Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 27 Mac 2012

TSUNAMI KECIL MELANDA LENGGONG: Mangsa Mahu Penyelesaian.


Tinggal tapak, rumah dihanyutkan arus deras.

Banyak pihak menuntut penyelesaian segera dicari berikutan insiden banjir besar yang telah menghayutkan beberapa buah rumah ekoran hujan lebat yang melanda di sekitar 2 daerah, Lenggong dan Gerik, pada 10 Mac lalu.


Mereka berpendapat isu banjir kilat di daerah ini sudah berlarutan sejak sekian lama, kejadian banjir berlaku saban tahun menjadi ancaman kepada keselamatan nyawa dan harta benda setiap kali hujan lebat turun. Dan sudah tiba masanya untuk meletakkan titik noktah sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi masyarakat penduduk disini.

YDP PAS Kawasan Lenggong, tn hj Razman Zakaria, berkata, "suatu langkah penyelesaian segera dan lebih bermanfaat perlu diambil bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang berpanjangan."



Paras Banjir, lumpur memenuhi rumah
Tambahnya lagi, "jika kita lihat kos untuk mendalamkan sungai selama tempoh berberapa tahun kebelakangan ini masih gagal  menangani masalah banjir, angka perbelanjaannya telah mencecah berjuta-juta ringgit, tetapi masih tetap tidak menemui jalan penyelesaiannya."

"Sebagai langkah terbaik, kerajaan negeri MB Perak perlu bertindak  bagi menjamin keselamatan  Penduduk dengan menyediakan tapak penempatan semula untuk Mangsa-mangsa yang sering mengalami bencana banjir. Kebanyakan mereka, masih lagi tinggal diatas tanah rizab sungai dan tanah TOL." Katanya ketika kunjungan menziarahi mangsa banjir baru-baru-ini.

Hutan gondol, tanah runtuh kerana projek tanam semula Felda.
"Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak Jabatan Pengairan saliran (JPS) menyediakan perancangan jangka pendek sahaja untuk mengurangkan kejadian banjir.
 Ia memerlukan campur tangan pelbagai pihak, perancangan jangka pendek adalah untuk melaksanakan kerja-kerja penggalian semula sungai-sungai dan sistem saliran untuk membuang kelodak, mendapan dan sekatan-sekatan untuk memastikan aliran sungai terlancar bagi mengurangkan limpahan air berlaku."" katanya.

Titi gantung roboh dihanyutkan arus deras.
Tinjauan kami berpendapat, semua pihak perlu menitik-beratkan usaha menyelamatkan ekosistem tadahan hujan dengan lebih bersistematik. Penebangan hutan dan projek tanaman semula serentak di 3 Felda disini juga didapati telah memberikan kesan terhadap hakisan tanah yang menyumbang berlakunya banjir luarbiasa.

Tiang tumbang, rumah roboh dihanyut air deras.
Curahan hujan yang berlaku, menyebabkan limpahan air dan lumpur larian permukaan dari sistem perparitan setempat dan melimpahi sungai yang akhirnya menjadi cetek dan tidak mampu menampung lebihan air hujan lebat boleh menyebabkan banjir besar.

Menurut tn hj. Razman, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai mengenai masalah yang timbul setiap tahun apabila berlakunya banjir besar, terutamanya melibatkan penduduk-penduduk kampung yang tinggal dipesisir sungai. Mereka tidak mempunyai pilihan lain, kerana tidak mempunyai tanah untuk berpindah.
Arus deras telah meruntuhkan dinding rumah.


Luahan kami dan harapan mangsa-mangsa banjir supaya, semua pihak yang berwajib dapat menyelesaikan masalah mereka dengan sebaik mungkin, sekiranya masih ada peluang untuk mereka keluar daripada ancaman bahaya banjir yang boleh meragut nyawa dan harta benda setiap tahun.

Selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat & Pengerusi Lajnah sama di Perak, tn hj. Razman akan memastikan masyarakat penduduk yang terlibat akan diberi perhatian yang sewajarnya jika beliau diberi mandat oleh rakyat pada Pilihanraya umum akan datang sekiranya, Pakatan Rakyat dapat menguasai Negeri Perak dan Putrajaya, Insya-Allah.

ULASAN:- Tanah Perak Ini Luas, apa salahnya tanah-tanah yang ada diberikan kepada rakyat yang memerlukan? Rakyat tidak diberikan hak untuk mendapatkan tanah, kerajaan juga rugi kerana tidak mendapat hasil cukai tanah. 

Sekiranya jika tanah diberi kepada rakyat, kerajaan akan memperolehi bayaran hasil premium dan cukai hasil tahunan daripada pemilik tanah tsb.

Atau mungkin kerajaan sengaja melengah-lengahkan permohonan rakyat, yang mana bayaran permohonan atas tanah TOL lebih menguntungkan kerajaan kerana bayarannya lebih tinggi daripada cukai hasil tanah tahunan...???

Jika begitu kerajaan Umno-Be End sengaja mahu mengaut keuntungan daripada rakyat miskin, sambil memeras secara terhormat dengan umpan nak beri geran dari tahun ke tahun hinggalah sekarang. 

Tak ada gunanya slogan rakyat didahulukan....... Tukar sekarang, ubah kerajaan.... itulah yang terbaik untuk rakyat.


1 ulasan:

  1. ydp pas ada bantu apa?ala dulu dah berjuta sapu hulur2 la ni makan sorang2

    BalasPadam