KUALA LUMPUR, 29 Feb: Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa) menuntut penjelasan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berhubung projek Bio Valley di Seberang Perak yang didakwa tidak mencapai matlamat dan menyebabkan pembaziran.
Felcra Bhd menggunakan dana sejumlah RM18 juta pada 2008 bagi projek menggemukkan lembu.
Projek itu dikatakan untuk menjana pendapatan peserta antara RM500 hingga RM1, 000 sebulan dengan menternak lembu secara besar-besaran.
Namun dengan peruntukan tersebut, Felcra hanya mampu membeli 800 ekor lembu sahaja, bermaksud peruntukan bagi seekor lembu Bio Valley ialah RM22,500.
Sedangkan menurut laporan, Felcra membuat pembelian lembu yang diimport dari luar negara hanya antara RM300 hingga RM400 seekor, melibatkan dana tidak sampai RM500,000.
Pengerusi Bapa, Razman Zakaria berkata, tinjauan dan siasatan yang dilakukan pihaknya ke ladang Bio Valley mendapati hanya sepuluh hinggi 15 ekor lembu dikeluarkan sebulan.
"Bapa berpendapat projek ini bukan sahaja tidak mencapai matlamat penubuhannya malah dilihat sebagai tanggungan dan pembaziran.
"Perkara ini mungkin menjadi salah satu punca ang menyumbang kepada pendapatan peserta Felcra yang terlalu rendah. Oleh itu peserta wajar mendesak pengurusan Felcra membuat penjelasan yang sewajarnya," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Pemimpin-pemimpin Umno layak digelar perompak-perompak lembu ke "bangsa" an
BalasPadam