Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 9 Februari 2012

3 NGO serah Memorandum kepada Menteri Besar Perak

IPOH: 03 Februari 2012-  Tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) dan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia ( KERABAT) menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Dr Zambry Kadir.

Momerandum daripada ketiga-tiga NGO diketuai oleh Pengerusi BAPA Pusat, Hj Razman Zakaria diserahkan kepada wakil Zambry di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak petang tadi.

KERABAT mendesak kerajaan supaya menunaikan janji-janji kepada bekas tentera dan perajurit.

Katanya, kerajaan berjanji akan menyediakan 7000 lot tanah kepada bekas tentera tetapi sehingga kini janji tersebut tidak ditunaikan.

“Saya berharap janji kepada lebih 36 ribu bekas tentera dapat direalisasikan dengan segera,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga pernah berjanji dengan Majlis Bekas Tentera bahawa bekas-bekas tentera layak mendapat tanah pertanian tetapi hingga sekarang janji tersebut belum direalisasikan.

ANAK dalam momerandumnya berharap kerajaan tidak menyerahkan tanah milik Felda seluas 6800 ekar yang kini dibawah Felda Plaintation yang akan tamat perjanjiannya kepada Felda Global.

“Penyerahan kepada Felda Global memberi risiko tinggi yang membolehkan tanah ini tergadai kepada pihak asing,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau mengaharapkan kerajaan yang diketuai oleh Zambry tidak membenarkan perkara ini terjadi.

Seterusnya, BAPA difahamkan perjanjian pihak Felcra dengan tuan tanah di kampung tradisional yang hampir 15 tahun masih tidak selesai

“Kami mohon kerajaan negeri supaya melihat perkara ini dan mengambil keputusan sewajarnya serta melangsaikan hutang tuan tanah,” ujarnya.

Turut hadir dalam penyerahan memorandum tersebut ialah Bekas Pegawai Tinggi TLDM yang juga Penasihat Kerabat Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, Ketua Penerangan Dewan Ulama’ Negeri Ustaz Norazli Musa dan hampir 100 penyokong Pakatan Rakyat yang berarak dari Masjid Negeri hingga ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

KERAJAAN UMNO-BN MESTI DITUMBANGKAN PADA PRU-13 AKAN DATANG. 

RAKYAT LENGGONG WAJIB MENOLAK UMNO-BN DI LENGGONG.

3 ulasan:

  1. RAKYAT DIUMPAN DENGAN JANJI-JANJI UMNO-BN. BEKAS ANGKATAN TENTERA DAH TAK PERCAYA, ANAK PENEROKA FELDA DAH TAK PERCAYA, PESERTA FELCRA JUGA DAH TAK PERCAYA KEPADA UMNO-BN. JADI, MARI KITA HANCURKAN UMNO-BE-END DI LENGGONG, KHUSUSNYA.

    BalasPadam
  2. lagi tak percaya ydp yg korup bersama kastam dulu

    BalasPadam
  3. rakyuat malaysia wajib menghancurkan pas yang memecah belahkan umat islam........orang 2 pas sekarang dah meyembah tokong DAP

    BalasPadam