PADANG RENGAS: 20 Julai – Program
Lajnah Tanah PAS Pusat bersama NGO, Persatuan Anak Penoreh Getah (PETAH) dengan tema ‘Menghayati
Keperitan Penoreh Getah,’ diadakan di Paya Ranggam untuk menyampaikan bantuan keperluan
dapur kepada 50 orang penoreh getah dalam majlis berbuka puasa disini.
Menurut Timb. Pengerusi PETAH, Pn Intan Hj Kasah, NGO PETAH ditubuhkan pada Jun lalu ialah
untuk membantu penoreh bagi menyuarakan permasalahan dihadapi oleh golongan
penoreh yang ramai masyarakatnya ialah terdiri daripada orang-orang melayu,
sebagai pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah dan mengambil upah sebagai
penoreh.
Program Ziarah menyampaikan
bantuan turut diadakan dibeberapa buah Negeri sempena Ramadhan ini untuk menyelami
sendiri penderitaan dialami oleh pekebun kecil diseluruh Negara berikutan
kejatuhan harga getah dipasaran.
Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat,
Hj Mazlan Aliman, ketika ditemui berkata berkata; “kejatuhan merudum harga
getah pada tahap RM180 sekilo pada ketika ini, amat membebankan rakyat khususnya
orang-orang melayu dari kalangan pekebun kecil dan lebih-lebih lagi mereka yang
mengambil upah sebagai penoreh getah, yang masih berada didalam ruang
kemiskinan.”
“Ketika kunjungan ziarah di
beberapa Negeri, pihak kami melihat sendiri kehidupan sukar yang terpaksa
dilalui oleh keluarga penoreh getah, mereka terpaksa berlapar kerana tidak
mampu untuk membeli sekampit beras, jelas beliau.”
Menyedari kesan kejatuhan harga
getah ini ditanggung oleh seluruh keluarga pekebun kecil dan penoreh getah,
Lajnah Tanah PAS Pusat mendesak kerajaan supaya bertanggung jawab mencari jalan
untuk berikan pembelaan kepada golongan ini, setelah berbagai memorandum yang
telah disampaikan oleh Lajnah Tanah PAS Pusat dan Beberapa NGO tidak dilayan
oleh pihak kerajaan.
Kerajaan perlu menetapkan harga
lantai getah dipasaran, bagi menjamin ekonomi orang-orang melayu diluar bandar
supaya tidak berlanjutan dihimpit dengan beban kemiskinan.
Kerajaan seharusnya memikirkan
kestabilan ekonomi pekebun kecil terjamin dan bersifat jangka panjang. Kerana
disana terletaknya survival akar umbi orang-orang melayu yang tinggal diluar
Bandar.
Mazlan menyeru kepada sesiapa
yang ingin memberikan sumbangan bagi meringankan beban golongan penoreh getah
bolehlah menyalurkan bantuan melalui NGO PETAH.
Turut sama dalam program ini,
Timb.Pesuruhjaya PAS Perak, YB DS Ir. Nizar Jamaluddin yang menerima serahan
kutipan wang derma sebanyak RM7,153 daripada PAS Kawasan Padang Rengas untuk
tabung Palestin pada malam tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan