Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 9 Julai 2014

BONUS RAYA: Guru KAFA Bagaimana...???


LENGONG: 9 Julai - Dewan Pemuda PAS Perak (DPPPk) cukup sedih jika Kerajaan Negeri Perak meminggirkan jurusan bidang Agama Islam terutamanya, kepada penyelia dan guru Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Negeri Perak, yang telah banyak menyumbang khidmat bakti mereka kepada anak-anak kita, agar memahammi Islam dengan lebih dekat.

Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak berkata; "kami menerima aduan bahawa, guru KAFA sehingga kini masih tidak menerima berita gembira samada akan menerima imbuhan bonus Hariraya atau tidak, sepertimana kakitangan awam lain yang telah dimaklumkan akan menerima bonus sempena Hariraya Eidulfitri pada tahun ini."

"Sekiranya ini benar-benar berlaku, ianya amat menyedihkan kerana kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada masakini memerlukan Ihsan daripada pihak-pihak yang berwajib seperti mendapat bonus Hariraya, supaya bantuan sambutan Hariraya pada tahun ini dapat diraikan dengan rasa gembira oleh guru-guru KAFA," tambah Dr. Raja Ahmad Iskandar.

Dewan Pemuda PAS Perak merayu agar Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) tidak akan menghampakan semua guru-guru KAFA, agar minimbang pemberian imbuhan bonus Hariraya kepada semua guru-guru KAFA di Perak.

"Kami juga mengharapkan agar Kerajaan Negeri Perak akan membuat pengumuman yang menggembirakan kepada semua guru-guru KAFA di Negeri Perak bahawa, kebajikan mereka akan terus diberikan perhatian, terutamanya menjelang sambutan Hariraya pada tahun ini," Ujar Dr. Raja Ahmad Iskandar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan