Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 1 Februari 2012

3 FEB 2012: SERAHAN MEMORANDUM 3 NGO KEPADA MB PERAK. (Rakyat Perak Diseru Hadir Bersama-sama.)

LENGGONG, 1 Feb 2012: 3 Badan Bukan Kerajaan yang terdiri dari NGO BAPA, ANAK dan KERABAT akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak, DS Zambry Abd Kadir, selepas solat Jumaat di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)  pada 3 Feb ini.


Tn Hj Razman Zakaria, selaku Timb. Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, ketika dihubungi mengesahkan, penyerahan memorandum ini dimobilisasikan oleh Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Perak, bagi menuntut Zambry Abd Kadir, supaya tidak menyerahkan tanah-tanah Felda Plantation yang berada di negeri Perak kepada FGVB untuk disenaraikan di bursa saham.


Manakala NGO BAPA akan menuntut supaya hutang-hutang peserta yang telah tamat perjanjian, dihapuskan dan menuntut supaya tanah-tanah peserta yang di kaveat oleh Felcra dilepaskan tanpa sebarang syarat.

NGO KERABAT juga akan turut bersama-sama menyerahkan memorandum bagi menuntut Kerajaan Negeri supaya menunaikan janji pemberian tanah lot tapak rumah, untuk bekas-bekas angkatan tentera seperti yang telah dijanjikan oleh DS Zambry baru-baru ini.

Rakyat Perak yang mempunyai kaitan dengan permasalahan dihadapi oleh ketiga-tiga NGO ini, diseru supaya hadir beramai-ramai memberikan sokongan untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar yang mewakili kerajaan Negeri selepas solat Jumaat 3 Febuari ini, dihadapan bangunan SUK.

Tentatif:
1:30 Petang:- Solat Jumaat di Masjid Negeri.
2:30 petang:- dari Masjid Negeri menuju ke Pejabat Menteri Besar Perak.
3:00 petang:- Penyerahan Memorandum Kepada Menteri Besar Oleh NGO:-
                     ANAK.
                     BAPA.
                     KERABAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan