Tuan Hj. Razman Zakaria, seorang pemimpin berkarisma, disayangi kawan, digeruni lawan. Beristiqamah, tidak mengenal penat dan lelah dalam perjuangan membebaskan orang-orang melayu luar bandar khususnya, di Parlimen Lenggong, dari terus diperbodohkan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.
Beliau tidak pernah jemu mendekati rakyat untuk menyampaikan maklumat dan memberi penerangan, dengan harapan rakyat sedia berubah demi masa depan masyarakat yang lebih terjamin, untuk sama-sama menuju kearah membentuk sebuah negara berkebajikan, setelah melihat sekian lama rakyat di daerah Hulu Perak ini, dijerat dengan bebanan yang tidak sepatutnya dipikul atau dibiarkan terus berlaku keatas bahu rakyat.
Setelah memikul tanggungjawab besar, sebagai Timbalan Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia Negeri Perak, merangkap Timb. Pengerusi Lajnah Tanah dan Penbangunan Wilayah PAS Pusat serta Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan, (BAPA). Beliau telah melaksanakan amanah diberikan dengan gigih dan cemerlang apabila berusaha mengangkat martabat peserta Felcra dan peneroka Felda kedalam dewan Parlimen supaya dapat diambil perhatian oleh menteri yang bertanggungjawab keatasnya,.
Akhir-akhir ini, syukur kehadrat Allah S.W.T, hasil usaha Tn Hj Razman mengangkat masalah peserta Felcra dan peneroka Felda keperingkat menteri kabinet, pendapatan dividen yang diterima oleh peserta/peneroka kini, telah meningkat berbanding sebelumnya. Inilah yang diharapkan rakyat selama ini. Sebelum ini, peningkatan pendapatan peserta/ peneroka tidak pernah berlaku, malah beban hutang kos pembangunan ladang tidak pernah habis. Apabila ditanya kepada wakil rakyat (YB) Umno-Bn, mereka dengan lagak sombong, lebih menyebelahi pihak Felcra/ Felda. Semua ini dipandang serius oleh Tn Hj Razman dengan teguran yang membina, namun sikap wakil rakyat ini menjadi semakin bengis.
Harus diingat, setiap YB yang telah dipilih oleh rakyat, hendaklah mendengar keluhan rakyat dibawah. Laksanakanlah amanah diberi dengan baik, jujur, telus dan adil, serta terimalah sewajarnya sebarang tuntutan yang dibuat oleh rakyat, bukan menolaknya atau membenarkan sebarang penindasan dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan keatas rakyat sepertimana, aduan berlakunya penyelewengan, perjanjian berat sebelah yang didapati merugikan rakyat, dan hanya menguntungkan sebelah pihak.
Rakyat mahukan perubahan, setelah lebih 50 tahun berlalu, tidak ada perubahan besar dilakukan oleh kerajaan Umno-Bn supaya membebaskan kelompok masyarakat Felcra dan Felda ini dibelenggu dengan bebanan hutang yang berpanjangan.
Masihkah ada lagi, ruang dan peluang untuk diberikan kepada wakil-wakil rakyat dari Umno-Bn yang hendak mewakili rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang khususnya di Parlimen Lenggong? Tentunya, tidak! Gelombangnya sudah dirasai, rakyat sudah tidak meyakini kerajaan Umno-Bn boleh membebaskan golongan masyarakat Felcra dan Felda, keluar dari beban hutang yang bertimbun dengan pendapatan yang jauh lebih rendah, berbanding ladang yang diusahakan sendiri.
Apakah amanah dan tanggungjawab sebenar YB Umno-Bn terhadap rakyat? Adakah YB Umno-Bn benar-benar telah membantu peserta/ peneroka Felcra dan Felda keluar dari beban kemiskinan serta bebas dari sebarang hutang? Tujuan apakah sebenarnya setelah YB Umno-Bn dilantik menjadi wakil rakyat tetapi, tidak memperdulikan suara rakyat?
"Jom Ubah Sekarang,"
'Untuk Kebajikan Kita Semua.'
"Kekayaan Negara Untuk Rakyat,"
'Bukan Untuk Pemimpin.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan