Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 15 Februari 2012

BEKAS PEGAWAI TINGGI KERAJAAN SERTAI PERJUANGAN PAS


LENGGONG- 14 Feb: Kupasan ucapan seorang bekas ahli seumur hidup Umno, Kapten (B) Tn Rosli Yahya berkenaan ahli parlimen Lenggong,  merangkap jawatankuasa  pertanian, kerajaan Malaysia memang menggelikan hati  ramai pendengar yang hadir dari berbagai latarbelakang politik pada malam itu.
Menceritakan pengalaman beliau diidalam umno sebagai AJK bahagian, banyak puak  saling bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan dan kedudukan didalam parti, sehingga tanggungjawab untuk memimpin masyarakat di daerah ini tidak menjadi agenda utama sepertimana yang diharap-harapkan oleh masyarakat yang masih jauh ketinggalan dari sudut ekonomi.


Ujar beliau, “adakah dengan pemberian 4 pokok nangka madu dan 100 ekor anak ayam, 4 ekor kambing, serta pembinaan padang futsal itu sudah cukup untuk memajukan pembangunan ekonomi  untuk beberapa orang sahaja daripada jumlah puluhan ribu masyarakat  yang berada di parlimen Lenggong pada masa ini boleh dibanggakan?”. Kata beliau sambil disahut gelak-ketawa oleh para pendengar.


“Seorang ahli parlimen seperti ini tidak perlulah dibanggakan oleh rakyat, khususnya di Lenggong pada masa ini. Apa yang jelas, Ahli parlimen Bn pada masa ini hanya memacu pembangunan yang tidak langsung dapat menambah baik ekonomi orang-orang melayu seperti pembalakan, Muzium Arkeologi, pembaziran kolam ikan (tasek di kampungnya) yang tidak boleh membela ikan disitu, (tidak mengkaji kualiti air sebelum melaksanakan projek demi keuntungan kroni-kroninya.)” Tambahnya Lagi.

Adun Kota tampan juga disebut demikian, “kemiskinan rakyat di Lenggong masih lagi sangat menyedihkan. Ramai lagi masyarakat tidak mampu membayar bil-bil untuk menyara hidup seperti dilaporkan oleh pusat khidmat masyarakat Bn di Lenggong pada masa ini. Jadi, sebagai Exco Pembasmian kemiskinan, pembangunan & kemajuan luar bandar dan perladangan, beliau juga dilihat gagal mengangkat ekonomi masyarakat melayu luar bandar seperti, Pesara tentera, peserta Felcra, peneroka Felda dan pekebun-pekebun kecil didaerah ini.
Kapt. (B) Tn Rosli memberi penekanan kepada semua bekas-bekas angkatan tentera yang berada di parlimen Lenggong. Jangan terpedaya dengan janji-janji manis calon-calon Umno-Bn pada PRU akan datang dan menyeru semua bekas angkatan tentera supaya tidak menyokong parti Umno-Bn pada PRU-13 yang akan tiba tidak lama lagi.

Tn. Hj Razman Zakaria, dalam ucapan ringkasnya membacakan "surat layang" ('surat fitnah' kononnya surat yang diposkan kepada masyarakat itu datangnya daripada YDP,) menjadikan ceramah pada malam itu riuh-rendah dengan gelak-ketawa para pendengar apabila singkatan YDP itu diterjemahkan dengan ayat (Y) yang berhormat, (D) Dato', (P) parlimen Lenggong. (siapakah YB Dato' Parlimen Lenggong pada hari ini...??? Sambil disahut gelak-ketawa pendengar.


Antara isi kandungan surat itu  ia berkaitan dengan pemberian RM500 BR1M oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, (LHDN). - Umno-Bn dok perasan lebih, macam la duit tu dikeluarkan daripada buku simpanan bendahari Umno Duit tu duit rakyat, bukan duit Umno......Duit kita yang dok bayar cukai.

Ekoran itu, kesempatan diambil oleh tn Hj Razman dengan menyeru kepada semua rakyat di Lenggong supaya menuntut lebih banyak wang diberikan oleh pemimpin Umno-Bn Lenggong, iaitu sejumlah RM50 ribu secara 'One Off'setiap orang diikuti RM500 setiap bulan.

Jika rakyat Lenggong mendapat jumlah sebanyak itu baru berpadan...Ini adalah kerana segala kekayaan negeri seperti balak, tanah, pasir, sudah banyak dibolot oleh pemimpin-pemimpin Umno sejak lebih 50 tahun dulu.... dan lihatlah sendiri hutan-hutan di Kg. Beng dan disekitarnya yang sudah botak ditebang, tanah-tanah rizab melayu ditukarkan status menjadi tanah kerajaan yang akhirnya dimiliki oleh pemimpin-pemimpin Umno-Bn, Ladang teh sudah diberi kepada orang asing, pasir yang terpaksa dibeli dengan harga yang mahal sekiranya rakyat mahu membina rumah dan banyak lagi.

Tn Hj Razman menjelaskan, surat itu bukanlah ditulis oleh seorang yang Profesional, ia tidak lebih daripada sepucuk surat fitnah kelas bawahan yang sering dikeluarkan oleh Umno-Bn untuk menyerang beliau sejak dirinya dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong.
  
Seorang lagi pegawai tinggi agensi kerajaan yang telah berkhidmat didalam Angkatan tentera Laut berpangkat Laksamana Pertama (B) Tn Hj Imran Abd Hamid, Merangkap Penasihat Kerabat Perak, dalam ucapannya, menyeru masyarakat di Lenggong supaya masuklah kedalam Jemaah Islam yang diperjuang kan oleh PAS untuk mempertahankan agama, bangsa, Negara  di negeri  ini.
Kerana, dengan izin Allah, PAS merupakan satu-satunya parti yang telah memperjuangkan Islam menurut Al-Quran dan Hadith sebagai perlembagaan parti di Malaysia sejak lebih 60 tahun lalu, sehinggalah yang ada pada hari ini.

Hasil daripada perjuangan PAS selama ini, rakyat boleh nampak dengan jelas, rakan-rakan bukan Islam kini sudah mula menerima parti PAS sebagai rakan kuat didalam Pakatan Rakyat, sangat telus dan berhikmah memberikan keadilan kepada semua agama dan bangsa yang berbilang kaum di Negara ini.

Perjuangan PAS Berbeza dengan parti Umno yang dilihat sering menjauhkan parti komponen mereka daripada memahami keadilan Islam kepada seluruh umat manusia.

Pengaruh pihak lawan hendaklah dihapuskan di Lenggong oleh bekas-bekas Angkatan tentera yang telah menyertai ‘Kerabat’ dengan menterjemahkannya diatas kertas undi pada pilihanraya yang kini semakin hampir.

Mulai hari ini, marilah kita sebagai bekas-bekas angkatan tentera, sanggup untuk bermati-matian didalam memperjuangkan agama, bangsa, Negara bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat bagi membebaskan Negara ini daripada dicemari oleh anasir-anasir jahat pimpinan Umno-Bn.

Pada zaman ini kita tidak lagi memerangi musuh dengan menggangkat senjata. Tetapi sebaliknya, senjata paling ampuh untuk mengalahkan musuh pada masa ini, hanya dengan menggunakan pena dan kertas undi melalui pilihanraya, supaya kita dapat membentuk sebuah kerajaan bersama Pakatan Rakyat yang tidak mengkhianati Negara dan rakyatnya, sepertimana penghkianatan yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno-Bn selama lebih 54 tahun mereka berkuasa.

Pada hari ini, sejak perjanjian PMAT 1972, berikutan hak yang sewajarnya diberikan kepada bekas-bekas angkatan tentera telah diabaikan begitu sahaja oleh kerajaan yang kononnya mendahulukan rakyat seperti dilaung-laungkan oleh mereka.

Kehidupan bekas-bekas angkatan tentera selepas bersara atau berpencen masih tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan.

Kesetiaan kepada agama, bangsa, Negara oleh bekas tentera tidak pernah luntur walaupun mereka tidak lagi berkhidmat sebagai perajurit, namun selepas bersara, terdapat ramai pesara tentera telah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber ekonomi yang lebih baik setelah tamat perkhidmatan.

