Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 11 Februari 2012

GERAK TAWAN PERAK (PARLIMEN LENGGONG)

Sebahagian Jentera PRU-13 PAS Kaw. Lenggong (Amilin Hijau)
LENGGONG- 10 Feb 2012: Jentera Pilihanraya Pas kawasan Lenggong turun bersama Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Abu Bakar Hussien, Timb. Pesuruhjaya Pas Perak, Tn Hj. Razman Zakaria dan Ketua Penerangan Pas Perak, Ust Nuri Al Amin dengan pelan strategik, Gerak Tawan Perak (GTP) bagi menawan Parlimen Lenggong diadakan disini pada jam 3:30 petang di tengah-tengah pekan kecil Lenggong, telah berjaya menepati sasaran.

(Ahi Parlimen Lenggong emosi melihat kehadiran jentera
PAS bersama YDP sambil berkata:-
Apa ni... jangan la macam ni..... Kah....kah....kah...)
Sebanyak 400 naskah risalah berbagai isu, berjaya diedarkan kepada orang-ramai disekitar pekan sehari dan disekitar majlis Sambutan tahun baru cina anjuran Umno-Bn Lenggong, yang kebetulan diadakan pada hari yang sama.

Pelancaran program (GTP) peringkat Lenggong, ditumpukan di 5 buah kampung di DUN Kenering, yang berada didalam parlimen Lenggong, iaitu Kg. Lawin, Kg. Tawai, Kg. Air Ganda, Kg. Padang dan Kg. Tg. Kala sebagai permulaan.

Program ini juga dijalankan diseluruh Kawasan kerusi Parlimen ditandingi Pas di Negeri ini, bagi  memperkenalkan Pas kepada masyarakat umum, khususnya di Perak.

Pelancaran logo dan slogan "Perakite", Rakyat Sepakat, Perak Berkat, bertujuan menggantikan logo dan slogan 1Malaysia tajaan Umno-Bn.

Dengan adanya logo dan slogan ini, masyarakat akan lebih mudah mempromosikan Pas tanpa menampilkan logo parti disemua tempat, terutamanya ketika memakai logo ini untuk masuk ke tempat mengundi sepertimana Umno-Bn menggunakan logo 1Malaysia untuk meraih undi didalam dewan mengundi ketika pilihanraya.

Seramai 100 orang jentera pilihanraya Pas Kawasan telah diberi taklimat khas mengenai strategi-strategi untuk mencapai kemenangan Pas pada pilihanraya akan datang, oleh Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Perak Ust. Misbahul Munir Masduki, Ust. Nuri Al Amin dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Perak, sdr. Salman Salleh, di Kg. Lawin pada petang yang sama.

Program sehari ini turut diisi di 3 tempat berasingan dengan pengisian kuliah maghrib oleh Ust Misbahul Munir di masjid Kg. Air Ganda, dan Ust. Nuri Al Amin di masjid Kg. Tg. Kala, manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Perak, tuan Asmuni Awi, mengadakan dialog bersama bekas-bekas AC, Homeguard dan bekas-bekas polis di Kg. Padang pada masa yang sama.

Kemuncak program pelancaran (GTP) peringkat Parlimen Lenggong, ceramah umum pada jam 9 hingga 12 malam, disampaikan oleh Tn. Hj Razman, Ustaz Misbah, Ust. Nuri, dan Tn. Asmuni, diadakan di Kg. Tawai untuk memberi penerangan kepada masyarakat pengundi di Kg. Kenayat, Kg. Pdg. Jeri, Felda Papulut dan kampung-kampung berdekatan yang hadir dalam jumlah yang menepati sasaran.

Ketua Penerangan PAS Perak, Ust Nuri Al Amin, Menyampaikan Taklimat Kepada Jentera PRU-13.
Setiausaha JPN Sdr. Salman Salleh menyampaikan taklimat kepada jentera PRU-13.
Timb. Pesuruhjaya 2 Ust. Misbahul Munir menyampaikan taklimat kepada jentera PRU-13.
sebahagian Jentera PAS Kawasan Lenggong.
"Sambil Makan Baca Risalah Ni......."

Ahli Parlimen Lenggong yang paling emosi pada abad ini. (Shamsul)
Adun Kenering dan Adun Kota Tampan ni nampak Steady je. Tapi YDP PAS nampak lebih berwibawa.

20 ulasan:

  1. mampuih umno...........

    BalasPadam
  2. elok sangat le kome buat cam tu...dema pun buat cam tu gak ..pi kacau orng lain punya ceramah...jerit pekik, buat kecoh dsbnya...

    BalasPadam
  3. hidup pas...hidup pr..masam je muka syamsul ngan termizi..kakaka

    BalasPadam
  4. Jamuan tahun baru cina.... tapi yang datang orang melayu keje pejabat je ramai..... kah... kah...kah.... akau ada tanya sorang cina yang dok makan kat dalam restoran yang berdekatan; "Kenapa tak pegi makan Free kat sana?" selamba dia jawab; "ayyaaaa... makan sana saya punya tekak banyak sakit la..." kah.... kah... kah... satu lagi petanda Umno-Bn akan mampos di Lenggong.

    BalasPadam
  5. insyaAllah..ank Muda Lenggong akn bawa perubahan ini..tgu anak2 muda di perantauan kembali..utk berjuang di tanah sdiri.

    BalasPadam
  6. Mari semua pengundi muda dan anak Lenggong diperantaun pulang kesemuanya untuk menumbangkan kejahilan yang dibawa oleh Umno-Bn di Lenggong pada masa ini, akan datang dan selama-lama.....

    BalasPadam
  7. Takbir!!!.............HIDUP YDP LENGGONG

    BalasPadam
  8. Tahniah dan syabas,kepada seluruh kepimpinan PAS Lenggong,jentera yang memacu perubahan.Kita dah hebat di Lenggong ni,semua orang kenal YB (t) Razman (YB(t) tu bukan YB betul YB TERTANGGUH!Tunggu selepas PRU baru betul.
    Tahniah kerana kita berdakwah secara berhikmah,kita gegar program orang itu,program ini.Adakah kita juga dah jadi macam YAHUDI serang tebing barat???? Tahniah kita berjaya! Hebat sungguh lenggong kite.
    Kita tampilkan budaya baru,sepatutnya kita buat program sendiri,bukan kacau dan ganggu program orang,kalau kita semua diperlakukan sedemikian kita pun akan ketawa dan kata,kita perlu report polis sebab mereka ganggu kita.Adakah modul politik simpati dan sempit ini asam garam kita????
    Tahniah dan syabas semua

    BalasPadam
  9. Takbiirrrr ... tahniah YDP ... ya Sheik, tolong linkkan blog ana www.teatimewithharris.blogspot.com

    BalasPadam
  10. PAS Lenggong tidak pernah ganggu Program Pihak lawan la..... yang ganggu lalulintas orang-ramai parti lawan PAS la brader.... buat majlis atas jalanraya tu mengganggu la namanya brader.... dewan merdeka tu sikit pungya besar ke, apsal tak buat kat dalam tu... PAS Lenggongg edar risalah di tempat2 awam dan tak pernah masuk kedalam privasi pihak lawan..... lain kali buatla jamuan dengan cara berhikmah ditempat yang selamat. dulu Black Solid datang 3 kemalangan dah berlaku, tapi ketua Umngok Lenggong ni buat tak peduli je..... tak lama lagi orang lepas lembu pulak la kat tengah pekan lenggong yang koboi ni, amacam??? OK brader!!!???.

    BalasPadam
  11. Nanti PAS Akan mohon permit ketawa di tengah jalan pulak ok... sebab dapat tengok lembu banyak kat tengah pekan koboi Lenggong ni....... kemajuan jamuan atas jalanraya..... kah....kah... kahhh... Tuih....

    BalasPadam
  12. Orang UMNO , setelah.....
    menggunakan nasihat dari orang yang dipercayai
    menggunakan maklumat dari sumber yang berintegriti
    menggunakan akal anugerah Illahi
    Yakin dan percaya bahawa mereka sedang mempertahankan Agama, Bangsa dan negara.... maka mereka mendapat pahala di atas perjuangan mereka

    sebaliknya
    Orang Pas setelah.....
    menggunakan nasihat dari orang yang dipercayai
    menggunakan maklumat dari sumber yang berintegriti
    menggunakan akal anugerah Illahi
    Yakin dan percaya bahawa mereka sedang mempertahankan Agama, Bangsa dan negara.... maka mereka juga mendapat pahala di atas perjuangan mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Menang Parti PAS Kat Lenggong Ni????

      Padam
    2. hmm PAS .. pengikut angguk saja ..

      compem tak leh menang ...

      Vote for Shamsul !!

      Padam
  13. tunggu kebangkitan anak muda lenggong yang berada di melaka,KL,N9 akan balik selamatkan lenggong..takbir!!! BERSIH 3.0!!..kami sokong Pakteh Man..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wowow .. jangan mimpilah wei .. kami akan turun pangkah BN ..

      Mak bapak mike kena tipu dengan mike sekali pun kena tipu ..

      ex SMDA

      Padam
  14. yeay. Allahuakhbar. Hidup PAS. Semoga Lenggong akan Ditawan oleh PAS. Amin!!!

    BalasPadam
  15. Memang Gampang YDP Pas Lenggong ni.. Muka xtau malu.. dah kemaruk sangat jawatan.. hasil rasuah agihkan kepada rakyat Lenggong.. pegi mampus la Razman taik anjing..

    BalasPadam
  16. PAS takkan menang di Lenggong. Kami anak2 Lenggong akan balik ke Lenggong menidakkan kemenangan PAS !!

    Malulah orang PAS beratur2 ambil duit BRIM. agaknya duit yang diambil untuk biaya beli bendera yang dipacak di tepi jalan dari kubang jambu ke sumpitan .. Adohai ... orang PAS ..

    Razman, apa komen anda ...

    ... anak luat yang meluat !!!

    BalasPadam