Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 1 Disember 2012

UMNO MAHU BERKUASA DAN TERUS HIDUP DI ATAS FITNAH... ???


Untuk sekian kalinya, Umno Lenggong semakin menderita, ibarat nyawa di hujung tanduk untuk mempertahankan kuasa politik disini, atau lebih tepat Umno mahu terus hidup diatas fitnah kerana tiada isu dan hala tuju hendak di rangka bagi menaik taraf hidup orang melayu di luar bandar.
Terbaru, ratusan pucuk surat dilayangkan kepada masyarakat umum bagi memburukkan nama YDP PAS Kawasan.

Aduan daripada masyarakat umum yang tidak senang dengan kehadiran "Surat Layang" ini meminta supaya, jawatankuasa PAS Kawasan berbuat sesuatu terhadap pengirim kerana mereka tidak berminat dengan isi kandungan surat yang ditulis dalam bentuk fitnah untuk mempertahankan kuasa politik yang dipercayai dilakukan oleh parti Umno. 

Jelas pengadu, mereka percaya nama pengirim yang mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup di kepala surat itu adalah palsu.

Seorang penerima surat layang tersebut dengan jelas menyatakan bahawa, budaya fitnah yang dimainkan oleh Umno pada masa ini sangat mengaibkan parti itu sendiri yang sepatutnya mencari kekuatan dengan menolak budaya fitnah.

Jelas beliau lagi, pendekatan fitnah yang dilakukan oleh Umno itu jelas menunjukkan bahawa parti mereka tidak berusaha mengajak orang melayu untuk mengikuti ajaran agama yang tidak membenarkan mereka menabur fitnah tanpa sebarang bukti.

Pengadu yang memberikan surat ini kepada blogger menjelaskan, beliau tidak pernah mencampuri urusan politik sebelum ini. Sudah banyak surat fitnah dikirimkan kepadanya. 

Pada kali ini, dia sangat tidak berpuashati dengan tindakan musuh PAS mengirimkan surat-surat dalam bentuk fitnah yang sama terhadap YDP PAS, sambil menyatakan apa yang dilihatnya mengenai YDP PAS Kawasan tidak seperti digambarkan dalam isi kandungan surat layang itu.

Di akhir pertemuan itu, pengadu mencadangkan supaya PAS Kawasan mengadakan Solat hajat dan bacaan Yasiin supaya, Allah menunjukkan jalan kebaikan dan membalas segala kejahatan keatas orang-orang yang bertanggungjawab membuat fitnah mengirim surat yang berbaur hasutan dan fitnah itu.


Ulasan Blogger: 

Memang benarlah cadangan pengadu yang mahu namanya dirahsiakan itu. Dah nampak jelas, lagi banyak surat layang dikirim, semakin tebal kebencian orang melayu terhadap Umno. 

Maklumlah, sebelum ini pun Umno tak pernah nak bawa orang melayu di Parlimen Lenggong menghidupkan suasana agama disini. Yang Umno tahu, mereka menyuapkan orang melayu disini dengan hiburan 'laghro' je.


Buktinya, apabila orang tak berparti yang menerima surat layang dengan jelas datang menunjukkan rasa benci secara terang apabila datang mengadu kepada AJK PAS Kawasan.

Kalau ikut telahan Blogger, biarkan sahaja Umno terus menghantar surat layang tu kepada semua pengundi-pengundi di Parlimen Lenggong ni. Biar makin ramai orang yang datang menyatakan kebencian mereka terhadap Umno secara terbuka.

Akhirnya PAS menang dengan mudah dan Umno Kalah pun dengan mudah jugak.... Amiinnn.... Hancur-hancur... Hancur fitnah Bila Umno Kalah...









Selasa, 27 November 2012

GIMIK PRU-13-BERI KEPADA RAKYAT GERAN TANAH SEKANGKANG: AMBIL HUTAN SIMPAN PIAH 1000 EKAR.

LENGGONG- Baru-baru ini, Dato' Zambry Abd Kadir turun padang membuat 'gimik' pilihanraya dengan memberikan geran tanah kepada penduduk yang menantikan sejak 40 tahun dulu, di beberapa buah kampung sekitar DUN Kenering, (Parlimen Lenggong.)

Terima kasih Dato' kerana beri jugak setelah 40 tahun, mereka menunggu dan akhirnya dapat jugak kepada orang melayu miskin, walaupun orang yang mengusahkannya ada yang telah meninggal dunia. Berilah sebidang 'tanah melayu kepada orang melayu' supaya mereka dapat meneruskan hidup walaupun sekangkang kera, supaya mereka mengusahakannya untuk pendapatan ekonomi dan sebidang tapak rumah untuk kehidupan.

Sebenarnya, isu tanah sangat sensitif sejak sekian lama di bawah pemerintahan kerajaan Umno/Bn dan telah banyak berlaku penyelewengan dan ketidakadilan dalam pengagihan serta kurniaan tanah.

Masyarakat di bawah tidak mengetahui bahawa, pengambilan tanah dalam jumlah yang banyak sering di monopoli  oleh dua golongan. Kedua golongan ini, adalah dari kalangan orang-orang politik (Umno/Bn) dan kakitangan kerajaan.

Isu ini bukan baru, ketika Dato' Tajul Rosli berkuasa sebagai MB Perak, (Umno/MCA) = BN Tanah-tanah Rezab Melayu di Kg. Air Kala, Padang Grus dan Selat Pagar semuanya terlepas ketangan 'orang lain' termasuklah pembukaan tanah pinggir di Kg. Bukit Sapi, disini. Rakyat miskin di pinggir bandar dan kampung terus berputih mata.

Oleh itu, rakyat harus sedar supaya tidak dipergunakan oleh golongan ini sehingga, hak kita sebagai rakyat bumiputera terlepas ketangan orang-orang yang berkepentingan seperti ini.

Golongan Pertama.
Golongan Politik merupakan golongan pertama membolot tanah negeri melalui kuasa politik mereka. Ini dapat dilihat dengan pengambilalihan kawasan tanah Hutan Rezab Melayu, sehingga ada terdapat beberapa kes, Tanah Rezab melayu yang telah 'ditukarkan status' menjadi tanah kerajaan negeri oleh orang-orang  yang berkepentingan didalam parti politik kerajaan Bn.

Golongan Kedua.
Penipuan dan penyelewengan berkaitan tanah dilakukan oleh kerajaan Umno/Bn dapat dilihat dengan jelas setelah berlakunya pengambilan sebahagian Kawasan Hutan Rezab Melayu, Tanah Kerajaan Negeri  dan pemberian lot-lot tanah FELCRA, PPRT, AGROTANI kepada kroni-kroni yang lebih kepada golongan penjawat jawatan jabatan-jabatan kerajaan dan Umnoputera.

Manakala, rakyat susah di kg.tradisional melayu (bukan sekadar generasi kedua) tidak mempunyai tanah yang sepatutnya lebih berhak diberikan untuk mereka bagi meneruskan kehidupan di kampung halaman sendiri, tercicir jauh daripada senarai penerimanya.

Penempatan Semula Mangsa Banjir.
Rakyat miskin tiada tanah, mereka yang sering menghadapi masalah banjir sepatutnya berhak mendapat tempat ditanah penempatan semula oleh kerajaan yang membina rumah mesra rakyat. Tetapi, penempatan itu hanya diberi atau dimiliki oleh segolongan Umnoputera terdiri dari kroni-kroni atau saudara-mara terdekat yang tiada kaitan langsung dengan perancangan awal projek pembukaan penempatan semula kerajaan untuk diberi kepada mangsa banjir.

Kakitangan Kerajaan
Ada diantara mereka telah dianugerahkan lot-lot tanah. Adakah dengan alasan mengenang jasa mereka? Anda boleh semak dalam Geran Mukim di semua daerah dalam negeri Perak, siapakah mereka yang memiliki tanah-tanah tesebut.? Bukannya sedikit... begitu besar jasa mereka...

Persoalannya, pekerja swasta, petani, penoreh getah anak peneroka, bekas tentera, polis, kakitangan pesara kerajaan berpangkat rendah serta bergaji kecil dan lain-lainnya yang jauh lebih susah. Tiada jasakah mereka kepada negara dan masyarakat? Jangan lupa... Mereka juga berjasa dalam menyumbang kepada pendapatan negara dan masyarakat.

Mereka inilah yang sepatutnya diberikan tanah, bukannya kakitangan kerajaan yang telah dibayar gaji beserta kemudahan-kemudahan lainya.

Terdapat contoh yang baik ialah seorang kakitangan bawahan memiliki berpuluh-puluh ekar dari pemberian tanah, hasil dari lamanya dia berkhidmat di pejabat tanah serta sangat baiknya dia dengan ketua jabatan dan ahli Politik.

Tanah diusahakan Felcra.
Ahli politik dan kakitangan jabatan kerajaan mengambil kesempatan, membolot dan 'memfaraid' kan kepada kroni-kroni. Tanah-tanah pinggir yang sudah berpuluh tahun di usahakan oleh penduduk kampung setelah FELCRA membangunkan tanah-tanah itu. 

Sebelum FELCRA membangunkan tanah pinggir itu, penduduk kampung telah lama mengusahakannya dalam keluasan asal iaitu; 5-4 ekar setiap seorang. Setelah FELCRA mengusahakannya, geran tanah itu dipecahkan, orang kampung hanya mendapat pembahagian geran 'TOL' (Temporarily Odinary Land)  hanya seluas 3-4 ekar sahaja untuk setiap orang. terdapat juga, nama-nama orang yang mengusahakan tanah itu daripada awal, hilang terus dari senarai untuk penerimaan. 

Penyelewengan.
Anak Bekas ADUN merangkap speaker DUN Perak, juga turut di anugerahkan lot tanah diusahakan FELCRA walaupun anak Dato', bekas wakil rakyat itu, tidak pernah pun mengusahakan tanah itu disini. Akhirnya, masyarakat miskin yang sudah lama mengusahakan tidak mendapat hak yang sepatutnya. Sedangkan perancangan awal pembangunan tanah pinggir diusahakan oleh FELCRA ialah untuk membantu penduduk disitu mendapatkan tanah diusahakan mereka. Dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar miskin yang tidak mempunyai tanah.

Persoalannya; bagaimana kakitangan kerajaan dan penduduk dari luar kampung yang tidak pernah mengusahakan tanah itu boleh mendapat hak sama keluasan dengan orang yang mengusahakannya iaitu; 3-5 ekar daripada tanah-tanah ini? Sedangkan, orang kampung yang mengusahakan telah kehilangan 2-1 ekar daripada tanah yang telah mereka usahakan. Dan terdapat juga tanah di usahakan penduduk di rancangan pinggir kampung ini telah hilang begitu sahaja sehingga ke hari ini.

NANTIKAN SAMBUNGAN SETERUSNYA...
:: ISU-ISU TANAH ::
:: HUTAN SIMPAN PIAH.
:: LOMBONG BIJIH BESI DI KG.BENG.
:: Felda Plantation- FGVB.
:: Bkt Kulim, Kg.Beng.
:: Ladang Teh.
:: Kg. Changkat Berangan.
:: Kg. Air Ganda.
:: Kg. Sawa.
:: Dll.





Sabtu, 10 November 2012

UMNO Lenggong bersetuju dengan kenyataan Pemimpin MCA???


LENGGONG, jumaat- 9 Nov - Kira-kira 300 umat Islam mewakili NGO Pertubuhan Kumpulan Islam Selamatkan Aqidah (PERKISA), berhimpun dan berarak dari masjid Jame' di sini menuju ke pejabat Umno Bahagian dan pejabat khidmat masyarakat Parlimen L
enggong untuk menyerahkan memorandum kepada pemimpin umno bagi membantah kenyataan pemimpin MCA menghina Islam.

Himpunan dan perarakan itu bermula sejurus selepas umat Islam selesai menunaikan solat jumaat yang turut disertai oleh pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Ah Beh dan S. Naliraja.

Himpunan dan perarakan aman untuk menghantar memorandum ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama baik daripada pihak polis. Namun begitu, tiada seorang pun pimpinan atau wakil daripada parti Umno dan Bn yang berani tampil untuk menerima memorandum bantahan tersebut.

Menurut wakil NGO PERKISA, Saidi Sabri, 40, Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno dan Bn di Parlimen Lenggong terhadap suara masyarakat Islam di sini hari ini, jelas membuktikan mereka tidak melaksanakan slogan rakyat didahulukan.

Dalam ertikata lain, pimpinan parti Umno Bahagian langsung tidak peka dengan sensitiviti umat Islam atau tidak mengendahkan langsung suara rakyat. Walaupun bantahan yang diadakan oleh pihak PERKISA ini sangat berkaitan dengan kesucian agama Islam.
Hero Umno Lenggong, boleh di calonkan sebagai wakil rakyat dari MCA.

Menurutnya lagi, Umno dan Bn terbukti gagal menunjukkan keikhlasan sebenar mereka didalam isu agama yang sedang dicanangkan oleh rakan parti komponen mereka (MCA). sedangkan dalam masa yang sama, Umno mendakwa merekalah parti orang melayu yang memperjuangkan AGAMA,BANGSA.

Apalah gunanya masyarakat melayu memilih mereka sebagai Wakil Rakyat, sekiranya kecaman umat Islam terhadap rakan komponen Umno (MCA) supaya menghentikan penghinaan keatas kesucian Islam tidak di endahkan langsung oleh Yang Berhormat Umno di sini.

Untuk pengetahuan masyarakat Islam di sini, Sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Umno (Melayu/ Islam) di Parlimen Lenggong pada hari ini juga, sudah jelas menunjukkan pendirian dan keikhlasan mereka mengenai kesucian agama Islam itu sendiri.

Persoalannya di sini;
1. Mengapa Wakil Rakyat Umno tidak mahu menerima Memorandum bantahan menghina agama daripada umat Islam, sedangkan rakyat telah melantik mereka sebagai pemimpin???

2. Mengapa tidak menentang MCA yang sudah terbukti anti Islam???

Adakah kerana;
1. MCA rakan parti komponen Umno maka, pemimpin Umno membenarkan sahaja Kesucian Agama Islam terus dihina dan seterusnya langsung tidak mahu mendengar bantahan daripada umat Islam???

2. Apakah lantikan jawatan YB oleh rakyat itu suatu kebanggaan dan kesombongan???

3. Apakah tugas dan tanggungjawab sebenar YB sebagai seorang pemimpin kaum muslimin khususnya dalam hal-ehwal agama sehingga sanggup berdiam diri apabila Islam di caci-maki oleh rakan komponen Umno sendiri???
"OLEH KERANA YB-YB SEKELIAN, SEDANG BERKUASA MEMIMPIN KAUM MUSLIMIN DAN MENJADI WAKIL RAKYAT LENGGONG, MASYARAKAT ISLAM DI SINI MAHUKAN PENJELASAN DARIPADA YB MENGENAI TAPAK PENDIRIAN SEBENAR DALAM ISU INI DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN KEINSAFAN."


Khamis, 8 November 2012

CEGAH SEBELUM PARAH SEBELUM KUDIS MENJADI BARAH.


SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM MALAYSIA

Rakyat malaysia ditakut-takutkan kepada DAP yang kononnya menolak Islam..Tapi UMAT ISLAM LUPA BAHAWA MCA ADALAH PARTIYANG PALING LANTANG MENOLAK ISLAM DI MALASIA INI.... SEBARKAN BUKTI2 DI BAWAH SUPAYA RAKYAT MALAYSIA TAHU KEJAHATAN MCA KEPADA ISLAM...

BUKTI2 MCA MENENTANG ISLAM DI MALAYSIA

1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah:

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut:

• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”


4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”

“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.


14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya..

Ahad, 30 September 2012

HIMPUNAN AMAN BANTAH FILEM HINA ISLAM DI KAWASAN LENGGONG

Protes Filem Hina Nabi diperkarangan Masjid An-Nur, Pekan Lawin.
Kemarahan umat Islam di Kawasan Lenggong.
Lenggong 28 Sept - Hampir 300 Umat Islam dari berbagai latarbelakang mengadakan demontrasi secara aman di Masjid An-Nur, Pekan Lawin, Kerana membantah filem yang telah mengguris perasaan umat Islam berikutan penayangan filem kontroversi Innocence of Muslims, yang diarahkan oleh Sam Bacile, kerana filem tersebut masih lagi boleh disaksikan melalui laman youtube di internet.

Himpunan aman membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan seluruh umat Islam ini diterjemahkan oleh orang ramai melalui sepanduk dan kain rentang dengan mengecam dan mengutuk tindakan barat, yang memusuhi umat Islam menerusi filem yang diterbitkan itu.


Bantahan bermula sejurus umat islam selesai solat jumaat, solat hajat dan berkumpul diperkarangan Masjid diiringi dengan berselawat keatas Nabi.
Hadir memberi ucapan dan kecaman dalam bantahan itu, Ketua Urusan Dewan Ulamak PAS kawasan, ust Hanapiah Idris,timb. Pesuruhjaya PAS Perak,  tn hj,Razman Zakaria dan timb. Ketua PAS kawasan, ust Abd Karim Mahmud.

Kesemua ucapan pimpinan PAS kawasan menjurus kepada kecaman dan kutukan terhadap agenda rejim zionis serta sekutunya dan PAS berikrar akan menentang sesiapa sahaja yang cuba untuk menghina Nabi, agama Islam dan hukum Allah.

Sebelum bersurai pada jam 2.30 petang. Tuan hj Razman mengakhiri ucapannya dengan menyeru kepada semua umat Islam agar bangkitlah bersama, mendaulat dan melaksanakan hukum-hukum Allah, supaya seluruh umat Nabi Muhammad tidak lagi dihina dan diperlakukan sewenang-wenangnya diakhir zaman ini oleh musuh-musuh Islam.














MAYAT PELAJAR LEMAS DIJUMPAI TERDAMPAR DIBETING PASIR

Ibu Mangsa (bertudung kuning) tidak dapat menahan kesedihan melihat jenazah anaknya.
Ayah, ibu dan kakak mangsa diselubungi pilu disisi Arwah Mohd Aiman Izuddin.

KG TEMELONG, Lenggong, 29 Sept – Operasi mencari dan menyelamat pelajar lemas ketika mandi di sungai Perak bersama rakan-rakan di Kg.Temelong, oleh pihak polis bersama anggota bomba dan penyelamat serta penduduk disini bermula pada 4 petang jumaat, berakhir dengan penemuan mayat mangsa, Mohd Aiman Izuddin Abd Rahman 12, pada jam 7 pagi ini di kg.Pulau Cheri, Luat.

Fuad Basri 46, menemui mayat Mohd Aiman terdampar.
Mayat Allahyarham ditemui terdampar dibeting pasir sg.Perak yang cetek, setelah dihanyutkan air kira-kira 10 kilometer daripada tempat kejadian oleh seorang penduduk kg.Luat, Fuad Basri 46, ketika memukat ikan disungai itu pada awal pagi.

Menurut Fuad, beliau menemui mayat mangsa dalam keadaan tertiarap setelah menghampiri beting pasir yang timbul ditengah sg.Perak. Pada mulanya, beliau menyangka sebatang kayu, tetapi mengesyaki mayat manusia apabila terlihat tapak kaki mangsa.

(Agg. Jab.Amal Perak, membawa jenazah
kesurau berhampiran Sejurus ditemui.)
Tambah Fuad, dengan penemuan itu, beliau membawa mayat mangsa mudik kehilir sungai untuk dibawa ke Surau Ibnu Zakaria, dataran Jambatan kg. Luat dengan dibantu anggota Jabatan Amal Perak, yang turut terlibat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa pada pagi itu. Dan menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan mangsa mati lemas telah ditemui. Seterusnya, jenazah dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

 Sementara itu, pada hari jumaat. Dilokasi kejadian, ibubapa mangsa, Abd Raman Adam, 62, dan Noraini Abd Kadir, 48, tidak dapat ditemubual kerana bersedih diatas kehilangan anaknya. Tetapi wartawan sempat bertemu dengan abang mangsa, Mohammad Ezhar Abd Raman 30, beliau menjelaskan, 2 hari sebelum kejadian, arwah adiknya sering meminta beliau membelikan kasut dan pakaian, sebagai persiapan untuk mengikuti lawatan sekolah pada bulan hadapan. Tetapi beliau minta adiknya bersabar kerana tarikhnya lambat lagi.
Abang mangsa, Mohammad Ezhar Abd Raman, 30.
Menurut Mohammad Ezhar lagi, adiknya anak ke 7 daripada 8 beradik, seorang pelajar yang pintar, “saya rasa sangat terharu setelah mendapati tulisan adiknya pada gambar-gambar ibunya tertulis ‘saya sayang mak,’ seperti ingin menyatakan sesuatu sebelum arwah adiknya pergi buat selama-lamanya." jelasnya terharu.

Anggota Jab Amal membersihkan jenazah Mohd Aiman 
Bagaimanapun keluarganya redha dengan takdir Allah dan bersyukur, serta berterima kasih kepada semua yang telah terlibat mengurus, mencari dan menyelamat arwah adik saya, sehingga mayat adiknya dijumpai dan selamat dikebumikan tanah diperkuburan Islam, masjid warisan kg.Temelong.

(Kakak mangsa memeluk adik bongsunya yang menjadi rakan sepermainan
Allahyarham Mohd Aiman.)
















(Suasana terharu menyelubungi keluarga Allahyarham Mohd Aiman Izuddin Abd Raman, sementara menantikan trak polis untuk dibawa ke hospital Gerik.)
(Orang ramai melihat jenazah dibawa ke hospital Gerik selepas membaca tahlil  ketika menunggu trak polis tiba.)


Khamis, 20 September 2012

Jamuan Terbuka Eidulfitri PAS Lenggong



LENGGONG: 15 Sept- Jamuan terbuka PAS Kawasan dihadiri lebih 6 ribu masyarakat berbilang kaum dalam majlis yang diadakan bermula jam 2 petang hingga jam 9 malam, diperkarangan Surau Ibnu Zakaria, Dataran Jambatan Kg.Luat disini.

Kehadiran  tetamu seawal jam 2 petang dihidangkan dengan berbagai menu istimewa seperti lemang dan rendang, satay, bihun sup dan mee rebus sehingga majlis berakhir pada jam 9 malam.

Pimpinan PAS Negeri Perak, ADUN Lubuk Merbau, YB Hj Zainuddin Yusuf, hadir bersama sdr Khalilul Rahman selaku setiausaha kerja PAS Negeri  dan pimpinan sayap Pengerusi DHPP, en.Ah Beh, en Richard Wong serta S.Naliraja turut bersama-sama hadir.
Pimpinan pusat, Ustaz Idris Ahmad turut hadir mengisi acara ini pada jam 9 malam dalam program ceramah isu-isu semasa sebagai penutup majlis berakhir pada jam 12 malam ditempat yang sama.

YDP Kawasan Lenggong, Tuan hj Razman Zakaria, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir meraikan majlis jamuan terbuka Hariraya Eidulfitri pada tahun ini.

Menurut beliau, kehadiran tetamu pada tahun ini bertambah ramai, berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Dan ini menunjukkan bahawa, penerimaan masyarakat melayu serta masyarakat bukan melayu semakin meningkat terhadap program-program yang telah dianjurkan oleh PAS.
































































































Ahad, 9 September 2012

TAZKIRAH & JAMUAN HARIRAYA

KG.GELOK, LENGGONG- Suasana sambutan Eidulfitri masih rancak diraikan oleh jawatankuasa Cawangan-cawangan PAS Kawasan Lenggong.

Hari ini, YDP PAS Kawasan, tn Hj Razman Zakaria dijemput meraikan majlis jamuan terbuka dengan hidangan makan tengahari berserta menu ikan bakar dan ulam-ulaman disediakan oleh jawatankuasa cawangan yang menyelerakan.

Jamuan tengahari dimulakan dengan bacaan tahlil dan tazkirah disampaikan oleh, tn hj Razman Zakaria.

Memetik tazkirah ringkas, Tn hj Razman berkongsi pengalaman beliau, ketika menghadiri kuliah subuh ditanah suci Makkah semasa melaksanakan ibadah umrah pada bulan Ramadhan baru-baru ini, seorang guru agama berbangsa arab telah menyatakan bahawa, ayat Al Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril A.S pembawa wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu ialah, (Iqra') bermaksud, 'bacalah'.

Mukjizat Al-Quran yang tidak ada syak atau keraguan bagi setiap umat islam mukmin, tidak dapat dipertikaikan oleh manusia mengenai keterangan yang jelas dan kebenarannya, terkandung didalamnya batas-batas hukum diperintahkan oleh Allah supaya manusia melaksanakannya dengan penuh rasa taqwa.

Setelah kita beriman dengan kitab Al-Quran. Maka, wajiblah kita melaksanakan setiap apa yang telah terkandung didalamya sehinggalah tiba hari kiamat.

Seruan Jibril A.S keatas Nabi Muhammad S.A.W dengan perkataan Iqra' (bacalah) kepada Nabi S.A.W yang ummi telah dibahaskan oleh guru agama berbangsa arab ini.

Menurut guru agama yang berpandangan luas ini, seruan Allah S.W.T Iqra', yang dibawa oleh Jibril A.S ini hendaklah diterjemahkan dalam ertikata yang lebih jauh lagi. Yakni, 'membaca' setiap keadaan atau situasi yang berterusan berkaitan apa yang ada disekeliling kita pada hari ini. Kerana benarlah firman Allah dan sabda Rasulullah S.A.W  bahawasanya, Al Quran dan hadith sesuai disepanjang zaman.

Jelasnya lagi, wahyu Iqra' diturunkan oleh Allah kepada Nabi S.A.W yang ummi (tidak tahu membaca & menulis) ini sangat bermakna untuk seluruh umat islam memikirkannya bersama-sama.

Menurutnya lagi, apa yang dibaca dan difahami melalui Al-Quran ini hendaklah dihayati dan diamalkan oleh setiap umat islam bukan hanya sekadar membayangkan apa yang telah berlaku kepada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan umat yang terdahulu sahaja. Bahkan ianya hendaklah dibaca keadaan dan situasi yang sedang berlaku disekeliling kita disetiap negara, negeri dan bumi tanahair umat islam pada ketika ini.

Tn hj Razman menyeru kepada semua, supaya kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh menyeru manusia melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah secara keseluruhannya.

Kita semua telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mematuhi semua suruhan-NYA. Oleh kerana itu, menjadi kewajipan kita semua menentang golongan yang tidak mahu menegakkan kebenaran menurut apa yang telah diputuskan oleh Al-Quran.

Tidak ada medan lain lagi, untuk mengalahkan pihak-pihak penentang hukum Allah ini. Satu-satunya jalan untuk mengalahkan golongan ini ialah melalui pilihanraya umum yang semakin hampir.

Oleh yang demikian, persiapkanlah kekuatan, lihatlah persekitaran, 'bacalah' situasi dan keadaan setempat supaya tidak berlaku sebarang penipuan oleh pihak lawan yang sedang berusaha mempertahankan kemenangan walau dengan apa cara sekalipun pada pilihanraya umum kali ini.