Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 13 Januari 2013

Rakyat bangkit menuntut, janji BERSIH ditepati.

KUALA LUMPUR: 12 Jan 2013 - Kejayaan Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Pas Pusat, di pengerusikan oleh Tn hj Mohammad Sabu, dengan kerjasama Sekreteriat Pakatan Rakyat Pusat (PR) menghimpunkan peserta seramai ini, menunjukkan bahawa jentera PRU 13, Kerajaan menunggu PR sudah bersedia dan bersemangat tinggi untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke 13, (PRU 13) pada bila-bila masa sahaja bermula dari sekarang.

Limpahan rakyat daripada segenap pelosok tanahair yang membanjiri stadium pada hari ini, telah membuktikan kedatangan mereka dengan inisiatif sendiri demi untuk memberikan sokongan padu supaya kerajaan menunaikan janji berkaitan tuntutan yang dibuat dalam beberapa siri himpunan BERSIH sebelum ini.

Sejarah tercipta hari ini, setelah beratus-ratus NGO turut bersama menyuarakan hasrat hati rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan perubahan didalam arena politik tanahair dapat ditegakkan dengan adil dan BERSIH.

Hasrat disuarakan oleh rakyat melalui himpunan ini, mendesak kerajaan yang memerintah supaya memberikan komitmen dan berlaku adil keatas setiap 8 perkara yang dituntut termasuk royalti untuk rakyat Kelantan, ditunaikan sebelum menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.

Tn Hj Mohammad Sabu dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang menjaga keselamatan peserta himpunan, serta melihat kerjasama yang telah diberikan oleh pihak berkuasa ini, sebagai membuka satu lembaran baru atau aliran perubahan yang baik untuk menjamin keselamatan masa depan negara dan rakyat, tanpa menggunakan sebarang kekerasan, seperti himpunan terdahulu.

Tn Hj Mohammad Sabu berucap, rakyat masih bersabar dan tetap akan menentang kerajaan melalui himpunan-himpunan yang lebih besar lagi selepas ini sekiranya, pemimpin-pemimpin mereka tidak menghiraukan atau mengambil remeh tuntutan-tuntutan yang telah dibuat beberapa kali sebelum ini.

Pemimpin-pemimpin harus sedar, segala janji-janji mesti ditepati. Harus di ingat, kerajaan yang menghalang suara rakyat atau menghalang rakyat berhimpun secara aman yang dibalas dengan kekerasan, kerajaan seperti itu, pasti tidak akan kekal lama dan akan ditumbang tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan