2008, ketika memegang jawatan TPM, Najib Razak melawat beberapa masjid dan surau sempena di ambang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Beliau berjanji akan beri bantuan RM100,000 untuk masjid dan RM20,000 untuk surau. Beliau menyerahkan surat bantuan dari Jab PM kepada AJK masjid dan surau. Selepas 6 bulan, bantuan tetap tidak tiba menyebabkan AJK masjid merujuk surat kepada Jab PM dan diberitahu peruntukan bantuan tersebut tidak wujud. Selepas disiarkan di muka depan Suara Keadilan dan BN kalah dalam Pilihanraya Parlimen K. Terengganu, sebulan kemudaian BN meluluskan bantuan tersebut. 4 Nov 2009, Najib menggunakan istilah wang ehsan ketika menjelaskan status royalti minyak di perairan Kelantan sedangkan terbukti dalam surat Petronas kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu (1979) yang menyamai tuntutan Kelantan-menggunakan istilah bayaran royalti, bukan wang ehsan. Surat Petronas kepada MB Terengganu, DS Tuan Guru Abdul Hadi Awang (2000) juga menyebut wang royalti. Selepas menjadi PM pada 2009, Najib umum Malaysia akan jadi Negara berpendapatan tinggi dengan perkapita meningkat dari RM21,000 kepada RM45,000 kira-kira 10 tahun dari sekarang. Beberapa bulan kemudian, Najib menubuhkan makmal rasionalisasi subsidi (Idris Jala sebagai Pengerusi) yang bertujuan memotong subsidi yang diberi kepada rakyat secara berjadual dalam tempoh sedekad. Awal dekad akan datang, rakyat Malaysia hamper tidak mendapat subsidi lagi sedangkan keperluan harian semakin mahal 4. JANJI MODEL BARU EKONOMI TETAPI SENYAP SAHAJA Ketika mula menjadi Menteri Kewangan, Najib perkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang mana dasar utama ekonomi Negara berasaskan kuota kaum akan dirombak dan diganti dasar merit dalam memperoleh tender serta projek. Selepas dibantah Dr Mahathir, Najib memendamkan MBE hingga rakyat tertanya-tanya adakah MBE masih diteruskan. 5. NAFI BERI LESEN JUDI SUKAN, SYARIKAT JUDI TERUS BERNIAGA 7 Jun 2010, Najib sebagai Menteri Kewangan menafikan telah beri lessen judi sukanselepas syarikat Ascott Sport dan Berjaya Group umum akan memasarkan Judi Sukan di Malaysia. 11 Jun 2010, Berjaya Group telah mengeluarkan ‘Medium Note’ bagi meraih dana sejumlah RM800 juta bagi pembiayaan operasi Judi Sukan seluruh Malaysia di 220 cawangan Sports Toto. Ascott Sport menyatakan mereka telah mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan. 15 Jun 2010, Najib sekali lagi menafikan lessen judi sukan telah dikeluarkan dan minta supaya perkara tersebut tidak ditanya lagi.Penasihat Berjaya Group dalam pengeluaran ‘Medium Note’ adalah Maybank dan pentadbir kepada operasi tersebut adalah Am Investment Bank dan Maybank Investment Bank. Mustahil 3 pihak bank ini terlibat sekiranya belum benar-benar mendapat kelulusan dari kerajaan. 6. NAFI ISTERINYA, ROSMAH MEMPUNYAI PEJABAT DAN KAKITANGAN Nov 2010, Najib berbohong di Dewan Rakyat apabila menyatakan pejabat Rosmah tiada kakitangan khusus sedangkan laman sesawang FLOM (First Lady of Malaysia) di Pejabat PM yang menempatkan Rosmah dan beberapa kakitangan telah ditemui. Laman ini memaparkan 6 staf yang sama seperti Pejabat PM termasuk bahagian Media, Dasar Penyelidikan, ICT serta ekonomi yang lebih besar dan sama penting dengan PM. 7. JANJI KAJI AKTA TEKAN RAKYAT TETAPI DAKWA MAT SABU 15 Sept 2011, Najib umum Malaysia akan jadi ‘negara demokrasi terbaik di dunia’ dengan mansuhkan ISA dan kaji beberapa fakta yang menekan rakyat termasuk Akta Hasutan dan Akta MEsin Cetak 1984. 21 Sept 2011, kerajaan dakwa Timb Presiden PAS, Mat Sabu kononnya memfitnah polis British yang bertahan di Bukit Kepong dari serangan komunis. Mat Sabu tidak memfitnah tetapi menyuarakan pendapat. 8. JANJI KAJI PERATURAN PILIHANRAYA, TIDAK TERIKAT DENGAN SYOR PEMBAIKAN PERATURAN. Ogos 2011, Najib tubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (dianggotai 5 wakil kerajaan BN, 1 Bebas, 3 Pakatan Rakyat) bertujuan mengkaji dan memperbaiki peraturan Pilihanraya. Sehari kemudian, Najib menyatakan kerajaan BN tidak terikat menunggu JK itu mengemukakan syor dan memperbaiki system pilihanraya sebaliknya BN bebas membuabarkan parlimen bila-bila masa. 9. TIDAK MENGAKU KERAJAAN LULUS CUKAI PRE-PAID Mulai 15 Sept (kemudian ditangguh untuk dikaji), syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan ke atas pengguna. Najib menafikan Kementerian Kewangan setuju caj itu dikenakan. Faktanya, pengguna pra-bayar tidak dikena caj 6% sebelum ini kerana telah diserap syarikat telekomunikasi. Dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian pra-bayar. Jadi, adakah Najib wajar berkata kerajaan tiada kaitan mempersetujui perlaksanaan cukai pra-bayar itu? 10. TAIB MAHMUD MASIH BERKUASA WALAUPUN NAJIB JANJI MAHU GANTI BELIAU Apr 2011 ketika kempen pilihanraya Sarawak, Najib memaklumkan dalam hampir setiap daerah yang beliau hadiri bahawa KM Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan diganti kerana beliau telah lebih 30 tahun berkuasa. Najib gagal berbuat demikian malah selepas setengah jam mengumumkan kemenangan BN, Taib terus mengangkat sumpah sebagai KM tanpa menghiraukan kenyataan Najib. Najib mengarahkan SPRM menyiasat skandal kekayaan Taib yang bernilai berbilion ringgit. 11. JANJI PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 BOLEH DI STADIUM TAPI AKHIRNYA SERAH KEPADA POLIS Julai 2011 setelah mendapat teguran dari Yang Dipertuan Agong, Najib mengeluarkan kenyataan untuk mengadakan rundingan penganjuran BERSIH 2.0 di stadium dan berbincang tentang 8 tuntutan penganjur. Akhirnya Najib menyerahkan kepada polis untuk halang himpunan BERSIH serta tangkap 1,600 rakyat. Najib mendapat kritikan pelbagai pihak serta dilabel pemimpin ‘Flip-flop’. |
Sewa Homestay Lenggong
Saham Akhirat
Selasa, 25 Oktober 2011
11 PEMBOHONGAN NAJIB TUN RAZAK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Najib ni kalau berjanji memang xbleh percaya lansung.. tu baru 11 perkara, melambak lagi penipuan yang dibuatnya...
BalasPadam