Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 21 April 2011

Ketua Polis Negara dah tahu siapa lelaki aksi seks rakaman video Datuk T

Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh “Datuk T” bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam. Bagaimanapun, Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan. Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.

Video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan oleh “Datuk T” di hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu, mendakwa lelaki dalam aksi seks adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Kata Ismail, polis kini dalam proses mengenal pasti pemilik tangan Omega yang menurut “Datuk T” adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami sedang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan (Omega) yang diserahkan kepada polis,” kata beliau kepada pemberita. Apabila ditanya mengenai wanita tidak dikenali dalam aksi seks itu juga telah disoal siasat, Ismail berkata, “polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dalam video seks.”

Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega kepada polis.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau adalah individu dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

BERPALING TADAH ATAU "UBAH" SEJARAH: SIAPA YANG NAK ANGKAT KU LI JADI PM DAN SIAPA YANG NAK JATUHKAN PAK LAH SEBAGAI ORANG NOMBOR SATU NEGARA?



Rafizi Ramli dedahkan pertemuan dimaksudkan RPK itu diadakan Oktober 2007 tetapi tidak pernah menyentuh soal Najib dan ia dianjurkan oleh penulis-penulis blog yang probekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu melihat pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi berakhir.


Mohd Rafizi Ramli menafikan dakwaan Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa satu pertemuan pernah diadakan di pejabat Tengku Razaleigh Hamzah tiga tahun lalu untuk membincangkan strategi menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada menjadi perdana menteri, sebaliknya peluang tersebut memihak veteran Umno itu.

Rafizi (gambar), Pengarah Strategi PKR menegaskan, pertemuan dimaksudkan itu diadakan pada Oktober 2007 tetapi tidak pernah menyentuh soal Najib dan ia dianjurkan oleh penulis-penulis blog yang probekas perdana menteri tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu melihat pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi berakhir.

“Raja Petra mengubah cerita supaya memihak kepada beliau,” katanya. Dr Mahathir ketika itu “menyerang” Abdullah sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada April 2009.

Ia terjadi disebabkan rasa kurang senang apabila Abdullah merombak sistem dan dasar pentabiran diwarisi Dr Mahathir termasuk membatalkan rancangan “jambatan bengkok”, projek yang sepatutnya menggantikan Tambak Johor.

Raja Petra menyatakan demikian dalam tulisan terbaru portalnya hari ini, yang mendedahkan wujud konspirasi cuba mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan, Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri.

Beliau membuat pendedahan itu sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.

Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan Rafizi sendiri, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan. Bagaimanapun Rafizi berkata pertemuan itu “tidak bercakap soal Najib, Rosmah atau Altantuya.”

“Mereka yang bercakap hanya menyatakan perasaan meluat mereka dengan Abdullah dan berkata, hanya Ku Li (Tengku Razaleigh) boleh menyelamatkan negara. Najib bukan satu faktor kerana beliau terlalu lemah untuk mencabar Abdullah,” katanya.

Beliau menambah, sebelum petanda pilihan raya umum 2008 yang memperlihatkan Barisan Nasional (BN) tewas lima negeri dan gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

“Jadi semua orang menyangka BN kebal dan Abdullah hanya boleh digantikan seseorang dalam Umno. Ku Li dilihat mampu untuk menerima cabaran itu kerana apa yang telah beliau lakukan sebelum ini,” kata Rafizi merujuk kepada Tengku Razaleigh yang disingkirkan Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987.

“Tetapi Ku Li tidak makan umpan,” katanya. “Pertama beliau mahu melihat sokongan. Sebaliknya, jika tiada sesiapa dari Umno menyokong dia, dia akan diskru,” tambah Rafizi. “Tapi Ku Li tidak berminat. Beliau mahu melihat sokongan dulu, kalau tiada sesiapa dalam Umno yang sokong, beliau akan tarik diri,” tambahnya.

Jelas Rafizi, beliau hadir pertemuan itu atas dasar peribadi sama seperti Raja Petra yang dijemput untuk hadir dalam satu program anjuran Allahyarham Adlan Benan Omar. Beliau setuju untuk menghadiri pertemuan itu, yang mana kali pertama berjumpa dengan Raja Petra pada 2003.

Rafizi berkata, temu bual Raja Petra bersama TV3 itu adalah untuk menjatuhkan kredibiliti Tengku Razaleigh dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ancaman kepada Najib. Bagaimanapun Rafizi berkata, beliau tidak tahu mengapa Raja Petra, yang dulu memihak pembangkang kini membuat dakwaan sedemikian, sementara beliau tidak bercakap dengan blogger kontroversional itu sejak 2009.

Sumpah: PAS hanya ikut peraturan Allah


TEMERLOH, 20 April: Setahu para ulama, tiada sumpah dalam urusan yang melibatkan zina, rogol liwat (melainkan isteri yang mengadu kepada hakim bahawa dia diliwat oleh suami dibenarkan bersumpah), tuduhan seseorang itu melakukan zina tanpa mengemukakan saksi (qazaf) berpandukan tindakan yang tidak memanggil Safwan atau Aisyah bersumpah dalam peristiwa fitnah ke atasnya. Demikian penerangan yang diberikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengenai cabaran bersumpah dari bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada dua pemimpin kanan PAS, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar

“Sumpah hanya ada dalam urusan yang bukan jenayah di atas, yang pembuktian hanya dilakukan melalui penyaksian atau pengakuan.

 “Andainya dibenarkan sumpah dalam urusan qazaf, nescaya akan binasalah masyarakat, apabila seseorang wanita atau lelaki yang khianat atau berniat jahat kepada seorang imam, sanggup bersumpah dengan nama Allah:

“Wallahi, wabillahi, watallahi, imam itu telah merogol saya, nescaya akan punah keyakinan masyarakat
pada imam, demikian seterusnya,” terang Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Lantaran itu, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Rasulullah s.a.w mengkategorikan qazaf sebagai dosa membinasakan - yakni ia akan membinasakan diri yang dituduh, keluarganya mungkin bercerai-berai, masyarakat hilang kepercayaan padanya dan institusi atau syarikat akan membawa hilang kredibiliti kepada majikannya.

“Bayangkan kalau sumpah dibenarkan dalam tuduhan zina, rogol dan liwat, sudah tentu akan ada golongan yang akan mengambil kesempatan sanggup bersumpah demi menjatuhkan
maruah seseorang,” tambahnya.

Disebabkan itu, katanya, Islam menyeru umatnya agar berpegang pada panduan ilmu yang disampaikan oleh para ulamak yang muktabar.

“Apabila Dr Yusuf al-Qardhawi menjelaskan tiadanya sumpah dalam urusan qazaf, bermakna inilah panduan syarak yang perlu dipatuhi oleh umat Islam.

“Semoga Allah menjauhi kita dari membuat tuduhan yang berupa qazaf kerana ia termasuk dalam tujuh
dosa besar yang membinasakan umat manusia,” kata Tuan Ibrahim.

Oleh itu, beliau berkata, Shuib harus mendalami peraturan syarak sebelum mencabar pemimpin PAS
untuk bersumpah.

“Yang minta saksi ini bukan PAS, tapi Allah dan Rasul-Nya. Jangan kita anggap Allah jahil dalam membuat
peraturan-Nya - Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Hakim dalam menetapkan hukuman-Nya.

“Kita mesti ikut peraturan Allah, bukan membuat peraturan baru yang bercanggah dengan peraturan Allah.

PAS tidak berhasrat membela sesiapa tetapi kita perlu ikut peraturan Allah,” tegas Tuan Ibrahim.

Kalau Shuib merasakan klip video seks itu satu kes penting, kata Tuan Ibrahim dia perlu menayangkannya

pada hakim yang bakal memutuskan sesuatu kes dan bukannya kepada orang ramai untuk minta

penghakiman awam.

 “Dia perlu mengadu kepada polis bukan tayang pada wartawan untuk jadi bahan menjatuh seseorang,

kalau ianya benar sekalipun, apa lagi ianya penuh dengan pertikaian kesahihannya,” bidas Tuan Ibrahim,

yang turut melahirkan rasa kesal ke atas kelambatan polis untuk mengambil tindakan terhadap trio Datuk T

yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang melakukan jenayah secara

terang dengan menyiarkan video lucah kepada orang awam.

Rabu, 20 April 2011

ALAHAI HARUSSANI, TOLONG AJAR PAS BOLEH?


MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut.

Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan. “Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya.

Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi?

Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan? Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen?

Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut?

Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya.

Selasa, 19 April 2011

KEJAYAAN PAS DI DUN SEBUYAU, SARAWAK

Walaupun tewas dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, PAS tetap menempa kejayaan besar di Dun Sebuyau apabila berjaya mengislamkan seorang lelaki berketurunan Iban di kawasan itu.

Kejayaan tersebut ditempa 8 April lalu di kawasan pedalaman Sebuyau, apabila Jelani yang berusia 40-an datang menemui petugas-petugas PAS dari Perak yang berjumlah 7 orang yang bertugas di kawasan itu untuk diislamkan.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid (gambar) menjelaskan, majlis pengislaman Jelani dilakukan oleh para petugas PAS dari Perak di rumah sewaan mereka dalam suasana penuh kesyukuran.

Menurut beliau, lelaki tersebut yang telah mempunyai seorang isteri dan seorang anak kini akan terus dibimbing oleh pihaknya bagi membolehkan beliau memperdalami ajaran Islam dan menjalani hidup secara islamik.

Katanya, selain itu, pihaknya juga akan turut membantu Jelani menguruskan beberapa perkara lain termasuk pendaftarannya secara sah sebagai penganut Islam.

"Dari segi namanya memang dah cukup baik. Secara kebetulan, nama asalnya memang Jelani yang sudah dikira memenuhi ciri-ciri nama yang baik dalam Islam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pengislaman Jelani, menurut beliau, adalah hasil kempen yang dijalankan oleh PAS yang memperkenalkan tentang Islam kepada penduduk tempatan termasuk menerusi ceramah. 

"Inilah kejayaan kita. Walaupun tewas dalam pilihanraya, kita amat berbangga kerana berjaya mengislamkan seseorang. Walaupun seorang, tetapi ia sememangnya cukup bermakna kepada kita.

"Ini juga jelas membuktikan kepada kita bahawa ceramah-ceramah yang kita adakan telah berjaya menyerap ke jiwa orang bukan Islam, sehingga menyebabkan mereka tertarik dengan Islam dan akhirnya salah seorang daripada mereka dengan rela mengucap dua kalimah syahadah," tegasnya.

Dalam hubungan ini, beliau amat kesal dengan sikap sesetengah orang Islam sendiri di kawasan itu yang mengaku beragama Islam tetapi tidak pula menjalani kehidupan sebagai orang Islam.

"Antaranya yang boleh dilihat adalah sesetengah anak-anak muda di kawasan ini. Walaupun mereka Islam dan ibu bapanya juga Islam, tetapi banyak yang minum arak.

"Pelik, ketika orang bukan Islam tertarik kepada Islam dan mahu menjalani kehidupan sebagai orang Islam yang sebenar, mereka yang sudah beragama Islam pula yang tidak menjalani hidup sebagai orang Islam seperti yang dituntut oleh Allah ke atas kita," katanya.

Beliau juga turut kesal dengan tindakan pihak BN dalam kempen mereka bagi menghadapi pilihanraya 16 April lalu, apabila para pemimpin mereka sanggup mengadakan pelbagai konsert di kawasan itu bagi menarik perhatian anak-anak muda supaya menyokong mereka, walaupun ia jelas akan lebih melalaikan lagi muda-mudi terbabit.

Menyentuh tentang kekalahan yang diterimanya dalam pilihanraya itu, beliau kesal kerana bukan sekadar berhadapan dengan parti lawan, tetapi kerajaan Malaysia, apabila pihak lawan menggunakan segala kemudahan kerajaan untuk menghadapinya.

Menjelang pilihanraya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri turut turun ke Sebuyau, sehingga membawa perlaksanaan pelbagai projek segera di kawasan itu termasuk pembinaan jalanraya, balairaya dan sebagainya yang kesemua itu adalah dengan menggunakan wang rakyat. 

Selain itu, beliau juga kesal kerana pihak BN turut menggunakan pelbagai ancaman dan ugutan kepada orang ramai agar tidak menyokong PAS dalam pilihanraya itu.

"Antara ancaman dan ugutan yang dilakukan kepada orang ramai termasuk akan menarik bantuan persekolahan anak-anak, biasiswa dan bantuan kebajikan kepada golongan tua jika menyokong PAS," ujarnya.

Pada setiap program yang diadakan oleh PAS, katanya, pihak BN turut menghantar polis dari unit Special Brand (SB) untuk merakamkan sebarang aktiviti, ucapan para pemimpin dan ceramah yang diadakan.

"Para petugas PAS tidak pula menghalang kedatangan SB ke dalam program-program kita kerana tidak mengenalinya dan sesetengahnya kerana percaya kepada mereka. Tetapi di sebaliknya, SB-SB itulah yang membuat hal dengan menghantar rakaman program yang kita adakan itu kepada pihak BN untuk diadakan tindak balas dari apa yang telah kita adakan," katanya.

Di samping itu, beliau turut kesal kerana para pemimpin BN turut menghalang kemasukan orang dari Semenanjung ke kawasan itu untuk membantu PAS, dengan memberikan amaran menerusi kain-kain rentang yang dipasang di merata kawasan.

"Tetapi di pihak mereka, tidak pula ada halangan untuk orang dari Semenanjung ke Sebuyau untuk berkempen bagi pihak mereka.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab itu walaupun dapat diatasi oleh pihak PAS kemudiannya menjelang hari-hari akhir kempen, tetapi ia amat dikesalkan kerana tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti di negara kita," tegasnya.

Dalam PRN Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, Haji Adam yang bertanding atas tiket PAS bagi Dun Sebuyau, yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, berjaya memperolehi 1,769 undi, manakala calon BN, Julaihi Narawi memperolehi 4,045 undi dan calon Bebas, Ali Semsu memperolehi 67 undi serta hilang wang pertaruhan.

Ahad, 17 April 2011

KENANGAN DI DUN N22 SEBUYAU,SARAWAK

Bersama Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Jentera Pemuda di DUN Muara Tuang

Perjalan ke sebuah kampung di DUN Beting Maro



Bersama Naib Presiden PAS Ust Nasaruddin Mat Isa di hari penamaan calon
Bersama calon PAS DUN Sebuyau, Hj Adam Ahid yg juga Pesuruhjaya PAS Sarawak berkempen di sekitar pekan Sebuyau

Perjalanan ke Entangor, sebuah Kg Iban yang mengambil masa 3 jam menaiki bot dan berjalan kaki


Sukaneka di rumah panjang kaum iban & kempen di rumah panjang







Isnin, 11 April 2011

LENGGONG GEMPAR: Pengajian Agama di Masjid Dihalang Jawatankuasa Masjid.


Kampung Luat, Lenggong: Politik jahat UMNO untuk menjauhkan masyarakat Kampung daripada ilmu Agama sedang menular kebelakangan ini. Kejadian ini berlaku pada awal kehadiran Ust Wan Ahmad Tarmizi yang telah dijemput oleh masyarakat disitu untuk menyampaikan kuliah bulanan bagi memenuhi ruang jadual pengajian yang telah dikosongkan oleh Ust Rozaini (Guru Pondok Pakteh, Kuak Luar, Kroh.)


Menurut masyarakat penduduk Kg. Luat, kehadiran Ust. Wan Ahmad Tarmizi menyampaikan kuliah Agama pada pertama kali di Masjid itu, telah cuba dihalang oleh Jawatankuasa Masjid pada akhir bulan lalu, tetapi dapat diteruskan juga diatas desakan permintaan dan perbincangan dengan masyarakat disitu dengan syarat seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Masjid supaya Ust. Wan Ahmad Tarmizi tidak menggunakan pembesar suara ketika menyampaikan kuliah Agama disepanjang pengajian itu.

Amat malang apabila baru-baru ini telah diberitakan bahawa, jadual pengajian bulanan yang akan disampaikan oleh Ust Wan Ahmad Tarmizi bagi menggantikan Ust. Rozaini adalah tidak dibenarkan lagi oleh Jawatakuasa Masjid Kg. Luat yang telah bermesyuarat.

Seorang penduduk Kg. Luat menyatakan dengan nada kesal diatas tindakan Jawatankuasa masjid itu yang telah menyekat masyarakat mendalami ilmu Agama, Katanya; "Pihak Jawatankuasa sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk mengadakan banyak lagi pengajian di Masjid, kerana setiap kutipan sumbangan yang diberikan oleh masyarakat pada setiap hari Jumaat dapat dimanfaatkan untuk pengajian ilmu Agama kepada penduduk disitu bukan hanya untuk disimpan ataupun hanya untuk membuat bangunan Masjid sahaja."     

Lebih malang menurut penduduk Kg. Luat, sekatan dan halangan untuk mengadakan pengajian Agama di Masjid ini telah berlaku didalam Kg. tanah tumpah darah kelahiran Yang Berhormat Ahli Parlimen Lenggong. 

P/s:-
Harus diingat bahawa, menghalang atau menyekat pengajian Agama Islam yang wajib disampaikan kepada seluruh manusia, adalah perkara yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T.

Menjauhkan Ilmu Agama akan menjauhkan rahmat Allah dan mendekatkan pula  bala bencana yang sudah tentu akan menimpa semua yang ada disana. (Wa Iyya U' Dzubillahi Min Dzalik)

Kalau orang-orang Islam yang rasa-rasanya diri dia, (senang cakap, UMNO lah)dah banyak sangat ilmu dalam dada, atau tak nak mengaji dah. Minta tolong jangan menyekat orang-orang Islam yang dahagakan ilmu Agama Islam sehingga ke liang lahad mendapatkannya di Surau-surau dan di Masjid-masjid.

Rabu, 6 April 2011

KENA PECAT KERANA MAHU MENYERAHKAN MEMORANDUM KEPADA MENTERI


(Timb. Menteri Pemb. Luar Bandar 
menerima Memorandum)
Begitulah tindakan pihak FELCA Bhd yang dipimpin oleh pemimpin UMNO apabila bertindak sewenang-wenangnya memecat seorang kakitangan yang telah berkhidmat selama 4 tahun bersama FELCRA Bhd Seberang Perak 2, Ishak Saari, di Pasir Salak, setelah pengurusan FELCRA mengesyaki Ishak adalah orang yang menjadi  perancang utama rombongan 50 peneroka dari FELCRA Nasaruddin (Belia) Seri Iskandar, FELCRA Seberang Perak dan FELCRA Changkat Lada Pasir Salak, Perak menyerahkan memorandum tuntutan peneroka kepada MenteriPembangunan Luar Bandar, di parlimen dan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) pada 29 mac yang lalu.

(Pesuruhjaya SUHAKAM menerima 
memorandum)

Menurut  Ishak, pada mulanya beliau berhasrat mahu menyertai peserta rombongan itu ke Parlimen yang ketuai   oleh Pengerusi NGO 'BAPA' (Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan), Tn Hj Razman Zakaria, tetapi terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana mendapat tekanan daripada pihak SB dan pengurusan FELCRA melalui pesanan ringkas (SMS) yang bermotifkan ugutan terhadapnya ketika beliau sedang berada didalam bas yang hendak berlepas ke Parlimen pada waktu itu.

(Pegawai yang menutup ruang Peneroka 
FELCRA Nasaruddin (Belia) dan badan 
NGO untuk berunding)
Lebih mengejutkan kata Ishak, setelah beliau membatalkan perjalanan tersebut, Pengurus FELCRA kawasan Seberang Perak 2, Rodhi Salleh, telah berjumpa dengannya pada hari yang sama dan menyatakan secara lisan bahawa, beliau telah dipecat kerana telah mencemarkan imej FELCRA Bhd. Menurut Rodhi, arahan pemecatan ini telah dikeluarkan oleh Pengurus Besar Felcra Seberang Perak, Merangkap Timbalan Pengarah FELCRA Bhd negeri Perak.) Hj Mutalib Taif.

(Dihalau daripada berunding)
Inilah hakikat sebenar dalam UMNO sebagai pembela Orang-orang melayu.............. (dato' Tajuddin Abd Rahman ialah Pengerusi FELCRA Bhd. Merangkap Ahli Parlimen BN Pasir Salak). Apabila rakyat menyuarakan sesuatu yang berkaitan dengan hak mereka sebagai peneroka FELCRA, dan bertentangan dengan kehendak UMNO maka, rakyat akan terus ditindas dan dilingkupkan periuk nasi  mereka hingga menjadi mangsa seperti orang mangsa sedemikian. 

(Tim. Menteri bersama Peneroka FELCRA)
Tindakan yang telah diambil oleh pengurusan FELCRA terhadap Ishak adalah jelas bertentangan dengan amalan demokrasi didalam negara ini, berdasarkan apa yang telah  dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Hassan Malek, katanya; "kunjungan kesemua peneroka FELCRA ke Parlimen berjumpa dengan menteri untuk menyerahkan memorandum tuntutan ini adalah suatu perkara yang amat baik, sopan dan terpuji bagi menyelesaikan sesuatu tuntutan dan pihak Kementerian juga sentiasa sedia mendengar suara hati peneroka dalam suasana yang baik seperti ini, daripada menyuarakannya dalam demonstrasi di jalanraya, atau diluar Parlimen, kerana dengan cara berdemonstrasi setiap permasalahan tidak akan selesai dengan cara yang baik. Oleh yang demikian, saya yang mewakili Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Shafie Apdal yang tidak dapat hadir ke Parlimen pada hari ini, menerima kunjungan Peneroka dari tiga kawasan FELCRA di negeri Perak dengan rasa gembira setelah mendengar permasalahan yang disuarakan oleh peneroka FELCRA itu sendiri dengan cara yang begitu sopan. Katanya lagi; "Tindakan pengurus FELCRA Nasaruddin (Belia) menghalau peneroka dan badan NGO yang dilantik oleh peneroka bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, adalah salah dan sesuatu yang bertentangan dengan amalan demokrasi."

(Sidang akhbar penyerahan memorandum
bersama pemimpin PAS)
Ujarnya lagi, "Ruang rundingan yang dibuka oleh semua peneroka FELCRA seperti ini adalah betul, supaya pihak kerajaan dapat mengetahui dengan lebih jelas permasalahan di peringkat akar umbi dengan lebih dekat setelah tidak dapat diselesaikan oleh FELCRA ataupun wakil rakyat diperingkat negeri ."    

Inilah akibatnya apabila rakyat menuntut keadilan keatas hak mereka sendiri dari kerajaan yang kononnyademokrasi, Aman, Selamat, Makmur.


P/s:1 Ahli Parlimen BN Pasir Salak (Dato' Tajuddin Abd Rahman) Mesti Berundur dari jawatannya sebagai WAKIL RAKYAT dan MELETAKKAN JAWATANNYA sebagai PENGERUSI FELCRA Bhd. Atas Slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

P/s:2 KEPADA PEMIMPIN UMNO-BN.......
LEBIH BAIK BERKERJA SEBAGAI WAKIL RAKYAT !!!!!
ATAU, LEBIH BAIK BEKERJA DENGAN FELCRA BHD........???????