UMAT ISLAM PERLU POSITIF DENGAN TEGURAN MUHASABAH
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)
Penulis
mengikuti isu teguran sajian arak dan isu aurat bukan bermula hari ini
malah sejak tahun 1990an lagi apabila teguran demi teguran isu arak
dalam pesawat MAS diabaikan dengan alasan komersial. Isu ini bukan
sahaja ditegur oleh Dr Asri, malah Dr Ridwan Tee, NGO-NGO Islam serta
para ulama' berdekad lamanya.
Malah penulis cukup berbangga dengan kewujudan susuk hebat seperti Allayarham Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar yang telah melakukan pelbagai tindakan untuk mengislamisasikan suasana kerja dan perniagaan dalam MAS.
Antara usaha murni beliau adalah:
- Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.
- pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.
Saya agak terkejut dengan reaksi ADUN PKR Seri Setia Nik Nazmi Ahmadyang
menyatakan rasa kesal beliau dengan kenyataan Pemuda PAS Kedah baru
baru ini yang cuba membawa isu muhasabah ke arah bersyariat dalam MAS
sejurus selepas nahas MH 17.
Malah
usaha pemuda PAS mengajak pihak kerajaan Malaysia dan pihak MAS menilai
semula teguran ramai pihak berkenaan penyediaan arak dalam pesawat
serta isu aurat pramugarinya dianggap seperti bercakap di masa yang
salah serta di tempat yang salah sedangkan rakyat kita yang bermain
dengan media sosial tidak seterkilan beliau kerana isu ini juga dibahas
meriah di dalam media sosial.
Ia
bukan suatu kenyataan bernilai pukulan yang meresahkan keluarga mangsa
kerana tiada unsur penghinaan atau isu mengabaikan perasaan keluarga
mangsa dalam kenyataan Pemuda PAS Kedah yang disiar penuh dalam
Malaysiakini dan Malaysia Insider. Kenyataan itu dimulakan dengan
simpati terhadap keluarga mangsa dan haraapan agar usaha menyelamat
berjalan dengan lancar. Cumanya diselitkan muhasabah kepada pihak MAS
dan kerajaan agar melihat aspek agama dalam perlaksanaan industri
berkenaan memandangkan MAS berada di dalam sebuah negara beragama rasmi
Islam berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan
muhasabah sebegitu sama sahaja dengan amalan umat Islam berkata ,
'bersabarlah dan takziah, ia adalah ujian atau kifarah kepada kesilapan
lampau kita'. Umat Islam diajar selain mengucapkan takziah, kita juga
diajar mengingatkan muhasabah kepada sesiapa yang ditimpa malapetaka dan
musibah kerana itulah antara cara Allah menaikkan taraf umat islam atau
menghapuskan dosa lampau. Itulah maksud muhasabah.
Cuma pada pandangan penulis, Nik Nazmi yang juga calon Ketua AMKitu
hanya membaca ulasan ringkas Malaysiakini tanpa membaca tulisan penuh
pemuda PAS dalam bahagian rencana. Sebelum beliau menilai sesuatu
kenyataan itu sebagai kenyataan tak kena tempat, perhatikan nilai
ungkapan dalam kenyataan tersebut, kepada siapa ditujukan, kesannya
benarkah ia mengguris hati keluarga mangsa atau hanya memanaskan hati
pihak yang pesemis dengan perlaksanaan syariah dalam perkhidmatan MAS.
Dimana Silapnya...???
KENYATAAN MEDIA 21 JULAI 2014
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Setiap
rakyat Malaysia telah merakamkan kesedihan dan rasa terkejut dengan
tragedi MH 17 yang ditembak jatuh pada pertengahan Ramadhan tahun ini.
Dewan Pemuda PAS kedah juga turut melahirkan rasa sedih dan simpati
kepada mangsa di dalam pesawat berkenaan serta ahli keluarga yang
terlibat.
Selaku
sayap utama sebuah Parti Islam yang berjuang atas landasan dakwah dan
saling memperingati antara kita, Kami merasakan telah tiba masanya
kerajaan Malaysia serta pihak pengurusan tertinggi MAS melihat
permasahan yang menimpa MAS mutakhir ini dalam sudut pandang paling asas
iaitu unusr ketuhanan dan kehambaan.
Apabila
pada bulan Mac kita dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH 370
yang lesap begitu sahaja, kini pesawat MH 17 pula yang dilaporkan
terkena tembakan 'syubhah' samada pihak Rusia mahupu Ukraine yang tidak
mengakui kesilapan menembak pesewat yang memuatkan lebih 200 penumpang
awam.
Dalam
tragedi dan musibah yang berlaku ini perlunya pihak kerajaan Malaysia
dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam perut
pesawat-pesawat MAS yang mewakili syarikat penerbanag sebuah negara umat
islam.
Dengan
hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan, malah aspek aurat
serta pakaian yang terkeluar daripada landasan syarak juga tidak
diendahkan.
Menaiki
pesawat MAS tidak membawa para penumpang merasai bahawa pesawat ini
dikendalikan leh sebuah negara yang saban tahun menganjurkan Musabaqah
Al Quran malah menjadi johan saban tahun dalam hal taranum Al Quran. Hal
ini amat mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat Al Quran yang
ddialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta
tanda-tanda kemurkaan Allah.
Firman Allah,
"Hai
orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. "(QS Al-Baqarah 208)
Mengabaikan
perintah mengharamkan arak serta perintah menutup aurat ertinya menolak
sebahagian isi kandungan kitab, Firman Allah,
"Apakah
kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap
sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian
dari padamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari
kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak
lengah dari apa yang kamu lakukan." (QS Al-Baqarah 85)
Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong teguh kenyataan teguran Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkenaan jualan arak dalam pesawat MAS.
Pada
Mac tahun ini juga beliau pernah menegur kerajaan secara terbuka
selepas insiden MH 370. Malah teguran itu adalah suara rakyat yang
cintakan Islam.
Kerajaan juga perlu rasa malu dengan kenyataan Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Tais bahawa ajaran Kristian sendiri tidak
menggalakkan penganut ajaran itu mengambil minuman keras sekaligus
menyokong cadangan memansuhkan hidangan arak dalam pesawat MAS walaupun beliau mengakui masalah untuk pelaksanaan pemansuhan tersebut ialah kerana pesawat MAS tidak hanya dinaiki oleh penumpang dari Malaysia.
Jika
benar kerajaan berhasrat bermuhasabah dan ingin meraih redha Allah
semula, apa salahnya jika diadakan soal selidik dan kajian peratusan
penumpang yang enggan menaiki pesawat MAS hanya kerana tiada jualan arak
dan kerana paramugarinya menutup aurat dan tidak memakai pakaian ketat
lagi.
Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan DPPN Kedah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan