KAMPUNG TAWAI, GERIK: Kunjungan 7 Mac lalu ke sini untuk menemui asnaf, Abd Rahim bin Hassan, 41, yang mendiami sebuah bilik dibelakang rumah, bersama isteri dan 2 orang anak-anaknya, sangat menyentuh perasaan kami.
Ruang bilik sempit, menjadi tempat tinggal mereka sekeluarga dibelakang rumah orangtuanya yang tidak mempunyai dinding untuk keselesaan mereka seisi keluarga. Begitu juga keadaan bilik air yang tidak mempunyai dinding untuk membasuh dan mandi.
Abd Rahim tidak mampu memiliki atau menyewa rumah dan tiada pekerjaan tetap. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai pembantu peniaga dipasar-pasar malam bagi menyara isteri dan 2 orang anak yang berusia 5 dan 2 tahun dengan pendapatan yang tidak menentu.
Ketika berada didalam serba kekurangan, beban kemiskinan beliau menjadi semakin berat setelah terpaksa berhenti bekerja sejak 3 bulan lalu, kerana menghidapi penyakit injap jantung rosak.
Penyakit dialaminya, menyebabkan beliau tidak mampu melakukan sebarang kerja dan sering mengalami keletihan disamping, terpaksa berulang-alik 3 kali seminggu untuk berjumpa doktor di hospital Gerik pada masa ini.
Disebabkan tidak ada punca pendapatan untuk menanggung sara hidup mereka sekeluarga, isterinya Fadzlina Mat Yusof, 40, kini berkerja sebagai pencuci pejabat secara kontrak. Gaji diterimanya sebanyak RM250 sebulan, tidak mencukupi untuk membeli keperluan harian mereka seperti ,makan minum untuk anak-anak yang masih kecil.
Menurut Abd Rahim, sebelum menghidapi penyakit ini, beliau tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan tidak berputus asa berusaha untuk keluar dari kemiskinan hidup yang ditanggungnya selama ini. Tetapi segala usahanya menjadi buntu kerana keuzurannya dan kini dia terpaksa bergantung hidup dengan pendapatan dari gaji isterinya semata-mata.
Kami dimaklumkan oleh ibubapanya yang telah uzur, mereka sekeluarga tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini, dan memohon supaya ada pihak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal atau mana-mana pihak yang berwajib dapat memberikan bantuan yang sewajarnya supaya kehidupan mereka lebih terbela.
Kunjungan ziarah kami disini hanya sekadar dapat memberikan sedikit bantuan makanan untuk bertahan selama beberapa hari sahaja.
Harapan kami agar, ziarah ini memudahkan pihak-pihak yang berwajib, badan-badan amal, NGO atau sesiapa juga dapat mengambil peranan bagi membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan lantaran kemiskinan.
Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau bantuan sila hubungi maklumat seperti berikut:-
Nama: Abd Rahim bin Hassan.
No. Tel: 012-532 8152.
No. Akaun CIMB: 0810 – 0062904 – 52 – 2.
Alamat: No: 116, Kg. Baru Kaki Bukit. Tawai, 33300. Gerik, Perak.
ish..ish tak sangka betol la.. masih ada lagi rakyat yang susah tahap ni di Lenggong..
BalasPadamSesiapa yang berhasrat hendak menderma, sila berikan no telefon anda untuk makluman pihak kami, insya-Allah, kami akan maklumkan kepada penerima segala sumbangan yang diberi oleh pihak tuan/puan.
BalasPadamDIMANA UMNO KUAT, DISITU RAKYAT MEREMPAT. BUKAN SALAH RAKYAT........
BalasPadam