LENGGONG: 15 Sept- Jamuan terbuka PAS Kawasan dihadiri
lebih 6 ribu masyarakat berbilang kaum dalam majlis yang diadakan bermula jam 2
petang hingga jam 9 malam, diperkarangan Surau Ibnu Zakaria, Dataran Jambatan
Kg.Luat disini.
Kehadiran tetamu
seawal jam 2 petang dihidangkan dengan berbagai menu istimewa seperti lemang
dan rendang, satay, bihun sup dan mee rebus sehingga majlis berakhir pada jam 9
malam.
Pimpinan PAS Negeri Perak, ADUN Lubuk Merbau, YB Hj
Zainuddin Yusuf, hadir bersama sdr Khalilul Rahman selaku setiausaha kerja PAS
Negeri dan pimpinan sayap Pengerusi
DHPP, en.Ah Beh, en Richard Wong serta S.Naliraja turut bersama-sama hadir.
Pimpinan pusat, Ustaz Idris Ahmad turut hadir mengisi acara
ini pada jam 9 malam dalam program ceramah isu-isu semasa sebagai penutup
majlis berakhir pada jam 12 malam ditempat yang sama.
YDP Kawasan Lenggong, Tuan hj Razman Zakaria, ketika ditemui
melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang
hadir meraikan majlis jamuan terbuka Hariraya Eidulfitri pada tahun ini.
Menurut beliau, kehadiran tetamu pada tahun ini bertambah
ramai, berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Dan ini menunjukkan bahawa, penerimaan
masyarakat melayu serta masyarakat bukan melayu semakin meningkat terhadap
program-program yang telah dianjurkan oleh PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan