Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 13 Januari 2013

Program bertemu pengundi luar Lembah Klang.

Taman Melewar: 13 Jan 2013 - Program pimpinan Negeri bertemu pengundi yang tinggal di Luar kawasan, khususnya tinggal di Lembah Klang dan Kuala Lumpur untuk diberikan taklimat terkini dalam rangka membantu kemenangan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya umum yang semakin hampir.

Pimpinan negeri yang hadir awal terdiri dari, Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Tn Hj Razman Zakaria, menyambut kehadiran peserta rakyat negeri Perak, yang merupakan pengundi-pengundi di kawasan-kawasan ditandingi oleh PAS diseluruh negeri Perak.

Program diadakan ini merupakan julung-julung kali diadakan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, untuk menghimpunkan seramai mungkin pengundi-pengundi berdaftar di negeri Perak dapat dibawa pulang untuk menambah undi dan memenangkan PR.

Tn hj Razman berkata, Pertemuan bersama pengundi Luar pada kali ini lebih bermakna, berikutan gelombang kebangkitan rakyat, anak negeri Perak yang mahu memastikan kerajaan negeri Perak kembali ketangan PR, setelah berlakunya rampasan kuasa oleh Umno/Bn yang telah menafikan mandat diberi oleh rakyat melalui peti undi yang menyebabkan kerajaan PR hanya dapat memerintah 11 bulan sahaja.

Jelas dilihat melalui pertemuan ini, rakyat negeri Perak semakin bersemangat dan sudah bersedia untuk memastikan PR kembali berkuasa, serta yakin PR dapat membentuk semula kerajaan negeri melalui mandat diberikan oleh rakyat melalui PRU13 tidak lama lagi.

Pengarah Pilihanraya Negeri, Hj Asmuni Awi, menjelaskan lebih 100 ribu orang pengundi berdaftar di negeri Perak berada di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, diseru pulang memberikan sumbangan kepada kemenangan PR melalui peti undi pada PRU nanti di kawasan masing-masing.

Dr Muhaimin Sulam, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak, ingin melihat kegembiraan anak-anak Perak di kongsi bersama, setelah kejayaan dapat dicapai melalui PRU 13, hasil sumbangan undi diberikan oleh pengundi yang tinggal di luar kawasan yang hadir pada hari ini.

Ust. Subky Latif, menyeru semua anak-anak Perak, supaya menceritakan peristiwa pertemuan pada hari ini kepada yang tidak hadir, agar mewujudkan rantaian yang lebih besar mengajak pengundi-pengundi di Ng.Perak pulang memberikan sekali lagi sumbangan undi untuk kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Anak-anak Perak di luar kawasan yang berdaftar sebagai pengundi, diseru pulang mengundi kerana pada masa ini, bilangan pengundi asing diberikan kad pengenalan oleh Umno/Bn untuk memenangkan kerajaan Bn secara penipuan sedang berleluasa dan dikhuatiri, undi daripada warga asing itu kelak, akan memberikan kembali kemenangan kepada kerajaan rampasan kuasa secara tidak sah itu.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, memohon semua golongan muslimat pulang bersama keluarga, membantu kemenangan PR di negeri Perak.

Ust Zawawi Hassan, Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Menegaskan, anak muda yang tinggal di Lembah Klang mesti pulang membantu kemenangan PR di Perak. Pulanglah menginfaqkan diri sebagai jentera pilihanraya yang menjadi tulang belakang kemenangan PR negeri Perak pada PRU 13 nanti.

Ust Kamaruddin Awang Basir, Pemangku Ketua Urusan Dewan Ulamak Perak, memohon supaya anak-anak Perak di perantauan pulang untuk memenangkan Islam di Perak.

Tn Hj Razman Zakaria, Timb. Pesuruhjaya Pas Perak, menjelaskan, anak-anak perak diperantauan pulang memberikan kemenangan kepada PR dengan undi dan maklumat kepada masyarakat pengundi di kampung-kampung kerana anak-anak Perak tinggal di bandar besar mempunyai lebih banyak maklumat dan sudah pun menikmati tawaran kebajikan diberikan oleh kerajaan negeri Selangor pada ketika ini.

Pemimpin DAP, YB Ngeh Ko Ham, setiausaha DAP perak menegaskan bahawa, DAP bukanlah musuh kepada orang-orang Islam seperti dakwaan Umno/ Bn. Malah, rakyat sendiri dapat melihat kerjasama baik di antara rakan-rakan Pakatan Rakyat sedang di cemburui oleh Umno/ Bn yang cuba memecah-belahkan kerjasama baik komponen Pakatan Rakyat.

Dato' Seri Nizar Jamaluddin, dalam ucapannya menyeru semua anak-anak Perak di Perantauan, pulanglah menumbangkan kerajaan haram yang sedang memerintah pada masa ini. Kerana pada masa ini, mereka juga sedang merancang hendak mengekalkan kuasa kerajaan negeri yang dirampas melalui kerusi lompat dan juga dengan memberi kad pengenalan kepada warga asing untuk menambah undi secara penipuan bagi menyambung kuasa memerintah negeri Perak secara tidak sah secara berterusan.

Sejak rampasan kuasa, kerajaan negeri diketuai oleh Dato' Zambry Abd Kadir banyak menggadai tanah-tanah kerajaan Negeri kepada syarikat-syarikat kroni, pembaziran wang rakyat melalui banner yang mempamerkan wajah beliau, yang telah menelan belanja beratus ribu ringgit dari dana rakyat.

Program berakhir dengan jayanya setelah dihadiri lebih 200 orang peserta yang tinggal di Lembah Klang dan Kuala Lumpur yang mendaftar sebagai pengundi-pengundi dari setiap daerah di negeri Perak. Sesi soal jawab bersama pimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak dan bacaan doa oleh ust Idris Ahmad, mengakhiri majlis ramah mesra anak-anak Perak di perantauan Lembah Klang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan