LENGGONG- Baru-baru ini, Dato' Zambry Abd Kadir turun padang membuat 'gimik' pilihanraya dengan memberikan geran tanah kepada penduduk yang menantikan sejak 40 tahun dulu, di beberapa buah kampung sekitar DUN Kenering, (Parlimen Lenggong.)
Terima kasih Dato' kerana beri jugak setelah 40 tahun, mereka menunggu dan akhirnya dapat jugak kepada orang melayu miskin, walaupun orang yang mengusahkannya ada yang telah meninggal dunia. Berilah sebidang 'tanah melayu kepada orang melayu' supaya mereka dapat meneruskan hidup walaupun sekangkang kera, supaya mereka mengusahakannya untuk pendapatan ekonomi dan sebidang tapak rumah untuk kehidupan.
Sebenarnya, isu tanah sangat sensitif sejak sekian lama di bawah pemerintahan kerajaan Umno/Bn dan telah banyak berlaku penyelewengan dan ketidakadilan dalam pengagihan serta kurniaan tanah.
Masyarakat di bawah tidak mengetahui bahawa, pengambilan tanah dalam jumlah yang banyak sering di monopoli oleh dua golongan. Kedua golongan ini, adalah dari kalangan orang-orang politik (Umno/Bn) dan kakitangan kerajaan.
Isu ini bukan baru, ketika Dato' Tajul Rosli berkuasa sebagai MB Perak, (Umno/MCA) = BN Tanah-tanah Rezab Melayu di Kg. Air Kala, Padang Grus dan Selat Pagar semuanya terlepas ketangan 'orang lain' termasuklah pembukaan tanah pinggir di Kg. Bukit Sapi, disini. Rakyat miskin di pinggir bandar dan kampung terus berputih mata.
Oleh itu, rakyat harus sedar supaya tidak dipergunakan oleh golongan ini sehingga, hak kita sebagai rakyat bumiputera terlepas ketangan orang-orang yang berkepentingan seperti ini.
Golongan Pertama.
Golongan Politik merupakan golongan pertama membolot tanah negeri melalui kuasa politik mereka. Ini dapat dilihat dengan pengambilalihan kawasan tanah Hutan Rezab Melayu, sehingga ada terdapat beberapa kes, Tanah Rezab melayu yang telah 'ditukarkan status' menjadi tanah kerajaan negeri oleh orang-orang yang berkepentingan didalam parti politik kerajaan Bn.
Golongan Kedua.
Penipuan dan penyelewengan berkaitan tanah dilakukan oleh kerajaan Umno/Bn dapat dilihat dengan jelas setelah berlakunya pengambilan sebahagian Kawasan Hutan Rezab Melayu, Tanah Kerajaan Negeri dan pemberian lot-lot tanah FELCRA, PPRT, AGROTANI kepada kroni-kroni yang lebih kepada golongan penjawat jawatan jabatan-jabatan kerajaan dan Umnoputera.
Manakala, rakyat susah di kg.tradisional melayu (bukan sekadar generasi kedua) tidak mempunyai tanah yang sepatutnya lebih berhak diberikan untuk mereka bagi meneruskan kehidupan di kampung halaman sendiri, tercicir jauh daripada senarai penerimanya.
Penempatan Semula Mangsa Banjir.
Rakyat miskin tiada tanah, mereka yang sering menghadapi masalah banjir sepatutnya berhak mendapat tempat ditanah penempatan semula oleh kerajaan yang membina rumah mesra rakyat. Tetapi, penempatan itu hanya diberi atau dimiliki oleh segolongan Umnoputera terdiri dari kroni-kroni atau saudara-mara terdekat yang tiada kaitan langsung dengan perancangan awal projek pembukaan penempatan semula kerajaan untuk diberi kepada mangsa banjir.
Kakitangan Kerajaan
Ada diantara mereka telah dianugerahkan lot-lot tanah. Adakah dengan alasan mengenang jasa mereka? Anda boleh semak dalam Geran Mukim di semua daerah dalam negeri Perak, siapakah mereka yang memiliki tanah-tanah tesebut.? Bukannya sedikit... begitu besar jasa mereka...
Persoalannya, pekerja swasta, petani, penoreh getah anak peneroka, bekas tentera, polis, kakitangan pesara kerajaan berpangkat rendah serta bergaji kecil dan lain-lainnya yang jauh lebih susah. Tiada jasakah mereka kepada negara dan masyarakat? Jangan lupa... Mereka juga berjasa dalam menyumbang kepada pendapatan negara dan masyarakat.
Mereka inilah yang sepatutnya diberikan tanah, bukannya kakitangan kerajaan yang telah dibayar gaji beserta kemudahan-kemudahan lainya.
Terdapat contoh yang baik ialah seorang kakitangan bawahan memiliki berpuluh-puluh ekar dari pemberian tanah, hasil dari lamanya dia berkhidmat di pejabat tanah serta sangat baiknya dia dengan ketua jabatan dan ahli Politik.
Tanah diusahakan Felcra.
Ahli politik dan kakitangan jabatan kerajaan mengambil kesempatan, membolot dan 'memfaraid' kan kepada kroni-kroni. Tanah-tanah pinggir yang sudah berpuluh tahun di usahakan oleh penduduk kampung setelah FELCRA membangunkan tanah-tanah itu.
Sebelum FELCRA membangunkan tanah pinggir itu, penduduk kampung telah lama mengusahakannya dalam keluasan asal iaitu; 5-4 ekar setiap seorang. Setelah FELCRA mengusahakannya, geran tanah itu dipecahkan, orang kampung hanya mendapat pembahagian geran 'TOL' (Temporarily Odinary Land) hanya seluas 3-4 ekar sahaja untuk setiap orang. terdapat juga, nama-nama orang yang mengusahakan tanah itu daripada awal, hilang terus dari senarai untuk penerimaan.
Penyelewengan.
Anak Bekas ADUN merangkap speaker DUN Perak, juga turut di anugerahkan lot tanah diusahakan FELCRA walaupun anak Dato', bekas wakil rakyat itu, tidak pernah pun mengusahakan tanah itu disini. Akhirnya, masyarakat miskin yang sudah lama mengusahakan tidak mendapat hak yang sepatutnya. Sedangkan perancangan awal pembangunan tanah pinggir diusahakan oleh FELCRA ialah untuk membantu penduduk disitu mendapatkan tanah diusahakan mereka. Dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar miskin yang tidak mempunyai tanah.
Persoalannya; bagaimana kakitangan kerajaan dan penduduk dari luar kampung yang tidak pernah mengusahakan tanah itu boleh mendapat hak sama keluasan dengan orang yang mengusahakannya iaitu; 3-5 ekar daripada tanah-tanah ini? Sedangkan, orang kampung yang mengusahakan telah kehilangan 2-1 ekar daripada tanah yang telah mereka usahakan. Dan terdapat juga tanah di usahakan penduduk di rancangan pinggir kampung ini telah hilang begitu sahaja sehingga ke hari ini.
NANTIKAN SAMBUNGAN SETERUSNYA...
:: ISU-ISU TANAH ::
:: HUTAN SIMPAN PIAH.
:: HUTAN SIMPAN PIAH.
:: LOMBONG BIJIH BESI DI KG.BENG.
:: Felda Plantation- FGVB.
:: Felda Plantation- FGVB.
:: Bkt Kulim, Kg.Beng.
:: Ladang Teh.
:: Kg. Changkat Berangan.
:: Kg. Air Ganda.
:: Kg. Sawa.
:: Dll.
Kroni-kroni dan puak kerajaan bn yg memang dah kaye tu yg sial.elok dibunuh je senang.tanah kampung tp org kmpug due tige org je dpt,yg lain semue dorg yg sapu berlot lot seorag.wahal entah dari mane asal keturunan dorg pn x tau.same lh mcm felcra sungai sungkai mati changkat jong t.intan perak yg senasib cmni.dari ketue kmpug dn kroninye sampai lah ahli krajaan pjabat tanah n ahli kerajaan lain,semuenye anak babi dari bn yg dh amik tanah kmpug tu.
BalasPadam