Kunjungan ziarah PAS Kawasan Lenggong ke perkampungan
masyarakat orang asal Air Bah, Kenering bersama YDP PAS Lenggong, tn hj Razman
Zakaria di sambut baik 500 penduduk masyarakat disini.
Menurut Anjang, kunjungan pemimpin PAS ke perkampungan orang
asal di sini merupakan masa yang sangat sesuai untuk masyarakat mereka mengadu
masalah berkenaan jalan keperkampungan orang asal, Air Bah. Serta percaya dengan
kehadiran tn Hj Razman ke penempatan mereka, bakal merubah sesuatu yang lebih
baik untuk masyarakat orang asal di masa hadapan.
Sementara itu, kunjungan Razman ke penempatan orang asal Air Dala, juga mendapat reaksi yang baik
daripada masyarakat ini, setelah mengadakan sesi temu-bual bersama lebih 1000
penduduk orang asal di pendalaman Air Ganda, Gerik.
Dalam sesi temubual, Razman menyatakan, sepanjang 30-40
tahun yang lalu memang berbeza dengan hari ini. Perbezaan di antara kaum orang
asal dengan kaum lain tidak pernah menjadi halangan kepada Pas untuk memberikan
hak yang sepatutnya untuk di nikmati oleh semua kaum dengan kemudahan
infrastruktur bagi perkampungan orang asal yang tinggal di pendalaman
sekiranya, Pas di beri kuasa untuk
mentadbir negeri dan Negara.
Menurut Razman, apapun zaman dan latarbelakang kaum atau
agama, rakyat mestilah ditanamkan dengan harapan dan cita-cita untuk berjaya
dimasa hadapan. Kita tidak boleh melihat dari kacamata yang berbeza, setelah 55
tahun merdeka, masyarakat orang asal di pendalaman juga mempunyai harapan dan
cita-cita yang serupa dengan kaum-kaum lain untuk menambah peningkatan ekonomi
keluarga.
Rakyat sering di ingatkan agar menjadi penyumbang kepada
pendapatan Negara melalui modal insan dan lain-lainnya. Kerajaan pula bukan
sekadar membuat pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan rohani kepada semua
rakyat, khususnya untuk masyarakat orang asal.
Kata Razman; “Pas merupakan parti yang bersifat rakyat,
sekaligus menepati slogan yang dibawa PAS iaitu Membangun Negara Berkebajikan,
serta sedang berusaha merakyatkan ekonomi khusus untuk semua rakyat di Negara
ini.”
“Sudah pasti, kita mendapat jawapan tersebut setelah kita
sendiri menyantuni dan memahami harapan dan cita-cita masyarakat ini.” Tambah
Razman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan