LENGGONG-
17 Dis: Sebuah badan bukan kerajaan
(NGO) iaitu, Gerakan Anak Muda Lenggong (GAML) sedang giat memantau penebangan
pokok bagi projek pembalakan dan pembangunan tanah disini, membuat laporan
polis hari ini berkaitan status tanah dan hutan di kawasan hutan Simpan PIAH
yang juga merupakan kawasan tadahan air.
Menurut
pengerusi NGO berkenaan, saudara Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, 41, rungutan
daripada penduduk di beberapa buah kampung berdekatan berhubung isu penebangan
hutan, pembangunan dan pengambilan tanah oleh kerajaan dan mana-mana syarikat
di daerah ini, mestilah dijelaskan kepada rakyat, agar tidak timbul sebarang
keraguan.
Ahmad
Ramdzi berkata, wujud desakan daripada penduduk berkaitan status pengambilan
balak di Kampung Beng dan Kampung Luat, yang dipercayai berlaku pencerobohan
terhadap hutan simpan PIAH di Bukit Kulim. Pembersihan hutan di kawasan ini
seolah-olah tanah itu akan diteroka untuk tujuan pertanian. Dan diragui, tanah
ini akan diserahkan kepada syarikat-syarikat atau pemaju tertentu untuk
dimajukan.
Tegasnya
lagi, penduduk kampung sekitar berhak mengetahui status semasa tanah tersebut.
Lebih-lebih lagi, penduduk disini lebih layak mengusahakannya, kerana mereka memerlukan
tanah dipinggir kampung mereka sendiri untuk diusahakan bagi meneruskan
kehidupan.
Di
Kampung Changkat Berangan, GAML mendesak pihak polis membuat siasatan berhubung
pengambilan tanah padang ragut yang telah diperuntukkan untuk kegunaan ragut
oleh ternakan penduduk Kampung Raban, Kampung Changkat Berangan dan Kuak. Hal
ini berikutan pembinaan bangunan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong
oleh kerajaan.
Penduduk
ingin tahu, kepada siapa tanah itu diserahkan dan dimanakah kawasan gantian
bagi tapak padang ragut itu, supaya aktiviti penternakan kepada penduduk
setempat tidak terjejas.
Selain
itu juga, isu berhubung status ladang teh Lenggong juga menjadi pertikaian
masyarakat setempat. Selain pembaziran wang rakyat ke atas pelaburan membuka
ladang teh pada tahun 80an itu juga, isu penerokaan tanah ladang teh seluas 800
ekar oleh sebuah syarikat bukan bumiputera yang menjalankan aktiviti tanaman
dan pertanian pada masa ini, turut dilaporkan untuk tujuan penyiasatan pihak
polis. Kesan penerokaan ini telah menyebabkan kawasan tadahan air musnah dan
penduduk di pinggir sungai Nerok menerima kesan buruk banjir kilat, setiap kali
hujan lebat.
Berikutan
itu juga, di Kampung Banggol Belimbing, penduduk disini telah menerima kesan
buruk akibat banjir kilat yang dipercayai berpunca daripada pencerobohan dan
penerokaan terhadap tanah peninggalan ladang teh Lenggong.
Ahmad
Ramdzi berkata, selaku Pengerusi GAML, beliau bersama ahli NGO (GAML) telah
membuat laporan polis untuk tujuan siasatan dan mengharapkan tindakan
selanjutnya dapat diambil oleh pihak-pihak yang berwajib. Pihak NGO juga akan
bertindak menyerahkan memorandum ‘Selamatkan Tanah Rakyat’ ke pejabat Ahli Parlimen Lenggong, ADUN Kota Tampan,
Pentadbir Tanah dan Daerah dan Ketua Balai Polis Lenggong pada jam 2 hingga 3
petang esok.
Pembohong!!!!
BalasPadamumnu dah nak mamposss.... tipu orang kampung lama sangat dah. Biar orang muda bangkit pulak kali ni...woi samsol aku nak pastikan kamu tak dapat makan haram elaun 2penggal wakil rakyat. orang muda kawan 2 aku ramai, saarani dan mat mizi beri tanah kat kroni... hancurlah umnu pru kali ni....mapoh umnu.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam