Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 30 Mac 2012

LAPORAN POLIS: FELDA CUBA NAK MENGELIRUKAN WARGA PENEROKA.

LENGGONG - 29 Mac: Wakil peneroka di 3 Felda disini hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gerik di sini berikutan tindakan pengurusan Felda yang menghantar surat pekeliling meminta peneroka menyerahkan dokumen penting.

Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri, Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat.

Antara lain pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna, geran ladang dan rumah, maklumat pentadbir tanah, maklumat anak-anak, status bank, salinan akaun Maybank dan nombor keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Serentak dengan kekeliruan dihadapi peneroka berikutan pekeliling yang mula diedarkan baru-baru ini, mereka mendesak pihak polis menyiasat tujuan dokumen tersebut diperlukan oleh pihak pengurusan Felda itu.

Polis juga didesak menyiasat sejauh mana benarnya pekeliling berkenaan kononnya peneroka dijanjikan dengan durian runtuh (hasil penyenaraian saham) sedangkan mesyuarat (EGM) KPF telah dibatalkan.

Polis juga diminta menyiasat kebimbangan dan kemungkinan geran hak milik peneroka akan dicagar untuk tujuan tertentu di sebalik penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV) seperti diumumkan Isa Samad.

Jurucakap peneroka Felda yang membuat laporan polis berkenaan, ust Abu Hassan bin hj Khatib, 62, berkata, mereka amat dukacita disogokkan dengan gambaran akan mendapat durian runtuh dalam bentuk saham dan wang tunai melalui pekeliling berkenaan.

“Peneroka terpedaya dengan menuruti semua kehendak pengurusan Felda tanpa memikirkan risiko apabila dokumen yang sangat penting seperti geran hak milik diberikan.”

“Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia masih samar-samar ekoran EGM KPF pada 22 Februari yang lalu dibatalkan sedangkan durian runtuh itu masih tidak jelas apabila disenaraikan.”

“Jadi, terdapat sebahgian warga Felda yang keliru dengan pekeliling tersebut, adakah pengurusan Felda hanya menjadi alat kepada agenda pemimpin tertentu (Ahmad Maslan dan Isa Samad) yang mempertegaskan penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan,” katanya.

Tambah ust abu Hassan, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pegawai tertinggi Felda, justeru polis diminta menyiasat sejauh mana kebenaran pekeliling tersebut bagi mengelakkan peneroka terpedaya dengan sandiwara pemimpin tertentu yang berselindung di sebalik tawaran durian runtuh.

Sementara itu, Pengerusi BAPA, tn hj. Razman Zakaria hadir memberi sokongan. Turut hadir Naib Timb. Yang Dipertua PAS Lenggong, tn hj. Zainal ketua ketua lajnah kebajikan, en. Hatta abd Aziz serta ajk pas kawasan Lenggong.

Dalam pada itu tn hj. Razman selaku timbalan pengerusi lajnah pembangunan tanah & wilayah Pas Pusat menyokong tindakan warga Felda membuat laporan polis supaya siasatan dibuat kerana semua dokumen penting yang diminta boleh dimanipulasi untuk tujuan tertentu.

“Segala kemungkinan boleh berlaku, umpamanya mungkin dokumen penting yang diserahkan dibimbangi untuk tujuan tetap menyenaraikan Felda di bursa saham dan tidak mustahil geran hak milik ladang dan rumah dijadikan cagaran sebab geran besar tanah peneroka ada dalam simpanan Felda.

“Saya juga mendesak pekeliling yang amat mengeliru dan membimbangkan peneroka ini ditarik balik dengan segera oleh Felda,” tegasnya.

 ULASAN: Berbagai cara pengurusan Felda yang dikuasai oleh kerajaan BN mencari-cari peluang untuk mencapai matlamat penyeneraian Felda ke Bursa Malaysia, inilah kebimbangan yang duhadapi oleh warga peneroka.

Katanya nak bagi 'Durian Runtuh', nampaknya 'Durian Mangko' jugakla yang bakal diberi kepada warga peneroka nanti.

Yang hairannya baru sekarang ini kerajaan baru mula nak beri macam-macam keuntungan kepada rakyat, mengapa ye? Dah lebih 50 tahun dah diberi kepercayaan.

Mengapa baru sekarang....???

2 ulasan:

  1. kalau kerajaan bagi durian runtuh kepada peneroka ydp pas dikehendaki terjun jambatan luat......berani?

    BalasPadam
  2. sekiranya benar kerajaan bagi durian runtuh,ydp pas lenggong perlu terjun jambatan luat....berani?

    BalasPadam