Pada masa itu pula, kerajaan seolah-olah mengenepikan semua hak-hak yang dituntut oleh pesara menurut perjanjian didalam perintah-perintah tetap PMAT 1972, yang teelah diperkenankan oleh YDPT Agong .

Jadi, apa yang telah berlaku keatas nasib bekas-bekas angkatan tentera pada masa ini harus menjadi iktibar kepada semua. Tidak ada apalagi yang boleh diharapkan kepada kerajaan Umno-Bn untuk mentadbir negara dan para perwira negara pada hari ini.

Sekiranya kita mahukan masa depan yang lebih baik dan terjamin, maka semua bekas-bakas angkatan tentera wajib menolak Umno-Bn, dengan membuat perubahan melalui pilihanraya akan datang, iaitu mengundi Pakatan Rakyat, supaya sebuah kerajaan baru ‘Pakatan Rakyat’ dapat dibentuk bagi menggantikan kerajaan Umno-Bn yang sudah tidak boleh lagi dipercayai untuk memegang  amanah rakyat, amanah agama, bangsa dan Negara di tanahair ini.

Terdahulu Tn. Hj Imran turut menyampaikan 40 sijil keahlian baru Kerabat yang telah didaftarkan di cawangan Lenggong.  

6 ulasan:

  1. Syukran... tahniah Pas 1Lenggong, mak sedara aku pun dapat jugak surat orang bodo macam ahli parlimen lenggong tu. Lagi orang2 MP tu buat kerja bodo, makin menampakkan lagi la boss dia di Lenggong ni... Lembu korban Felcra tu nampak cerdik sikit daripada MP Lgg. dan Konco-konconya.... waakakaaa.....

    BalasPadam
  2. razman masuk pas,rosli masuk pas bagusssssss..kerana razman juga perasuah sebab tu berhenti sebelum pencen,dinasihat berhenti supaya terhenti rasuah dia tu......duit rasuah beratus ribu tu sepatutnya bagi pada orang2 pas dilenggong.....rosli semasa mejawat ydp perajurit berpuluh ribu dia sapu ,kes tak habis lagi dan akan muncul lagi kes berbelas ribu.....bagus lah kini pas dah jadi tong sampah mereka2 yang bermasalah... berkenaan dengan pmat tu tanya abu ,dia dipej tanah ....takbirrrr

    BalasPadam
  3. dengan tak disengajakan orang2 yang menyokong pas telah dikafirkan oleh amanat haji hadi...bukan sokong islam selamat....belum tentu kalau tak beramal ,jadi ....beramal selamat....sokong lah parti mana pun.kalau nak pahala pergilah ceramah agama,,,,nak dosa pergi ceramah parti....sama je

    BalasPadam
  4. siasat dan saman .....ada berani ??????

    BalasPadam
  5. kalau dah nama nye Razman Zakaria ni memang la manusia GAMPANG yang x pernah kenal erti syukur.. buta hati dan sanggup menutup pintu hati masyarakat Lenggong dengan fitnah dan ideologi gampang yang dibawa dalam PAS Lenggong.. memang dasar makan Rasuah.. MANUSIA GAMPANG!!!

    BalasPadam
  6. razman perlu jujur kepada pengikut pas.............hal.dirinya sendiri berbohong............dengan pengikut berbohong.........orang lenggong ramai dah tahu........betapa korupnya dia..........harta berjuta.....rasuah......dulu.....yang kena.....kerajaan....dia lepas.....dinasihatkan berhenti kerana salah laku...........umur pencen berapa ya?alasan .........kerana islam........ingat Allah tak tahu ke.........kepada pengikut pas,buat sembahyang hajat,sujud istikharah.......supaya dapat petunjuk..........kat gelok ada sorang macam dia......kastam......untuk pengikut pas.......betul kan diri dulu.......bapa berketayap sepanjang masa.........anak penagih dadah,perogol,butingkan bini orang...beli no ekor,main mesin,bohsia...bini orang balun.........laki pegi ceramah...........macam2 lagilah

    BalasPadam