KAMPUNG LUAT: 05 Oktober, 2011. Ceramah diadakan kerana tidak ada lagi ruang dan peluang pihak Parti Islam Se Malaysia untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat pengundi tentang kesedaran mengenai kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang warga negara untuk memilih khalifah, supaya Pemimpin-pemimpin yang dipilih menerajui Negara melaksanakan tanggungjawab mereka menurut hukum-hukum yang telah diperintahkan oleh Allah. Sesi penerangan dan dakwah ini bagi menjelaskan kepada masyarakat umum bahawa, sesungguhnya hal-ehwal politik tidak boleh dipisahkan dengan Agama seperti yang diperkatakan oleh Pemimpin Umno-Barisan Nasional selama ini.
Saksikan ceramah yang telah disampaikan oleh; Ybhg Al-Fadhil Tn. Hj, Razman Zakaria dan Ybhg, Al-Fadhil Ust. Wan Ahmad Tarmizi bin Abd Aziz.
Video streaming by Ustream
Tiada ulasan:
Catat Ulasan