Sewa Homestay Lenggong

Iklan
Saham Akhirat

Wakaf / Derma
Khamis, 18 Disember 2014
MERANGKA UNTUK MENJADIKAN LENGGONG HAB PENGAJIAN ISLAM: Semua dijemput hadir
Program sulung di Masjid Maahad yang bukan bertujuan mendirikan Solat Jumaat, bahkan sekadar niat pembinaan yang membolehkan pahala iktikaf duduk didalamnya. Masjid ini sebagai tempat jamaah pelajar dan program kawasan. Dengan keluasan 60×80 kaki ini, boleh menampung kira-kira 600 orang jamaah dalam satu satu masa.
Sebagai majlis pembukaan masjid, insya Allah pada Jumaat ini akan diadakan Hari Pembukaan Maahad. Butiran penuh program seperti berikut;
Tarikh : Jumaat 27 Safar 1436
19 Disember 2014
Tempat : Maahad Tahfiz al Quran Lid Dakwah, Kampung Luat, Lenggong
TENTATIF
2.00pm - 7.00pm : Perkhidmatan Perubatan Darul Syifa'
7.15pm - 8.00pm : Bacaan Tahlil
8.30pm : Jamuan Akikah
9.00pm - 11.00pm : Forum al Islam
Butiran forum seperti berikut;
FORUM AL ISLAM
"Remaja Dalam Mendepani Cabaran Semasa"
Membariskan anak muda pejuang Islam iaitu;
1. Ustaz Akmal Kamaruddin, Maahad al Akhlak al Islamiah
2. Ustaz Syakirin Husin, Maahad Tarbiyatul Ajyal
3. Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil, Maahad Darul Hadis.
Masjid Maahad dan Maahad Tahfiz Al Quran dibina sebagai penyambung legasi Almarhum Ayahanda Haji Zakaria bin Awang Kechil, Imam kampung dan guru al-Quran sehingga akhir hayat, yang dikenali di Lenggong. Hasil persepakatan adik beradik Abna' Zakaria serba sedikit mengusahakan peninggalan dan kelebihan menyambung usaha agama.
Dengan iringan doa dan harapan agar suatu hari nanti Lenggong akan menjadi seperti Sik, Kedah, iaitu setiap pagi Jumaat ribuan manusia menadah kitab dengan Tuan Guru Haji Salleh. Begitu juga seperti Kota Bharu di Dataran Ilmu, ribuan manusia mengikuti pengajian Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Begitu juga di Rusila, sebuah perkampungan lmu yang dibangunkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Harapan para ilmuan dan du'at dapat meluang masa untuk menginfakkan ilmu bagi membangunkan masyarakat Lenggong khususnya yang mendahagakan ilmu. Bersama kita jadikan Lenggong sebagai Hub Ilmu Islam khususnya bagi Negeri Perak.
Terus beristiqamah,
Haji Razman Zakaria,
Pesuruhjaya PAS Perak,
Penaung dan pengasas,
Maahad Tahfiz Al Quran Lid Dakwah,
Kampung Luat, Lenggong, Perak
Khamis 26 Safar 1436
18 Disember 2014
Selasa, 16 Disember 2014
MELABUH TIRAI 2014 ULANG TAHUN KE-63 PAS : MEMBAWA KEMATANGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA
2014 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan PAS sudah pun menjangkau umurnya 63 tahun. Iaitu peringkat umur yang sangat matang dan berpengalaman. PAS lahir pada 1951 manakala perjuangannya sudah bersusur galur semenjak penubuhan Hizbul Muslimin 1948, kejatuhan Aceh 1521 dan kejatuhan Pattani 1641. Ikhwan Muslimin Mesir ditubuhkan pada 1928 kemudian mula terserlah pada 1933. Jama'at Islami pula ditubuhkan di Lahore Pakistan pada 1941. Hamas ditubuhkan pada 1989, Front Islamic Salvation Algeria ditubuhkan pada 1970an dan sebagainya.
Di persada lautan pengalaman ini, beberapa untaian isi yang boleh dipahat di dada sejarah PAS, lahirlah beberapa buah dan hasil yang dapat dipetik setelah proses penanaman dan pembajaan yang cukup lama. Antaranya;
a) Masyarakat Islam di Malaysia mula faham kewajipan dan keperluan berpolitik dalam Islam ke arah membawa wadah dan menzahirkan syiarnya. Walaupun sebelumnya masyarakat masih menganggap politik hanya sekadar kuasa kosong yang tidak perlu diperjuangkan.
b) Masyarakat Islam di Malaysia mula sedar bahawa tidak ada pemisahan di antara Islam dan politik, bahkan Islam bukanlah sekadar agama ritual dan Islam juga bukanlah sepertimana tafsiran UMNO/BN ketika menghuraikan Islam sebagai agama rasmi. Islam adalah agama persekutuan mengikut roh dan tafsiran perjuangan awal PAS supaya kalimat ini dicatat dalam perlembagaan Malaysia.
c) PAS juga mengajar erti tahaluf dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam beserta had batasannya yang mesti diperhalusi dan diambil kira. Islam bukanlah keseluruhannya longgar selonggar longgarnya, tidak pula ketat seketat ketatnya. Sebaliknya ada kelonggaran yang dibenarkan dan ada juga prinsip yang dipegang erat.
4. Dalam misi dakwah yang panjang, PAS telah berjaya mengetengahkan batasan kufur dan Iman dalam perjuangan. Tidak dibenarkan melangkaui batasan ini walaupun dengan idea idea yang kelihatan bernas serta rasional yang kelihatan betul. Walhal keimanan dan kekufuran itu mengikut garis neraca Islam.
5. Masyarakat juga mula faham mengapa PAS tidak boleh bersama perjuangan UMNO yang merupakan parti yang terdiri dari kalangan Melayu Islam. PAS pertahankan prinsip dalam apa juga keadaan walaupun terpaksa kehilangan sokongan. Redha Allah lebih diutamakan daripada kepuasan manusia dan keuntungan dunia. Inilah bimbingan para ulamak haraki sehingga PAS berdiri teguh, istiqamah dengan dasar perjuangan tersendiri.
* Sebuah catatan di perjalanan musafir dari Selangor ke Kampung Luat, Lenggong
Terus beristiqamah,
Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Selasa 24 Safar 1436
16 Disember 2014
Selasa, 18 November 2014
SAMPAI KINI TIADA PEMBELAAN DARIPADA 'WAKIL RAKYAT' PRU-13.
Himpunan Derita Rakyat
22hb November 2014
Jam 9 pagi Berkumpul di Shell Lenggong
Turut memeriahkan Leman Raja Lawak.
Orang melayu kampung sebahagian besar pekerjaan mereka adalah menoreh getah. Ada juga mengurus kelapa sawit dan juga nelayan sungai/nelayan darat.
Sebelum PRU13 harga getah mencecah RM8/sekilogram. Ini bermaksud mereka menoreh 10kg sehari, pendapatan mereka RM80/sehari. Sekiranya mereka menoreh di kebun atau pokok orang lain, pendapatan mereka dibahagi dua iaitu RM40/sehari.
Selepas PRU13 sehingga sekarang, harga getah serendah RM1.60 /kg. Sekiranya penoreh mendapat 10kg sehari maka pendapatan mereka RM16/sehari. Seandainya menoreh pokok getah orang, hasilnya dibahagi dua dengan tuan tanah iaitu RM8/sehari.
Dalam masa yang sama kos barang keperluan asas meningkat dengan kenaikan harga minyak.Tujuan himpunan ini diadakan bagi menyedarkan rakyat apa usaha wakil rakyat UMNO yang dipilih dalam PRU13 yang lalu dalam membela nasib pengundi mereka? BR1M dan bantuan lain yang diperolehi rakyat juga merupakan pulangan sebahagian kecil daripada bentuk penindasan yang ambil daripada penurunan harga getah serta kenaikan harga barang.
Saya menyeru semua pimpinan dan penduduk sekitar parlimen Padang Rengas, Lenggong, Gerik dan Larut bersama kita turun untuk memberi kesedaran kepada pengundi dan penyokong UMNO.
Hj Razman Zakaria
PJ PAS Perak.
Khamis, 6 November 2014
AKHIRNYA PERJUANGAN INI BERHASIL
CATATAN PERJALANAN KE RINGLET YANG DILANDA BANJIR LUMPUR
Dalam perjalanan menziarahi Ringlet, Cameron Highland yang dilanda banjir lumpur pagi ini bersama Naib Presiden PAS, Tuan Haji Salahuddin Ayob .
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Makcik Wahidah dan Hj Halim di kampong Cubadak.
Pengorbanan serta perjuangan beliau dan suami mempertahankan hak mereka sebagai rakyat bumiputera Malaysia akhirnya membuahkan hasil.
Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1968 dan membina rumah di atas tanah lombong yang agak jauh daripusat bandar pada ketika itu.
Mereka tidak diberi status tanah tapak rumah yang telah dibina walaupun sudah menetap di situ dalam tempoh yang lama. Malangnya kerajaan UMNO Barisan Nasional telah menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat pemaju perumahan.
Diatas kerakusan pemaju dengan bantuan kerajaan UMNO Barisan Nasional telah menghalau dan merobohkan rumah kediaman anak bangsa ini dengan tidak berperikemanusiaan. Mereka diberi sagu hati yang tidak setimpal, lantas dipaksa keluar dengan tangisan di bumi sendiri.
Tinggallah beberapa rumah yang berbaki termasuk keluarga Makcik Wahidah. Walaupun rumah mereka di roboh sebanyak dua kali, namun atas bantuan dan keprihatinan PAS dan NGO, akhirnya pemaju bersetuju menghargai Makcik Wahidah tersebut dengan memperolehi kepentingan kepentingan berikut;
a) Pemaju bersetuju memberi gantian rumah kos sederhana yan akan dibina di tapak Kg Chubadak ini dengan keluasan 700 kaki persegi, 3 bilik tidur, 2 bilik air dan 1 lot parking.
b) Pemaju bersetuju tidak akan menuntut ke atas Hj Halim sebarang kos mahkamah serta bayaran guaman atas kes-kes yang telah dimenangi oleh pihak pemaju di mahkamah sblm ini. Kos-kos tersebut dianggarkan tidak kurang RM50,000 akan ditanggung (absorbed) sepenuhnya oleh pihak pemaju.
Inilah yang diperjuangkan oleh PAS di bawah Lajnah Tanah Peneroka Bandar dan Orang Asal bersama 14 NGO di bawahnya.
Bangkitlah wahai warga Felda, Felcra, petani,nelayan, orang kampung, perjuangkanlah hak kita. Tuntutlah hak kita.
HJ. RAZMAN ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK,
TIMB PENGERUSI LAJNAH TANAH PAS PUSAT,
PENGERUSI NGO BAPA
(Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan)
6 November
Jumaat, 17 Oktober 2014
LPUP MENYOKONG PENUH KENYATAAN PESURUHJAYA PAS PERAK
Ketua,
Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Perak.
Selasa, 14 Oktober 2014
PAS UCAP TAKZIAH KEPADA MENTERI BESAR PERAK
Pesuruhjaya,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
Isnin, 13 Oktober 2014
PAS PERAK KECEWA NELAYAN DINAFIKAN HAK KERANA PERBEZAAN POLITIK
Pesuruhjaya,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
BAJET 2015 MENGELIRUKAN RAKYAT
Pesuruhjaya,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
Selasa, 7 Oktober 2014
BAJET 2015: MENANTI USAHA RINGANKAN BEBAN RAKYAT
PAS Perak menanti sesuatu pengisytiharan yang baik daripada bajet 2015 yang akan dibentangkan pada hari Jumaat ini oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Kerajaan Umno/BN perlu sedar kuasa yang diberikan oleh rakyat seharusnya memainkan peranan untuk memikir sesuatu usaha untuk meringankan beban dan kos sara hidup rakyat.
Pendapatan pekebun kecil getah dan sawit merosot lebih dpd 50%. Harga getah sebelum PRU13 mencecah RM9/kg namun sekarang serendah RM1.60/kg. Sawit daripada RM900 berkurang sehingga sekitar RM300-Rm400/mton. Penurunan harga komoditi ini dikatakan berpunca daripada kejatuhan harga pasaran dunia.
Namun apa yang menghairankan ialah, diketahui harga pasaran dunia minyak mentah dunia ketika ini turun daripada USD 135/barel kepada sekitar USD 90/barel namun kerajaan Umno bertindak tidak seiring apabila menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak RM 0.20 seliter.
Kenaikan ini mendorong kepada kenaikan secara berantai semua kos barangan dan perkhidmatan seterusnya menambahkan lagi beban yang dialami oleh rakyat. Ini belum lagi mengambil kira kesan daripada tindakan kerajaan menafikan tarif eletrik sebelum ini.
Penurunan pendapatan dan peningkatan kos sara hidup menjadikan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana amat tertekan. Fenomena ini mendorong rakyat terpaksa melakukan dua tiga pekerjaan untuk menampung perbelanjaan. Rakyat menghabiskan lebih daripada 12 jam sehari bekerja untuk menampung kekurangan pendapatan. Ini akan menyumbang banyak lagi perkara negatif dalam institusi masyarakat dan keluarga.
PAS Perak menaruh penuh harapan semoga bajet kali ini berkisarkan bajet prihatin rakyat, bukan bajet menjaga kroni serta bajet membodohkan rakyat untuk mengekalkan kuasa semata-mata seperti pemberian BRIM tidak memberi impak ekonomi rakyat dan Negara.
HAJI RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
Sabtu, 4 Oktober 2014
PERUTUSAN HARI RAYA QURBAN
PAS adalah sebuah gerakan Islam yang mengadunkan secara bersepadu antara amal tarbawi, usaha dakwah dan gerak kerja siasah dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai din wa daulah. Prinsip yang digenggam oleh setiap ahli PAS adalah al-Qur'an, Hadith, Ijma' dan Qias yang menjadi dustur perlembagaan tertinggi parti.
Demi memastikan perjalanan PAS terus berada di atas landasan perjuangannya yang betul, dan demi memastikan PAS tidak tersasar daripada matlamat asalnya akibat daripada gangguan anasir-anasir yang tidak Islamik, maka gerakan Islam ini sangat-sangat memerlukan kewujudan sinergi ahli-ahli daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan profesion bersama-sama Majlis Syura Ulama' yang berperanan sebagai penunjuk arah dan pemantau kepada hala tuju perjuangan parti.
PAS memilih pendekatan muwajahah silmiyyah dalam gelanggang politik demokrasi, dengan menggunakan pelbagai ijtihad siyasi dan strategi yang masyru' (terikat dengan syariat), agar terlaksana cita-cita dan matlamat berjihad bagi meninggikan Kalimah Allah (li takuna kalimatuLlahi hiyal 'ulya). Ahli-ahli PAS di setiap peringkat diseru untuk memahami abjadiyat atau asas-asas perjuangan ini.
Sempena menyambut hari raya qurban pada tahun 1435H ini, adalah wajar bagi para pejuang PAS untuk merenung kembali kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s untuk diambil ibrah.
Nabi Ibrahim a.s telah diuji dengan perintah Allah s.w.t yang terlalu bercanggah dengan kehendak naluri. Walaupun begitu baginda tanpa ragu-ragu mendahulukan perintah Allah s.w.t yang menyuruh baginda mengorbankan Ismail a.s, seorang anak yang menjadi cita-cita, idaman, impian dan permohonan baginda sejak sekian lama.
Ujian ini membuktikan kekuatan pegangan prinsip akidah dan ketinggian kualiti keimanan seorang hamba kepada Tuhannya.
Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah pengorbanan ini sebagai peringatan kita bersama, apa jua strategi dan perancangan bagi mencapai matlamat dan cita-cita janganlah sampai menggoyahkan prinsip dan jatidiri kita sebagai amilin gerakan Islam yang dicintai ini.
Selamat menyambut hari raya qurban kepada seluruh umat Islam. Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan selama ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.
HJ RAZMAN HJ ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK.
Khamis, 14 Ogos 2014
JEMPUTAN JAMUAN HARI RAYA EIDULFITRI
Hj Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak merangkap YDP serta Jawatankuasa PAS Kawasan Lenggong menjemput semua, pembaca, pengikut-pengikut blog ini rakan-rakan fb, tweeter untuk meraikan majlis yang akan diadakan pada 23 Ogos 2014 M, bersamaan 27 Syawal 1435 H, disurau abna Zakaria, dataran Luat, Lenggong.
Seperti dijadualkan, majlis akan bermula pada jam 2 hingga 5 petang dengan hidangan menu lemang dan rendang serta beraneka jenis lagi makanan disediakan untuk para tetamu yang hadir pada hari tersebut.
Acara sambutan Qasidah oleh para pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Lid Da'wah Wal Imamah Kg.Luat akan turut dapat disaksikan persembahannya sebagai acara selingan bagi meraikan tetamu yang hadir.
Pihak PAS Kawasan akan turut menyediakan satu tabung kutipan derma 'SOLIDARITI UNTUK GAZA' pada hari tersebut untuk mendapatkan dana bagi membantu rakyat Gaza yang sedang berhadapan dengan peperangan dibumi Palestin pada ketika ini.
Pihak kami menyeru agar semua dapat hadir dan dapat memberikan sumbangan kepada tabung Gaza mengikut kemampuan masing-masing.
Selamat datang kami ucapkan kepada semua dan sama-sama kita doakan agar pertemuan kita semua didalam majlis Jamuan Hari Raya ini nanti, adalah pertemuan yang diberkati oleh Allah swt, insyaAllah.
Khamis, 24 Julai 2014
Kenapa Susah Sangat Patuh Syariah???....
- Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.
- pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.
Rabu, 23 Julai 2014
Tingkatkan Amalan, dekatkan Ketaqwaan.
Baca Dan Tadabburlah Al Quran.
Idris Hj Ahmad
Saban tahun kita meraikan sambutan Nuzul Al Quran apabila munculnya 17 Ramadan dan diistiharkan cuti umum oleh sebahagian besar di negeri Malaysia. Lebih hebat lagi Malaysia pula mengadakan Musabaqah Al Quran peringkat Antarabangsa, sehingga Malaysia terkenal di kalangan dunia Islam. Persoalannya cukupkah sekadar begitu sahaja untuk kita hendak menjunjung Al-Quran yang merupakan mukjizat agung.
Kita mesti merasa malu jika kita sebagai pejuang Islam tidak membaca Al Quran. Sudahlah hukum Quran dikebelakangkan untuk menjadi cara hidup yang lengkap. Kerana masyarakat lebih selesa untuk tidak mengambil AlQuran sebagai cara hidup. Semuanya berpunca daripada kejahilanya.
Al-Quran Untuk Memberi Hidayah
Salah jika kita menganggap Al-Quran hanya untuk mendapat berkat sahaja, sedangkan Al-Quran diturunkan untuk memberi pentunjuk dan panduan hidup kepada manusia. Akibat kejahilan setengah masyarakat mereka anggap Al-Quran hanya untuk mengambil berkat sahaja. Al-Quran hanya dibaca ketika hendak pindah ke rumah baru, baca ketika orang sakit dan orang mati sahaja. Maksud Firman Allah SWT "Bulan Ramadan diturunkan Al-Quran untuk memberi petunjuk kepada manusia"
Ketenangan Jiwa
Ketenangan yang sebenar akan diperolehi daripada Allah SWT dengan kita banyak membaca Al Quran. Kerana ia adalah sumber ketenangan asli kepada seorang Muslim. Jiwa manusia menjadi resah, berpunca dari jiwa yang kosong. Ubat kepada kepada keresahan ini sudah semesti Al-Quran yang akan menjadi penawar. Jiwa yang kosong tidak boleh dipenuhi dengan makanan jasmani biasa. Jiwa yang kosong tidak boleh diubat oleh doktor pakar.
Arahan Allah Kepada Kita.
Ketika kita membaca mesti kita serapkan dalam hati bahawa yang kita baca ini ialah merupakan arahan daripada pencipta yang agong. Malahan lebih daripada kita membaca Perintah Am di tempat kerja kita. Apa yang diarah mesti kita patuh tanpa alasan untuk engkar. Jika engkar kecelakaan menunggu selepas mati nanti.
Rujukan Kepada Perjuangan
Pas telah meletakkan di dalam Perlembagaannya Al Quran, Hadis, Ijma' dan Qias. Kita tidak pernah buang dan berganjak daripada dasar ini, samaada ketika Pas keseorangan atau bertahaluf dengan rakannya. Setiap apa yang kita lakukan tidak akan lari daripada petunjuk Al Quran. Kita tidak akan gadai prinsip walaupun ada keuntungan duniawi. Kemampuan ulamak Pas untuk mengistinbatkan hukum daripada Al Quran adalah satu kelebihan. Isi kandungan Al-Quran sentiasa segar dan menarik untuk menyelesaikan permasalahan semasa seperti Firman Allah SWT dalam Surah Yasin ayat 2 "Demi Al-Quran yang maha bijaksana"
@Motivasi Untuk Pejuang
Al Quran merupakan sumber motivasi yang paling bernilai di dalam kehidupan kepada seorang pejuang. Motivasi pahala dan syurga yang dijanjikan oleh Al-Quran adalah barang yang tidak boleh ditukar dengan setinggi gunung emas. Apabila kita membaca dan mentadabbur ayatnya ia boleh memberi perangsang kepada kita untuk terus berjuang. Motivasi inilah yang ditakuti oleh musuh Pas. pernah satu ketika dahulu ada seorang pemimpin negara mengatakan Pas memberi rasuah syurga, sehingga mencadangkan kepada SPR supaya memasukan janji syurga termasuk kesalahan pilihanraya.
@Milikilah Al Quran terjemahan
Bagi kita yang tidak mahir di dalam bahasa Arab, maka eloklah mempunyai Al-Quran terjemahan supaya kita dapat menghayati makna Al-Quran dengan lebih mendalam. Ini akan menimbulkan kekhusukan kepada apa yang kita baca. Ada beza membaca Al-Quran tanpa faham dengan faham maknanya.
Kenapa Manusia Mengabai Membaca Al-Quran.
1. Sikap memandang remeh tentang kepentingan Al-Quran
2. Godaan syaitan yang menghalang usaha baik ini.
3. persekitaran yang tidak membentuk sikap rajin untuk membaca Al-Quran.
4. Sibuk dengan urusan duniawi sehingga tidak sempat membelek Al-Quran
5. Sibuk melayan media baru, sehingga ruang masa dicuri untuk Wasap dan Face book.
6. Tidak ditarbiah untuk rapatkan diri dengan Al-Quran