Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 22 April 2014

PELANCARAN AMEERAH KAWASAN LENGGONG

LENGGONG: 19 April 2014 – Program Pencarian Mutiara Hujjah anjuran Ameerah Zon Timur, yang melibatkan kawasan Padang Rengas, Kuala Kangsar, Sg.Siput, Gerik dan Lenggong berlangsung dalam pertandingan mencari bakat pemidato dan mencari ikon muslimah remaja yang beperwatakan islam dan menjadi inspirasi kepada remaja-remaja perempuan.

Turut melakar sejarah pada hari ini ialah pelancaran Penubuhan Ameerah kawasan Lenggong yang  dikhususkan untuk menarik minat golongan remaja wanita, telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj Razman Zakaria disini.

Turut bersama program, ketua NGO Ameerah Perak, Pn. Najmin Amran. Memetik ucapan beliau, “Ameerah akan mengambil pendekatan yang lebih berkesan untuk mendekati golongan anak muda  khususnya muslimat, untuk diberikan pendedahan mengenai kepentingan politik. Yang mana kajian menunjukkan bahawa golongan anak muda berbangsa melayu pada ketika ini, kurang berminat atau keliru untuk mengikuti suasana  perkembangan politik tanahair.”

Pn Najmin dalam ucapannya berkata, diantara matlamat gerakan Ameerah ialah memberi pendidikan politik kepada golongan anak muda yang merupakan pelapis dan juga bakal menjadi pemimpin masa depan Negara. Meniup dan menghidupkan semangat Patriotisme kedalam jiwa anak bangsa bahawa kita adalah pewaris Negara ini. Dan menggerakkan usaha dakwah kedalam masyarakat untuk mengenali dan memahami keindahan agama Islam disamping memperkenalkan dasar dan asas sebuah Negara Islam.

Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj Razman Zakaria berkata, Ameerah hendaklah menggerakkan usaha untuk mendekati golongan muda muslimat supaya mereka ini mendapat ilmu bermanfaat yang berkaitan dengan urusan untuk menentukan cara hidup kita sebagai umat Islam dan sebagai  warganegara iaitu, memahami tuntutan Islam dan mengambil tahu hal-ehwal politik dan menjadikan mereka lebih bijak untuk membuat pilihan setelah maklumat dan pendidikan diberikan kepada mereka sebagai bekalan.

Ameerah juga hendaklah menjadi mata-rantai kepada perkembangan dan kesedaran masyarakat mengenai betapa pentingnya kuasa politik untuk menentukan, kepada siapa hendak kita serahkan tanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran Negara ini dalam aspek agama dan ekonomi untuk rakyat nikmati dengan sebaik-baiknya.

Didalam usaha dakwah, perkara yang paling membimbangkan dan menjadi cabaran buat kita pada hari ini ialah, berkaitan masyarakat melayu islam yang tidak tahu membaca Al Quran dan tidak memahami maksud al-Quran.

Ada kajian yang melaporkan bahawa terdapat 92% masyarakat melayu islam pada masakini tidak tahu membaca al-Quran, apatah lagi untuk mereka memahami isi kandungan yang terdapat didalam kitab suci tersebut.

Tugas ini merupakan tugasan yang harus dipikul oleh kita semua, bukan dilepas atau dibiarkan begitu sahaja seperti pihak yang sepatutnya lebih bertanggungjawab iaitu pihak kerajaan yang seakan-akan mementingkan pembangunan dan ekonomi sahaja, sedangkan pembangunan seperti itu telah dilihat tidak berjaya dilakukan dengan baik oleh pihak-pihak yang berwajib apabila mereka tidak dapat mengeluarkan bangsa melayu atau orang islam daripada beban kemiskinan.

Hj Razman berharap Ameerah dapat terus diperkasakan kedalam gerakan aktiviti masyarakat disemua peringkat supaya kefahaman agama dan kesedaran politik itu nanti dapat memecahkan tembok pemikiran golongan muda remaja yang selama ini terkongkong  lantaran daripada pengasingan kuasa politik dan agama yang di doktrinkan oleh pihak pemerintah seperti yang berlaku pada hari ini.

2 ulasan:

  1. Membangun minda Islam oleh penggerak Islam tulen.

    BalasPadam
  2. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















    BalasPadam