TAMAN MEWAH; Taiping, 12 Okt 2011 – Seramai 7 orang balu Angkatan Tentera disini, yang mengharapkan bantuan untuk menyara diri dan keluarga telah menerima sumbangan berupa 2 kampit beras, hamper, kain batik dan sepasang telekung beserta wang zakat sebanyak, RM100.00 daripada sebuah badan NGO (Badan Amal dan Kebajikan Al-Jauhar) disalurkan menerusi Penganjur, Kebajikan Rangkaian Bekas AngkatanTentera Negeri Perak, (KERABAT.) Bantuan ini telah disampaikan kepada penerima oleh, ADUN Semanggol, YB Hj Ramli Tusin, selaku penaung (KERABAT) Cawangan Taman Mewah.
Pengerusi KERABAT Negeri Perak, Zulkafli Daud 53, berkata; “kami menyelami penderitaan seorang balu angkatan tentera, Siti Aminah bt Ahmad 38, beliau seorang warganegara Indonesia yang tidak diberikan taraf kerakyatan oleh kerajaan, kesempitan hidup bersama anak-anak dilaluinya dengan penuh sabar, beliau hanya menerima pencen berjumlah, RM120.00 sebulan untuk menyara anak-anak sejak kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya, 3 tahun lalu.”
“Jumlah pencen yang diterima sebanyak RM120.00 sebulan, adalah tidak mencukupi untuk balu yang bergantung hidup dengan jumlah yang sedemikian bagi menanggung keperluan sebuah keluarga pada zaman ini.” Ujarnya lagi.
Kata Siti Aminah; “tanggungjawab untuk menyarahidup bagi membesarkan 2 orang anak yang masih bersekolah rendah bertambah sukar, kerana tidak dapat bekerja disebabkan menjaga seorang anaknya yang cacat serta tidak dapat mencari pekerjaan yang boleh menjamin masa depan keluarganya kerana tidak memiliki taraf warganegara, walaupun beliau sudah menjadi balu seorang Angkatan Tentera Malaysia.”
"Sekarang ini, saya hanya mengambil upah mengasuh 2 orang anak jiran yang bersimpati dengan nasib saya dan dapatlah saya menyara anak-anak dengan pendapatan RM300 sebulan.” Ujarnya.
Oleh kerana kemiskinan hidup, dengan berat hati, ibu kepada 3 orang anak ini terpaksa berpisah dengan seorang anaknya yang diserah kepada jagaan ibubapa mertuanya yang kini menetap di Sarawak, demi memastikan masa depan anak-anaknya tidak terabai disebabkan tidak mampu lagi menampung beban kemiskinan yang menimpa dirinya.
Katanya lagi, “Dalam tempoh itu tidak ada sebarang bantuan diterima daripada agensi-agensi kerajaan bagi meringankan beban yang kami tanggung walaupun sudah beberapa kali mengisi borang memohon bantuan daripada pihak-pihak yang berwajib.”
Kesemua penerima menzahirkan rasa syukur dan gembira menerima bantuan seperti ini, sekurang-kurangnya sumbangan yang diterima dapatlah mengurangkan derita yang ditanggung.
YB Hj Ramli Tusin, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Badan Amal Kebajikan Al-Jauhar, kerana memberikan sumbangan dan bantuan serta perihatin terhadap masalah kemiskinan yang dihadapi oleh balu angkatan tentera.
Jelas beliau, sebenarnya agensi kerajaanlah yang sepatutnya mengambil berat keatas golongan ini. Tetapi malangnya, pihak-pihak berwajib tidak mengambil apa-apa tindakan segera keatas aduan yang dibuat oleh balu angkatan tentera supaya pihak-pihak bertanggungjawab dapat menyampaikan terus bantuan yang sewajarnya kepada mereka. Beliau menuntut, pihak-pihak yang bertanggungjawab tampil segera turun padang, supaya melihat kesusahan rakyat yang berada dibawah pada ketika ini.

Menurut beliau lagi, peruntukan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah disekat oleh pihak kerajaan, yang mana akhirnya, wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sukar menyalurkan bantuan kepada rakyat yang sangat-sangat memerlukan seperti golongan ini.
Katanya, masih terdapat ramai lagi golongan miskin ini sedang dijejaki oleh KERABAT, semoga usaha murni Badan Amal dan Kebajikan (Al Jauhar) akan berterusan agar menyalurkan bantuan ini melalui KERABAT, supaya dapat disampaikan terus kepada balu angkatan tentera yang selama ini telah terabai kebajikan mereka.

ULASAN:
TAHNIAH KERABAT PERAK! Walaupun PBTM ada, tapi tak boleh diharap. Bunyi cakapnya PBTM ni berdegar-degar tapi............. malas nak ulas, biarkanlah mereka itu dengan projek-projek yang berkepentingan untuk diri mereka sendiri je.
Teruskan usaha untuk berbuat kebajikan dengan menyalurkan terus kepada mereka yang tidak bernasib baik, seperti golongan balu bekas angkatan tentera yang memerlukan.
PBATM terlalu mengharap DUIT derma rayuan hari pahlawan..itu la pasal kebajikan veteran selau terkucil..mintaklah dgn LTAT..itu baru duit bekas tentera..yg menteri dok kepong duit bekas tentera tu..apa hal..
BalasPadampasal mereka ada kuasa, jika cengkadak buat cara cengkadaklah, melopong putih mata, angan mat jenin je
BalasPadamKKK
BalasPadamWAHAI SAHABAT RAKAN SEPERJUANGAN. NIKMAT ALLAH ADA DIMANA MANA. AMBILAH. ALLAH BERI KITA AKAL FIKIRAN, GUNAKANLAH. JGN LEKAS PUTUS ASA. HIDUP TANPA AKAL AMAT MALANG SEDANGKAN MAHLOK LAIN PRO AKTIF DAN PRODUCTIF
BalasPadamJIKA TIDAJ DIPECAHKAN RUYUNG MANA SAGUNYA
BalasPadam