Protes Filem Hina Nabi diperkarangan Masjid An-Nur, Pekan Lawin. |
Kemarahan umat Islam di Kawasan Lenggong. |
Lenggong
28 Sept - Hampir 300 Umat
Islam dari berbagai latarbelakang mengadakan demontrasi secara aman di Masjid
An-Nur, Pekan Lawin, Kerana membantah filem yang telah mengguris perasaan umat
Islam berikutan penayangan filem kontroversi Innocence of Muslims, yang
diarahkan oleh Sam Bacile, kerana filem tersebut masih lagi boleh disaksikan
melalui laman youtube di internet.
Himpunan aman
membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan seluruh umat Islam ini
diterjemahkan oleh orang ramai melalui sepanduk dan kain rentang dengan
mengecam dan mengutuk tindakan barat, yang memusuhi umat Islam menerusi filem
yang diterbitkan itu.
Bantahan bermula
sejurus umat islam selesai solat jumaat, solat hajat dan berkumpul
diperkarangan Masjid diiringi dengan berselawat keatas Nabi.
Hadir memberi ucapan
dan kecaman dalam bantahan itu, Ketua Urusan Dewan Ulamak PAS kawasan, ust
Hanapiah Idris,timb. Pesuruhjaya PAS Perak,
tn hj,Razman Zakaria dan timb. Ketua PAS kawasan, ust Abd Karim Mahmud.
Kesemua ucapan
pimpinan PAS kawasan menjurus kepada kecaman dan kutukan terhadap agenda rejim
zionis serta sekutunya dan PAS berikrar akan menentang sesiapa sahaja yang cuba
untuk menghina Nabi, agama Islam dan hukum Allah.
Sebelum bersurai
pada jam 2.30 petang. Tuan hj Razman mengakhiri ucapannya dengan menyeru kepada
semua umat Islam agar bangkitlah bersama, mendaulat dan melaksanakan
hukum-hukum Allah, supaya seluruh umat Nabi Muhammad tidak lagi dihina dan
diperlakukan sewenang-wenangnya diakhir zaman ini oleh musuh-musuh Islam.
Lihat Video Disini >>http://www.youtube.com/watch?v=_cN_zRFmca8&feature=g-upl
Tiada ulasan:
Catat Ulasan