LENGGONG: 3 Dis,2012- Banjir besar kembali melanda beberapa buah kampung di daerah ini dan Gerik pada malam tadi telah menyebabkan penduduk mengalami kerugian.
Hujan lebat selama 2 jam, telah menyebabkan air sungai naik dengan mengejut dalam masa yang singkat, sehingga mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang keperluan daripada kemusnahan.
|
Menyusuri rumah-rumah mangsa banjir. |
Sementara itu, di kg.Padang, Gerik. seorang kanak-kanak berumur 12, nyaris maut setelah dihanyutkan air sungai deras yang datang secara tiba-tiba ketika mangsa sedang menunggang motosikal di dalam hujan lebat.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik setelah dia dapat berpaut pada dawai pagar, kebun tanaman ditepi sungai, sebelum seorang pemuda yang mendengar suara mangsa menjerit meminta pertolongan berenang datang menyelamatkannya daripada dibawa oleh arus sungai yang deras.
Timb.Pesuruhjaya PAS Perak merangkap YDP PAS kawasan Lenggong, tn hj Razman Zakaria, turun menziarahi rumah-rumah ditimpa musibah sambil membantu mangsa banjir di kg. Padang, kg.Tanjung Kala, kg.Ulu Kenderong dan kg.Bendang kerajaan, Gerik, dengan menyampaikan sumbangan bekalan makanan untuk 57 buah rumah mangsa yang terjejas teruk.
|
Ketua DMPk Gerik Pn. Norhayati (2 dari kanan) dan Timb.Ketua DMPk Lgg. |
Turut bersama hj Razman, ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Gerik, pn Norhayati.
Hj Razman, lebih dikenali oleh berbagai lapisan masyarakat dengan sikap ramah dan mesra, bertemu dengan penduduk. Beiau melahirkan rasa simpati dengan musibah yang sedang dialami oleh masyarakat disini dan terus cuba membantu serta mengharapkan semua mangsa banjir agar bersabar menghadapi setiap ujian daripada Allah dengan redha.
|
Bermotosikal menyantuni mangsa banjir. |
Hj Razman juga mengucapkan tahniah kepada anggota jabatan Amal Malaysia, ajk PAS cawangan,PAS kawasan serta semua yang telah terlibat menderma, mengurus pemberian bantuan dan bertungkus-lumus membantu kerja-kerja pembersihan rumah-rumah penduduk yang dilanda banjir.
|
Melihat keadaan banjir di kg. Ulu Kenderong. |
|
Seorang penyumbang bantuan makanan yang telah diberikan kepada mangsa banjir. |
|
Mangsa kerugian beribu ringgit apabila peralatan elektrik di tenggelami air. |
|
Banyak kerosakan barangan rumah ditanggung oleh mangsa banjir. |
|
Bertanya khabar dan menyantuni mangsa banjir. |
|
Bilik tidur yang dimasuki air. |
|
Berada dalam rumah mangsa banjir yang telah siap di bersihkan. |
|
Rumah JKK turut dinaiki air. |
|
Ketua DMPk Gerik, Pn.Norhayati menyantuni mangsa banjir yang sedang membuat persiapan kenduri kahwin anaknya. |
|
Beri bantuan dari rumah kerumah. |
|
Mangsa gembira menerima bekalan makanan kerana barang keperluan makanan dirumahnya ditenggelami air. |
|
Bekalan makanan mentah untuk 3-4 hari kepada mangsa banjir. |
|
Mangsa gembira kerana makan tengahari turut diberi. |
|
Makan tengahari turut diberi selain bekalan mentah. |
|
Agih makanan tengahari. |
|
Beri makanan tengahari mangsa tidak dapat memasak kerana sibuk membersihkan rumah. |
|
Semoga dapat meringankan beban mangsa. |
|
Rumah warga emas turut di landa banjir. |
|
Rezeki dari Allah, kami hanya menyampaikan. |
|
Mangsa gembira kerana ada insan yang sudi membantu. |
|
Semoga dapat membantu kesusahan mangsa banjir. |
|
Sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir. |
|
Mangsa Banjir terima bekalan makanan |
|
Rumah Penyokong Umno |
|
Beri makanan tengahari kepada mangsa. |
|
Makan dulu. |
|
Membantu sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Ulu Kenderong. |
|
Tetap sujud kepada Allah walaupun dalam keadaan apa sekalipun. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan