukan mengenai gejala rasuah ini?

- Saya tidak pasti kebenaran terhadap individu yang dituduh, Tok Penghulu dan Ketua Kampong yang berkenaan hasus disiasat oleh pihak atasan mesti memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan bagi  membersihkan imej kerajaan

- Slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang kerajaan 'suapkan' kepada kita hanyalah 'tayangan gambar dan hiburan semata-mata'. Perdana Menteri, Menteri Besar serta Wakil-wakil Rakyat yang dipilih tidak langsung mengambarkan mereka faham dan berusaha untuk mencapai hasrat itu. Penjawat awam juga sebilangannya terlibat dalam 'penjahanaman' negara apabila mereka adalah pemain utama dalam 'industri rasuah negara'.

- Jika wakil rakyat dan kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah ini (dan sebenarnya saya sangat yakin ini tidak akan mampu di bendung) maka terimalah hukuman rakyat pada Pilihanaya Umum ke 13 nanti. Jangan wakil rakyat fikir dengan merasuah pemimpin menunaikan umrah maka sokongan rakyat akan bertambah dalam PRU nanti? Sebenarnya rakyat melihat dengan jelas dan rakyat sangat membenci serta berdendam untuk membalas perbuatan itu, dan UMNO /BN terpaksa menerima pembalasannya.


- Dengan peningkatan gaji dan imbuhan bagi kakitangan kerajaan dan pemimpin masyarakat @ Ketua Kampong, perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelewengan harus di minimumkan jika pun tidak mampu dihapuskan terus. Adalah tidak adil bagi rakyat miskin dikampong yang pendapatan mereka tidak bertambah tetapi takanan dan penindasan terhadap mereka semakin meningkat.

Posted by uRag dRrulug at 8:12 AM

Dari peneroka/peserta FELCRA penyokong kuat UMNO.
Jerantut Pahang.

TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA- RAKYAT YANG KENA DULU

PRK N. 28 DUN KERDAU: Najib kuasai Felda...........

'Calon PAS DUN N.28 Kerdau'
'Dianggarkan 10 Ribu Penyokong PR 
Menyertai Perarakan Penamaan Calon'

Kerdau- 26 Feb,  Calon PAS, Hasanuddin Salim  akan menentang calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi mengisi kekosongan kerusi N.28 DUN Kerdau;

Hasanuddin Salim (PAS)
        Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN)

Jumlah Pengundi:           8,999
Pengundi Biasa:                 8,984
Pengundi Pos:                   15.

Pecahan Pengundi:          

Melayu: (7,988-88.77%)
Cina: (454-5.05%)
India: (298-3.31%)
Orang Asal: (236-2.62%)
Lain-lain: (22-0.24%)
Bumiputera Sarawak: (10-01%.)

"Projek Mee Segera BN"
Seperti biasa, BN menggunakan sepenuhnya kemudahan awam seperti, Dewan Orang ramai sebagai tempat untuk berkempen. Projek “MEE SEGERA”  (turap jalan yang masih elok) juga dicurahkan (hanya  turap sepanjang 100 meter)  berdekatan dengan Markas Induk Jentera PRK PAS Kerdau.

Hasil temu bual dengan pemuda BN yang bertugas menampal poster dan bendera (BN) telah mendedahkan, semua kerja-kerja yang dilakukan mereka dibayar dengan kadar upah sebanyak RM150 seorang atau, tiada wang tiada kerja.

Rumah Peneroka Felcra (PPSK) Rumpun Makmur.
Dilaporkan juga bahawa, BN telah menyediakan perbelanjaan yang besar untuk memastikan masyarakat pengundi di  tiga kawasan Felda  dan di Felcra (PPSK) Rumpun Makmur,  terus menyokong BN.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman dan  Hj. Razman Zakaria, selaku Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak, lebih menumpukan gerak kerja di tiga kawasan Felda iaitu, Felda  Jengka 22, 23, 25 dan Felcra (PPSK) Rumpun Makmur.

'Mazlan Aliman - Taklimat Jentera Pilihanraya'
Dalam pertemuan menyampaikan taklimat gerak kerja PRK DUN Kerdau kepada petugas-petugas PRK DUN Kerdau, dan lawatan ke UPU-UPU yang terlibat Mazlan Aliman dan Hj Razman Zakaria telah menyampaikan taklimat mengatur gerak kerja yang lebih tersusun bagi memastikan kemenangan PAS di PRK DUN Kerdau.

P/s: Kepada semua penyokong-penyokong PAS, doakanlah kemenangan PAS dalam menentang kezaliman BN di PRK Kerdau yang semakin angkuh menjadikan jentera kerajaan sebagai alat mencapai kemenangan pada PRK yang diadakan. Dikhabarkan sebanyak RM12 juta dibelanjakan untuk menarik undi masyarakat pengundi di tiga Felda (Felda Jengka 22,23,25) dan Felcra PPSK Rumpun Makmur. BN terus bermain dengan wang. "Tetapi jangan lupa, kita ada Allah yang hanya kepada-Nya sahaja kita bertawakkal setelah kita berusaha sedaya upaya, membantu kemenangan PAS di Kerdau dan Merlimau".

Ahad, 27 Februari 2011

DEMOKRASI ALAT DAKWAH ISLAM


DEMOKRASI ALAT DAKWAH ISLAM

Islam berkembang dengan dakwah. Bermula dengan dakwah fardiyyah hinggalah jihad fi sabilillah. Dakwah merupakan perkara penting dalam Islam. Dengan dakwah, manusia akan merasakan kehebatan islam. Dengan dakwah, manusia akan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Dengan dakwah, manusia akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Manusia pula memerlukan kehidupan yang sempurna. Mereka inginkan keamanan, keselamatan, kedamaian dan berbagai-bagai lagi keinginan. Semuanya adalah keinginan fitrah kemanusiaan yang sememangnya wujud dalam jiwa manusia.

Dunia telah berada dalam kegelapan. Kegelapan berlaku dengan sebab manusia tidak dapat menyediakan dasar kehidupan yang boleh memimpin mereka membawa kepada kesesuaian dengan kehidupan fitrah.

Kesemua kehendak fitrah ini tidak dapat dikecapi dengan tidak menjadikan islam sebagai dasar kehidupan. Allah SWT merupakan tuhan yang telah mencipta manusia. Dengan penciptaan itu menggambarkan Allah bersangatan mengetahui cara kehidupan manusia bagi mencapai kehendak fitnah kemanusiaan tersebut.

Dengan itu, Allah telah mendatangkan sistem kehidupan dengan mengutuskan Nabi dan Rasul bagi menyampaikan ajaran-Nya, yang hakikat ajaran itu sebenarnya mendidik manusia agar tidak menuruti kehendak nafsu yang boleh membawa kepada penghapusan terhadap kehendak fitrah insani tersebut.

Pun begitu, di sana terdapat manusia yang nafsunya agak buas sehinggakan kandungan ajaran Allah itu di tingalkan disamping melawan dengan hebatnya.

Tidak kira yang melawan itu bernama Kafir atau munafiq atau seumpama dengannya. Serangan terhadap Islam itu hebat di lakukan oleh mereka, bermula dari zaman nabi-nabi terdahulu sehinggakan umat Nabi Muhammad SAW.

PEMERINTAHAN ISLAM DISERANG

Serangan dari musuh islam terhadap Islam sememangnya hebat. Berbagai strategi yang dilakukan oleh mereka untuk melihat Islam sebagai agama yang terhina.

Dengan tertubuhnya pemerintahan Islam di Madinah, Islam telah menjadi agama yang sememangnya kuat di mata dunia. Kekuatan itu telah dicemburui oleh dunia-dunia yang tidak Islam sehinggakan mereka telah bertindak untuk menjatuhkan pemerintahan Islam.

Mereka berusaha hendak menguasai pemerintahan islam. semuanya bertujuan untuk menjadikan mereka sebagai pemerintah disamping mahu menindas terhadap pemerintahan Islam yang lain.

Pelbagai serangan yang dilakukan oleh mereka. serangan dari sudut tenaga telah mengakibatkan mereka kecundang. Mereka berusaha menyerang umat Islam melalui pemikiran pula. Serangan ini dilihat agak berjaya. Maka mereka menyerapkan berbagai-bagai fahaman kepada umat Islam.

Kejayaan mereka terserlah dengan kejatuhan pemerintahan islam satu persatu, sehinggakan khalifah Osmaniyyah yang merupakan tonggak kekuatan pemerintahan islam gugur pada tahun 1924.

Dengan kejatuhan itu, kuffar merasakan bahawa umat Islam boleh dimainkan oleh mereka. mereka membina boneka-boneka mereka yang terdiri dari kalangan orang yang mendakwa Islam sendiri. golongan munafiq diberi tempat dalam pemerintahan. Dan mereka dididik agar mempertahankan pemikiran barat disamping memperjuangkan pemikiran yang di doktrinkan itu.

Keadaan ini telah membuahkan hasil yang sangat berjaya. Kejatuhan kerajaan Osmaniyyah turki pun disebabkan dengan kejayaan mereka membina boneka barat yang bernama Mustafa Kamal Art-Tarturk yang dengan kehadiran Mustafa kamal inilah antara punca utama kejatuhan kerajaan osmaniyyah.

Tindakan yang sama dilakukan di sebilangan Negara-negara umat Islam yang lain. sebilangan Negara, mereka memulakan serangan dengan kuasa penjajahan. adapun di Negara yang mereka tidak mampu untuk menjajah, mereka telah melantik anak-anak didik mereka yang telah dibonekakan untuk memerintah.

Maka dengan sebab itulah, setelah kejatuhan kerajaan Islam, umat Islam semakin lemah. Isu Palestine dan kasymir, penyelesaianya sering diperkatakan semenjak berpuluh-puluh tahun. Tidak sekadar itu, barat semakin menggila untuk menghina Islam dan umatnya, mereka menyerang pula Iraq dan Lubnan.

Setelah mereka berjaya menguasai di sebilangan Negara-negara umat Islam ini, mereka akan memaksa agar Negara umat Islam ini mengamalkan sistem pemerintahan yang berasaskan kepada demokrasi. Sistem yang direka cipta oleh mereka sendiri. semua bertujuan untuk melahirkan generasi yang beraqidah dengan sistem demokrasi ciptaan mereka.

DUNIA ISLAM TERSEPIT

Dunia Islam berada dalam keadaan tersepit. Hendak mencegah sistem demokrasi mati bapa, hendak menerima pula mati emak. Dalam dilema sedemikian, barat tetap melaksanakan sistem demokrasi dalam Negara-negara umat Islam.

Boneka-boneka mereka diletakkan sebagai pemerintah sebagai pelaksana kepada sistem demokrasi yang direka cipta oleh mereka. maka berjalanlah sistem demokrasi di kalangan umat Islam.

Golongan maksiat mula bersuara mahukan kebebasan. Tuntutan membuka aurat dilakukan sehingga mereka berjaya. Dunia Islam dipenuhi dengan maksiat yang melampau.

Keadaan ini menyebabkan, golongan taqwa mula berfikir untuk menyelesaikan keadaan sebegini. Jika mahu mengisytiharkan perang bersenjata, pemikiran ini dalam keadaan ketika itu agak tidak menghasilkan natijah yang baik. Ini kerana, golonngan taqwa hanya sedikit yang tidak memungkinkan jihad bersenjata akan menghasilkan kejayaan.

Mereka mula memikirkan usaha dakwah melalui sistem demokrasi itu sendiri. mereka mula meng”edit” beberapa unsure-unsur dalam demokrasi agar tidak bercanggah dengan Islam.

Tindakan ini bersesuaian dengan firman Allah;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
“barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Demokrasi yang merupakan matlamat dalam pemikiran barat, digantikannya dengan menjadikan sebagai alat untuk berdakwah. Maka dengan itu, banyaklah jemaah-jemaah islam ketika itu melibatkan diri dengan demokrasi. Penglibatan mereka bukan kerana mahu menjadikan demokrasi itu sebagai fahaman, tetapi sekadar mahu menjadikan ia sebagai alat untuk menyampai dakwah untuk menyedarkan umat Islam terhadap Islam.

KEJAYAAN DAKWAH DALAM DEMOKRASI

Rupa-rupanya, dengan tindakan jemaah-jemaah islam yang “memperalatkan” sistem demokrasi itu telah menghasilkan natijah yang baik kepada dakwah islamiyyah.

Kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, kebebasan menubuhkan parti dan kebebasan menyampaikan fahaman politik masing-masing telah menyebabkan jemaah islam berjaya menyedarkan umat Islam dengan islam. umat Islam yang melihat pergerakan jemaah Islam yang menyediakan Islam sebagai model keamanan dan keadilan telah merasakan kepentingan menjadikan Islam sebagai agama memerintah. Maka dengan itu, ramailah umat Islam sedar dan berusaha hendak mendaulatkan Islam mengikut kemampuan yang ada pada diri mereka.

Apakan daya, golongan boneka barat amat takut dengan perkembangan Islam itu menyebabkan mereka mula bertindak ganas. Mereka sanggup menangkap dan memenjarakan umat Islam yang mahukan Islam memerintah. Kesombongan mereka semakin menjadi-jadi sehinggakan mereka sanggup membunuh umat Islam tersebut.

Dalam keadaan itulah, mereka mula melanggar kandungan demokrasi yang mereka canang dahulu. walaupun mereka adalah golongan yang mencetuskan perhimpunan, kini perhimpunan yang ingin di adakan oleh pencinta Islam dan keadilan dianggap sebagai penderhaka.

Mereka mula mengupah agamawan untuk menjadi “barua-barua politik” untuk menulis dan berceramah tentang kesyirikan sistem demokrasi dengan tujuan untuk menghentam jemaah Islam yang menggunakan sistem demokrasi untuk kemenangan Islam.

Tetapi, adakah mereka sedar, sebenarnya merekalah orang yang beraqidah dengan sistem demokrasi syirik. Adapun jemaah-jemaah islam, mereka tidak pernah beraqidah dengan sistem demokrasi itu, tetapi mereka meng”edit” demokrasi agar ianya tidak bercanggah dengan Islam dan kemudiannya menjadikannya sebagai alat untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah. Sememangnya jemaah-jemaah islam berjaya menyampaikan mesej dakwah melalui ruang demokrasi ini.

PENUTUP

Menghadapi musuh secara damai merupakan kaedah yang perlu di utamakan sebelum menghadapi mereka dengan kekerasan. Lihatlah dalam kisah sulh al-hudaibiyyah, bagaimana kaedah damai ini di guna pakai oleh Rasulullah SAW untuk berhadapan dengan kegilaan tentera musyrikin Makkah ketika itu.

Demokrasi merupakan salah satu cara yang boleh digunakan (setelah di edit) untuk berhadapan dengan musuh dengan menggunakan cara damai. maka dengan sebab itulah, dalam keadaan Negara mengamalkan sistem demokrasi ini, tidak menjadi kesalahan kepada jemaah Islam untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam dengan menggunakan sistem demokrasi juga.

Apa yang penting dari usaha ini adalah, semuanya untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi Allah, yang mana, ianya merupakan tuntutan Allah SWT.